2
Drop off only Bus Stop Carpark Taxi Stand / Drop off Kent Ridge MRT Station @ Level 1 A Linkway @ Level 1 Via MRT station (Exit A) B Linkway @ Level 1 C Linkway @ Level 4 Lokasi Hospital Universiti Nasional 5 Lower Kent Ridge Road, Singapore 119074 Tel: 6779 5555 Faks: 6779 5678 Laman web: www.nuh.com.sg Hubungi Kami Pusat Jantung Universiti Nasional, Singapura 1 Bangunan Utama NUH, Angiography Centre, Tingkat 2. Waktu Operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat) Tutup pada hujung minggu & hari cuti umum Laman web: www.nuhcs.com.sg Panduan untuk ke NUH Stesen MRT Kent Ridge Circle Line Penumpang boleh menukar keretapi di Pusat Tukaran MRT Buona Vista dan berhenti di Stesen Kent Ridge iaitu dua stesen selepas Stesen Buona Vista. Stesen ini mempunyai tiga pintu masuk dan keluar. Pintu Keluar A: Di pintu masuk Pusat Jantung Universiti Nasional, Singapura. Pintu Keluar B: Di South Buona Vista Road, yang dihubungkan dengan Singapore Science Park 1. Pintu Keluar C: Menuju ke Pusat Perubatan NUH. Maklumat di dalam brosur ini hanya sebagai panduan dan tidak menggantikan nasihat perubatan daripada doktor anda. Sila dapatkan nasihat doktor anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pembedahan, keadaan kesihatan atau perubatan anda. Maklumat adalah tepat semasa cetakan (Jul 2017) dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Fund The Fund The Setiap hari, kami menyelamatkan nyawa dengan menyediakan bantuan kewangan untuk pesakit-pesakit yang memerlukan, pembiayaan untuk penyelidikan yang terkini dan latihan untuk pakar-pakar perubatan kami. Oleh sebab itu sokongan anda adalah penting bagi kami. Sumbangan anda membantu kami berjuang untuk setiap denyutan jantung! Untuk membuat sumbangan melalui talian, sila layari http://www.nuhcs.com.sg/make-a-gift.html MALAY 中文 ENGLISH Available in : Apakah risiko dan komplikasi yang mungkin berlaku? Prosedur EPS dan RFA ialah prosedur yang selamat. Kebanyakan komplikasi yang berlaku adalah ringan dan mudah dirawat; seperti sakit, bengkak, lebam dan perdarahan di tempat tusukan. Komplikasi yang serius seperti jangkitan kuman dan kerosakan pada sistem konduksi atau saluran darah boleh berlaku tetapi jarang berlaku. Apakah perkara yang boleh saya jangkakan selepas prosedur? Anda perlu baring di atas katil selama 4 hingga 8 jam. Elakkan pergerakan kaki dan tangan di mana kateter telah dimasukkan supaya saluran darah akan sembuh dengan lebih cepat dan perdarahan boleh dielakkan. Jika anda terasa sakit atau bengkak di kawasan tusukan, sila beritahu jururawat. Ubat tahan sakit akan diberikan jika perlu. Anda akan dibenarkan pulang ke rumah pada hari berikutnya. Cuti sakit mungkin diberikan supaya anda dapat terus berehat di rumah selama beberapa hari. Aktiviti harian boleh diteruskan selepas anda keluar dari hospital. Luka tusukan boleh dibiarkan terdedah pada keesokan hari prosedur. 1 2 3 4 5 6 Kajian Elektrofisiologi Jantung (EPS) dan Ablasi Gelombang Radio (RFA) Cardiac Electrophysiology Study (EPS) and Radiofrequency Ablation (RFA) Tontoni video pendidikan pesakit di Halaman NUHCS Imbas kod QR Muat turun Pembaca QR PERCUMA di telefon pintar anda dan imbas kod QR. Kod QR akan dinyahkod dengan serta-merta. Anda akan dibawa ke www.youtube.com/user/ NUHCS LANGKAH 01 LANGKAH 02

2081NUHCS Cardiac Electrophysiology Study … pergerakan kaki dan tangan di mana kateter telah dimasukkan supaya saluran darah akan sembuh dengan lebih cepat dan perdarahan boleh dielakkan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 2081NUHCS Cardiac Electrophysiology Study … pergerakan kaki dan tangan di mana kateter telah dimasukkan supaya saluran darah akan sembuh dengan lebih cepat dan perdarahan boleh dielakkan

Drop off only

Bus Stop

Carpark

Taxi Stand / Drop off

Kent Ridge MRT Station @ Level 1

A

Linkway @ Level 1Via MRT station(Exit A)

B

Linkway @ Level 1

C

Linkway @ Level 4

Lokasi

Hospital Universiti Nasional5 Lower Kent Ridge Road, Singapore 119074Tel: 6779 5555 Faks: 6779 5678 Laman web: www.nuh.com.sg

