61 GP Padang Golf

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    1/26

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    2/26

     

    JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA

    KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

    2013

    PADANG GOLF

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    3/26

     

    Cetakan Pertama 2013

    © Hak CiptaJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

    Hak Cipta Terpelihara

    Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula,

    disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi,

    ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara,sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dansebagainya tanpa kebenaran bertulis

    daripada Penerbit terlebih dahulu.

    ISBN 978-983-2839-32-3

    Diterbitkan di Malaysia

    olehJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

    Tel: 03 – 2081 6000 Faks: 03 – 2094 1170

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    4/26

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    5/26

      GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLFi

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

    1. TUJUAN 1

    2.  DEFINISI 1

    2.1  Sukan Golf 12.2  Padang Golf 1

    2.3  Lapang Sasar Golf 12.4  Akademi Golf 2

    3. SKOP 2

    4. PRINSIP PERANCANGAN 2

    4.1 Alam Sekitar dan Estetik 24.2 Selesa dan Harmoni 34.3 Selamat 3

    4.4 Kemudahsampaian 4

    5. GARIS PANDUAN UMUM 4

    5.1 Klasifikasi Guna Tanah 45.2 Zon Penampan 45.3 Kolam Takungan 5

    6. GARIS PANDUAN KHUSUS 7

      6.1 Padang Golf 7

    6.2 Lapang Sasar Golf   116.3 Akademi Golf 15

    SENARAI FOTO 

    Foto 1 : Contoh driving bay di lapang sasar golf

    Foto 2 : Contoh target marker  di lapang sasar golf

    Foto 3 : Contoh aplikasi water hazard   sebagai penampan (antara rumahdengan fairway) 

    Foto 4 : Contoh tempat letak buggy  

    Foto 5 : Contoh kafetaria di halfway hut  untuk kemudahan pemain golf berehatFoto 6 : Contoh kedai menjual peralatan golfFoto 7 : Jaring keselamatan yang disediakan di lapang sasar golf  Foto 8 : Ruang tempat duduk di belakang driving bay  

    Foto 9 : Reka bentuk tempat letak buggy  

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    6/26

      GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF ii

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    Foto 10 : Contoh practice mat di dalam teaching studio Foto 11 : Contoh-contoh suasana pembelajaran di akademi golf

    SENARAI RAJAH 

    Rajah 1 : Komponen sesebuah padang golfRajah 2 : Zon penampan dengan jarak minimum 30 meter

    Rajah 3 : Cadangan susun atur kawasan kediaman di dalam padang golfRajah 4 : Ilustrasi zon penampan dalam bentuk jalan raya, pokok, kolam dan

    bunker  sekiranya kediaman dibangunkan berselari dengan fairway  Rajah 5 : Cadangan jarak minimum fairway

    Rajah 6 : Cadangan ukuran minimum driving bay

    GLOSARI 

    T e e in g S h o t

    Jenis pukulan yang dibuat daripada tee box. 

    Tee

    Berbentuk seperti paku yang dipasakkan di dalam tee box  untuk meletakkan bola golfyang akan dipukul.

    P r a c t i ce M a t

    Alas yang direka bentuk khusus seperti sebidang rumput sebagai tempat untukmemulakan pukulan di lapang sasar atau akademi golf.

    P u t t i n g

    Pukulan yang dilakukan di atas green dan menggunakan putter  dan merupakan pukulanpaling sukar bagi pemain.

    Ch i p p i n g

    Pukulan yang rendah ketika bola dihayunkan rendah dan kemudian bergulir mengarahke green.

    P r a c t i ce Bu n k e r

    Rintangan perangkap pasir yang direka untuk tujuan latihan di dalam green.

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    7/26

      GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF1

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    Rajah 1: Komponen sesebuah padang golf

    1.  TUJUAN

    Garis panduan perancangan inidisediakan bertujuan untukmembantu pihak berkepentingandalam merancang, mereka bentuk,mengawal dan membangunkanpadang golf, lapang sasar golf danakedemi golf.

    2. DEFINISI 

    2.1  SUKAN GOLF

    Sukan golf merupakan satu sukanpadang yang perlu menggunakansatu set kayu golf (golf club) danbola khas dan dimainkan mengikutundang-undang yang digariskan olehRoyal and Ancient Golf Club of St.

