7
3/10/2014 Penyakit Kemurungan dan Anda – Dr. Amer Siddiq | The Malaysian Medical Gazette http://www.mmgazette.com/penyakit-kemurungan-dan-anda-dr-amer-siddiq/ 1/8 HEALTH EDUCATION, PSYCHIATRY/PSIKIATRI Penyakit Kemurungan dan Anda – Dr. Amer Siddiq January 16, 2014 • 0 Comments Search… Home The Team News & Announcements Health Education Letters to Editor Young Columnists Program Contact Us Terms of Use

Anda – Dr. Amer Siddiq - umexpert.um.edu.my · ketidakseimbangan bahan kimia atau hormon di dalam otak. ... ← Learning to Doc the Talk ... Artikel ini adalah terjemahan dari artikel

  • Upload
    hatruc

  • View
    219

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

3/10/2014 Penyakit Kemurungan dan Anda – Dr. Amer Siddiq | The Malaysian Medical Gazette

http://www.mmgazette.com/penyakit-kemurungan-dan-anda-dr-amer-siddiq/ 1/8

HEALTH EDUCATION, PSYCHIATRY/PSIKIATRI

Penyakit Kemurungan danAnda – Dr. Amer SiddiqJanuary 16, 2014 • 0 Comments

Search…

Home The Team News & Announcements Health Education

Letters to Editor Young Columnists Program Contact Us Terms of Use

3/10/2014 Penyakit Kemurungan dan Anda – Dr. Amer Siddiq | The Malaysian Medical Gazette

http://www.mmgazette.com/penyakit-kemurungan-dan-anda-dr-amer-siddiq/ 2/8

Source: tribune.com.pk

Sejak akhir-akhir

ini, media massa

sering

menyiarkan berita

kematian

mengejut dan

bunuh diri. Berita

seperti ini

sememangnya

meruntun hati

dan kita seringkali

tertanya “Apakah

yang mendorong

mangsa berbuat demikian?” atau “Apakah masalah yang menghantui

fikiran mangsa sehingga dia sanggup untuk mengambil nyawanya

sendiri?”. Bagi setiap kematian, kajian menunjukkan bahawa terdapat

dua puluh orang di sekeliling mangsa seperti rakan-rakan dan keluarga

mangsa yang mengalami trauma apabila mendengar berita kematian ini.

Walaupun kita tidak mungkin tahu cerita sebenar di sebalik mengapa

mangsa membuat keputusan begitu atau apa yang mengganggu fikiran

mereka namun secara umumnya, ramai yang mengetahui bahawa salah

satu penyakit perubatan yang sering dikaitkan dengan kejadian ini

adalah penyakit kemurungan ataupun dikenali sebagai “Major

depression”. Pemahaman tentang penyakit kemurungan bagi mereka

yang berkecimpung dalam bidang perubatan psikologi adalah berbeza

berbanding dengan pandangan orang ramai. Izinkan saya menjelaskan

hal ini dalam erti kata yang mudah untuk difahami oleh kita semua.

Apakah itu penyakit kemurungan?

Penyakit kemurungan merupakan penyakit perubatan yang melibatkan

perasaan sedih atau murung. Namun berbeza daripada perasaan sedih

yang mungkin dirasakan apabila kita kehilangan telefon bimbit

contohnya, bagi mereka yang mengalami masalah ini, perasaan sedih

atau murung ini berpanjangan. Pada masa yang sama, mereka juga

seringkali mempunyai perasaan terlalu rendah diri dan sering merasakan

diri mereka bersalah dan berdosa dalam setiap perkara yang berlaku

dalam kehidupan mereka. Perasaan murung ini hadir dalam diri mereka

pada setiap waktu sepanjang hari dan boleh berlarutan sehingga

berminggu-minggu. Ini berbeza dengan perasaan sedih biasa yang kita

alami apabila sesuatu musibah berlaku yang akan hilang dalam masa

yang singkat setelah musibah itu berlalu.

SOCIALMEDIA

OWNED BY

APPLE /GOOGLE APP

Malaysian

Medical

Gazette now

available as an

Apple and

Android App!

