34
BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL

Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

  • Upload
    mat2489

  • View
    5.864

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

terencat akal

Citation preview

Page 1: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL 

Page 2: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

DEFINISI TERENCAT AKAL

AMERICAN ASSOCIATION ON MENTAL RETARDATION (AAMR)

“Subsequence subaverage general intellectual functioning, excisting concurrently with deficits in adaptive behavior and manisfested during the developmental period, that adversely affects a child’s educational performance.”

Page 3: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

DEFINISI TERENCAT AKAL

AMERICAN ASSOCIATION ON MENTAL RETARDATION (AAMRD)

“Mental retardation is a disability characterized by significant limitation both in intellectual functioning and in adaptive behavior as expressed in conceptual, social and practical adaptive skills. This disability originates before age eighteen.”

Page 4: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

• individu yang mempunyai had tertentu dari segi fungsi mental, di samping kemahiran yang rendah dari aspek tingkah laku penyesuaian. Tingkah laku penyesuaian melibatkan kemahiran penjagaan diri seperti kebolehan memakai pakaian, makan atau mengemas diri. Individu yang dikesan mengalami kerencatan akal ada kalanya tidak dapat menjaga diri sendiri atau hidup secara berdikari. Kecacatan ini lazimnya dikesan sebelum usia 18 tahun. 

Page 5: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

KESIMPULAN DEFINISI

TIGA KRITERIA UTAMA:

1. Kefungsian Intelek di Bawah Purata2. Lemah Tingkah Laku Suaian3. Kelihatan Semasa Zaman Kanak-Kanak Sehingga Usia 18 Tahun

Page 6: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

KESIMPULAN DEFINISI

1. Kefungsian Intelek di Bawah PurataKefungsian intelek di bawah purata ditunjukkan melalui kecerdasan intelek (IQ) melebihi daripada satu sisihan piawai di bawah min mengikut umur tertentu, iaitu dalam lingkungan 85 atau 85 bergantung kepada jenis ujian kecerdasan yang digunakan.

Page 7: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

KESIMPULAN DEFINISI

2. Lemah Tingkah Laku SuaianTingkah laku suaian bermaksud keupayaan individu untuk mencapai kehendak sosial dalam masyarakat bersesuaian dengan umur kronologinya. Kanak-kanak yang mempamerkan masalah dalam penyesuaian tingkah laku dikatakan mengalami terencat akal. Kriteria kemahiran yang termasuk dalam tingkah laku suaian adalah seperti berikut: 

Page 8: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

KESIMPULAN DEFINISI

• Komunikasi - keupayaan bertukar-tukar idea, mesej, atau maklumat dengan orang lain sama ada secara lisan, isyarat, atau cara-cara lain,

• Urus diri - keupayaan untuk mengurus kebersihan diri, makan, dan perkara lain yang berkaitan,

• Kemahiran sosial - kebolehan berinteraksi dengan baik/sesuai dengan orang lain,

• Kehidupan di rumah/domestik- kebolehan mengurus   aktiviti harian kehidupan di rumah,

• Masa lapang - kebolehan menggunakan masa lapang secara produktif,

Page 9: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

KESIMPULAN DEFINISI

• Kesihatan dan keselamatan - berupaya memberi perhatian dan berjaga-jaga serta bertindak dengan cara yang tidak membahayakan diri dan orang lain,

• Arah kendiri - keupayaan membuat keputusan dan melaksanakannya,

• Akademik  -  membaca,   menulis,   matematik,   dan  kemahiran  lain  yang diperlukan untuk berdikari,

• Menggunakan   kemudahan   awam   -   berupaya   mengenal   pasti   dan menggunakan perkhidmatan awam di dalam masyarakat setempat, 

• Bekerja

Page 10: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

KESIMPULAN DEFINISI

• Bagi kanak-kanak kecil, tingkah laku suaian termasuklah belajar merangkak, kemudian berjalan, dan belajar bercakap. 

• Di peringkat sekolah rendah, tingkah laku suaian termasuk mengambil giliran, mengikut arahan, dan bergerak bebas dan selamat di kawasan sekolah. 

• murid sekolah menengah pula, mereka berupaya pergi ke pusat membeli belah, makan bersama rakan, dan membuat persediaan untuk bekerja. Pelajar yang terencat akal minima mungkin mengalami kelewatan dalam beberapa bidang tingkah laku suaian.

Page 11: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

KESIMPULAN DEFINISI

3. Kelihatan Semasa Zaman Kanak-Kanak Sehingga Usia 18 Tahun

• Ketidakupayaan intelek hendaklah ditunjukkan atau dikesan semasa zaman kanak-kanak sehingga umur 18 tahun. Oleh itu, kurang upaya intelek yang berlaku akibat daripada kecederaan atau penyakit selepas perkembangan awal kanak-kanak tidak dianggap sebagai terencat akal.