     Andrews (R&A) di Scotland dan United State Golf Association (USGA).

    Sukan ini boleh dimainkan secaraindividu atau berkumpulan, dimanapemain perlu memukul bola bermuladari tee box   ke dalam lubang digreen dengan bilangan pukulan yangminimum.

    Di Malaysia, sukan golf kini semakinmendapat perhatian dunia menerusikejohanan yang diadakan justerupembangunan prasarana sukan golfyang baik akan membantu ke arahmemajukan masa depan sukannegara.

    2.2  PADANG GOLF

    Sebuah padang golf dibangunkandengan 9 atau 18 siri lubang.Namun bergantung kepada keluasankawasan pembangunan, ia jugaboleh dibangunkan dengan 27, 36,54 atau lebih siri lubang. Rekabentuk padang golf bergantung

    kepada keadaan bentuk muka bumikawasan tersebut dan peletakankemudahan asas yang diperlukan.

    Rajah 1  menunjukkan komponen-komponen asas bagi sesebuahpadang golf.

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    8/26

      GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 2 

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    Foto 2: Contoh target marker  di

    lapang sasar golf

    Foto 1: Contoh driving bay dilapang sasar golf

    2.3  LAPANG SASAR GOLF 

    Lapang sasar golf merupakankemudahan yang digunakan olehpemain golf membuat latihanpukulan serta medan pembelajaranbermain golf kepada pemain yangbaru menceburi sukan ini.

    Lapang sasar golf kebiasaannyadibangunkan sebagai salah satukemudahan di padang golf. Namun,ia juga boleh dibangunkanberasingan (stand alone activity )untuk tujuan rekreasi komersil yangkebanyakannya terdapat di kawasanpusat bandar.

    Komponen lapang sasar golfmerangkumi driving bay  (rujuk Foto1), range  dan target marker   yangmenandakan jarak pukulan (rujukFoto 2). Aspek keselamatan jugaperlu diambil kira untuk

    mengelakkan impak negatif.

    2.4  AKADEMI GOLF

    Akademi golf merupakan keperluankemudahan sukan golf yang sudah

    mula terkenal di Malaysia. Akademigolf berperanan sebagai pusatbimbingan untuk mengasah bakat-bakat baru dalam sukan initerutamanya kanak-kanak ataupunkepada pemain senior yang inginmeningkatkan mutu permainan.

    Di Malaysia, kebanyakan akademigolf dibangunkan secara attached  kepada lapang sasar golf bagimembolehkan para pemainmenjalani sesi latihan. Namun,akademi golf juga bolehdibangunkan berasingan (standalone activity ).

    Berbanding lapang sasar golf,terdapat beberapa komponen khasperlu disediakan untuk menyokongaktiviti di akademi golf (rujukBahagian 6.3).

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    9/26

      GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF3

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    3. SKOP GARIS PANDUAN

    Garis panduan perancangan inimemperincikan aspek-aspekberkaitan dengan prinsip-prinsipperancangan, garis panduan umumdan garis panduan khusus bagipembangunan padang golf, lapangsasar golf dan akademi golf.

    Antara aspek yang diberi penekananialah:

    i.  kelestarian alam semula jadi,keharmonian integrasi gunatanah dan perancangan kawalankeselamatan;

    ii. 

    penentuan zon penampan;iii.  perincian perancangan fizikal

    kawasan pembangunan; daniv. penentuan komponen-komponen

    kemudahan.

    4. PRINSIP PERANCANGAN

    Perancangan pembangunan padanggolf, lapang sasar golf dan akademigolf hendaklah mengambil kiraprinsip-prinsip perancangan sepertiyang berikut:

    4.1 ALAM SEKITAR DANESTETIK

    Mengambil kira pemeliharaan alamsekitar merupakan prinsip pentingbagi memastikan nilai estetik semula

     jadi sesebuah kawasan terusterpelihara.

    Perancangan dan pembangunan

    padang golf perlu mengekalkan ciri-ciri topografi semula jadi dan sistemsaliran sedia ada seperti kawasansungai, tasik dan mana-mana badanair.

