25
Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 37 KESAN STRATEGI PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP PRESTASI PELAJAR DALAM PENDIDIKAN PERAKAUNAN Suhaida Abdul Kadir Zaidatol Akmaliah Lope Pihie Noran Fauziah Yaakub Habibah Elias Rohani Ahmad Tarmizi Universiti Putra Malaysia A quasi-experimental study was conducted at four academic schools in Hulu Langat, Selangor. The objectives of the study were to determine the effectiveness of cooperative learning strategy in accounting subject towards students 'performances and their perceptions towards the cooperative learning strategy. Five classes (n = 122) used cooperative learning strategy for eight weeks and four other equivalent classes (n = 86) were made the control group. A test was conducted before the experiment to obtain the covariate score. Students' performances were measured after the treatment. Students' perceptions were obtained using open-ended questions. The findings of the study show that the students in the cooperative learning group have higher posttest scores compared to the control group. The implications of the study and suggestions for implementing cooperative learning strategy are also discussed. Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan pada tahun 1992, didapati lebih banyak sekolah yang menawarkan mata pelajaran perdagangan berbanding dengan mata pelajaran prinsip akaun. Merujuk pada Jadual 1, daripada semua sekolah menengah di Semenanjung Malaysia yang berjumlah 1067 buah, bilangan sekolah yang menawarkan mata pelajaran prinsip akaun berjumlah 61.8% berbanding dengan bilangan sekolah yang menawarkan mata pelajaran perdagangan, iaitu sebanyak 82.1%. Bahkan jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan pelajar Tingkatan Empat seramai 187,018 orang, hanya 25.0% sahaja yang mengambil mata pelajaran prinsip akaun berbanding dengan 42.4% pelajar yang mengambil mata pelajaran perdagangan.

Document3

Embed Size (px)

Citation preview

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 37

KESAN STRATEGI PEMBELAJARAN KOPERATIFTERHADAP PRESTASI PELAJAR DALAM PENDIDIKAN

PERAKAUNAN

Suhaida Abdul KadirZaidatol Akmaliah Lope Pihie

Noran Fauziah YaakubHabibah Elias Rohani

Ahmad TarmiziUniversiti Putra Malaysia

A quasi-experimental study was conducted at four academic schools inHulu Langat, Selangor. The objectives of the study were to determine theeffectiveness of cooperative learning strategy in accounting subject towardsstudents 'performances and their perceptions towards the cooperative learningstrategy. Five classes (n = 122) used cooperative learning strategy for eightweeks and four other equivalent classes (n = 86) were made the controlgroup. A test was conducted before the experiment to obtain the covariatescore. Students' performances were measured after the treatment. Students'perceptions were obtained using open-ended questions. The findings of thestudy show that the students in the cooperative learning group have higherposttest scores compared to the control group. The implications of the studyand suggestions for implementing cooperative learning strategy are alsodiscussed.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan PenyelidikanPendidikan pada tahun 1992, didapati lebih banyak sekolah yang menawarkan matapelajaran perdagangan berbanding dengan mata pelajaran prinsip akaun. Merujukpada Jadual 1, daripada semua sekolah menengah di Semenanjung Malaysia yangberjumlah 1067 buah, bilangan sekolah yang menawarkan mata pelajaran prinsipakaun berjumlah 61.8% berbanding dengan bilangan sekolah yang menawarkan matapelajaran perdagangan, iaitu sebanyak 82.1%. Bahkan jika dibandingkan dengan jumlahkeseluruhan pelajar Tingkatan Empat seramai 187,018 orang, hanya 25.0% sahajayang mengambil mata pelajaran prinsip akaun berbanding dengan 42.4% pelajar yangmengambil mata pelajaran perdagangan.

38 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Jadual 1Pelaksanaan Mata Pelajaran Perdagangan dan Perakaunan di Sekolah Menengah diSemenanjung Malaysia

Mata Pelajaran Peratussekolah

Jumlahsekolah

Peratus pelajar Jumlah

menawarkan menengah mengambil semua pelajar

Perdagangan 82.1% 1067 42.4% 187 018

Prinsip Akaun 61.8% 1067 25.0% 187 018

Dengan kata lain, walaupun salah satu tumpuan yang diberikan di bawah KBSM adalahpendidikan perdagangan, namun pelaksanaan pendidikan perakaunan di sekolah belumlagi meluas. Pelajar lebih cenderung memilih mata pelajaran perdagangan berbandingdengan mata pelajaran perakaunan. Pendidikan perakaunan seharusnya diberi tumpuanjuga dan lebih ramai pelajar digalakkan mengambil mata pelajaran perakaunan keranaaspek perakaunan banyak memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara.Sehubungan dengan itu, mata pelajaran perakaunan dianggap sebagai satu mata pelajaranyang sukar dan hanya pelajar yang pandai sahaja dapat mengikutinya. Persepsi ini bukansahaja wujud di kalangan pihak pentadbiran sekolah (Sharifah & Zaidatol Akmaliah,1990) dan guru-guru (Zaidatol Akmaliah & Sharifah, 1990), bahkan juga di kalanganpelajar perakaunan (Abekah, Maher, & Maher, 1996).

Pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran perakaunanpada masa kini adalah berpusatkan guru dan latih tubi secara individu. Namun begitu,tidak semua pelajar dapat mengikuti pendekatan tersebut dengan baik. Ini dapat dilihatberdasarkan pencapaian pelajar yang kurang memuaskan di dalam peperiksaan SijilPelajaran Malaysia (SPM). Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategipembelajaran lain yang berkesan dan boleh disesuaikan dalam pendidikan perakaunan.

Satu model telah dibentuk bagi menerangkan perkaitan antara pelajar sebagaiinput dan hasil pembelajaran sebagai outputnya. Rajah 1 menunjukkan Model Hubunganantara Proses Pengajaran dengan Hasil Pembelajaran. Menurut Habibah (1992), didalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar melalui pengalaman pembelajaranyang diwujudkan berdasarkan interaksi isi pelajaran, kaedah mengajar dan bahanpengajaran yang digunakan. Maka hasil pembelajaran yang diperolehi lahir dalambentuk pengetahuan, pemahaman, sikap, minat, pengalaman dan kemahiran baru yangada pada pelajar. Berpandukan model tersebut, proses pengajaran dan pembelajaranyang menjadi fokus kajian adalah strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakandi dalam pendidikan perakaunan. Keberkesanan penggunaan strategi pengajaran danpembelajaran tersebut dilihat kepada kesannya terhadap hasil pembelajaran iaituprestasi.

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 39

„ , . Proses Pengajaran ________Pelajar Hasil Pembelajaran

Pembelajaran

(Pengalaman pembelajaran (Pengetahuan, pemahaman,

berdasarkan interaksi sikap, minat, penghargaan dan

isipelajaran,kaedah mengajar kemahiran)

dan bahan pengajaran)

Rajah 1. Model hubungan antara proses pengajaran dengan hasil pembelajaran(Habibah, 1992, ms. 23)

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama digunakan di dalam pendidikanperakaunan sehinggalah ke hari ini terdiri daripada pengajaran secara kuliah, latih tubidan demonstrasi penyelesaian masalah oleh guru (Beegle & Coffee, 1991; Emore &Cress, 1989). Strategi ini dikenali sebagai pengajaran dan pembelajaran tradisional danyang berpusatkan guru. Dapatan kajian Sharif ah dan Zaidatol (1990) juga menunjukkankaedah yang sama digunakan oleh guru perdagangan yang mengajar aspek simpan kira.Berdasarkan Laporan Jemaah Nazir (Halimah, 1992), kaedah yang berbentuk tradisionalitu juga dipraktikkan di dalam kelas prinsip akaun.

Walaupun kaedah tradisional yang menekankan pengajaran secara kuliah berupayamenyampaikan isi kandungan pelajaran dengan lebih banyak tetapi kaedah ini dikritikkerana ia menjadikan pelajar pasif (Holter, 1994) dan tidak mengambil kira keperluanpelajar yang berbeza dari segi tahap kebolehan (Mok, 1997). Pada kebiasaannya, pelajarmembuat latih tubi secara bersendirian di dalam kelas. Interaksi sesama pelajar tidakditekankan. Sebarang kesukaran dikemukakan kepada guru sahaja; akibatnya guru tidakmempunyai masa yang cukup untuk membantu pelajar yang ramai. Masalah pengurusanmasa yang lemah ini juga dinyatakan di dalam Laporan Jemaah Nazir (Halimah, 1992).

Pengajaran dan pembelajaran tradisional yang berpusatkan guru ini tidak menepatistrategi yang disarankan di bawah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)yang menekankan strategi berpusatkan pelajar. Strategi pemusatan pelajar menggalakkanpelajar melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti pembelajaran dan bukan sebagaipenerima maklumat semata-mata. Sehubungan dengan itu, antara teknik-teknik yang sesuaiadalah kerja berkumpulan dan perbincangan sesama pelajar. Namun begitu, masalah yangbiasa timbul apabila teknik tersebut digunakan ialah hanya sebahagian kecil pelajar yangmelibatkan diri dan terdapat pelajar yang mengambil kesempatan di atas usaha rakanyang lain atau tidak bekerjasama. Dengan mengambil kira aspek kognitif, tingkah laku,emosi dan sosial pelajar, satu kaedah yang mengendalikan kerja berkumpulan di dalamkelas mengikut prosedur tertentu telah diperkenalkan. Kaedah tersebut dikenali sebagaipembelajaran koperatif (PK).

40 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Pembelajaran Koperatif sebagai Satu Strategi Pembelajaran

Strategi PK merupakan satu proses pembelajaran yang berlaku secara berkumpulan dalammenguasai bahan pengajaran yang diberikan oleh guru (Slavin, 1990). Cohen (1994)mentakrifkan PK sebagai kerjasama yang dilakukan oleh pelajar dalam satu kumpulankecil yang melibatkan semua ahli di dalam tugas yang diberikan tanpa penyeliaan gurusecara langsung. Menurut Coelho (1994), selain daripada pencapaian akademik, kaedahini dikatakan menekankan pembangunan kemahiran sosial dan diasaskan mengikutpandangan humanistik yang berpendapat pendidikan sepatutnya berpusatkan pelajar dandi bawah kawalan pelajar, manakala guru hanya sebagai pembimbing dan pemudah cara.

