11
Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka INFORMATION SHEET PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN SESSION : SEMESTER : 2 CODE/COURSE : TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC SHEET NO : A14/M02/ IS02 LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 9 TOPIC : M02 ELECTRIC CIRCUIT AND TEST INSTRUMENT SUB-TOPIC : 02.01 ELECTRIC CIRCIUT 02.02 TEST INSTRUMENT LEARNING OUTCOME : Pelajar akan dapat: 1. Nyatakan jenis-jenis multimeter. 2. Jelaskan bahagian-bahagian multimeter 3. Nyatakan binaan multimeter TAJUK : PENGENALAN KEPADA MULTIMETER TUJUAN Litar elektrik amat penting dalam sistem elektrikal kenderaan. Ia membolehkan komponen-komponen elektrik kenderaan berfungsi dengan sempurna. Simbol-simbol diwujudkan untuk menggantikan komponen-komponen elektrik semasa membuat lukisan skematik. Terdapat alat uji yang boleh 1

8.1 multimeter

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 8.1 multimeter

Institut Kemahiran MARAJasin, Melaka

INFORMATION SHEET

PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN

SESSION : SEMESTER : 2

CODE/COURSE :TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC

SHEET NO : A14/M02/IS02

LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 9

TOPIC : M02 ELECTRIC CIRCUIT AND TEST INSTRUMENT

SUB-TOPIC :02.01 ELECTRIC CIRCIUT02.02 TEST INSTRUMENT

LEARNING OUTCOME :

Pelajar akan dapat:

1. Nyatakan jenis-jenis multimeter.2. Jelaskan bahagian-bahagian multimeter3. Nyatakan binaan multimeter

TAJUK : PENGENALAN KEPADA MULTIMETER

TUJUAN

Litar elektrik amat penting dalam sistem elektrikal kenderaan. Ia membolehkan komponen-komponen elektrik kenderaan berfungsi dengan sempurna. Simbol-simbol diwujudkan untuk menggantikan komponen-komponen elektrik semasa membuat lukisan skematik. Terdapat alat uji yang boleh digunakan untuk menguji litar elektrik. Kertas penerangan ini akan menerangkan maksud tersebut.

1

Page 2: 8.1 multimeter

PENERANGAN

Alat pengujian digunakan untuk menguji sistem elektrik kenderaan dan juga untuk mencari sebarang kerosakan atau ketidaksempurnaan dalam sistem elektrik dan elektronik kenderaan. Alat menguji elektrik digunakan bagi menguji litar, bateri kenderaan, menguji rintangan, arus, voltan dan lain-lain lagi. Arus elektrik diukur menggunakan sukatan ampere ( A ), Tekanan elektrik diukur dalam sukatan voltan ( V ) dan rintangan diukur dalam sukatan ohm ( Ω ).

MULTIMETER

Multimeter atau multitester adalah alat untuk menyukat berbagai sukatan yang digabungkan dalam satu alat. Di mana ianya hanyalah perlu dilaras bagi menyukat mengikut jenis kerja atau sukatan. Antara sukatan bacaan yang boleh disukat ialah menyukat arus elektrik ( ampere), menyukat voltan (volt) dan menyukat rintangan (ohm - Ω). Kuantiti tersebut diukur dengan menggunakan tiga alat ukur yang berlainan seperti meter volt, meter ampere dan meter ohm.

JENIS MULTIMETERTerdapat dua jenis multimeter yang digunakan untuk menguji system elektrik kenderaan iaitu multimeter jenis analog dan multimeter jenis digital.

Multimeter AnalogMultimeter analog menggunakan pergerakan hayunan jarum untuk menunjukkan bacaan yang diukur. Jarum akan bergerak dari kiri ke kanan. Tindakan ini diperlukan untuk membaca nilai cas yang rendah dalam voltan, arus elektrik atau rintangan. Analog meter juga sesuai untuk mencari masalah di mana jarum akan bertindakbalas mengikut perubahan nilai yang diukur.

Multimeter Analog

2

Page 3: 8.1 multimeter

Multimeter DigitalMultimeter digital menggunakan vacuum fluorescent or liquid crystal display untuk menunjukkan bacaan. Nombor akan ditunjukkan untuk mewakili nilai yang diukur. Digunakan untuk mengukur nilai bacaan yang sekata di mana ketepatan bacaan diperlukan. Walaubagaimanapun memandangkan bacaan menggunakan digital boleh berubah-ubah jadi agak sukar untuk mengukur nilai yang tidak tetap atau sentiasa berubah-ubah. Digital multimeter amat sesuai digunakan untuk mengukur nilai bacaan yang mempunyai rintangan yang tinggi seperti ketika mengukur litar komputer. Ia memerlukan arus yang kecil untuk mengukur dan tidak merosakkan litar komputer yang rumit.