Hubungi KamiPusat Jantung Universiti Nasional, Singapura1 Bangunan Utama NUH, Angiography Centre, Tingkat 2.Waktu Operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat)Tutup pada hujung minggu & hari cuti umumLaman web: www.nuhcs.com.sg

Panduan untuk ke NUHStesen MRT Kent Ridge Circle LinePenumpang boleh menukar keretapi di Pusat Tukaran MRT Buona Vista dan berhenti di Stesen Kent Ridge iaitu dua stesen selepas Stesen Buona Vista. Stesen ini mempunyai tiga pintu masuk dan keluar.Pintu Keluar A: Di pintu masuk Pusat Jantung Universiti Nasional, Singapura.Pintu Keluar B: Di South Buona Vista Road, yang dihubungkan dengan Singapore Science Park 1.Pintu Keluar C: Menuju ke Pusat Perubatan NUH.

Maklumat di dalam brosur ini hanya sebagai panduan dan tidak menggantikan nasihat perubatan daripada doktor anda. Sila dapatkan nasihat doktor anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pembedahan, keadaan kesihatan atau perubatan anda. Maklumat adalah tepat semasa cetakan (Jul 2017) dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

Fund

The

Fund

The

Setiap hari, kami menyelamatkan nyawa dengan menyediakan bantuan kewangan untuk pesakit-pesakit yang memerlukan, pembiayaan untuk penyelidikan yang terkini dan latihan untuk pakar-pakar perubatan kami. Oleh sebab itu sokongan anda adalah penting bagi kami.

Sumbangan anda membantu kami berjuang untuk setiap denyutan jantung!

Untuk membuat sumbangan melalui talian, sila layari http://www.nuhcs.com.sg/make-a-gift.html

MALAY中文ENGLISHAvailable in :

Apakah risiko dan komplikasi yang mungkin berlaku?

Prosedur EPS dan RFA ialah prosedur yang selamat. Kebanyakan komplikasi yang berlaku adalah ringan dan mudah dirawat; seperti sakit, bengkak, lebam dan perdarahan di tempat tusukan. Komplikasi yang serius seperti jangkitan kuman dan kerosakan pada sistem konduksi atau saluran darah boleh berlaku tetapi jarang berlaku.

Apakah perkara yang boleh saya jangkakan selepas prosedur?

Anda perlu baring di atas katil selama 4 hingga 8 jam.

Elakkan pergerakan kaki dan tangan di mana kateter telah dimasukkan supaya saluran darah akan sembuh dengan lebih cepat dan perdarahan boleh dielakkan.

Jika anda terasa sakit atau bengkak di kawasan tusukan, sila beritahu jururawat. Ubat tahan sakit akan diberikan jika perlu.

Anda akan dibenarkan pulang ke rumah pada hari berikutnya.

Cuti sakit mungkin diberikan supaya anda dapat terus berehat di rumah selama beberapa hari. Aktiviti harian boleh diteruskan selepas anda keluar dari hospital.

Luka tusukan boleh dibiarkan terdedah pada keesokan hariprosedur.

1

2

3

4

5

6

Kajian Elektrofisiologi Jantung (EPS) dan Ablasi Gelombang Radio (RFA)Cardiac Electrophysiology Study (EPS) and Radiofrequency Ablation (RFA)

STEP

01

Tontoni video pendidikan pesakit di Halaman NUHCS

Imbas kod QR

Muat turun PembacaQR PERCUMA ditelefon pintar andadan imbas kod QR.

Kod QR akan dinyahkod denganserta-merta. Anda akan dibawa ke www.youtube.com/user/NUHCS

LANGKAH

01LANGKAH

02

Page 2: 2081NUHCS Cardiac Electrophysiology Study … pergerakan kaki dan tangan di mana kateter telah dimasukkan supaya saluran darah akan sembuh dengan lebih cepat dan perdarahan boleh dielakkan

Gangguan Rentak atau Irama Jantung (Aritmia)

Apakah Kajian Elektrofisiologi (EPS)?

Doktor anda mengesyaki atau telah memastikan bahawa anda mengalami rentak jantung yang tidak normal, iaitu aritmia. Masalah rentak jantung selalunya disebabkan oleh ‘litar pintas’ elektrik di dalam jantung. Ini mungkin akan menyebabkan anda merasa pening kepala, kelesuan, palpitasi, sesak nafas, sakit dada atau pitam.

EPS digunakan untuk mengkaji sistem konduksi elektrik jantung, dan mengesan konduksi tidak normal yang mungkin menyebabkan gangguan rentak jantung untuk menentukan rawatan yang terbaik untuk anda.

EPS menggunakan kateter (wayar halus dan �eksibel) yang dimasukkan melalui saluran darah yang menuju ke jantung anda. Isyarat elektrik jantung yang berfungsi sebagai pengawalan kadar degupan jantung direkodkan oleh wayar yang diletakkan di dalam jantung anda. Melalui wayar ini, konduksi elektrik jantung boleh dikaji dan litar elektrik yang tidak normal boleh dipastikan.