Page 12: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

PENGKELASAN TERENCAT AKAL

ARAS PENGKELASAN

STANFORD-BINET(SP=16)

WESCHLER(SD=15)

SISIHAN PIAWAI DI BAWAH MIN

Ringan 52 – 68 55 – 70 2 hingga 3

Sederhana 36 – 52 40 – 55 3 hingga 4

Teruk (severe) 20 – 36 25 – 40  4 hingga 5

Sangat teruk (profound)

bawah 20 bawah 25 melebihi 5

UKURAN IQ

***Ukuran IQ adalah anggaran

Page 13: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

Ciri-ciri Individu Terencat AkalMarilyn Friend (2005) 

1. Ciri Kognitifmempunyai kesan ke atas beberapa dimensi kefungsian kognitif :Ingatan Kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah ingatan seperti kerap terlupa 

perkara yang sepatutnya dilakukan/ lupa perkara yang baru diajar.

Generalisasi Kebolehan mempelajari sesuatu perkara dan menggunakannya pada situasi yang lain dikatakan sebagai generalisasi. Kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah membuat generalisasi dalam akademik, tingkah laku, dan interaksi sosial.

Metakognisi kebolehan "berfikir tentang berfikir". Sekiranya menghadapi sesuatu masalah dalam rutin harian, mereka akan menghadapi kesukaran menyelesaikannya

Motivasi mengalami masalah motivasi yang rendah seperti tidak mahu meneruskan sesuatu tugasan dan mudah berputus asa

Bahasa Kebanyakannya lewat dalam perkembangan bahasa. Misalnya mereka mengambil masa yang lama hanya untuk memahami konsep mudah seperti konsep atas, bawah, tepi, dan sebagainya.

Page 14: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

Ciri-ciri Individu Terencat Akal

2. Ciri AkademikDalam proses pembelajaran, murid terencat akal 

selalunya perlu bekerja lebih keras, membuat latihan yang banyak, dan memerlukan masa yang lama berbanding murid-murid normal yang lain Selain itu pencapaian akademik mereka adalah rendah.

Page 15: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

Ciri-ciri Individu Terencat Akal

3. SosialKebanyakan murid terencat akal menghadapi 

kesukaran dalam hubungan sosial. Kebiasaannya mereka kurang diterima oleh rakan sebaya dan mungkin diketepikan langsung. Keadaan ini disebabkan murid ini berkelakuan tidak matang, tidak dapat menyesuaikan diri dalam situasi sosial, dan mereka mempunyai masalah menguasai kiukiu sosial vana halus sehingga mereka kerap kali salah tafsir aksi-aksi murid lain.

Page 16: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

Ciri-ciri Individu Terencat Akal

4. Ciri Tingkah Laku Tambahan

Terdapat sesetengah kanak-kanak terencat akal mempunyai tingkah laku yang khusus. Di antaranya adalah seperti mahukan ganjaran tertentu, menarik rambut, menggigit, atau tabiat suka mencederakan diri.

Page 17: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

Ciri-ciri Individu Terencat Akal

5. EmosiMemerlukan perhatian akibat daripada perasaan 

kesunyian,  kemurungan, dan juga kemahiran sosial.

6. Ciri Fizikal dan Kesihatanmempunyai masalah kesihatan sampingan selain 

kecacatan yang dialami. Misalnya kanak-kanak Sindrom Down menunjukkan ciri-ciri kelainan pada muka, jari, dan badan serta penyakit penyakit seperti jantung berlubang dan paru-paru.

Page 18: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Tumpuan• Tumpuan atau fokus dalam proses pembelajaran 

sangat penting untuk memahami sesuatu tugasan yang diberikan sebelum proses pembelajaran berlaku. Kebanyakan kanak-kanak sukar untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu atau sukar memberi tumpuan dalam tempoh masa yang lama

• kanak-kanak ini juga tidak dapat menyelesaikan     masalah kerana tidakupayaan untuk berfikir secara logik.

Page 19: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Ingatan• Kajian menunjukkan kanak-kanak terencat akal 

menghadapi masalah untuk mengingat maklumat yang diterima. Ketidakupayaan untuk mengingat maklumat yang disampaikan menghadkan kemampuan mereka untuk belajar. Keadaan ini merupakan halangan utama dalam proses pembelajaran di sekolah. 

Page 20: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Ingatan• Kebolehan mengingat merupakan proses 

pembelajaran yang kompleks dan memerlukan kaedah yang sesuai. Kanak-kanak terencat akal menghadapi kesukaran untuk mengingat konsep serta perkara-perkara yang berkaitan teori tentang sesuatu perkara.

Page 21: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Perkembangan Bahasa• Bahasa digunakan seawal usia kanak-kanak untuk 

keperluan komunikasi, menyampaikan kehendak dan perasaan dalam sesuatu persekitaran (Hatton,1998). 

• Kelewatan perkembangan bahasa merupakan antara bukti jelas yang dapat dilihat pada kanak-kanak terencat akal (Warren & Abbeduto, 1992). 