BAHAGIAN-BAHAGIAN MULTIMETER

Bahagian-bahagian multimeter analog

3

Zero adjuster

Page 4: 8.1 multimeter

FUNGSI SETIAP BAHAGIAN MULTIMETER

1. Skala - Mengandungi skala bagi bacaan rintangan, voltan arus terus, voltan arus ulang-alik

2. Jarum Penunjuk - Berfungsi menunjukkan bacaan pada skala

3. Skru Pelaras Sifar - Berfungsi melaraskan jarum penunjuk pada bacaan sifar (0)

4. Pelaras Sifar Ohm - Berfungsi melaraskan jarum penunjuk semasa menguji rintangan

5. Prob Negatif dan prob Positif - Berfungsi menyentuh alatan elektrik dan komponen elektronik prob hitam untuk negatif dan prob merah untuk positif

6. Tombol Pemilih Julat - Berfungsi untuk memilih julat bacaan yang dikehendaki

7. Julat - Berfungsi menunjukkan kadar sukatan yang akan diukur

8. Volt meter – Berfungsi untuk mengukur nilai voltan

9. Ampere meter – Berfungsi untuk mengukur nilai arus terus atau ulang-alik

10. Ohm meter – Berfungsi untuk mengukur nilai rintangan dan penyambungan litar.

Bahagian-bahagian multimeter digital

4

Page 5: 8.1 multimeter

BINAAN MULTIMETER

1. Ohm Meter2. Ampere Meter3. Volt Meter

1. OHM METER

Ohm Meter adalah sejenis peranti untuk mengukur perintang terus. Lazimnya, kemudahan jenis ini terkandung dalam meter pelbagai (Multimeter). Ia mengunakan gerakan yang seperti yang terdapat pada meter ampere dan meter volt tetapi mempunyai bahagian sifat di sebelah hujung skala berlawanan. Ia mengandungi suatu punca d.g.e yang biasanya boleh digantikan dengan sel kering (bateri) yang berada dalam meter pelbagai.

KEGUNAAN

1. Mengukur nilai rintangan pada sesuatu bahan2. Menguji keterusan pada bahan pengalir atau litar3. Menguji komponen contohnya transistor, diode, suis, fius dan sebagainya.

*(Peringatan : Semasa membuat ujian – keadaan meter mestilah selari dengan bahan yang hendak diuji)

METER AMPERE (AMMETER)

Asas menyukat untuk arus, ia berkeupayaan untuk menyukat arus dari mikro ampere ke ampere (uA ke A). Meter mestilah disambung sesiri dengan litar. Ini bermakna litar mestilah dibuka untuk sambungan meter. Oleh itu, arus yang mengalir dalam litar akan mengalir melalui meter dan

5

Page 6: 8.1 multimeter

bacaan diambil apabila jarum bergerak pada skala. Ammeter digunakan dengan cara menyambung sesiri pada beban supaya semua arus dapat mengalir ke beban menerusi meter.

Sambungan litar mestilah putus di mana punca (+ve) meter disambung pada punca (+ve) litar dan sebaliknya, punca (-ve) meter disampung pada punca (-ve) litar.** (Sekiranya diterbalikkan kedudukan punca meter, bacaan akan terbalik (jarum bergerak songsang). Julat yang digunakan mestilah pada julat yang paling tinggi)

Perlu diingatkan bahawa litar dalam automotif hanya dioperasi secara DC (direct or one-way current flow), bukannya AC (alternating or reversing current flow). Kebanyakkan niali arus dalam automotif adalah tinggi dan banyak multimeter analog direka untuk mengukur nilai arus yang rendah. Jadi kemahiran diperlukan untuk membolehkan ujian dilakukan walaupun pada nilai yang tinggi.

Ammeter digunakan untuk menyukat arus (current) dan unitnya dalam ampere atau dalam istilah (A). Peralatan ini membentuk kita beberapa banyak elektron dapat mengalir melalui sesuatu beban pada setiap saat.

I = Q Q = cas dalam Columb T T = Masa dalam saat

METER VOLT

Meter volt digunakan dalam keadaan selari dengan di dalam litar. Ia dapat menentukan berapa banyak potential different merentasi dua point yang disambungkan ke beban. Meter volt digunakan untuk menyukat bezaupaya dilitar serta bekalan kuasa. Bekalan kuasa terdiri daripada Ac (Alternative Current / Arus Ulang – Alik) dan DC (Direct Current / Arus Terus). Unitnya terdiri daripada AC volt dan DC volt. Tidak perlu mengubah litar atau memutuskan litar apabila menggunakan voltmeter. Pada meter terdapat tanda positif dan negatif. Ini bermakna tuntutan kedudukan tanda polarity bateri tersebut.

6

Page 7: 8.1 multimeter

Kedudukan meter volt mestilah selari dalam litar pada 2 punca iaitu punca (+ve) meter pada punca (+ve) litar dan punca (-ve) meter pada punca (-ve) litar.