Get updates

straight from

your phone

with just a

click of a

button!

Download it

for FREE

now!

3/10/2014 Penyakit Kemurungan dan Anda – Dr. Amer Siddiq | The Malaysian Medical Gazette

http://www.mmgazette.com/penyakit-kemurungan-dan-anda-dr-amer-siddiq/ 3/8

Diagnosis penyakit ini melibatkan temubual antara pakar psikiatri dengan

mereka yang dirasakan menghidapi penyakit kemurungan. Diagnosis ini

berpandukan kriteria yang ditetapkan oleh World Health Organization

(WHO) dan American Psychiatric Association (APA). Mereka yang

mempunyai gejala-gejala atau simptom kemurungan seperti yang

dinyatakan di bawah, menyebabkan gangguan dalam kehidupan

seharian berkemungkinan mengalami penyakit kemurungan ini.

Tanda-tanda penyakit kemurungan

1. Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari

dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu. Perasaan ini

dilaporkan oleh pesakit secara subjektif seperti perasaan rendah diri

ataupun daripada pengamatan orang luar contohnya selalu menangis.

2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang

biasa dilakukan hampir setiap hari. Contohnya tidak berminat untuk

bersukan lagi atau berjumpa dengan sanak-saudara.

3. Berat badan merosot (~5%) daripada asal dalam waktu yang singkat

atau kurang selera makan.

4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih

tidur (hypersomnia).

5. Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif

atau kurang aktif.

6. Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.

7. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu kesalahan

perbuatan atau merasakan diri tidak berguna

8. Tidak mampu memberikan konsentrasi atau berfikir secara rasional.

Pesakit juga merasakan susah untuk membuat keputusan dalam

kehidupan hariannya.

9. Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap,

atau mempunyai pelan masa hadapan untuk membunuh diri.

Justeru, jika anda merasakan anda atau orang terdekat anda mempunyai

gejala- gejala yang disebutkan di atas dalam tempoh waktu yang sudah

lama, adalah lebih baik anda mendapatkan pertolongan daripada doktor

anda atau hubungi mereka yang boleh memberikan pertolongan seperti

di bawah.

Apakah situasinya sekarang?

DISCLAIMER

The Malaysian

Medical

Gazette

(PPM-007-12-

13092013)

formed under

Malaysian

Integrated

Medical

Professionals

Association is

an

informational

website

featuring

news, issues

and medical

facts written

by specialists,

doctors and

healthcare

professionals.

It is not a

substitute for

medical

consultation.

All facts

written were

authenticated

by the

respective

authors and

true at the

time of

publication.

3/10/2014 Penyakit Kemurungan dan Anda – Dr. Amer Siddiq | The Malaysian Medical Gazette

http://www.mmgazette.com/penyakit-kemurungan-dan-anda-dr-amer-siddiq/ 4/8

Source: projectlifemastery.com

Terdapat salah faham yang berlaku di kalangan umum bahawa ahli

psikiatri dapat membaca minda pesakit. Ini sudah tentunya satu dongeng

dan tidak benar sama sekali. Seperti yang dikatakan Dr Eugene sebelum

ini, doktor psikiatri adalah doktor perubatan yang berlatih dan mendalami

ilmu kesihatan mental. Justeru, kumpulan pakar ini dapat membantu

mereka yang mengalami masalah dalam penyakit mental.

Penyakit kemurungan telah dikenalpasti oleh WHO sebagai penyakit

keempat terbesar yang menyumbang kepada penyakit global (global

disability) yang dialami oleh manusia di seluruh dunia pada ketika ini.

Kajian juga meramalkan bahawa penyakit kemurungan akan menjadi

penyebab utama masalah kesihatan dalam negara-negara membangun

menjelang tahun 2020. Oleh itu, isu ini tidak boleh dipandang ringan.