    Namun, kawasan pembangunanpadang golf tidak digalakkan

    merentasi saliran sedia adasekiranya ia merupakan sumber airkegunaan penduduk setempatkerana dikhuatiri akan tercemaroleh sebab aktiviti penyelenggaraanrumput di padang golf.

    Reka bentuk sesebuah padang golfperlu meminimumkan kerja-kerjatanah bagi memastikan aktivitipembangunan tidak mencemarkanalam sekitar dan merosakkan asetsemula jadi di kawasan tersebut.

    4.2 SELESA DAN HARMONI

    Pembangunan guna tanah lainseperti perumahan dan kemudahansokongan perlu disepadukan secaraselesa dan harmoni, selaras dengankeadaan semula jadi serta susunatur padang golf. Kesinambunganguna tanah antara padang golf,

    lapang sasar golf atau akademi golfdengan aktiviti-aktiviti lain harusdiwujudkan.

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    10/26

      GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 4

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    4.3 SELAMAT

    Perancangan dan pembangunanguna tanah lain yang diintegrasidengan kawasan padang golf, lapangsasar golf atau akademi golfhendaklah serasi serta menjaminkeselamatan pemain dan penghuni-penghuni di dalam mahupun di

    sekitar kawasan pembangunan.

    Sebagai contoh:

      peletakan guna tanah perumahanhendaklah di kawasan yang lebihtinggi dari fairway  

      reka bentuk laluan buggy  hendaklah di dalam kawasan zonpenampan atau di persisiranfairway dan green 

      pemasangan lightning arrestordiperlukan sekiranya kawasanpembangunan merupakankawasan berbahaya seperti

    kawasan bekas lombong

    4.4 KEMUDAHSAMPAIAN

    Rangkaian jalan utama yang dapatmenghubungkan lokasi padang golfdengan kawasan di sekitarnya perludikenal pasti. Walaupun mempunyai

    nilai estetik yang tinggi, lokasipembangunan yang terlalu jauh dari

     jalan utama akan mengurangkantahap kemudahsampaian dan secaralangsung menyukarkan kedatanganpengunjung.

    5. GARIS PANDUAN UMUM

    5.1  KLASIFIKASI GUNA TANAH

    Berdasarkan klasifikasi guna tanahdi dalam rancangan pemajuan,padang golf dan lapang sasar golfdiklasifikasikan sebagai TanahLapang dan Rekreasi di bawah kelas

    kegunaan kemudahan sukan danrekreasi1.

    5.2  ZON PENAMPAN

    Zon penampan perlu disediakansekurang-kurangnya 30 meter(100 kaki) di antara pembangunanpadang golf, lapang sasar golf atauakademi golf dengan pembangunanlain di sekitarnya seperti kawasanperumahan, perniagaan, institusiatau mana-mana kawasan tumpuanawam yang lain (rujuk Rajah 2).

    Zon penampan perlu untukmemastikan aktiviti sukan golf tidakmengakibatkan impak negatifkepada pengguna dan aktiviti gunatanah lain.

    Zon penampan boleh menggunakanelemen-elemen seperti yang

    berikut:

    1 Manual Rancangan Tempatan Edisi (2009) oleh Jabatan

    Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    11/26

      GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF5

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    Foto 3: Contoh aplikasi waterhazard  sebagai penampan

    (antara rumah dengan fairway)

    i.  Jalan raya

    Jalan raya dengan lebar 30 meter (100 kaki) sesuai dijadikan zon penampan.Jika kelebarannya kurang, ianya boleh disediakan sebagai sebahagian daripadazon penampan yang boleh diintegrasi bersamakawasan hijau.

    ii.  Kawasan rintangan (h a z a r d  )Di padang golf, hazard   boleh didapati dalambentuk water hazard  atau rintangan pasir (sand

    bunker). Zon penampan dalam bentuk waterhazard   dapat diaplikasi untuk dijadikanpenampan di antara kediaman dan fairway  bagimempertingkat imej landskap dan sebagailangkah keselamatan (rujuk Foto 3).

    iii. Kawasan hijau

    Mengekalkan deretan pokok sedia ada yang bersesuaian dan secara kreatifmengaplikasi kawasan tersebut sebagai zon penampan di dalam reka bentukpadang golf. Ini dapat memelihara keindahan semula jadi berbandingpenyediaan pagar konkrit yang akan mengurangkan nilai estetik terhadap rekabentuk pembangunan padang golf.