Meter analog biasanya memounyai pelbagai skala voltan. Bacaan mestilah dibuat bersesuain dengan julat yang telah ditetapkan. Skala yang betul mestilah digunakan bergantung kepada skala yang telah ditetapkan.Sebagai contoh, jika nilai yang dilaraskan ialah 0-25 volts, kita mestilah menggunakan skala 0-250 volts. Walaubagaimanpun kita boleh membiarkan tambahan kosong selepas membaca skala.Jika disetkan pada 0-10 volts, kita mestilah membaca pada skala pada julat yang tinggi 10 volts.

LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KESELAMATAN MULTIMETER

Apabila ingin menggunakan meter untuk menyukat sesuatu unit, mestilah berhati-hati semasa menggunakan meter supaya tidak menjadi kerosakan pada meter tersebut. Langkah-langkah yang perlu perhatikan semasa menggunakan meter adalah seperti berikut :

1. Tiap-tiap meter mengandungi wire merah dan wire hitam sebagai talian untuk menyukat sesuatu unit. Sebelum memulakan sesuatu sukatan, letakkan wire warna merah ke tempat yang bertanda positif (+) dan wire hitam ke tampat yang bertanda Negatif (-). Hanya apabila menguji komponen Diod dan transistor sahaja yang boleh menukarkan talian wire meter yang bertanda merah ke tempat Negatif (-) dan wire meter bertanda hitam ke tempat Positif (+).

2. Tentukan terlabih dahulu apaka unit yang hendak disukat sama ada rintangan atau voltan dan letakan rangenya di tempat yang betul dan sesuai.

3. Letakkan atau pusingkan pada range yang besar sekali. Contohnya kita hendak menyukat voltan DC, letakkan pada angka 1000 sekiranya tidak bergerak turunkan pada angka 250, sekiranya di dapati masih jarum tidak bergerak lagi, turunkan pada angka 50, sekiranya masih tidak bergerak, turunkan pada 10 hingga jarum meter bergerak di tengah-tengah sekil maka kita mudah membacanya. Ini sekiranya kita tidak mengetahui nilainya.

7

Page 8: 8.1 multimeter

4. Sekiranya kita mengetahui nilainya, kita mestilah menggunakan range yang sesuai, Contohnya, jika sesuatu point nilainya 8V, kita mestilah menggunakan range 10 yang sesuai bukannya 50.

5. Apabila melatakkan punca meter ke tempat yang hendak disukat, berjaga-jagalah supaya talian yang tidak bersalut tersalut terkena tangan kita. Harap pegang tempat yang bersalut sahaja.

6. Apabila tidak menggunakan meter, tanggalkan kedua-dua talian meter tersebut di dalam kotak.

7. Di dalam meter tersebut ada 2 biji bateri, untuk menguji sama ada bateri tersebut boleh digunakan atau tidak, letakkan punca-punca meter ke tempatnya dan cantumkan punca warna hitam dan punca warna merah. Jika perhatikan jarum meter bergerak ke angka 0, ini bererti bateri yang ada di dalam meter masih lagi boleh digunakan lagi. Jika jarum meter tidak sampai ke angka 0 walaupun telah dipusingkan kawalannya, ini bererti bateri di dalam meter tersebut telah lemah. Untuk menggantikan bateri-bateri itu, harapkan buka skru yang terdapat di belakang meter tersebut dan gantikan baterinya.

8. Jaga meter supaya tidak terhempas.

9. Pastikan wayar penguji tidak terkena bahagian panas atau bahagian yang bergerak pada enjin. Ini boleh menyebabkan terbakar pada ekzos yang panas atau terbelit pada kipas enjin.

10. Jika perlu laraskan pada skala kosong sebelum menggunakannya untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

8

Page 9: 8.1 multimeter

KESIMPULAN

Multimeter merupakan alat pengujian yang pelbagai guna dan mudah untuk digunakan. Boleh digunakan untuk mnguji arus terus dan juga arus ulang-alik.

EXERCISE

1. Multimeter terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis _______________ dan jenis____________.

2. Alat yang digunakan untuk menguji litar elektrik dan elektronik pada kenderaan untuk ujian voltan, arus dan rintangan dikenali sebagai….a) Ligth Testb) Battery Chargerc) Magnetic Timer Testerd) Multimeter

3. Apakah fungsi jarum penunjuk yang terdapat pada multimeter?a) Berfungsi melaraskan jarum penunjuk pada bacaan sifar (O).b) Berfungsi menunjukkan bacaan pada skalac) Berfungsi untuk memilih julat bacaan yang dikehendakid) Sebagai hiasan

4. Voltmeter digunakan untuk menyukat……….a) menyukat kerintangan pada perintangb) menyukat bezaupaya pada sesuatu litarc) menyukat kuantiti arus yang mengalir pada sesuatu litard) menyukat kekuatan arus pada sesuatu litar

5. Wayar merah pada multimeter mewakili terminal _______________ manakala wayar hitam mewakili terminal _________________ untuk miultimeter.

REFERENCE

1. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.

2. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.

3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems4. DTAF IKM Jasin, Information Sheet Auto-Electric5. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor

Corporation.6. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes

Ltd. System7. Automotif Electrical/electronic System8. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox

Company, Inc.9.

9