Johnson, Johnson, Johnson, dan Anderson (1976) telah mendefinisikan PK sebagaisatu kaedah yang memerlukan pelajar belajar bersama-sama dalam menyiapkan satutugasan bagi setiap kumpulan. Ahli kumpulan akan saling bantu-membantu memberipenerangan sesama mereka dan tidak bergantung kepada guru. Guru akan memberikanpujian ke atas kumpulan yang menunjukkan hasil kerja yang memuaskan.

Di dalam kajian yang lain pula, Johnson, Johnson, dan Scott (1978) mentakrifkanPK dengan membezakannya dengan kaedah pembelajaran individu. PK berlaku apabilapencapaian seorang pelajar bergantung kepada pencapaian rakan sekumpulan. Sebaliknyadi dalam pembelajaran individu, pencapaian seorang pelajar tidak bergantung kepadapencapaian pelajar lain. Di dalam PK, interaksi sesama pelajar diberi tumpuan di dalamproses pembelajaran (Sharan, 1980; Slavin, 1987; Webb, 1982). Secara umumnya parasarjana melihat PK sebagai satu strategi pembelajaran berkumpulan yang mana didalamnya pelajar berinteraksi sesama mereka dan saling bantu-membantu di dalam prosespembelajaran. Di bawah PK, keupayaan pelajar yang berkebolehan tinggi dan sederhanaboleh dimanfaatkan untuk membantu pelajar yang berkebolehan rendah. Kajian-kajiandi luar negara menunjukkan PK berupaya meningkatkan pencapaian pelajar di dalampelbagai mata pelajaran untuk semua peringkat pendidikan (Johnson, Maruyama, Johnson,Nelson, & Skon, 1981). Kajian kes yang dibuat oleh Lindquist (1995) ke atas kelas auditmendapati pencapaian pelajar meningkat dengan kegunaan PK.

Selain daripada pemahaman konsep, pendidikan perakaunan juga merupakan satumata pelajaran yang berbentuk penyelesaian masalah. Di dalam situasi PK, pelajar tidakmudah putus asa di dalam menyelesaikan masalah tugasan di samping lebih bersifat terbukauntuk menerima strategi-strategi alternatif (Duren & Cherrington, 1992). Dapatan kajianJohnson, Skon, dan Johnson (1980) mendapati situasi PK mengatasi situasi pembelajaranindividu dan persaingan dari segi pencapaian dalam aspek penyelesaian masalah.

Pembelajaran Koperatif Mengikut Perspektif Teoritikal

Strategi PK dikatakan dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar berdasarkanteori-teori tertentu. Terdapat beberapa teori pembelajaran yang menerangkan kesan PK keatas pencapaian (Slavin, 1990, 1995). Gabungan teori-teori tersebut dapat digambarkanmelalui Rajah 2. Di bawah PK, interaksi sesama pelajar penting di dalam prosespembelajaran. Menurut Slavin (1987), berlakunya interaksi sesama ahli kumpulan yangmembezakan PK dengan kumpulan kontingensi. Di dalam kumpulan kontingensi, ahlikumpulan akan menggunakan hukuman sosial sesama mereka tanpa memerlukan interaksi

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 41

untuk memastikan ahli kumpulan bertingkah laku seperti yang dikehendaki. SedangkanPK menekankan interaksi pelajar perlu berlaku bagi meningkatkan pencapaian. Dapatanbeberapa kajian menunjukkan terdapat hubungan antara interaksi pelajar di dalamkumpulan dengan pencapaian mereka (King, 1990; Peterson & Swing, 1985; Ross &Raphael, 1990).

Rajah 2. Teori pembelajaran di dalam pembelajaran koperatif

Bagi mendorong pelajar berinteraksi sesama ahli kumpulan, terdapat dua teori yangdikemukakan. Teori kohesif sosial mencadangkan pelajar akan berinteraksi apabilamereka mengenali rakan sekumpulan dan mengambil berat antara satu sama lain.Penekanan yang diberi adalah mewujudkan hubungan yang rapat sesama ahli kumpulan.Maka aktiviti bagi mengeratkan hubungan ahli kumpulan dan penilaian diri dalamkumpulan dititikberatkan. Bagi teori kohesif sosial, tugasan yang mencabar sudah cukupuntuk menarik minat pelajar menyelesaikan tugasan secara berkumpulan. Maka ganjarankumpulan dan tanggungjawab individu tidak dipentingkan.

Sebaliknya, teori tingkah laku mencadangkan ganjaran adalah perlu sebagaimotivasi untuk pelajar berinteraksi sesama mereka. Bahkan, ganjaran juga perlu untukmendorong pelajar mengambil berat antara ahli kumpulan. Struktur ganjaran yangberbentuk koperatif akan mendorong pelajar merasa penting untuk membantu ahlikumpulan dan memberi sokongan sesama mereka bagi mencapai matlamat kumpulan.Tanpa adanya ganjaran, pelajar kurang berminat untuk melibatkan diri di dalam aktivitikumpulan kerana tidak merasakan kepentingan untuk berbuat demikian (Slavin, 1995).

Semasa berinteraksi, berlaku perubahan di dalam kognitif pelajar. Teoriperkembangan kognitif menyarankan apabila pelajar berbincang berkaitan denganbahan pembelajaran, mereka berupaya menguasai konsep-konsep yang sukar.Melalui bimbingan rakan sebaya, pencapaian pelajar yang berkebolehan rendah dapatditingkatkan sehingga berupaya mencapai zon perkembangan proksimal mereka.Menurut Vygotsky, zon tersebut merupakan tahap pencapaian pelajar yang hanya bolehdicapai dengan bantuan orang dewasa atau rakan mereka yang lebih berkebolehan

42 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

(Tudge, 1990). Piaget (Slavin, 1990) berpendapat konsep-konsep sosial yang abstrakhanya dapat difahami melalui perbincangan. Apabila berlaku pertentangan pendapat,timbul ketidakseimbangan di dalam kognitif pelajar. Berdasarkan maklum balas yangditerima daripada rakan-rakan, pelajar tersebut dapat menguasai sesuatu lojik denganalasan yang lebih kukuh.

Manakala teori penerangan kognitif berpendapat pelajar yang memberi peneranganberupaya mengekalkan maklumat di dalam ingatan mereka dalam jangka masa yanglebih panjang dengan berlakunya proses pengajaran kepada rakan-rakan (Slavin, 1995).Pelajar yang memberi penerangan melihat diri mereka sebagai guru dan bertujuan untukmembantu rakan memahami pelajaran. Pelajar tersebut cenderung untuk memikirkan carayang sesuai bagi mengajar rakan mereka. Maka, berlaku proses penstrukturan semula didalam kognitif pelajar tersebut ketika membuat persediaan untuk memberi penerangandan ketika sedang memberi penerangan. Pada masa yang sama, pelajar yang menerimapertolongan bertindak sebagai pemproses maklumat dan bukan penerima yang pasif(Webb, 1982).

Keempat-empat teori pembelajaran tersebut lebih merupakan pelengkap dalammenerangkan kesan PK ke atas pencapaian. Melalui interaksi sesama pelajar, berlakupeningkatan di dalam proses kognitif pelajar yang membantu proses pembelajaran. Bagimewujudkan suasana berinteraksi, pelajar perlu saling kenal-mengenali dan perlu adasesuatu yang mendorong mereka untuk bekerja di dalam kumpulan, sama ada melaluiaktiviti mengeratkan hubungan mereka atau pun dengan pemberian insentif.

PERNYATAAN MASALAH

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 1996 yang diperolehi bagisekolah-sekolah daerah Hulu Langat menggambarkan bahawa pencapaian pelajar didalam mata pelajaran perakaunan masih lagi kurang memuaskan. Selain itu, terdapatpersepsi pelajar bahawa perakaunan adalah mata pelajaran yang susah dan hanya pelajaryang pandai boleh menguasainya. Sebaliknya, suasana di dalam kelas hari ini lebihberorientasikan peperiksaan iaitu memberi penekanan kepada pencapaian akademiksemata-mata. Kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas menjadi salah satu faktoryang menjadikan pelajar pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukantugasan. Bertitik tolak daripada masalah prestasi yang kurang memuaskan di dalampendidikan perakaunan, kajian ini dilakukan dengan memberi tumpuan kepada strategipengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perakaunan.

PK merupakan salah satu alternatif kepada strategi pengajaran dan pembelajaranyang sedia ada. Kajian-kajian lepas menunjukkan interaksi sesama pelajar yang menjadiciri utama PK berupaya meningkatkan pencapaian pelajar (contohnya, Newmann &Thompson, 1987). Walau bagaimanapun, kajian penggunaan PK di dalam pendidikanperakaunan yang berbentuk eksperimen belum begitu meluas terutama di peringkatsekolah menengah. Antara kajian PK yang telah dijalankan di Malaysia adalah di

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 43

dalam mata pelajaran sains (Siti Rahayah, 1998), bahasa Inggeris (Choong, 1995) danmatematik (Ong, 1994). Maka kajian ini adalah penting untuk menentukan setakat manakeberkesanan PK di sekolah menengah di Malaysia. Keberkesanannya diukur melaluiprestasi di dalam mata pelajaran perakaunan.

OB JEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai dua objektif, iaitu:l .Membandingkan kesan strategi pembelajaran koperatif (PK) dan

pembelajaran tradisional (PT) terhadap prestasi.2. Mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan PK mengikut persepsi pelajar dari

segi pengalaman pelajar kumpulan PK yang mengikuti strategi PK.