    Selain penyediaan zon penampan,susun atur kediaman selamatdicadang dibangunkan di belakangteeing ground (rujuk Rajah 3).Namun kebiasaannya, susun aturkediaman di dalam padang golfdibangunkan menghadap fairway.Oleh itu, zon penampan diperlukan.Ilustrasi penyediaan zon penampanberdasarkan peletakan komponen

    asas padang golf ialah seperti yangberikut (rujuk Rajah 4): 

    i.  tee box dan green perlu beradapada kedudukan dengan jarak minimum 250 meter daripadaaktiviti guna tanah disekitarnya; dan

    ii.  zon penampan dengan jarakminimum 30 meter (100 kaki)perlu disediakan darikedudukan fairway   sekiranyaterdapat aktiviti guna tanahberselari di sekitarnya ataubersebelahan dengan green.

    5.3  KOLAM TAKUNGAN

    Kolam takungan (semula jadi ataubuatan) perlu disediakan di dalampembangunan padang golf untuktujuan pengairan, penyelenggaraanrumput dan penyiraman landskapselain dapat berfungsi sebagai zonpenampan.

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    12/26

      GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 6

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    Rajah 3:Cadangan

    susun atur

    kawasankediaman di

    belakangteeing ground

    Rajah 2: 

    Zon penampandengan jarakminimum 30meter (100 kaki)

    Rajah 4: Ilustrasi zon

    penampan dalambentuk jalan raya,

    pokok, kolam danbunker  

    sekiranya

    kediamandibangunkan

    berselari denganfairway  

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    13/26

      GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF7

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    6. GARIS PANDUAN KHUSUS

    Garis panduan khusus akanmemperincikan perancangan fizikalkawasan pembangunan dankomponen-komponen kemudahanyang perlu disediakan bagipembangunan padang golf, lapangsasar golf dan akademi golf.

    6.1 PADANG GOLF

    6.1.1 Jenis Padang Golf

    Padang golf boleh digunakan untuktujuan kejohanan dan rekreasi.

    Pengurusan kelab golf pula terdiridaripada jenis:

       proprietary club; 

     

    membership club; dan  kelab golf awam.

    Jumlah jarak fairway   minimumbergantung kepada reka bentukpadang golf tersebut.

    6.1.2 Keluasan Pembangunan

    Cadangan keluasan minimumpembangunan padang golf mengikut

     jumlah lubang ialah seperti berikut:

    JumlahLubang

    Cadangan KeluasanMinimum (ekar)

    9 75

    18 150

    Sumber: Persatuan Golf Malaysia

    6.1.3 Lokasi Pembangunan

    Jadual 1: Lokasi pembangunan padang golf

       D   I   B   E   N   A   R   K   A   N 

    i.  Zon Pelancongan

    ii.  Zon Pertanian

    iii.  Zon Perindustrian

    iv.  Zon Rekreasi dan Sukan

    v.  Zon Institusi

    vi.  Zon Perumahan (dibenarkan untuk dibangun/diintegrasi di dalam kawasan padang golf setelah memenuhi syarat yang telah ditetapkan)

    vii. 

    Persisiran Pantai (dibenarkan dengan syarat yang ditetapkan di dalam GPPPemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar)

    viii.  Tapak bekas lombong dan bekas tapak pelupusan sisa pepejal dan toksik(dibenarkan dengan syarat yang ditetapkan di dalam GPP PengenalpastianBagi Pembangunan Semula Kawasan Brownfield ) 

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    14/26

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    15/26

      GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF9

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    (ii)Fa i r w a y

     

    Kawasan di antara tee box   dangreen. 

      Sempadan  fairway   kebiasaannya

    merupakan deretan pokok,belukar, kolam, parit, anak sungai

    atau laluan buggy. 