Page 22: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Perkembangan Bahasa• Masalah pertuturan seperti masalah artikulasi biasa 

boleh dikesan pada kanak-kanak terencat akal. Umumnya, bagi kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan, perkembangan bahasa mereka adalah selari dengan kanak-kanak normal, namun kemajuan perkembangan bahasa mereka agak perlahan sekiranya kategori yang dialami terencat akal teruk.

Page 23: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Perkembangan Bahasa• Kelewatan perkembangan bahasa dalam kalangan 

kanak-kanak terencat akal mempunyai hubung kait dengan keyakinan diri. Kanak-kanak terencat akal sukar untuk menyampaikan bahasa-bahasa berasaskan linguistik dan menyebabkan penguasaan bahasa yang lemah.

Page 24: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Pencapaian Akademik• kanak-kanak terencat akal lazimnya mempunyai 

pencapaian akademik yang rendah berbanding rakan sebaya normal yang lain. Kanak-kanak terencat akal juga sering mempunyai jangkaan pencapaian yang rendah disebabkan tahap kemampuan intelek yang dimiliki (Mac Millan, 1982).

Page 25: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Perkembangan Sosial• Kanak-kanak terencat akal lazimnya lebih sensitif 

dan emosional. Kanak-kanak ini juga menghadapi masalah dalam berkomunikasi dengan rakan sebaya. Kemahiran sosial kanak-kanak dipelajari sewaktu menerima pengajaran di sekolah. Namun begitu, kanak-kanak terencat akal ini tidak dapat memahami peranan menunggu giliran seperti menunggu giliran apabila seseorang selesai bercakap sebelum memulakan topik perbualan. 

Page 26: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Perkembangan Sosial• Kanak-kanak terencat akal juga menghadapi masalah 

untuk memahami konsep-konsep sosial. Sebagai contoh, konsep wang. Mereka menghadapi masalah untuk memahami fungsi wang serta kegunaan wang dalam kehidupan harian. Kanak-kanak terencat akal juga sukar  memahami kesan dan akibat sesuatu perhubungan. Contohnya, mengenal pasti bahawa terdapat kesan daripada setiap tindakan yang dilakukan.

•  

Page 27: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT AKAL

Analisis TugasanSesuatu kemahiran yang hendak diajar dijelaskan dengan terperinci dan di bahagikan kepada bahagian-bahagian kecil. Kemudian, bahagian-bahagian kecil tersebut disusun mengikut urutan yang dapat meningkatkan kefahaman. Juga, bagi setiap bahagian, tempoh masa untuk menguasinya dinyatakan.

Page 28: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT AKAL

PenilaianPenilaian kerap dilakukan untuk memastikan sama ada sesuatu bahagian kecil itu dikuasai atau tidak. Sekiranya, penilaian tidak dilakukan, kesilapan yang dibuat oleh pelajar tidak dapat dikesan. Jika dibiarkan, pelajar akan terus melakukan kesilapan tersebut tanpa mengetahui. Bagi pelajar kerencatan mental ini boleh membawa kesan yang buruk kepada dirinya

Page 29: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT AKAL

Gerak Balas AktifMenentukan bahawa pelajar terlibat secara aktif dan setiap gerak balas pelajar dicatat. Contohnya, bilangan perkataan yang disebut, dan bilangan ayat yang ditulis oleh pelajar. Pengajaran diatur untuk menggalakkan pelajar memberi respons yang dipantau dengan rapi supaya maklum balas yang bermakna dapat diberikan

Page 30: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT AKAL

Maklum Balas• memerlukan makluma balas serta merta tentang usaha mereka. Maklum balas merupakan pujian atau peneguhan positif lain bagi jawapan atau tingkah laku yang betul. Bagi jawapan yang salah, pelajar diberi galakkan dan peluang untuk membetulkannya.

Page 31: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT AKAL

Maklum Balas• Maklum balas hendaklah tepat, serta merta, positif dan kerap. Contohnya, "Kamu dapat membaca 90 perkataan hari ini. Itu 10 lebih daripada semalam. Bagus". Kadang kala, pelajar kurang upaya tidak sabar mencuba berkali-kali untuk mendapat jawapan yang betul. Adalah dicadangkan guru membantu pelajar mendapat jawapan yang betul. Lamakelamaan, bantuan itu dikurangkan hingga pelajar mencuba sendiri

Page 32: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT AKAL

Pemindahan Pembelajaran Pemindahan berlaku apabila sesuatu kemahiran atau tingkah laku yang dipelajari digunakan dalam situasi yang berlainan. Bagaimana ini dapat digalakkan? Salah satu cara ialah untuk memberi pelajar peluang mengamal seusuatu kemahiran dalam situasi berlainan. Contohnya, pelajar dibawa ke padang permainan untuk mempraktik kemahiran yang dipelajari dalam bilik darjah

Page 33: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

Masalah bahasa kanak-kanak terencat akal

• Bentuk bahasa• Kandungan bahasa• Penggunaan bahasa

Page 34: Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

Implikasi Terhadap Intervensi Bahasa

• Kaedah penilaian bahasa• Strategi/ teknik intervensi yang spesifik• Keberkesanan komunikasi