Kerangka Kerja Konseptual

Kerangka kerja konseptual bagi kajian ini, Rajah 3, menunjukkan perkaitan antara strategipembelajaran sebagai pemboleh ubah bebas dan hasil pembelajaran sebagai pembolehubah bersandar. Perbezaan antara kedua-dua strategi pembelajaran yang dibandingkanitu dinyatakan dalam bentuk ciri-ciri pembelajaran yang distrukturkan di dalam kelasprinsip akaun yang terlibat di dalam kajian. Strategi pembelajaran yang dibandingkanadalah pembelajaran koperatif (PK) dan pembelajaran tradisional (PT) sebagai kumpulankawalan. Kedua-dua strategi pembelajaran berbeza dari segi bentuk interaksi pelajarsesama pelajar, struktur matlamat, akauntabiliti individu dan struktur tugas. Perbandinganantara kedua-dua strategi pembelajaran dilihat dari segi kesan terhadap hasil pembelajaran.Hasil pembelajaran yang diukur di dalam kajian ini adalah dalam bentuk domain kognitif.Domain kognitif terdiri daripada prestasi pelajar di dalam mata pelajaran prinsip akaun.Di dalam kumpulan pembelajaran koperatif, kumpulan-kumpulan kecil pelajar dibentukbagi menggalakkan interaksi sesama pelajar secara bersemuka. Matlamat pelajardistrukturkan menjadi matlamat koperatif dalam bentuk pengiktirafan kumpulan. Sesuatukumpulan kecil diberi pengiktirafan sama ada Goodteam, Greatteam atau Superteambergantung kepada jumlah mata kumpulan yang disumbangkan oleh setiap ahli kumpulanberdasarkan skor kuiz. Di dalam pembelajaran koperatif, akauntabiliti individu bermaksudsetiap pelajar bertanggungjawab terhadap prestasi masing-masing bagi meningkatkanskor kumpulan. Ciri akauntabiliti individu wujud dalam bentuk aktiviti kuiz secaraindividu dan pengiraan skor individu berdasarkan prestasi sebelum. Ciri struktur tugasuntuk pembelajaran koperatif diberi penekanan ketika aktiviti membuat latihan secaraberkumpulan. Pelajar dikehendaki berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulanuntuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Maka, pada masa perbincangan berlakuterdapat pelajar yang berperanan sama ada sebagai guru atau murid.

44 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Pemboleh ubahBebas

Struktur kelas prinsipakaun

Pemboleh ubahBersandar

Strategi pembelajaran Ciri-ciri pembelajaran Hasil pembelajaran

-PembelajaranKoperatif

-PembelajaranTradisional(Kumpulan kawalan)

- Interaksi pelajar sesama

pelajar

- Struktur matlamat

- Akauntabiliti individu

- Struktur tugas

Domain Kognitif- Prestasi

Rajah 3. Kerangka konseptual kajian

Di dalam kumpulan pembelajaran tradisional, interaksi sesama pelajar adalah minima dantidak wujud kumpulan-kumpulan kecil pelajar. Matlamat pelajar distrukturkan menjadimatlamat individu dalam bentuk skor secara individu bagi setiap kuiz yang dijawab. Didalam pembelajaran tradisional, akauntabiliti individu dikekalkan dalam bentuk kuizsecara individu. Ciri struktur tugas yang berbentuk individu wujud dalam aktiviti membuatlatihan secara individu. Pelajar digalakkan untuk mengemukakan sebarang persoalanterus kepada guru. Berdasarkan teori kohesif sosial (Slavin, 1996), interaksi sesamapelajar yang kerap akan mewujudkan hubungan yang erat menyebabkan pelajar bersediauntuk saling tolong-menolong di dalam pembelajaran. Manakala teori tingkah lakumencadangkan struktur matlamat dalam bentuk pengiktirafan kumpulan akan mendorongpelajar untuk bekerjasama bagi mencapai matlamat tersebut (Slavin, 1996). Seterusnya,teori perkembangan kognitif (Slavin, 1995) dan teori penerangan kognitif (Slavin, 1990)menerangkan bahawa prestasi pelajar yang dibimbing dan pelajar yang membimbingdapat ditingkatkan melalui perbincangan sesama mereka. Maka, berdasarkan teori-teoritersebut adalah dijangka PK memberi kesan positif terhadap prestasi pelajar di dalammata pelajaran prinsip akaun.

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan dalam suasana normal di dalam kelas di sekolah menengah. Olehkerana tidak ada kelas prinsip akaun yang menggunakan PK, pengkaji telah menjadikansebahagian daripada kelas yang terlibat sebagai kelas yang menggunakan PK dan yanglainnya sebagai kelas yang menggunakan PT sebagai kumpulan kawalan. Di dalam kajianini, pelajar yang terlibat tetap berada di dalam kelas sedia ada yang ditetapkan oleh pihak

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 45

sekolah. Maka, kaedah eksperimen yang dipilih ini dikenali sebagai kuasi eksperimen.Kaedah ini sesuai digunakan untuk menguji perbandingan kesan dalam pelbagai situasidi mana teknik eksperimen yang sepenuhnya tidak dapat dilakukan (Neuman, 1991),terutama dalam situasi sebenar di sekolah. Reka bentuk kajian kuasi eksperimen adalahberdasarkan kumpulan kawalan tidak setara (Campbell & Stanley, 1966).

Kumpulan tidak setara merujuk kepada sekurang-kurangnya salah satu ciri di antarakumpulan-kumpulan akan mempunyai nilai jangkaan yang berbeza walaupun sesuatueksperimen tidak memberi kesan (Cook & Campbell, 1979). Di dalam kajian ini, diantara faktor yang memberi kesan kepada perbezaan asal antara kumpulan ialah tahapkebolehan pelajar di dalam aspek simpan kira yang merupakan pengetahuan asas untukprinsip akaun. Oleh itu, ujian pra bagi menentukan tahap kebolehan pelajar dimasukkandi dalam reka bentuk kajian untuk menyelaraskan perbezaan asal antara kumpulan.

Cook dan Campbell (1979) berpendapat, alat kajian yang sama atau setara tidaksesuai digunakan bagi menilai prestasi pelajar di dalam mata pelajaran yang sebelum initidak dipelajari. Dalam hal ini, Cook dan Campbell (1979) mencadangkan ujian pra proksi{proxy pretest) diberikan, dengan syarat ujian pra proksi tersebut mempunyai perkaitandengan ujian pasca. Ujian pra proksi terdiri daripada pemboleh ubah yang dianggapmenjadi faktor perbezaan asal dan ia mempunyai korelasi dengan ujian pasca. Di dalamkajian ini, ujian pra proksi bagi tahap kebolehan adalah Ujian Awal yang meliputi aspeksimpan kira yang telah dipelajari di peringkat menengah rendah. Maka reka bentuk kajianyang digunakan adalah seperti berikut:

Rajah 4. Reka bentuk kajian

Ujian pra proksi bagi mengukur tahap kebolehan pelajar digambarkan oleh OA1. Ujianpasca bagi prestasi diwakili oleh OB2. Subskrip A dan B merujuk kepada alat ukuran yangberbeza (Cook & Campbell, 1979). Ujian pra proksi bagi tahap kebolehan dijadikansebagai kovariat bagi menyelaraskan perbezaan asal antara kumpulan PK dengankumpulan PT. Pemboleh ubah bebas adalah strategi pembelajaran yang digunakan bagisetiap kumpulan. Kumpulan eksperimen iaitu kumpulan PK diwakili oleh XlS manakalakumpulan kawalan adalah kumpulan PT yang diwakili oleh X2.

Pemilihan Subjek Kajian

Populasi kajian adalah pelajar Tingkatan Empat yang mengambil mata pelajaran prinsipakaun di sekolah menengah akademik daerah Hulu Langat. Sampel kajian terdiri daripadakelas prinsip akaun yang diajar oleh guru yang terlibat di dalam kajian ini secara sukarela.Bilangan sampel kajian ditentukan menggunakan formula berikut (Hinkle, Wiersma, &Jurs, 1994). Bagi mengira bilangan sampel setiap kumpulan PK dan kumpulan PT, nilaia ditetapkan pada .05 (Cochran & Cox, 1957), nilai |3 ditetapkan berdasarkan nisbah |3:a iaitu 4:1 (Hinkle et al., 1994). Maka dengan nilai a adalah .05, nilai P adalah .80. Saiz

46 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

kesan standard ditetapkan kepada tahap sederhana iaitu .50 (Cohen, 1965 dalam Hinkleet al., 1994). Berdasarkan nilai-nilai yang telah ditetapkan, saiz sampel ialah 63 orangsetiap kumpulan. Ini bermakna saiz sampel kajian ini adalah sekurang-kurangnya 126orang pelajar yang terdiri daripada 63 orang pelajar setiap kumpulan bagi membolehkansaiz kesan standard eksperimen sebanyak .50 dapat dikenal pasti pada tahap a adalah .05dengan kuasa statistik β adalah .80.

Dalam kajian ini, pengkaji berjaya mendapatkan kerjasama daripada empat orangguru prinsip akaun daripada empat buah sekolah. Seramai 208 pelajar (135 orangperempuan dan 73 orang lelaki; 97 orang pelajar Cina, 95 orang pelajar Melayu, 13orang pelajar India, 2 orang pelajar Punjabi dan seorang pelajar Serani) dalam sembilankelas, yang mewakili 5 hingga 95 persentil berdasarkan skor dalam Ujian Awal dipilihsebagai subjek daripada kumpulan asal berjumlah 295 orang. Pemilihan pelajarditentukan berdasarkan skor Ujian Awal dalam julat tersebut bagi memastikan tahapkebolehan pelajar yang terlibat di dalam kajian adalah setara antara satu kelas dengankelas yang lain. Bilangan subjek yang kurang daripada kumpulan asal juga disebabkantidak semua pelajar hadir ketika Ujian Awal dan pengumpulan data dijalankan. Alirankelas yang terlibat adalah sains gunaan, vokasional teknik dan seni.

Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen yang dijalankan di dalam waktupersekolahan. Kelas yang terlibat merupakan kelas sedia ada yang ditentukan oleh pihaksekolah pada awal sesi persekolahan. Maka pengagihan subjek secara rawak kepadakumpulan PK dan kumpulan PT tidak dapat digunakan. Apa yang dilakukan ialahmengagihkan kelas prinsip akaun yang terlibat kepada salah satu kumpulan tersebutberdasarkan skor Ujian Awal.