    (iii)

    Wa t e r

    H a z a r d   

     

    (iv)

    S a n d

    B u n k e r   

      Merupakan perangkap pasir yangdireka bentuk bertujuan untuk

    meningkatkan cabaran kepadapemain ketika permainan. Pemainperlu menggunakan kayu golf

    khas untuk memukul boladaripada sand bunker .

    (iv)

    G r e e n   

      Kawasan yang terdapatnya

    sasaran lubang.  Bunker   selalu terdapat di

    sekitarnya.  Lubang ditanda dengan diletakkan

    bendera.

    Water hazard   seperti kolam, tasikatau sungai direka bentuk untukmeningkatkan cabaran kepadapemain serta dapat berfungsi sebagaikolam takungan. Peraturan tertentudikenakan kepada pemain sekiranyabola jatuh di dalam water hazard.

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    16/26

      GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 10

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    Foto 4: Contoh tempat letak buggy  

    Foto 5: Contoh kafetaria di halfwayhut  untuk kemudahan pemain

    golf berehat

    Foto 6: Contoh kedaimenjual peralatan golf

    b) 

    Kemudahan Sokongan

    Perancangan fizikal pembangunan padanggolf perlu menyediakan kemudahan-kemudahan berikut:

    i.  Rumah Kelab (6-10 ekar) 

     

    pejabat pentadbiran;  ruang istirahat;  kafeteria;

     bilik persalinan (lelaki dan wanita);  tandas (lelaki dan wanita); dan

      ruang solat (lelaki dan wanita).

    ii.  Tempat Letak Kenderaan

     2 petak tempat letak kereta untuk 1lubang golf; 

     tambahan 1 petak untuk 15 meterpersegi (m2) ruang lantai rumahkelab; dan 

     tempat letak buggy (mengikutkeperluan)

    iii. H a l f w a y H u t

      ruang istirahat; kafeteria;  tandas (lelaki dan wanita); dan  ruang solat (lelaki dan wanita). 

    c)  Kemudahan Sokongan (Pilihan)

    i.  kedai peralatan golf ( proshop);ii.  bilik rehat kedi;iii.  bilik rawatan kecemasan;iv.  kolam renang;

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    17/26

      GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF11

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    Rajah 5: Cadangan jarak minimum fairway

    v.  gimnasium;

    vi.  bilik mesyuarat/seminar;vii.  bilik media;viii.  bilik menunggu tetamu kenamaan;ix.  dan lain-lain.

    Selain itu, padang golf untuk kejohanan perlu mengambil kira kemudahan-kemudahan sokongan lain seperti kawasan tempat letak kereta sementara danruang tempat duduk pengunjung yang mencukupi apabila kejohanan sukan golf

    berlangsung.

    Garis panduan perancangan ini memperincikan komponen pembangunanpadang golf semata-mata. Pembangunan padang golf juga perlu memenuhisyarat-syarat garis panduan lain yang diterima pakai oleh pihak berkuasa negeridan pihak berkuasa tempatan.

    6.2 LAPANG SASAR GOLF

    6.2.1 Keluasan Pembangunan

    Keluasan pembangunan lapang sasar golf bergantung sama ada ia dibangunkansebagai kemudahan di padang golf atau secara berasingan (struktur bangunanserta komponen kemudahan yang disediakan).

    Jarak minimum yang dicadangkan bagi range iaitu di antara driving bay   dantarget marker  ialah 320 meter (rujuk Rajah 5). Manakala kelebaran driving baybergantung kepada jumlah bay   yang disediakan. Bagi setiap satu driving bay,ukuran minimum dicadangkan seperti di Rajah 6.

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    18/26

      GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 12

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    Rajah 6: Cadangan ukuran minimum driving bay

    6.2.2 Lokasi Pembangunan

    Jadual 2 menunjukkan lokasi pembangunan lapang sasar golf yang dibenarkandan tidak dibenarkan.

    Jadual 2: Lokasi pembangunan lapang sasar golf

       D   I   B   E   N   A   R   K   A   N 

    i.  Zon Pelancongan

    ii.  Zon Pertanian

    iii. 

    Zon Perindustrianiv.  Zon Rekreasi dan Sukan

    v. 

    Zon Institusi

    vi.  Zon Perumahan (dibenarkan untuk dibangun/diintegrasi di dalam kawasan padang golf setelah memenuhi syarat yang telah ditetapkan)

    vii. 

