16
Patients Pregnancy History: Gravida/Para Gravida 5 Para 1+3 LMP 07 February 2010 EDD 14 February 2010 Blood Group O Rhesus Positive (+Ve) Height 151 cm Diagnosis 1. GDM on diet control 2. Anaemia in pregnancy - Hb: 6.4 10.8 10.9 (25/08/2010) MOGTT Result Antenatally: 07 May 2010: 5.6/7.7 10 May 2010: 5.75/7.16 Latest BSP : 5.2/5.8/5.2/5.3

56766406-Azrin-gestational-Diabetes-Mellitus-Gdm.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Patients Pregnancy History:Gravida/ParaGravida 5 Para 1+3

LMP07 February 2010

EDD14 February 2010

Blood GroupO

RhesusPositive (+Ve)

Height151 cm

Diagnosis1. GDM on diet control2. Anaemia in pregnancy- Hb: 6.4 10.8 10.9 (25/08/2010)

MOGTT ResultAntenatally:07 May 2010: 5.6/7.710 May 2010: 5.75/7.16

Latest BSP : 5.2/5.8/5.2/5.3

PENGENALANGestational Diabetes Mellitus (GDM) ialah kondisi di mana wanita yang sebelum ini belum pernah didiagnosakan menghidap kencing manis mengalami peningkatan glukosa dalam darah semasa sedang mengandung.Gestational Diabetes pada umumnya mempunyai beberapa simptom umum yang boleh dikenalpasti melalui pemeriksaan kesihatan semasa mengandung. Ujian diagnostik lazimnya dilihat pada peningkatan tahap glukosa dalam darah. Gestational Diabetes Mellitus lazimnya berlaku pada 3%-10% jumlah ibu yang mengandung. Tiada sebarang faktor penyebab utama yang diketahui sehingga kini. Namun, sesetengah daripada pakar kesihatan mengaitkan faktor peningkatan hormon semasa mengandung menyebabkan insulin menjadi resistant yang mengakibatkan impaired glucose tolerence.Bayi yang dilahirkan daripada ibu yang mempunyai GDM berisiko untuk mendapat beberapa masalah seperti komplikasi semasa kelahiran, kadar gula rendah dalam darah dan jaundis. GDM adalah suatu keadaan yang boleh dirawat dan wanita yang mampu mengawal paras glukosa dengan baik, boleh mengurangkan risiko ini.Wanita dengan gestational diabetes mellitus berisiko tingi untuk mendapat type 2 diabetes mellitus. Terdapat juga kondisi yang jarang-jarang berlaku, penghidap akan mengalami late autoimmune diabetes atau diabetes type 1. Ibu juga seringkali berhadapan dengan risiko kejadian pre-eclampsia dan pembedahan caesarean. Anak yang dilahirkan juga seringkali akan menghidap childhood obesity dan type 2 diabetes mellitus menjelang fasa hidup berikutnya. Pesakit dengan gestational diabetes mellitus lazimnya tidak memerlukan ubatan. Perawatan hanya melalui kawalan diet dan senaman. Akan tetapi, terdapat juga beberapa kes yang memerlukan bantuan ubatan seperti ubatan anti-diabetik atau suntikan insulin.

LITERATURE REVIEWGestational Diabetes Mellitus (GDM) didefinisikan sebagai suatu keadaan dimana glukosa menjadi tidak toleran daripada pelbagai aspek yang dikesan semasa mengandung. GDM ini dikesan semasa peeringkat pengskrinan ibu-ibu mengandung bagi mengesan sebarang komplikasi yang mungkin didalami semasa mengandung. Umumnya GDM dikesan bagi ibu-ibu mengandung yang sebelum dalam tempoh mengandung mempunyai sejarah penyakit diabetes atau pun sejarah keturunan yang mempunyai keadaan ini. Kajian menunjukkan ibu-ibu yang pernah mengalami sejarah GDM berkemungkinan untuk mendapat penyakit diabetes di luar empoh kehamilan (Thomas A. Buchanan & Anny H. Xiang; March 1,2005).Lebih kurang 7% daripada semua kes-kes kehamilan akan mengalami GDM, yang merekodkan kes lebih daripada 200,000 kes setiap tahun. Prevalen boleh terdiri daripada 1 hingga 14% daripada semua kehamilan, bergantung kepada populasi kajian dan ujian diagnostik yang dijalankan (American Diabetes Association).Gestational Diabetes Mellitus merupakan suatu keadaan yang sering berlaku namun ianya dikaitkan dengan kontroversi penyakit. Banyak kajian menunjukkan berlakunya peningkatan di dalam kesan sampingan semasa peringkat kehamilan. Dalam kebanyakan rawatan yang dilakukan, dapat dinyatakan bahawa berlakunya pengurangan di dalam kejadian kes dystocia namun yang demikian tidak dapat dinyatakan bahawa proses kelahiran melalui kaedah cesarean tidak menunjukkan sebarang pengurangan dalam morbiditi perinatal. Ibu-ibu hamil yang mengalami keadaan ini dinasihatkan untuk mengawal pemakanan, melakukan senaman ringan serta mendapatkan nasihat kaunseling nutrisi bagi mengekalkan normoglycemia (American Family Physician; Management of Gestational Diabetes Mellitus).