Alat Kajian

Alat kajian yang digunakan di dalam kajian ini terdiri daripada Ujian Awal, Ujian Prestasidan soal selidik Pandangan terhadap Pembelajaran Koperatif (PTPK).

Ujian Awal

Alat kajian ini diguna untuk mengukur tahap kebolehan pelajar di dalam prinsip akaunberdasarkan pengetahuan yang dipelajari di peringkat menengah rendah iaitu TingkatanSatu, Dua dan Tiga. Ujian ini mengandungi 50 soalan objektif yang dijawab dalamtempoh satu jam. Soalan tersebut dibentuk oleh pengkaji berdasarkan sukatan pelajaranyang telah diliputi. Kesahan kandungan Ujian Awal disemak oleh seorang pensyarahpendidikan perakaunan daripada Maktab Perguruan Teknik. Skor Ujian Awal digunakanuntuk menentukan pemilihan subjek kajian dan juga sebagai kovariat.

Ujian Prestasi

Alat kajian ini digunakan untuk mengukur prestasi pelajar di dalam prinsip akaunsetelah tamat eksperimen, iaitu pada minggu kesembilan, berdasarkan pengetahuan yangdiperolehi sepanjang eksperimen dijalankan. Pelajar menjawab lapan soalan dalam bentukjawapan yang dibina sendiri selama satu jam. Pengkaji membentuk soalan-soalan tersebut

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 47

berpandukan tajuk-tajuk yang diliputi dalam tempoh eksperimen untuk empat mingguyang terakhir. Tajuk yang diliputi dalam empat minggu yang pertama tidak diambilkira untuk memberi peluang pelajar di dalam kumpulan PK menyesuaikan diri dalamkumpulan masing-masing sebelum diambil kira kesan PK. Kesahan kandungan UjianPrestasi disemak oleh dua orang pensyarah pendidikan perakaunan daripada MaktabPerguruan Teknik. Min skor Ujian Prestasi digunakan untuk membandingkan prestasikumpulan PK dengan kumpulan PT

Pandangan terhadap Pembelajaran Koperatif (PTPK)

Pengalaman pembelajaran tradisional yang dilalui oleh pengkaji sebagai pelajarperakaunan mendorong pengkaji untuk mengenal pasti strategi pengajaran danpembelajaran alternatif yang telah terbukti berkesan di dalam mata pelajaran yanglain. Memandangkan strategi PK merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaranyang baru bagi pelajar di dalam kajian ini, maka pengkaji berminat untuk mendapatkanmaklumat yang lebih mendalam mengenai pelaksanaan strategi PK berdasarkanpenceritaan pelajar dari pelbagai sudut. Soalan terbuka yang dirangka oleh pengkajidigunakan bagi mendapatkan maklum balas subjek berkenaan dengan aspek praktikalpelaksanaan eksperimen di dalam kelas mereka. Menurut Fraenkel dan Wallen (1996),kajian yang menggunakan data kualitatif sesuai dijalankan apabila tumpuan penyelidikadalah untuk memperoleh buah pemikiran subjek dari perspektif mereka. Denzin danLincoln (2000) pula berpendapat bahawa melalui pendekatan kualitatif, penyelidikberupaya mendapatkan perspektif subjek dengan lebih dekat melalui temu bual danpemerhatian. Oleh kerana kajian ini melibatkan bilangan subjek yang agak ramai, makapengkaji berpendapat soal selidik berstruktur yang berbentuk soalan terbuka adalahlebih sesuai untuk mendapatkan pandangan pelajar berdasarkan penceritaan secarabertulis berbanding dengan teknik temu bual. Soal selidik PTPK dikhususkan untuksubjek di dalam kumpulan PK. la mengandungi soalan berkenaan pengalaman subjeksemasa mengikuti PK.

Prosedur Kajian

Setelah mendapat kebenaran untuk menjalankan kajian daripada Bahagian Perancangandan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan PendidikanNegeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, pengkaji mengunjungisekolah menengah akademik daerah Hulu Langat yang menawarkan kelas prinsip akaun.Kunjungan itu bertujuan untuk mendapatkan persetujuan guru kelas prinsip akaun dankebenaran pengetua sekolah tersebut untuk terlibat di dalam kajian ini. Seramai empatorang guru yang melibatkan 295 orang pelajar bersetuju untuk memberi kerjasama didalam kajian ini.

Semasa cuti pertengahan tahun, tiga daripada guru tersebut termasuk seorang guruuntuk kajian rintis yang ketiga telah mengikuti sesi penerangan mengenai penggunaanPK selama satu hari. Sesi ini dikendalikan oleh seorang pensyarah di Fakulti PengajianPendidikan, Universiti Putra Malaysia. Pensyarah tersebut pernah mengikuti kursus PKyang dikendalikan oleh pelatih yang bertauliah dari Universiti Johns Hopkins, Amerika

48 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Syarikat. Guru yang tidak dapat hadir dalam sesi tersebut masih dikekalkan di dalamkajian ini tetapi kelas prinsip akaun di bawah pengajaran beliau dimasukkan dalamkumpulan PT.

Setelah berbincang dengan guru-guru yang terlibat, pengkaji menentukan tajuk-tajuk yang diliputi sepanjang tempoh eksperimen. Bagi memastikan wujud keseragamandalam setiap kelas yang terlibat, pengkaji menyediakan persediaan mengajar, nota rujukanpelajar, tugasan, soalan kuiz dan bahan bantu mengajar yang lain. Sebelum kajian bermula,surat persetujuan ibu bapa diedarkan kepada semua pelajar. Pelajar menjawab Ujian Awalyang dikendalikan oleh guru masing-masing dalam masa satu jam. Eksperimen dijalankanselama lapan minggu pada semester kedua sesi persekolahan tahun 1999. Sepanjangtempoh tersebut, pengkaji sentiasa membuat penyeliaan di dalam semua kelas sama adakumpulan PK atau PT bagi memastikan pelaksanaan eksperimen berjalan seperti yangdirancang. Pengkaji berbincang dengan guru yang terlibat bagi mengenal pasti masalahyang timbul dan cara mengatasinya. Setelah tamat tempoh eksperimen, subjek menjawabsoal selidik yang dikendalikan sendiri oleh pengkaji.

Setelah memperkenalkan diri sebagai pelajar siswazah, pengkaji menerangkankepentingan kajian tersebut dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaranprinsip akaun. Justeru itu, pelajar diharapkan dapat menjawab kesemua bahagian soalselidik dengan jujur dan tepat. Pada hari yang berlainan, subjek menjawab Ujian Prestasiyang dikendalikan oleh guru masing-masing. Tatacara melaksanakan strategi PK danPT telah diterangkan dengan terperinci dalam satu artikel yang lain (Suhaida, ZaidatolAkmaliah, Noran Fauziah, Habibah, & Rohani, 2004).

Penganalisisan Data

Di dalam kajian ini terdapat dua bentuk data yang diperoleh iaitu data kuantitatif dandata kualitatif. Data kuantitatif dikutip melalui Ujian Awal dan Ujian Prestasi, manakaladata kualitatif diperoleh berdasarkan soal selidik PTPK yang berbentuk soalan terbuka.Data kuantitatif yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistikpenakbiran. Statistik deskriptif digunakan untuk menerangkan demografi sampel kajian.Maklumat seperti jantina, bangsa, keputusan PMR untuk kemahiran hidup dan matematik,kelas tambahan dan kekerapan mengadakan kumpulan perbincangan di luar waktu kelasdilapor menggunakan kekerapan yang dinyatakan dalam bentuk peratusan. Statistikpenakbiran digunakan untuk menjawab objektif kajian pertama. Bagi objektif pertamaiaitu menentukan sama ada terdapat perbezaan pencapaian antara kumpulan PK dengankumpulan PT, teknik ANCOVA digunakan. Teknik ANCOVA dipilih kerana kajian iniberbentuk kuasi eksperimen yang menggunakan kumpulan tidak setara yang mana wujudperbezaan asal antara kumpulan-kumpulan tersebut (Cook & Campbell, 1979). Dalamkajian ini, perbezaan asal adalah tahap kebolehan pelajar di dalam simpan kira. Perbezaanasal ini diselaraskan dengan menggunakan Ujian Awal sebagai kovariat.

Data kualitatif dianalisis berdasarkan langkah-langkah yang dicadangkan olehStrauss dan Corbin (1995). Maklum balas bertulis subjek bagi setiap soalan dibacaberulangkali bagi mengenal pasti kategori utama yang terhasil. Sebagai contoh, dalamsoalan PTPK yang menghendaki subjek menceritakan pengalaman mereka mengikuti PK,pengkaji mendapati pengalaman subjek dapat dikategorikan kepada pengalaman positif,

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 49

pengalaman bercampur dan pengalaman yang kurang menyenangkan. Seterusnya, bagisetiap kategori tersebut, pengkaji mengenal pasti ciri-ciri pengalaman yang hampirserupa yang dinyatakan oleh subjek. Contohnya, berdasarkan pengalaman positif danunsur positif dalam pengalaman bercampur, pengkaji mendapati subjek menceritakanpengalaman mereka sama ada dalam aspek yang berkaitan dengan pelajaran, hubunganmereka dengan rakan-rakan, aspek emosi atau suasana pembelajaran. Berdasarkansetiap aspek tersebut, pengkaji memperincikan lagi pengalaman subjek tentang apayang dibincangkan di bawah setiap aspek. Teknik analisis kandungan juga digunakansepanjang proses menganalisis data kualitatif ini. Teknik analisis kandungan digunakanbagi menafsir secara tersurat dan tersirat maklum balas setiap subjek (Berg, 1998).Dengan menggunakan teknik ini, pengkaji mengenal pasti frasa-frasa yang berulangdan melaporkan kategori atau ciri-ciri utama yang sesuai.