Beberapa kajian epidemiologi juga turut melaporkan bahawa peluang

bagi seseorang untuk menghidapi penyakit kemurungan sepanjang

tempoh kehidupannya adalah sebanyak 11-15% dan dalam tempoh

setahun pula kemungkinan terdapat sebanyak 5-6% mereka yang

menghidapi penyakit ini. . Di Malaysia ketika ini, kejadian penyakit ini

adalah sebanyak 2% di kalangan orang umum dan di antara yang

mendapatkan khidmat doktor pula, prevalen penyakit ini adalah sebanyak

6-14%. Berkemungkinan besar statistik yang diberikan tidak mewakili apa

yang sedang berlaku dalam komuniti kita kerana kurang keperihatinan

masyarakat kita terhadap penyakit mental. Mungkin juga ramai yang

tidak menyedari bahawa kemurungan yang berpanjangan adalah satu

masalah yang perlu kita tanggani bersama.

Apakah punca penyakit kemurungan?

3/10/2014 Penyakit Kemurungan dan Anda – Dr. Amer Siddiq | The Malaysian Medical Gazette

http://www.mmgazette.com/penyakit-kemurungan-dan-anda-dr-amer-siddiq/ 5/8

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada seseorang itu

untuk mengalami penyakit kemurungan. Salah satunya ialah genetik atau

keturunan. Individu yang mempunyai ahli keluarga yang pernah

menghidapi penyakit kemurungan, mempunyai risiko yang lebih tinggi

untuk menghidapi penyakit ini apabila dibandingkan dengan mereka yang

tidak. Selain itu, individu dengan personaliti yang selalu gelisah atau tidak

ceria adalah lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.

Mereka yang pernah mengalami peristiwa hidup yang memberi impak

pada zaman kanak-kanak juga mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Contohnya trauma psikologi di zaman kanak-kanak atau trauma fizikal ke

atas otak kerana kecederaan atau penyalahgunaan dadah. Kemalangan

yang berlaku pada zaman kanak- kanak memberi kesan yang lebih besar

dan membawa kepada risiko yang lebih tinggi untuk penyakit

kemurungan bagi seseorang individu dalam kehidupan dewasanya. Bagi

mereka yang menggunakan dadah, risiko untuk menghidapi penyakit

kemurungan juga turut meningkat berbanding dengan mereka yang tidak

mengambil dadah. Penggunaan dadah di sini termasuklah menghisap

rokok.

Sesetengah sejarah hidup yang negatif atau yang menyebabkan tekanan

jiwa boleh menjadikan seseorang individu itu lebih terdedah untuk

menghidapi penyakit kemurungan. Oleh itu, mereka ini haruslah lebih

berwaspada dan mendapatkan pertolongan secepat mungkin.

Antara faktor lain yang menyebabkan penyakit kemurungan ialah

ketidakseimbangan bahan kimia atau hormon di dalam otak. Hormon

utama yang sering dikaitkan ialah serotonin. Antara hormon lain yang

turut terlibat ialah norepinephrine dan dopamine. Bahan-bahan ini

diperlukan untuk otak kita berfungsi secara normal dalam mengawal

perasaan kita. Oleh itu, kegagalan dalam penghasilan atau peningkatan

dalam pemusnahan bahan-bahan ini akan menyebabkan berlakunya

ketidakseimbangan bahan kimia ini dan seterusnya menjurus seseorang

itu menghidap penyakit kemurungan .

Bolehkah kita merawat penyakit kemurungan?

Penyakit kemurungan perlu dikenalpasti dan diberikan diagnosis sebelum

rawatan dapat diberikan. Individu yang mempunyai penyakit ini,

bergantung kepada tahap keterukannya, boleh memilih di antara “talking

therapy” (psikoterapi) atau penggunaan ubat. Selalunya untuk kes

sederhana atau berat, kombinasi terapi boleh digunakan untuk merawat

pesakit dan kajian telah menunjukkan keputusan yang

memberangsangkan apabila kombinasi rawatan digunakan.

3/10/2014 Penyakit Kemurungan dan Anda – Dr. Amer Siddiq | The Malaysian Medical Gazette

http://www.mmgazette.com/penyakit-kemurungan-dan-anda-dr-amer-siddiq/ 6/8

Source: w w w .mamamia.com.au

Rawatan menggunakan ubat-ubatan adalah efektif dan selamat.