    Persisiran Pantai (dibenarkan dengan syarat yang ditetapkan di dalam GPPPemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar)

    viii. Tapak bekas lombong dan bekas tapak pelupusan sisa pepejal dan toksik

    (dibenarkan dengan syarat yang ditetapkan di dalam GPP PengenalpastianBagi Pembangunan Semula Kawasan Brownfield ) 

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    19/26

      GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF13

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

       T   I   D   A   K

       D   I   B   E   N   A   R   K   A   N 

    i.  Kawasan ekologi semula jadi (kawasan sensitif alam sekitar) yang

    meliputi:-  Persisiran pantai

    -  Dataran banjir, tanah lembab, tasik dan sungai

    -  Tadahan air

    -  Simpanan mineral dan bencana geologi

    -  Pertanian makanan

    Warisan semulajadi antikuiti

    -  Rizab hidupan liar

    Hutan simpan kekal

    -  Pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi kecuali Bukit Tinggidan Cameron Highland yang telah dikenal pasti sebagai kawasanpengurusan khas

    ii.  Kawasan kegunaan khas

    iii. 

    Rizab utiliti

    6.2.3 

    Komponen Pembangunan

    Komponen pembangunan lapang sasar golf terdiri daripada komponen asas,kemudahan sokongan (perlu sedia) dan kemudahan sokongan (pilihan).

    a) Komponen Asas

    Komponen asas pembangunan lapang sasar golf terdiri daripada:

    (i)D r i v i n g

    B a y

      Kawasan pemain memulakan

    pukulan bola golf ke arah targetmarker.

      Setiap driving bay   perlu mempunyai

    tanda sempadan dan dilengkapidengan  practice mat   serta bekas

    meletak bola golf.   Jumlah minimum driving bay   yang

    perlu disediakan ialah 12. 

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    20/26

      GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 14

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    Foto 7: Jaring keselamatan yangdisediakan di lapang sasar golf

    (ii)Ra n g e

     

    Kawasan di antara driving bay  dantarget marker.  Jaring keselamatan perlu dipasang disekeling range  bagi mengelakkanbola terpesong dan memberi impak

    negatif kepada kawasan sekitarnya.

    (iii)

    T a r g e t

    M a r k e r   

     

    Penanda yang menunjukkan

     jarak pukulan pemain dari

    driving bay.

    b) Kemudahan Sokongan

    Perancangan fizikal pembangunan lapang sasar golf perlu menyediakan

    kemudahan-kemudahan berikut:

    i.  Struktur bangunan:

      pejabat pengurusan;  tandas (lelaki dan wanita); dan

      ruang solat (lelaki dan wanita).

    ii. 

    Tempat Letak Kereta

    iii.  Jaring Keselamatan

    Bergantung kepada keadaan sekelilingrange dan tinggi struktur bangunanuntuk bay di lapang sasar golf. 

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    21/26

      GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF15

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    Foto 8: Ruang tempat duduk dibelakang driving bay  

    c)  Kemudahan Sokongan (Pilihan)

    i.  ruang tempat duduk;ii.  kafeteria;iii.  kedai peralatan golf ( proshop);iv.  pusat servis peralatan golf;v.   putting green;vi.  chipping green; vii.   practice bunker;

    viii. 

    dan lain-lain.

    Selain itu, pembangunan lapangsasar golf juga perlu memenuhisyarat-syarat garis panduan lainyang diterima pakai oleh pihakberkuasa negeri dan pihak berkuasatempatan.

    6.3  AKADEMI GOLF

    6.3.1 Reka Bentuk

    Akademi golf direka bentuk denganstruktur bangunan yangmenempatkan reruang khusus untuksesi pembelajaran, dilengkapidengan range dan beberapakemudahan sokongan sertaperalatan-peralatan khas untukmenyokong fungsinya.