DAPATAN KAJIAN

Objektif kajian yang pertama ialah membandingkan kesan strategi PK dan PT terhadapprestasi. Skor prestasi subjek diperoleh melalui Ujian Prestasi. Analisis data menunjukkanbahawa min skor prestasi kumpulan PK adalah 46.76 dengan sisihan piawai 23.56. Skorminimum yang diperoleh oleh kumpulan PK adalah 0 dan skor maksimum adalah 90.Manakala bagi kumpulan PT, min skor prestasi yang diperoleh lebih rendah berbandingdengan kumpulan PK iaitu 41.65 dengan sisihan piawai 20.72. Skor minimum bagiprestasi kumpulan PT adalah 3.8 dan skor maksimum adalah 85. Min dan sisihan piawaibagi prestasi mengikut strategi pembelajaran ditunjukkan di dalam Jadual 2.

Jadual 2

Min dan Sisihan Piawai Prestasi Mengikut Strategi Pembelajaran

Strategi pembelajaran Bilangan Min Sisihan Piawai

Pembelajaran koperatif 122 46.76 23.56

Pembelajaran tradisional 86 41.65 20.72

Di bawah teknik ANCOVA, analisis varians dijalankan dengan menjadikan skorUjian Awal sebagai kovariat. Dapatan kajian menunjukkan min skor prestasi kumpulanPK adalah berbeza dan signifikan dibandingkan dengan kumpulan PT, F(l, 205) = 6.65,p<.05, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3. Maka hipotesis nol, H01 ditolak.Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan kesan strategi PK dan PT terhadapprestasi. Prestasi kumpulan PK didapati lebih tinggi daripada prestasi kumpulan PTsetelah mengambil kira tahap kebolehan subjek di dalam aspek simpan kira. Ini bermaknastrategi PK memberi kesan yang lebih baik bagi meningkatkan prestasi pelajar di dalammata pelajaran prinsip akaun.

50 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Jadual 3Jadual ANCOVA bagi Prestasi dengan Ujian Awal Sebagai Kovariat Mengikut StrategiPembelajaran

Jumlah kuasa

dua

Darjah

kebebasan

Min kuasa dua NilaiF Signiflkan

Covariate 23226.34 1 23223.34 59.2 .00

Kesan utama 2607.32 1 2607.32 6.65 .01

Model 24541.68 2 12270.84 31.28 .00

Lebihan 80428.8 205 392.34

Jumlah 104970.5 207 507.1

PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa prestasi pelajar kumpulan PK lebih tinggi dansignifikan berbanding dengan pelajar kumpulan PT. Ini menyokong dapatan kajian lepasyang melibatkan mata pelajaran lain seperti mata pelajaran sains yang dijalankan didalam negara (Siti Rahayah, 1998), dan di luar negara, contohnya mata pelajaran sainsdan matematik (Chang & Mao, 1999; Whicker, Bol, & Nunnery, 1997). Implikasi dapatanini adalah penting kerana ia mencadangkan bahawa PK wajar digunakan di dalam kelaskhususnya di dalam pengajaran perakaunan. Keberkesanan PK di dalam meningkatkanpencapaian akademik pelajar boleh dikaitkan dengan kesan strategi tersebut ke atasmotivasi pelajar untuk belajar dan ke atas proses kognitif pelajar (Abrami et al.,1995;Slavin, 1995, 1996). Elemen-elemen di dalam PK berupaya menjadikan pelajar lebihbermotivasi untuk belajar berdasarkan teori saling bergantung sosial (Johnson &Johnson, 1998), teori tingkah laku dan teori kohesif sosial (Slavin, 1996). Begitu jugadengan apa yang berlaku terhadap proses kognitif pelajar seperti yang dijelaskan olehteori perkembangan kognitif (Slavin, 1995) dan teori penerangan kognitif (Slavin, 1990)berkait rapat dengan pelaksanaan PK. Berdasarkan teori saling bergantung sosial, PKdikatakan mewujudkan saling bergantung secara positif di kalangan pelajar di dalamsesuatu kumpulan bagi mencapai matlamat kumpulan. Saling bergantung secara positifdigambarkan melalui kerjasama sesama pelajar yang menggalakkan berlakunya interaksidi dalam sesuatu kumpulan kecil pelajar. Situasi tersebut mendorong pelajar menjadilebih bermotivasi untuk belajar.

Di dalam kajian ini, pelajar kumpulan PK menyatakan bahawa antara pengalamanyang mereka lalui adalah wujud kerjasama di dalam kumpulan dan mereka kerapberbincang serta bertukar-tukar pendapat. Ketika membuat latihan secara berkumpulankhususnya, antara aspek positif yang dinyatakan oleh pelajar kumpulan PK adalah latihanberkumpulan menggalakkan pelajar berbincang sesama rakan, dapat membantu pelajarmembina sikap tolong-menolong dan memberi peluang pelajar bertanya kepada rakan

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 51

sekumpulan. Maka, pengalaman pelajar kumpulan PK di dalam kajian ini jelas menyokongteori saling bergantung sosial. Manakala menurut teori tingkah laku, pencapaian pelajarmeningkat kerana PK menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk belajar dengan adanyaganjaran kumpulan. Slavin (1983) berpendapat bahawa ganjaran kumpulan mendorongpelajar untuk saling bantu-membantu di dalam kumpulan mereka.

Antara aspek positif yang dinyatakan oleh pelajar berkaitan dengan pengiraanskor kumpulan mendorong setiap ahli kumpulan untuk berusaha bersungguh-sungguhbagi mendapat markah yang tinggi dan persaingan yang wujud antara setiap kumpulanmendorong pelajar untuk bekerjasama dengan rakan sekumpulan. Begitu juga denganpengiktirafan kumpulan turut mendorong pelajar untuk bekerjasama dan saling tolong-menolong di dalam kumpulan mereka bagi mendapat pelekat bintang. Elemen pengiraanskor kumpulan dan pengiktirafan kumpulan di dalam kajian ini turut mempengaruhipelajar untuk lebih bermotivasi untuk belajar berdasarkan teori tingkah laku.

Sebaliknya, teori kohesif sosial menerangkan bahawa di bawah PK hubungansesama pelajar menjadi lebih erat menyebabkan mereka bersedia untuk saling tolong-menolong rakan-rakan sekumpulan mereka tanpa memikirkan soal ganjaran. Terdapatpelajar kumpulan PK di dalam kajian ini menceritakan pengalaman mereka sepertiyang dijelaskan oleh teori kohesif sosial. Pelajar menyatakan bahawa dengan adanyapembahagian kumpulan menyebabkan mereka dapat bekerjasama dengan rakan sekelasyang lain dan hubungan yang rapat itu menjadikan mereka saling tolong-menolong. Inimenggambarkan bahawa pelajar kumpulan PK menjadi lebih bermotivasi untuk belajarjuga dapat dijelaskan berdasarkan teori kohesif sosial.

PK berupaya meningkatkan pencapaian pelajar kerana interaksi sesama merekamenyebabkan berlakunya perubahan dalam kognitif pelajar. Merujuk kepada teoriperkembangan kognitif, Slavin (1995) berpendapat melalui perbincangan dan bertukar-tukar pendapat di dalam kumpulan dapat membantu pelajar menguasai konsep-konseppenting. Di dalam membincangkan teori perkembangan kognitif juga, Woolfolk (1995)mencadangkan situasi interaksi sesama pelajar adalah perlu untuk membantu prosesberfikir pelajar. Pandangan Slavin dan Woolfolk tersebut selari dengan pernyataan-pernyataan yang diberikan oleh pelajar kumpulan PK di dalam kajian ini. Pelajarmengakui bahawa mereka lebih memahami sesuatu melalui perbincangan dandapat bertanya kawan apabila mengalami kebuntuan. Sehubungan dengan itu, teoriperkembangan kognitif juga dikaitkan dengan konsep zon perkembangan proksimalyang menyatakan bahawa keupayaan kognitif seseorang pelajar dapat ditingkatkandengan bantuan rakan sebaya yang lebih berkebolehan (Woolfolk, 1995).

Salah satu ciri kumpulan PK yang dibentuk adalah berdasarkan tahap kebolehanyang berbeza. Di dalam kajian ini, pelajar kumpulan PK yang menganggap diri merekakurang berkebolehan telah menyatakan bahawa mereka mendapat bimbingan daripadarakan-rakan yang berkebolehan melalui aktiviti kerja berkumpulan.

Teori penerangan kognitif pula menjelaskan bahawa melalui penerangan yangdiberikan kepada rakan menyebabkan berlakunya proses penstrukturan kognitif yangmana ini membantu proses pengekalan maklumat di dalam ingatan (Slavin, 1990).Penggunaan teori tersebut sejajar dengan pernyataan yang diberikan oleh pelajarkumpulan PK di dalam kajian ini. Menurut pelajar, latihan secara berkumpulanmenjadikan mereka lebih arif tentang sesuatu topik apabila mereka menerangkannya

52 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

kepada rakan sekumpulan. Dengan kata lain, kesan PK ke atas pencapaian dapatdikaitkan dengan pelaksanaan PK yang menghendaki pelajar yang berbeza tahapkebolehan duduk di dalam satu kumpulan kecil. Di dalam kumpulan tersebut wujudsuasana yang menggalakkan pelajar berbincang, bertanya kepada rakan-rakan, memberipandangan, menyemak sebarang kesilapan yang dilakukan serta saling bantu-membantuantara satu sama lain di dalam masalah pelajaran. Ini berbanding dengan suasana didalam kumpulan tradisional yang berbentuk individu, di mana pelajar melihat gurumereka sebagai satu-satunya sumber rujukan dan kurang berinteraksi antara sesamapelajar melainkan dengan rakan baik mereka sahaja.

Apa yang dapat dirumuskan di sini, dapatan kajian yang menunjukkan pencapaianpelajar kumpulan PK yang lebih tinggi daripada pelajar kumpulan PT dapat dijelaskandengan pernyataan yang diberikan oleh pelajar kumpulan PK. Pada masa yang sama,pernyataan-pernyataan tersebut konsisten dengan teori-teori yang telah dibincangkansebelum ini. Walau bagaimanapun dapatan ini perlu diterima secara berhati-hati keranakajian ini berbentuk kuasi eksperimen. Reka bentuk ini digunakan kerana pengagihansubjek secara rawak tidak dapat dilakukan disebabkan kekangan daripada pengurusanpihak sekolah yang terlibat.

