Upload
muhammad-affrini-azim-zahari
View
226
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/2/2019 assigment silat
1/2
MINGGU PERTAMA
HARI : ISNIN
TARIKH : 12/SEPTEMBER/2011
TEMPAT : PADANG 2 UPSI
MASA :5.00petang-7.00petang
Pada minggu pertama silat serimau hitam 1,sesi perkenalan telah diadakan.Tepat pada
jam 5 petang,para pelajar berkumpul di padang 2.Selepas pelajar berkumpul,tenaga pengajar
memulakan sesi pengenalan untuk kelas silat serimau hitam 1.Kehadiran pelajar diambil oleh
tenaga pengajar yang diketuai oleh Encik Zoelkefli bin Ahamad Tahrir.Kemudiannya para
pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan.dua kumpulan lelaki dan dua kumpulan perempuan.
Encik Zoekefli sangat menekankan disiplin semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlaku.Pelajar diingatkan dan diminta untuk hadir awal lima minit sebelum kelas bermula agar
para pelajar dapat bersedia dan fokus kepada kelas silat ini.Pada minggu pertama ini,tenaga
pengajar telah menerangkan serba sedikit mengenai sejarah dan latar belakang penubuhan Silat
Serimau Hitam.Hal ini demikian sangat penting untuk para pelajar mengetahui asal usul silat
serimau hitam yang asalnya dibentuk daripada 5 jenis silat berlainan seperti silat gayung.
Selain itu juga,tenaga pengajar telah menerangkan adab-adab semasa memasuki
gelanggang persilatan.Para pelajar diminta bertawaf terlebih dahulu sebelum kelas
dimulakan.Tawaf di sini bermaksud para pelajar akan duduk dalam seolah-olah dalam keadaan
antara dua sujud dan berselawat serta membaca surah al-fatihah,surah al-nas,surah al-falaq dan
surah al-ikhlas.Pelajar akan berasa lebih tenang dan fokus untuk mempelajari ilmu persilatan.
8/2/2019 assigment silat
2/2
Selepas tenaga pengajar menerangkan mengenai adab-adab dalam ilmu persilatan,para
pelajar diminta memanaskan badan dan mengeluarkan sedikit peluh.Para pelajar melakukan
pemanasan badn mengikut arahan tenaga pengajar.Lebih kurang 15 para pelajar memanaskan
badan.Akhir sekali,tenaga pengajar telah melakukan demonstrasi silat.Demonstrasi silat ini telah
menarik minat pelajar kerana tenaga pengajar telah melakukan dengan bertenaga sekali.Tepat
pada jam tujuh petang,kelas ditamatkan selepas para pelajar melakukan tawaf.