    6.3.2 Komponen Pembangunan

    Komponen pembangunan akademigolf terdiri daripada komponen asasdan kemudahan sokongan.

    a)  Komponen Asas

    Komponen asas pembangunanakademi golf terdiri daripada:

    i.  pejabat pentadbiran;

    ii. 

    ruang menunggu;

    iii.  classroom;

    iv.  tandas (lelaki dan wanita);

    v.  ruang solat (lelaki danwanita);

    vi.  bilik persalinan (lelaki danwanita);

    vii. 

    tempat letak kereta danbuggy  (mengikut keperluan);dan

    viii.  pantri (jika perlu).

    6

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    22/26

      GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 16

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    Foto 10: Contoh practice mat didalam teaching studio 

    Foto 11: Contoh-contoh suasana pembelajaran di akademi golf

    Classroom merupakan ruang yang

    disediakan untuk tujuanpembelajaran teori manakala latihanpraktikal akan dilakukan di drivingbay . Jika dibangunkan secaraattached   kepada lapang sasar golf,pemain akan menggunakansebahagian daripada driving bay  yang dikhaskan untuk ahli akademi

    golf.

    Namun, terdapat juga akademi golfyang menyediakan teaching studio untuk tujuan pembelajaran teori danpraktikal dan mempunyai range dantarget marker   yang khusus.Teaching studio  tersebut dilengkapi

    dengan beberapa practice mat  (Foto10) sebagai driving bay latihan.

    Selain itu, akademi golf mempunyaiperalatan-peralatan khas yangdigunakan untuk menyokong aktivitidi akademi golf sebagai contohkamera perakam dan sistem

    komputer untuk merekod danmenganalisis latihan para pemain(bergantung kepada akademi golf).

    Foto 9: Reka bentuk tempatletak buggy  

    17

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    23/26

      GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF17

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    7.0 PENUTUP

    Pembangunan padang golf yangtelah siap akan dinilai olehauthorized body  iaitu Persatuan GolfMalaysia untuk menentukan course dan slope rating sebelum iaberoperasi. Namun, garis panduan

    perancangan ini hanya menjadipanduan kepada pihak-pihak yangmerancang, mereka bentuk sertamengawal pembangunan padanggolf, lapang sasar golf dan akademigolf sahaja.

    Garis panduan perancangan ini

    seterusnya akan dapat:

     

    menghasilkan pembangunanpadang golf, lapang sasar golfdan akademi golf secarabersepadu yang lebih terancangdan menjadi pelengkap kepadaaktiviti guna tanah yang lain;

      memelihara kelestarian alamsemula jadi;

     

    mempertingkatkan ciri-cirikeselamatan dan keharmonianpembangunan padang golf,lapang sasar golf dan akademigolf; dan

      memajukan arena sukan golfdengan penyediaan prasaranasukan golf yang lebih

    komprehensif.

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    24/26

     

    RUJUKAN 

    i.  JPBD Semenanjung Malaysia (1997). Piawaian Perancangan JPBD 5/97: Piawaian

    Perancangan dan Pembangunan Padang Golf.

    ii.  JPBD Semenanjung Malaysia (2011). Garis Panduan Perancangan Tempat Letak

    Kereta.

    iii. 

    http://en.wikipedia.org/wiki/File:Golf_field.svg

    iv. 

    http://golftips.golfsmith.com/5-major-components-golf-course-1796.html

    v. 

    http://id.wikipedia.org/wiki/Golf

    vi. 

    http://en.wikipedia.org/wiki/Driving_range

    vii.  http://www.dimensionsinfo.com/golf-driving-range-dimensions/

    viii.  http://www.web-

    marketing.whims.ro/dge/content/files/2009092018143730000100/Driving%20Ra

    nge%20Cat%20Vol%202.pdf

    ix. 

    http://wiki.answers.com/Q/What_size_are_bays_on_driving_rangex.  http://tommymansuwan.wordpress.com/tag/the-mines/

    Gambar-gambar rujukan merupakan ihsan daripada Glenmarie Golf and Country Club dan Saujana Golf and Country Club, Shah Alam, Selangor.

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    25/26

     

    Sebarang pertanyaan sila hubungi:

    PengarahBahagian Penyelidikan dan Pembangunan

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    Tel: 03-2081 6000Faks: 03- 2094 1170

    E-mel: [email protected]

    Laman web: www.townplan.gov.my

  • 8/16/2019 61 GP Padang Golf

    26/26