Pengalaman Pelajar yang telah Menyertai Pembelajaran Koperatif

Persepsi pelajar berkaitan dengan pengalaman menyertai PK diperolehi berdasarkan soalandi dalam soal selidik "Pandangan terhadap Pembelajaran Koperatif iaitu "Ceritakanpengalaman anda semasa menyertai pembelajaran koperatif. Berdasarkan maklum balasuntuk soalan tersebut, pengkaji mengenal pasti tema dan mengkategorikan tema tersebutkepada empat, iaitu: pengalaman positif, pengalaman yang kurang menyenangkan,pengalaman bercampur dan pengalaman biasa. Sesuatu maklum balas dianggap sebagaipengalaman yang positif apabila pelajar menceritakan tentang keseronokan mengikutiPK dan faedah yang diperoleh tanpa menyatakan sebarang masalah atau ketidaksenanganyang dialami. Jadual 4 jelas menunjukkan bahawa 70% daripada 122 orang pelajar yangmengikuti strategi PK menceritakan pengalaman positif yang mereka alami. Pengalamanmereka sama ada dalam bentuk melahirkan rasa gembira atau menyatakan faedah yangmereka perolehi hasil daripada pengalaman tersebut.

Manakala pengalaman yang kurang menyenangkan merujuk kepada maklumbalas yang menyatakan PK tidak memberi kesan yang baik kepada pelajar dan hanyamenceritakan masalah yang dihadapi ketika PK dijalankan. Hanya 9% sahaja pelajaryang mengalami pengalaman yang kurang menyenangkan. Kategori pengalaman yangbercampur iaitu sebanyak 16% terdiri daripada maklum balas yang menceritakankeberkesanan PK kepada diri pelajar dan pada masa yang sama mereka juga menyatakanmasalah yang dihadapi. Pengalaman biasa iaitu 2.5% merujuk kepada pernyataan yangmemberi maksud bahawa penglibatan pelajar di dalam PK tidak memberi apa-apa maknakepada diri mereka. Dapatan kajian yang menunjukkan peratusan yang tinggi bagipengalaman positif menggambarkan PK diterima baik oleh para pelajar. Seterusnya,dapatan yang berkaitan dengan pengalaman pelajar dilaporkan dengan lebih terperinci.

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 53

Jadual 4Pengalaman Kumpulan Pembelajaran Koperatif Ketika Mengikuti PembelajaranKoperatif

Kategori maklum balas Bilangan n=122 Peratus

Pengalaman positif

Pengalaman kurang menyenangkan

Pengalaman bercampur

Pengalaman biasa

Tiada maklum balas

Berdasarkan maklum balas yang dikategorikan sebagai pengalaman positif dan pengalamanbercampur, pengkaji telah mengelaskan kebaikan atau manfaat yang diperoleh oleh pelajarkepada tiga aspek utama. Aspek-aspek yang dimaksudkan adalah manfaat yang berkaitandengan pelajaran (kognitif), kawan sekelas (sosial) dan sikap atau perasaan (afektif).

Kesan Pembelajaran Koperatif yang Berkaitan dengan Aspek Kognitif

Antara pengalaman positif yang dinyatakan oleh pelajar yang berkaitan dengan aspekkognitif adalah dari segi dapat membantu menambahkan pemahaman terhadap prinsipakaun, membantu meningkatkan prestasi, pelajar dapat menyelesaikan soalan tugasandan menggalakkan pelajar memberi tumpuan di dalam kelas. Aspek kognitif pertamaialah dari segi pemahaman pelajar. Pelajar kumpulan PK mendapati mereka lebih mudahmemahami konsep-konsep prinsip akaun melalui PK. Hal ini dikaitkan dengan adanyapeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan tentang tajuk-tajuk yang kurang difahami.Melalui penerangan daripada rakan-rakan, mereka berupaya mengikuti pengajaran gurudengan lebih mudah. Perbincangan dengan rakan sekumpulan dan latihan-latihan yangdiberi membantu menjelaskan apa yang kurang difahami. Oleh itu, pelajar cepat menguasaitajuk-tajuk yang dipelajari menyebabkan pengetahuan mereka juga bertambah. Terdapatpelajar yang merasakan banyak perkara yang dipelajari melalui rakan-rakan berbandingdengan apa yang disampaikan oleh guru mereka.

Aspek kognitif kedua ialah dari segi membantu meningkatkan prestasi pelajar.Pelajar kumpulan PK merasakan pencapaian mereka telah meningkat lebih baik daripadasebelum mereka mengamalkan PK. Peningkatan pencapaian ini dikaitkan dengan faktorlebih mudah memahami mata pelajaran prinsip akaun. Di dalam kumpulan tersebutpelajar berpeluang untuk berbincang kesukaran yang dihadapi berkaitan dengan pelajarandan bertukar-tukar pandangan sesama mereka.

Aspek kognitif ketiga adalah berhubung dengan keupayaan untuk menyelesaikantugasan. Melalui strategi PK, pelajar dapat menyelesaikan soalan tugasan. Ini adalahkerana strategi ini mendorong rakan-rakan mereka membantu pelajar yang menghadapi

86 70

11 9

19 16

3 2.5

3 2.5

54 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

kesulitan. Suasana kerja berkumpulan menjadi satu motivasi kepada pelajar untukmembuat tugasan yang diberikan. Aspek kognitif yang keempat adalah berkaitan dengantumpuan yang diberikan di dalam kelas prinsip akaun. Pelajar merasakan mereka dapatmemberi lebih tumpuan di dalam kelas berbanding dengan sebelum ini. Hal ini dikaitkandengan adanya rakan sekumpulan yang bersedia berbincang apabila terdapat tajuk yangkurang jelas. Oleh itu, perhatian pelajar tidak mudah terganggu ketika belajar di dalamkelas. Dapatan yang membincangkan pengalaman pelajar kumpulan PK dari aspekkognitif menunjukkan bahawa pelajar mengaitkan interaksi dengan rakan sekumpulanbanyak membantu mereka dalam menguasai isi pelajaran prinsip akaun. Seterusnya,dapatan kajian melaporkan pengalaman positif pelajar kumpulan PK dari aspek sosial.

Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif yang Berkaitan dengan Aspek Sosial

Antara pengalaman positif yang dinyatakan oleh pelajar yang berkaitan dengan aspeksosial adalah dari segi berpeluang untuk berinteraksi dengan rakan sekumpulan,bekerjasama dan bantu membantu, dapat meluaskan pergaulan dengan rakan sekelas,belajar untuk menyesuaikan diri dan wujud persaingan yang sihat antara kumpulan. Aspeksosial yang pertama adalah dari segi peluang berinteraksi. Strategi PK mewujudkan suasanayang menggalakkan pelajar berbincang masalah pelajaran dengan rakan sekumpulan.Pelajar berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan dan menyatakan pendapat masing-masing dalam kumpulan mereka. Pelajar juga tidak merasa keberatan untuk bertanyadengan rakan-rakan mereka dan tidak bergantung kepada guru semata-mata. Aspek sosialyang kedua adalah mengenai sikap bekerjasama dan bantu-membantu. Di dalam kumpulanmasing-masing, pelajar terdorong untuk bekerjasama dan saling bantu membantu antarasatu sama lain. Pelajar yang lemah menyatakan mereka banyak mendapat tunjuk ajardaripada rakan yang lebih pandai. Manakala pelajar yang berkebolehan tidak merasakeberatan untuk membimbing rakan-rakan mereka yang memerlukan bantuan.

Aspek sosial yang ketiga adalah berkenaan dengan pergaulan pelajar kumpulanPK dengan rakan sekelas yang lebih luas. Di bawah strategi PK, kumpulan pelajar terdiridaripada tahap kebolehan berbeza dan pelbagai etnik. Melalui kerjasama dan perbincangandi dalam kumpulan tersebut pelajar mula mengenali rakan-rakan lain yang sebelum inimereka tidak pernah berinteraksi. Mereka juga mula memahami rakan-rakan sekumpulandengan lebih mendalam lagi. Aspek sosial yang keempat adalah berhubung dengan prosespenyesuaian pelajar dengan rakan-rakan sekumpulan. Terdapat pelajar yang berada didalam kumpulan yang agak asing bagi mereka yang mana rakan sekumpulan bersifatmementingkan diri sendiri atau pelajar itu sendiri merasa kekok dan malu untuk bertanya.Namun begitu, dengan berlalunya masa strategi PK membantu mereka untuk belajarmenyesuaikan diri di dalam kumpulan mereka dan rakan-rakan mereka juga mula belajarbertolak ansur. Aspek sosial yang kelima adalah wujudnya persaingan yang sihat antarakumpulan. Pelajar dapat merasakan persaingan yang wujud antara kumpulan mereka

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 55

dan berlumba-lumba untuk meningkatkan prestasi mereka. Berdasarkan dapatan yangmembincangkan pengalaman pelajar kumpulan PK dari aspek sosial menunjukkan bahawasememangnya pelajar gemar berinteraksi dengan rakan-rakan semasa pembelajaran.Selain daripada itu, apabila pelajar kerap berinteraksi dengan rakan sekumpulan merekalebih kenal-mengenali dan saling faham-memahami. Seterusnya, dapatan kajianmelaporkan pengalaman positif pelajar kumpulan PK dari aspek afektif.

Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif yang Berkaitan dengan Aspek Afektif

Antara pengalaman positif yang dinyatakan oleh pelajar yang berkaitan dengan aspekafektif adalah dari segi merasa seronok mengikuti pembelajaran, lebih berminat untukbelajar, dapat meningkatkan keyakinan diri, situasi kelas tidak membosankan dan merasatidak cepat berputus asa. Aspek afektif yang pertama adalah dari segi perasaan seronokmengikuti pembelajaran. Pelajar kumpulan PK merasakan suasana di bawah strategi PKlebih menyeronokkan dan mereka rasa gembira untuk belajar prinsip akaun. Ada yangmengaitkan perasaan seronok kerana berpeluang berbincang dan berinteraksi denganrakan-rakan dengan lebih kerap. Terdapat juga yang merasa seronok kerana strategi itumenyebabkan mereka lebih mudah memahami tajuk yang dipelajari dan dapat mengikutipengajaran guru dengan lebih baik. Tidak kurang yang merasa seronok kerana ianya satupengalaman baru yang menarik buat mereka berbanding dengan strategi sebelum ini.

