5
8/8/2019 Azri Folio Dont Touch http://slidepdf.com/reader/full/azri-folio-dont-touch 1/5 FOLIO SIVIK NAMA: KHAIRIL AZRI BIN KAMARULZAMAN TINGKATAN: 2RK1 ALAT-ALAT MUZIK TRADISIONAL 1. Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini. 2. Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat. 3. Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis. Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gam

Azri Folio Dont Touch

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Azri Folio Dont Touch

8/8/2019 Azri Folio Dont Touch

http://slidepdf.com/reader/full/azri-folio-dont-touch 1/5

FOLIO SIVIK 

NAMA: KHAIRIL AZRI BIN KAMARULZAMAN

TINGKATAN: 2RK1

ALAT-ALAT MUZIK TRADISIONAL

1. Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana

adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan

lain-lain tergolong dalam kategori ini.

2. Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi

melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat

gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon.Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat.

3. Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara.

Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik

erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang

sejenis.

Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas

pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysiaialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat

muzik 'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan

gendir dalam ensemble gam

Page 2: Azri Folio Dont Touch

8/8/2019 Azri Folio Dont Touch

http://slidepdf.com/reader/full/azri-folio-dont-touch 2/5

Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang

udara dengan car meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ianya

diperbuat dari pelbagai bentuk yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang

bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya.

Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuktujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain.

I

 

Page 3: Azri Folio Dont Touch

8/8/2019 Azri Folio Dont Touch

http://slidepdf.com/reader/full/azri-folio-dont-touch 3/5

 

Muzik adalah unsur yang sangat penting dalam persembahan makyong dan

mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut:

Muzik rebab digunakan untuk memaklumkan bahawa persembahan makyong

akan dimulakan, iaitu digunakan untuk menarik perhatian penonton-penonton.

Muzik digunakan untuk membentuk susunan-susunan yang menggambarkan

emosi dan perasaan tiap tiap adegan, selalunya suasana ini digambarkan dengan

lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan juga korus atau watakJong Dondang.

Muzik digunakan untuk mengiringi tarian-tarian dan juga nyanyian.

Muzik digunakan untuk menandakan permulaan dan juga menamatkan adegan-

adegan ketika masuk dan keluar watak juga diiringi oleh muzik dan adakalanya

muzik terutamanya bunyian gendang diselitkan dengan dialog-dialog.

Peralatan Muzik

Di dalam permainan makyong, peralatan-peralatan muzik yang selalu digunakan

adalah seperti sebuah rebab, sepasang gong, iaitu ibu dan anak, sepasang geduk, juga ibu dan anak, sebatang serunai, sepasang gedombak iaitu ibu dan anak dan

canang serta kesi.

Page 4: Azri Folio Dont Touch

8/8/2019 Azri Folio Dont Touch

http://slidepdf.com/reader/full/azri-folio-dont-touch 4/5

Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana

penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang

riang dan kekadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasa diiringi oleh empat orang ahli

muzik yang terdiri daripada:

seorang pemain biola;dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit)

Melayu; dan

seorang pemain tawak dan gong kecil). 

Ia adalah satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara

berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai dengan seorang Tukang Karut

dan Tok Juara. Meraka akan sama-sama berbalas pantun dan mendahului

nyanyian dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar. Awak-awak akan

menyanyi dengan suara yang lantang dan kuat. Alat muzik yang biasa dimainkan

ialah rebana ibu,rebanak anak dan tetawak.

Page 5: Azri Folio Dont Touch

8/8/2019 Azri Folio Dont Touch

http://slidepdf.com/reader/full/azri-folio-dont-touch 5/5

 

Ia adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama

Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa

Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin AbiSuffian.Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu lakonan (lawak jenaka)

dan nyanyian. Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria tidaklah

begitu khusus. Aspek yang penting ialah keupayaan para pemuzik untuk

membawa irama yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang. Lantaran itulah

kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin. Walau

bagaimanapun, seandainya lebih banyak alat muzik yang dapat digunakan

semakin baiklah persembahan tersebut. Di antara alat muzik yang sering

digunakan ialah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordion,

harmonika dan lain-lain

Ia merupakan seni tradisi yang mendapat pengaruh Islam yang mendalam.

Muzik ini dipercayai dibawa oleh Dato Purba Jelai dan penyebarannya dilakukan

oleh tiga generasi. Gendang Pahang mempunyai lagunya yang tersendiri dikenali

sebagai Bujang Hilir. Muzik ini dimulakan dengan rentak pembukaan dan di akhiri

dengan rentak membunuh atau rentak mati di samping rentak-rentak yang lain.

Gendang Pahang dimainkan ketika majlis perkahwinan dan adat istiadat istana

serta untuk mengiringi persembahan silat dan Tarian Inai. Alat muzik yang

digunakan ialah gendang anak, gendang ibu dan gong. Gendang Pahang tidakterhad kepada golongan lelaki sahaja kerana wanita juga terlibat dalam kesenian

ini.