2015 y 5 bm 2 10

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/18/2019 2015 y 5 bm 2 10

    1/2

     

    TAN SIEW FONG /BAHASA MALAYSIA K2 / TAHUN 5 /OKTOBER / MUKA SURAT 1

    SJK (C) PEI HWA JB

    BAHASA MELAYSIA (PENULISAN) TAHUN 5

    PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (OKTOBER 2015)

    Nama : _________________ ( ) Markah :_____________%Kelas : 5 ( ) Tarikh : ____ / 10 / 2015

    T/tangan Ibu bapa : ________

    Masa : 1 jam 15 minit

    Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian

    C. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, anda boleh

    memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

    Arahan:

    Bahagian A Bahagian B dan Bahagian C mestilah dijawab dalam kertas kajang yang

    disediakan.

    Bahagian A

    ( 10 markah )

    Gambar di bawah menunjukkan suasana ketika berlakunya kebakaran di sebuahrumah. Tulis lima ayat  yang lengkap tentang aktiviti pada gambar di bawah.

  • 8/18/2019 2015 y 5 bm 2 10

    2/2

     

    TAN SIEW FONG /BAHASA MALAYSIA K2 / TAHUN 5 /OKTOBER / MUKA SURAT 2

    Bahagian B

    ( 30 markah )

    Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya

    tidak kurang daripada 60 patah perkataan.

    1.  Tulis sebuah karangan yang bertajuk ” Tokoh yang Saya Kagumi”. 

    Atau

    2.  Keluarga kamu telah mengadakan majlis hari lahir untuk kamu.Tuliskan karangan

    tentang ”Majlis Hari Lahir Saya” dengan selengkapnya.

    Atau

    3.  Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke sebuah

    tempat yang menarik. Kamu selaku setiausaha, sediakan laporan tentang

    lawatan tersebut.

    Bahagian C

    ( 20 markah )

    Baca petikan yang diberi dengan teliti. Kemudian tulis empat nilai murni yang

    terdapat dalam petikan tersebut. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

    Disediakan oleh : Pn. Tan Siew Fong

    Disemak oleh : Pn.Rahimah Binti Mohamad Khatib

    KERTAS SOALAN TAMAT

    Setiap pagi, Hazim akan bangun seawal pukul enam pagi. Selepas berpakaian

    kemas untuk ke sekolah, Hazim akan bersarapan bersama ibu bapanya. Hazimakan minum segelas susu dan makan dua keping sandwic.

    Sebelum pergi ke sekolah, Hazim akan mencium pipi ibu bapanya.

    Selepas itu, dia akan ke garaj untuk mengambil basikalnya. Hazim menunggang

    basikalnya dengan berhati-hati semasa di jalan raya. Dia berhenti apabila

    lampu isyarat berwarna merah.

    Sekiranya sampai awal di sekolah, dia akan menolong kawan-kawannya

    menyapu lantai dan menyusun meja. Kemudian, Hazim akan membaca buku

    sementara menunggu guru masuk ke dalam kelas.

    Pada waktu lapang, Hazim akan menyiapkan kerja sekolah yang

    ditetapkan oleh guru. Kadang-kadang, dia membantu bapanya mencuci

    kereta.