Aspek afektif yang kedua adalah berhubung dengan minat pelajar kumpulan PK.Pelajar mendapati mereka lebih berminat untuk belajar prinsip akaun setelah didedahkandengan PK. Aspek afektif yang ketiga adalah mengenai keyakinan diri pelajar kumpulanPK. Strategi PK mewujudkan suasana yang mendorong pelajar untuk menilai kekuatan dankelemahan yang ada pada diri mereka. Selain daripada itu, pengalaman di bawah strategiPK membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri terhadap kebolehan mereka di dalamprinsip akaun. Ini dikaitkan dengan suasana yang membolehkan mereka berinteraksi danmembandingkan kebolehan mereka dengan rakan-rakan lain yang sebelum ini kurangdikenali serta cara pembelajaran yang lebih meningkatkan penguasaan mereka.

Aspek afektif yang keempat adalah dari segi situasi kelas yang tidak lagimembosankan. Di dalam PK, pelajar tidak lagi merasa bosan berada di dalam kelas.Pelajar merasa bosan apabila mereka tidak berupaya menyelesaikan tugasan atau tidakmemahami pengajaran guru; sebaliknya, PK menggalakkan pelajar untuk berbincang danbertanya kepada rakan sekumpulan apabila menghadapi masalah pelajaran. Aspek afektifyang kelima adalah dari segi dapat membantu pelajar untuk tidak mudah putus asa didalam pelajaran mereka. Hal ini mereka kaitkan dengan perasaan seronok ketika mengikutistrategi ini. Berdasarkan dapatan yang membincangkan pengalaman pelajar kumpulan PKdari aspek afektif, PK berupaya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sebagaisatu situasi yang menyeronokkan pelajar dan memupuk minat pelajar untuk belajar, sertamencetuskan sikap tidak mudah berputus asa.

56 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Masalah yang Dihadapi di dalam Pembelajaran Koperatif

Berdasarkan maklum balas yang dikategorikan sebagai pengalaman yang kurangmenyenangkan dan pengalaman bercampur, pengkaji mengenal pasti beberapa masalahyang dinyatakan oleh pelajar. Masalah tersebut dapat dikategorikan kepada yang berkaitandengan kawan sekelas (sosial) dan sikap serta perasaan pelajar (afektif). Antara masalahyang dihadapi oleh pelajar kumpulan PK berkaitan dengan aspek sosial adalah dari segitiada kerjasama di dalam kumpulan, kurang perbincangan yang wujud, pelajar diketepikankerana perbezaan etnik dan bahasa serta terdapat pelajar yang membuat kerja lain padamasa kerja berkumpulan.

Masalah pertama adalah berhubung dengan tiadanya kerjasama di dalamkumpulan. Walaupun strategi PK menggalakkan pelajar bekerjasama sesama ahlikumpulan, namun begitu terdapat juga kumpulan yang menghadapi masalah di dalam halini. Pelajar tidak berpuas hati kerana terdapat segelintir rakan sekumpulan mereka yangenggan memberikan kerjasama. Masalah kedua adalah dari segi perbincangan di dalamkumpulan. Terdapat pelajar yang menyatakan bahawa kurangnya berlaku perbincanganantara ahli di dalam kumpulan mereka. Walaupun pelajar diberi masa untuk bersemukadi dalam kumpulan mereka, namun terdapat kumpulan yang kurang berjaya menjalinkanhubungan yang rapat sesama ahli. Pelajar berpendapat oleh kerana mereka pada awal-awal lagi bukan berkawan rapat, maka mereka sukar untuk bekerjasama dan berbincangsesama rakan kumpulan. Masalah ketiga berkaitan dengan segelintir pelajar merasakanmereka diketepikan disebabkan perbezaan etnik. Rakan sekumpulan mereka lebihsuka berbincang menggunakan bahasa ibunda mereka menyebabkan pelajar tersebuttidak dapat mengikuti perbincangan itu. Masalah keempat adalah terdapat pelajar yangmembuat kerja lain yang tidak berkaitan dengan pelajaran ketika aktiviti berkumpulan.Mereka lebih suka bermain-main atau berbincang tentang hal yang tidak bersangkutandengan pelajaran. Seterusnya, dapatan kajian melaporkan masalah yang dihadapi olehsebahagian pelajar kumpulan PK yang berkaitan dengan aspek afektif.

Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar kumpulan PK berkaitan dengan aspekafektif adalah kerana pelajar merasa tidak seronok dan bosan dalam pembelajaran,sikap mementingkan diri sendiri, malu untuk bertanya kepada rakan sekumpulan danmemandang rendah kepada ahli pencapaian rendah. Masalah pertama adalah berhubungdengan perasaan tidak seronok dan bosan. Walaupun sebahagian besar pelajar kumpulanPK menyatakan mereka merasa seronok di bawah strategi PK, namun terdapat juga pelajaryang menyatakan mereka merasa tidak seronok tanpa memberikan sebab-sebabnya.Terdapat juga pelajar yang merasa bosan dengan PK kerana kurangnya kerjasama yangdiberikan di dalam kumpulan mereka. Masalah kedua yang pelajar hadapi di dalam strategiPK adalah terdapatnya rakan sekumpulan yang bersikap mementingkan diri sendirimenyebabkan mereka enggan memberikan kerjasama. Namun begitu terdapat juga yangakhirnya dapat mengubah sikap tersebut. Tetapi dengan adanya sikap ini menyebabkanpelajar merasa tidak gembira berada di dalam kumpulan mereka.

Masalah ketiga adalah berkenaan dengan pelajar yang tidak dapat menghilangkanperasaan malu untuk berinteraksi dengan rakan sekumpulan menyebabkan pelajar tidakberbincang dengan ahli kumpulan. Hal ini dikaitkan dengan perasaan kekok untukberinteraksi dengan rakan yang berlainan jantina. Masalah keempat adalah berhubung

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 57

dengan reaksi negatif oleh rakan sekumpulan yang lebih berkebolehan yang menyinggungperasaan pelajar yang berpencapaian rendah. Ini menyebabkan pelajar merasa tidakgembira dengan kumpulan mereka. Dapatan yang membincangkan masalah yangdihadapi oleh pelajar kumpulan PK menunjukkan bahawa pelajar menghadapi masalahyang lebih tertumpu kepada aspek sosial dan afektif. Tidak ada pelajar kumpulan PK yangmenyatakan bahawa PK memberi kesan yang negatif dari aspek kognitif.

Masalah yang dihadapi dari aspek sosial menunjukkan bahawa kemahiran bersosialperlu diberi penekanan kepada pelajar sebelum mereka mengikuti PK. Kemahiranbersosial ini juga boleh diterapkan sepanjang pelaksanaan PK. Sikap individualistik,hubungan yang tidak rapat kerana perbezaan etnik dan tahap kebolehan sememangnyawujud di dalam suasana persekolahan di negara kita tetapi tidak nampak ketara keranapelajar kurang berinteraksi sesama rakan sekelas. Implikasi daripada dapatan ini,walaupun terdapat masalah-masalah yang dinyatakan oleh pelajar berhubung denganPK tidak bermakna strategi ini patut dilupakan sahaja. Sewajarnya guru mengambilberat terhadap masalah-masalah tersebut dan berusaha mengatasinya. Pada masa yangsama guru perlu mengenal pasti elemen-elemen yang membantu keberkesanan PK.

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Berdasarkan dapatan kajian yang menunjukkan prestasi pelajar kumpulan PKlebih tinggi dan signifikan berbanding dengan kumpulan PT, implikasinya di sinimenunjukkan PK boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif kepada strategi yangsedia digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan perakaunan. Begitujuga dengan dapatan kajian yang menunjukkan 70% pelajar kumpulan PK menyatakanpengalaman awal yang positif terhadap PK menggambarkan kesediaan pelajar untukmenerima PK sebagai salah satu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelasprinsip akaun. Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan 73% daripadapelajar kumpulan PK dan PT lebih gemar belajar secara berkumpulan. Maka guru perlumengambil kira kecenderungan pemilihan cara belajar tersebut dengan mewujudkanaktiviti kerja berkumpulan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Implikasi daripada dapatan-dapatan tersebut, guru prinsip akaun perlumempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas.Strategi yang digunakan tidak seharusnya terhad kepada penyampaian isi kandungansecara kuliah semata-mata kerana ingin menghabiskan sukatan pelajaran tanpa mengambilkira tahap kefahaman pelajar dan lebih tertumpu kepada latih tubi secara individu. Gurujuga perlu menggunakan strategi PK di dalam proses pengajaran dan pembelajarankerana strategi tersebut telah banyak diuji dan didapati dapat membantu meningkatkanpencapaian pelajar. Tambahan pula strategi tersebut selaras dengan konsep KBSM dankonsep sekolah bestari yang mementingkan gerak kerja kumpulan.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan penggunaan strategi pengajaran yangbaru seperti PK sememangnya memerlukan pengorbanan dari pihak guru, usaha yanglebih banyak dan persediaan yang lebih awal. Ini kerana guru masih di peringkat untukmenguasai strategi tersebut dan perlu menjangka beberapa masalah akan timbul sebelumdapat melaksanakannya dengan berkesan. PK perlu dilaksanakan secara beransur-ansurdan bersifat fleksibel dengan mengambil kira persediaan pelajar untuk menerima strategi

58 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

baru setelah sekian lama mereka terbiasa di dalam situasi pembelajaran yang berbentukindividu.