Walaupun setiap ubat mempunyai kesan sampingan, sekiranya tidak

memberikan rawatan untuk penyakit kemurungan adalah lebih bahaya

daripada kesan sampingan tersebut. Juga perlu dijelaskan bahawa kesan

sampingan ubat-ubat ini selalunya kecil dan jutaan pesakit di seluruh

dunia yang menerima rawatan ini dapat menerima kesan sampingannya.

Bagaimana saya boleh meminta pertolongan?

Bagi mereka yang berasa diri mereka memerlukan pertolongan dalam hal

ini dan mahu berbicara dengan seseorang yang memahami, doktor di

klinik yang selalu anda kunjungi merupakan orang pertama yang patut

anda bawa berbincang. Semua doktor mempunyai kepakaran yang cukup

untuk mengesan dan merawat penyakit kemurungan yang ringan atau

sederhana dalam komuniti. Jika mereka merasakan anda memerlukan

khidmat pakar, mereka boleh merujuk anda ke hospital untuk bertemu

dengan pakar psikiatri.

Jika anda sendiri mahu berjumpa dengan doktor- doktor yang lebih pakar

dalam bidang kesihatan mental, anda bolehlah terus berjumpa dengan

pakar psikiatri. Mereka boleh dijumpai di hospital- hospital, tidak kira

hospital kerajaan mahupun hospital swasta. Terdapat juga beberapa

pakar psikiatri yang mempunyai klinik sendiri. Semua hospital besar

kerajaan mempunyai khidmat pakar psikiatri. Anda bolehlah merujuk di

sini:

http://www.psychiatry-malaysia.org/listcat.php?cid=29&all=Y

http://www.psychiatry-malaysia.org/listcat.php?cid=28&all=Y

Ahli psikologi walaupun berbeza dengan ahli psikiatri, juga dapat

3/10/2014 Penyakit Kemurungan dan Anda – Dr. Amer Siddiq | The Malaysian Medical Gazette

http://www.mmgazette.com/penyakit-kemurungan-dan-anda-dr-amer-siddiq/ 7/8

← Learning to Doc the Talk –Maizatul Azamiah

Introduction to Peritoneal DialysisServices – Mr. Mark Cheong →

Tags: kemurungan psikiatri

membantu anda. Terdapat juga beberapa orang ahli psikologi

bekerjasama dengan pakar psikiatri sebagai sebuah pasukan.

Bagaimanapun tidak banyak ahli psikologi di Malaysia berbanding ahli

psikiatri.

Untuk mereka yang memerlukan pertolongan tetapi tidak bersedia untuk

bersemuka dengan doctor atau pakar psikiatri, beberapa kumpulan NGO

mungkin dapat membantu anda. Antaranya ialah Befrienders Malaysia

http://www.befrienders.org.my/

Akhir sekali, The Malaysian Mental Association mempunyai beberapa

kumpulan sokongan yang dapat menghulurkan bantuan. Mereka dapat

dihubungi melalui laman web ini http://mmha.org.my/slide/

Artikel ini adalah terjemahan dari artikel bahasa inggerisnya

“Major Depression and You” dan diterjemahkan oleh Wan Zaireen

Hani Wan Najib pelajar akhir perubatan di University Otago, New

Zealand.

123Like 6 Tweet 35

Related Posts via Taxonomies

Kesan Stigma – Dr. Eugene Koh

The Mark of Stigma – Dr. Eugene Koh

Quit Smoking for the New You – Dr. Amer Siddiq

Say ‘NO’ to Smoking – Dr. Amer Siddiq

Major Depression and You – Dr. Amer Siddiq

Seeking Psychiatric Help – Dr. Eugene Koh

Second & Third Hand Smoking – Dr. Amer Siddiq

Apakah Sebab Mulut Kering? – Dr. Anis Ezrina

Too Posh To Push! – Major (Dr) Che Hasnura

“Kasut tumit tinggi menyakitkan!” – En. Jonathan Goh

Leave a Reply

123Share