ADAB MENZIARAHI JENAZAH

Embed Size (px)

Citation preview

PENGENALAN Menziarahi janazah bermaksud melawat keluarga yang ditimpa kedukaan disebabkan kematian salah seorang ahli keluarga. Apabila mendengar berita kematian seseorang islam di satu kampung , umat islam wajib menziarahi keluarga si mati dan membantu menguruskan jenazah sehingga dikebumikan. Di samping itu, orang yang menziarahi jenazah dapat melahirkan simpati dengan mengucapkan takziah kepada keluarga si mati agar bersabar dan tabah hati.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : hak seseorang islam ada lima, iaitu menjawab salam, melawat orang sakit, menghantar jenazah, memenuhi undangan dan mendoakan orang bersin.

TUJUAN MENZIARAHI JENAZAH Melaksanakan tanggungjawab seorang islam

terhadap saudara seagama yang ditimpa musibah kematian dalam ahli keluarganya. Bekerjasama membantu menyelesaikan urusan jenazah seperti memandi jenazah, mengkafan, menyembahyangkan dan mengebumikannya. Menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga si mati seperti menasihati mereka bersabar dan tabah hati menghadapi ujian Allah. Menzahirkan rasa simpati terhadap ahli keluarga si mati. Mengingatkan orang yang hidup tentang kematian. Mengukuhkan hubungan silatulrahim masyarakat islam setempat.

KELEBIHAN MENZIRAHI JENAZAHIndividu 1. Dapat menzahirkan perasaan simpati terhadap keluarga si mati. 2. Melahirkan keinsafan pada diri. 3. Mendidik diri untuk terus menunaikan tuntutan fardu kifayah. 4. Dapat bermuhasabah tentang amalan ibadat yang dilakukan. 5. Memperolehi ganjaran daripada Allah subhanahu wataala.

Keluarga Si Mati 1. Dapat menenangkan dan meringankan perasan sedih keluarga si mati. 2. Dapat menguatkan ketabahan hati. 3. Dapat mengurangkan beban tanggungan pengurusan jenazah. 4. Menimbulkan keinsafan tentang kepentingan hidup bermasyarakat.

Masyarakat 1. Mengukuhkan hubungan silatulrahim di antara mereka. 2. Menghayati roh ukhwah islamiah yang tidak dibatasi oleh bangsa atau kaum. 3. Menghayati prinsip kejiranan dan kemasyarakatan yang dikehendaki oleh islam. Setiap orang sentiasa memelihara dan menghormati jiran.

ADAB MENZIARAHI JENAZAH1. Mengucapkan innalillahiwainnailaihirojiun apabila mendengar berita kematian. 2. Segera menziarahi jenazah apabila mendengar berita kematian. 3. Menemui keluarga si mati untuk mengucapkan takziah kepada mereka. 4. Berzikir dan membaca al quran dengan suara yang perlahan. 5. Menyediakan makanan untuk keluarga si mati.

6. Tidak menceritakan keaiban jenazah. 7. Mendoakan kesejahteraan janazah. 8. Tidak meninggikan suara atau berbual-bual kosong. 9. Menyegera pengurusan jenazah. 10. Menyembahyangkan jenazah dan mengirinnya ke perkuburan.

MENZIARAHI JENAZAH BUKAN MUSLIM Orang islam diharuskan menziarahi jenazah

bukan islam sebagai tanda simpati dan disunatkan bertakziah kepada keluarga si mati. Walaubagaimanapun semasa menziarahi jenazah, orang islam tidak dibenarkan menyertai upacara keagamaan mereka. Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan para sahabat supaya menghormati jenazah orang bukan islam.

PERBEZAAN DI ANTARA MENZIARAHI JENAZAH MUSLIM DENGAN BUKAN MUSLIMJENAZAH MUSLIM 1. Membantu menguruskan jenazah seperti memandi dan menkafankan jenazah. 2. Turut menyembahyangkan jenazah. 3. Mengeringi jenazah ke perkuburan dan mengebumikannya. 4. Membanyakkan berzikir semasa berada di rumah jenazah serta takziah. JENAZAH BUKAN MUSLIM 1. Hadir di rumah keluarga si mati sebagai tanda simpati. 2. Tidak menyertai upacara keagamaan jenazah. 3. Berdiri ketika jenazah lalu di hadapan sebagai tanda hormat. 4. Mengucapkan takziah kapada keluarga si mati.

PENGURUSAN JENAZAH.avi