Namun begitu, ini tidak bermakna guru perlu menggunakan PK sepanjang masabagi semua topik tanpa mengambil kira kesesuaian dan kesediaan pelajar untuk menerimaPK yang dianggap sebagai sesuatu yang baru dan agak berlainan daripada strategi yangsedia ada. Tambahan pula, dapatan kajian ini juga menunjukkan 17.8% daripada pelajarkumpulan PK dan FT lebih gemar kepada cara belajar secara individu. Ini bermaknaguru perlu bijak mengimbangkan antara aktiviti kerja berkumpulan dengan kerja secaraindividu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Implikasi kajian ini kepada institusi pengajian tinggi yang menawarkan programpendidikan guru adalah tentang keperluan memberi pendedahan mengenai PK kepadaguru pelatih secara formal iaitu dalam bentuk sebahagian daripada kursus pedagogi.Pembelajaran koperatif juga perlu dipraktikkan di dalam program pendidikan guru bagimembiasakan guru pelatih dengan berbagai teknik PK. Selain daripada itu, guru pelatihperlu diberi galakan untuk menggunakan PK semasa menjalankan latihan mengajar.

Oleh kerana PK selari dengan konsep KBSM dan sekolah bestari, maka pihakKementerian Pelajaran Malaysia perlu mewujudkan satu garis panduan sama ada dalambentuk modul atau manual untuk guru-guru. Ini adalah kerana konsep dan pelaksanaanPK tidak sama dengan kerja berkumpulan tradisional yang tidak berstruktur. Antaracontoh manual yang boleh dirujuk adalah manual hasilan Slavin (1994) atau manualyang digunakan oleh pengkaji di dalam kajian ini dengan mengambil kira cadangan-cadangan yang diberikan untuk mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan PK.Pihak Kementerian Pelajaran, khususnya Bahagian Pendidikan Guru, perlu memberilatihan dalam perkhidmatan atau kursus jangka pendek kepada guru prinsip akaun bagimembantu mereka menguasai penggunaan PK. Penghargaan perlu diberikan kepada guruyang berusaha menggunakan strategi pengajaran yang baru. Ini akan menggalakkan guruuntuk bersikap inovatif dan kreatif dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran didalam kelas mereka.

RUJUKAN

Abekah, J., Maher, E., & Maher, R. (1996). Students' perceptions towards accounting: Theeffects of the first university accounting course. The Delta Pi Epsilon Journal,38(3), 167-179.

Abrami, P. C, Chambers, B., Poulsen, C, De Simone, C, D'Apollonia, S., & Howden,J. (1995). Classroom connections: Understanding and using cooperativelearning. New York: Harcourt.

Beegle, J., & Coffee, D. (1991). Accounting instructors' perceptions of how they teachversus how they were taught. Journal of Education for Business, 66(8), 90-94.

Berg, B. L. (1998). Qualitative research methods for the social sciences (3rd ed.). Boston:Allyn & Bacon.

Campbell, D. T., & Stanley, J. C. (1966). Experimental and quasi-experimental designsfor research. Dalam N. L. Gage (Ed.), Handbook of research on teaching (ms.171-246). Chicago: Rand McNally.

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 59

Chang, Chun-Yen, & Mao, Song-Ling. (1999). The effects on students' cognitiveachievement when using the cooperative learning method in earth scienceclassrooms. School Science and Mathematics, 99(1), 374-380.

Choong, L. G. (1995). Cooperative learning in the ESL writing class. Tesis Sarjana Muda,Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Cochran, W. G., & Cox, G. M. (1957). Experimental design (2nd ed.). New York: Wiley.Coelho, E. (1994). Learning together in the multicultural classroom. Ontario: Pippin.Cohen, E. G. (1994). Restructuring the classroom: Conditions for productive small groups.

Review of Educational Research, 64(1), 1-35. Cook,T. M., & Campbell, D. T.(1979). Quasi-experimentation: Design & analysis issues

for field settings. Boston: Houghton.Denzin, N. K., & Lincoln, Y. S. (2000). Introduction: The discipline and practice of

qualitative research. Dalam N. K. Denzin & Y. S. Lincoln (Eds.), Handbook ofqualitative research (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.

Duren, P. E., & Cherrington, A. (1992). The effects of cooperative group work versusindependent practice on the learning of some problem-solving strategies. SchoolScience and Mathematics, 92(2), 80-83.

Emore, J., & Cress, J. (1989). Accounting education: A time for change. Journal ofEducation for Business, 64(8) 361-365.

Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E. (1996). How to design and evaluate research in education(3rd ed.). New York: McGraw-Hill.

Habibah Elias. (1992). Strategi pengajaran ekonomi KBSM. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Halimah bt. Harun. (1992). Sikap dan pencapaian dalam perakaunan dan faktor-faktor

yang mempengaruhinya. Tesis M.Ed, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,Selangor.

Hinkle, D. E., Wiersma, W., & Jurs, S. G. (1994). Applied statistics for the behavioralsciences (3rd ed.). Princeton, NJ: Houghton.

Holter, N. C. (1994). Team assignments can be effective cooperative learning techniques.Journal of Education for Business, 69,13-16.

Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1998). Cooperative learning and social interdependencetheory: Social psychological applications to social issues. Dimuat turun (t.t)daripada http://www.clcrc.com/pages/SIT.html Johnson, D. W., Johnson, R. T.,

Johnson, J., & Anderson, D. (1976). Effects of cooperativeversus individualized instruction on student prosocial behavior, attitudes towardlearning, and achievement. Journal of Educational Psychology, 68(4), 446-452.

Johnson, D. W., Johnson, R. T., & Scott, L. (1978). The effects of cooperative andindividualized instruction on student attitudes and achievement. Journal of SocialPsychology, 104,207-216.

Johnson, D. W., Maruyama, G., Johnson, R., Nelson, D., & Skon, L. (1981). Effects ofcooperative, competitive, and individualistic goal structures on achievement: Ameta-analysis. Psychological Bulletin, 89(1), 47-62. Johnson, D. W., Skon, L., &

Johnson, R. (1980). Effects of cooperative, competitive, andindividualistic conditions on children's problem solving performance. AmericanEducational Research Journal, 17(1), 83-83.

60 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

King, A. (1990). Enhancing peer interaction and learning in the classroom throughreciprocal questioning. American Educational Research Journal, 27(4), 64-687.

Lindquist,T. M. (1995). Traditional versus contemporary goals and methods in accountingeducation: Bridging the gap with cooperative learning. Journal of Education forBusiness, 70,278-284.

Mok, S. S. (1997). Pedagogi 2: Pelaksanaanpengajaran. Selangor: Budiman.Neuman, W. L. (1991). Social research methods: Qualitative and quantitative approaches.

Boston: Allyn & Bacon.Newmann, F. M., & Thompson, J. (1987). Effects of cooperative learning on achievement

in secondary schools: A summary of research. Madison, WI: University ofWisconsin, National Center of Effective Secondary Schools.

Ong, E. T. (1994). The effect of cooperative learning on the mathematics achievement ofform 4 students in Simpang secondary school in Malaysia. Tesis M.Ed, UniversityofHouston/IAB.

Peterson, P. L., & Swing, S. R. (1985). Students' cognitions as mediators of theeffectiveness of small-group learning. Journal of Educational Psychology,77(3), 299-312.

Ross, J. A., & Raphael, D. (1990). Communication and problem solving achievement incooperative learning groups. Journal of Curriculum Studies, 22(2), 149-164.

Sharan, S. (1980). Cooperative learning in small groups: Recent methods and effect onachievement, attitudes, and ethnic relations. Review of Educational Research,50(2), 241-271. Sharifah Md. Nor, & Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (1990).

Guru perdagangan dankeusahawanan: Satu tinjauan profil dan pandangan terhadap kerja. JurnalPendidikan, 16,37-44.

Siti Rahayah Ariffin (1998). Isu-isu pengajaran dan pembelajaran secara koperatif bagimata pelajaran sains sekolah bestari. Kertas kerja yang dibentangkan dalamSeminar Isu-isu Pendidikan Negara anjuran Fakulti Pendidikan, UniversitiKebangsaan Malaysia, 26 - 27 November, 1998.

Slavin, R. E. (1983). When does cooperative learning increase student achievement?Psychological Bulletin, 94(3), 429-445.

Slavin, R. E. (1987). Cooperative learning: Where behavioral and humanistic approachesto classroom motivation meet. The Elementary School Journal, 88(1), 29-37.

Slavin, R. E. (1990). Cooperative learning: Theory, research and practice. Boston: Allyn& Bacon.

Slavin, R. E. (1994). Using student team learning (4th ed.). Baltimore, MD: The JohnsHopkins Team Learning Project.

Slavin, R. E. (1995). Cooperative learning among students: Theory, research, andimplications for active learning. Dimuat turun (t.t) daripada http://www.scov.csos jhu .edu/sfa/cooplearn .htm

Slavin, R. E. (1996). Research on cooperative learning and achievement: What we know,what we need to know. Contemporary Educational Psychology, 21,433-69.

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 61

Strauss, A., & Corbin, J. (1995). Basics of qualitative research: Grounded theory,procedures and techniques. London: Sage.

Suhaida Abdul Kadir, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Noran Fauziah Yaacob, HabibahElias, & Rohani Ahmad Tarmizi (2004). Kesan pembelajaran koperatif terhadap

konsep kendiri akademik di dalam Pendidikan Perakaunan. Pertanika J. Soc. Sci.& Hum. 12(2), 151-161.

Tudge, J. (1990). Vygotsky, the zone of proximal development, and peer collaboration:Implications for the classroom practice. Dalam L. C. Moll (Ed.), Vygotskyand education: Instructional implications and applications of sociohistoricalpsychology (ms. 155-172). New York: Cambridge UP.

Webb, N. M. (1982). Student interaction and learning in small groups. Review ofEducational Research, 52(3), 421-445.

Whicker, K. M., Bol, L., & Nunnery, J. A. (1997). Cooperative learning in the secondarymathematics classroom. Journal of Educational Research, 91(1), 42-48.

Woolfolk, A. E. (1995). Educational psychology (6th ed.). Boston: Allyn & Bacon.Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, & Sharifah Md. Nor. (1990). Proses pengaliran di sekolah

menengah rendah dan kesannya terhadap status mata pelajaran elektif. JurnalPendidikan, 13,53-66.