KLASIFIKASIKeadaan ini (Gestational Diabetes Mellitus diabetes yang berlaku semasa kehamilan) boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama iaitu: 1. Jenis A1:Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) yang abnormal tetapi paras glukosa dalam darah semasa berpuasa dan 2 jam selepas makan adalah normal ; modifikasi diet adalah mencukupi untuk mengawal paras glukosa.2. Jenis A2:OGTT yang abnormal dan paras glukosa semasa berpuasa ataupun selepas makan juga abnormal ; terapi tambahan dengan insulin atau ubatan lain adalah diperlukan.

ETIOLOGIGestational Diabetes Mellitus ini berlaku diakibatkan oleh beberapa faktor. Antara keadaan yang menyebabkan berlakunya kondisi ini adalah:a) Mempunyai sejarah GDMb) Keturunan yang mempunyai diabetes jenis ke 2c) Usia terutamanya lebih daripada 35 tahund) Berat badan yang tinggi (obesiti)e) Kelahiran lepas menghasilkan anak yang mempunyai berat badan yang tinggif) Masalah-masalah obstetric lepasg) Perokokh) Polycystic ovarian syndrome

PATOFISIOLOGIGestational Diabetes Mellitus ini berlaku akibat daripada peningkatan hormon estrogen dan hormon progesterone yang kemudiannya merangsang proses glukoneogenesis (pemecahan lemak/protein kepada glokosa di dalam badan). Mekanisma spesifik yang menyebabkan GDM masih tidak diketahui. Namun, faktor yang dijangka ramai adalah disebabkan oleh insulin resistance. Hormon yang dihasilkan semasa mengandung dan beberapa mekanisme lain dikatakan menyebabkan gangguan kepada tindakan insulin untuk bergabung dengan insulin receptor. Gangguan mungkin berlaku semasa fasa cell signaling pada insulin receptor. Gangguan pada insulin binding menyebabkan kebanyakan molekul glucose tidak dapat dibawa masuk ke dalam sel. Faktor ini mengakibatkan pengumpulan glucose dalam darah dan seterusnya menyebabkan kadar glucose dalam darah meningkat. Kejadian ini dapat diatasi dengan meningkatkan kadar insulin dalam darah dalam kadar 1.5 hingga 2.5 kali ganda dari kadar kandungan normal.Insulin resistance merupakan kejadian normal yang berlaku pada trimester kedua dan ketiga semasa mengandung. Ini kerana bekalan glukose dalam darah mesti dalam keadaan mencukupi untuk pembesaran fetus. Wanita dengan GDM dan insulin resistant dikatakan mempunyai masalah dalam penghasilan insulin pada beta-cell of pankrease. Hormon placenta dan peningkatan lemak semasa mengandung memburukkan lagi keadaan dan menggalakan kejadian insulin resistant. Antara hormone yang dikaitkan ialah cortisol, progesterone, human placental lactogen, prolactin dan estradiol.

MANIFESTASI KLINIKALSelalunya GDM tidak akan menunjukkan sebarang simptom tetapi sesetengah ibu mungkin akan mengalami kondisi seperti yang berikut:a) Kehausan meningkatb) Urinasi meningkatc) Berat badan menurund) Fatiguee) Loya dan muntahf) Infeksi yang kerap pada bladder, vagina dan kulitg) Penglihatan kabur

INVESTIGASIInvestigasi yang selalunya digunakan dalam penyaringan GDM adalah Modified Oral Glucose Test (MOGTT).a) Ujian ini dilakukan pada pagi hari selepas berpuasa selama semalaman dalam lingkungan 8 hingga 14 jam.b) Sampel darah diambil dan diuji tahap glukosa.c) Kemudian ibu diberikan minuman glukosa sebanyak 75 gram.d) Sampel darah diambil lagi selepas 2 jam pertama untuk memerhati metabolisma glukosa dalam darah.

TEST FOR GESTATIONAL DIABETESNon-challange blood glucose tests: Fasting glucose test 2-hour postptandial (after a meal) glucose test Random glucose test

Screening glucose challange test

Oral glucose tolerance test (OGTT)

1999 WHO DIABETES CRITERIACondition2 hour glucoseFasting glucose

Mmol/l(mg/dl)Mmol/l(mg/dl)

Normal