Apakah Ablasi Gelombang Radio (RFA)?

Kateter ablasi diletakkan di lokasi tisu jantung yang tidak normal. Tenaga gelombang radio dihantar dengan tepat daripada kateter ke sel-sel tisu tersebut. Tenaga ini menghapuskan bahagian yang tidak normal dan membentuk parut yang kecil di tempat tersebut. Ini menghalang sel-sel yang tidak normal daripada mengganggu laluan normal elektrik jantung dan mengembalikan rentak jantung yang normal. Biasanya, prosedur RFA boleh dilakukan pada waktu yang sama dengan EPS. Walau bagaimanapun, doktor anda akan memberitahu jika anda dijadualkan untuk EPS, atau kombinasi EPS dan RFA kedua-duanya sekali.

X-ray menunjukkan wayar atau “leads” di dalam jantung.

Tontoni video kami mengenai Kajian Elektrofisiologi Jantung (EPS) dan Ablasi Gelombang Radio (RFA) di laman NUHCS! www.youtube.com/user/NUHCS

Apakah yang boleh saya jangkakan semasa prosedur?

1

2

3

4

5

6

7

EPS selalunya mengambil masa lebih kurang sejam, atau lebih untuk kes yang rumit. Prosedur gabungan EPS/RFA mungkin mengambil masa selama 3 hingga 4 jam.

Ubat akan diberi secara suntikan untuk membantu anda bertenang atau tidur.

Prosedur ini tidak menyakitkan, kecuali kawasan suntikan anestetik setempat pada awalnya.

Beberapa kateter akan dimasukkan ke dalam jantung melalui saluran darah di bahagian pangkal paha anda dengan penggunaan sinaran X-ray sebagai panduan.

Apabila kateter telah diletakkan di lokasi yang dikehendaki, pakar elektrofisiologi (pakar terlatih yang melakukan ujian ini) akan merekodkan aktiviti elektrik jantung anda, dan merangsang jantung anda dengan aliran elektrik yang ringan.

Anda mungkin mengalami palpitasi ketika ujian ini dijalankan. Ukuran yang direkodkan semasa ujian ini akan membantu doktor mengenal pasti punca masalah jantung anda dan memilih kaedah rawatan yang terbaik.

Apabila pemeriksaan ini selesai, kateter akan dikeluarkan. Tekanan akan diberi pada luka kecil di kawasan tusukan selama beberapa minit bagi menghentikan sebarang pendarahan. Luka-luka ini akan sembuh selepas beberapa hari.

Apakah perkara yang boleh saya jangkakan sebelum prosedur?

Doktor anda akan membincangkan matlamat dan risiko prosedur ini dengan anda. Anda perlu menandatangani borang keizinan sekiranya anda bersetuju untuk menjalani prosedur.

Beritahu doktor anda tentang alahan anda terhadap ubat, terutamanya alahan terhadap kontras X-ray atau tentang ubat rentak jantung dan ubat melegakan sakit yang anda sedang ambil.

Ikut arahan doktor anda tentang ubat. Doktor anda mungkin menasihati anda supaya berhenti mengambil sesetengah ubat sebelum prosedur EPS dilakukan.

Masuk ke hospital sehari sebelum ujian atau pada hari ujian tersebut. Anda mungkin dikehendaki tinggal di hospital selama 2 hari selepas prosedur. Namun jika anda didapati sihat, anda mungkin dibenarkan pulang pada hari berikutnya.

Anda dikehendaki berpuasa dari tengah malam hari ujian sehingga prosedur selesai.

Beberapa ujian darah dan elektrokardiogram (ECG) perlu dilakukan.

Bagi wanita dalam tempoh usia boleh mengandung, ujian kehamilan mungkin dilakukan. Wanita yang mengandung tidak dibenarkan menjalani prosedur ini kerana terdedah kepada sinaran X-Ray.

Sebelum prosedur EPS/RFA, bahagian pangkal paha dan dada mungkin dicukur.

1

2

3

4

5

6

7

8

Nod SA (atau nod sinus) ialah perentak jantung yang semulajadi. Ia menghasilkan isyarat elektrik yang memulakan setiap degupan jantung. Impuls elektrik dari nod sinus bergerak merentasi atrium menyebabkan otot atrium menguncup dan mengepam darah ke ventrikel.

Nod AV (nod atrioventrikel) ialah hentian seterusnya untuk isyarat ketika ia bergerak melalui ventrikel. Nod AV menerima isyarat dari atrium dan menghantar isyarat ke ventrikel.

Laluan-laluan membawa isyarat melalui ventrikel. Apabila isyarat bergerak melalui ventrikel, ia mengarahkannya supaya menguncup.

Rakaman aktiviti elektrik jantung.