152 Integration 2010 Proceedings

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/3/2019 152 Integration 2010 Proceedings

    1/9

    Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 152

    KEMUDAHCAPAIAN PERISIAN PENDIDIKAN MULTIMEDIA

    UNTUK PENGGUNA MASALAH PENDENGARAN

    Siti Zaharah Mohid1

    , Nor Azan Mat Zin2

    1Fakulti Teknologi Sains dan Informasi (FTSI)

    Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

    [email protected]

    2Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat(FTSM)

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    43600 Bangi, Malaysia

    [email protected]

    Abstrak

    OKU (Orang Kurang Upaya) masalah pendengaran terutama kanak-kanak, biasanya akan

    menghadapi masalah dalam menguasai bahasa percakapan atau penulisan seterusnya

    menghadapi masalah dalam komunikasi dengan masyarakat sekeliling. Masih terdapat

    kekurangan material untuk membantu komuniti pekak dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran bagi meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik. Kemudahcapaian kepadarekabentuk perisian pendidikan multimedia akan dapat memberi banyak faedah kepada ramai

    pengguna dari pelbagai latarbelakang dan keupayaan termasuk OKU masalah pendengaran.Kertas kerja ini membincangkan kajian awal terhadap keperluan merekabentuk perisian

    pendidikan multimedia untuk meningkatkan kemudahcapaian (accessibility) orang kurangupaya masalah pendengaran atau pekak.

    Keywords: kemudahcapaian, rekabentuk perisian, multimedia, oku masalah pendengaran

    1. Pengenalan

    Ledakan dan kemajuan teknologi maklumat telah menjanjikan setiap individu kepada capaianmaklumat dan pengetahuan yang lebih luas, jaringan komunikasi kepada lebih ramai orang

    dan kemudahan di dalam dunia pendidikan dan kerjaya. Peluang ini turut memberi kelebihan

    kepada masyarakat OKU (orang kurang upaya). Telah banyak laporan menyatakan bahawa

    teknologi maklumat termasuk internet mempunyai kesan penting di dalam kehidupan mereka

    (DO-IT, 2004; Hasselbring & Glaser, 2000).

    Di dalam bidang pendidikan, konsep tiada diskriminasi juga termasuk kebolehan semua

    orang untuk mendapat hak dan peluang yang sama di dalam pendidikan tanpa mengira kelassosial, etnik, latarbelakang atau ketidakupayaan (disabilities) (Klironomos et al, 2005). Oleh

    itu, semua orang di dalam masyarakat mempunyai hak yang sama untuk mendapat peluangpendidikan. Di dalam konteks ini, komuniti pekak juga mempunyai hak yang sama untuk

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 8/3/2019 152 Integration 2010 Proceedings

    2/9

    Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 153

    menggunakan alat bantu pendidikan (educational tool), termasuk yang menggunakan konsep

    ICT (ICT based tools) atau perisian berbantukan komputer (PBK).

    Justeru itu, usaha untuk merekabentuk perisian pendidikan multimedia yang juga boleh

    dicapai oleh pengguna masalah pendengaran selain oleh pengguna awam seperti keluarga

    dan rakan-rakan oku pekak merupakan satu keperluan yang dapat meningkatkan kualiti hidup

    komuniti ini. Kajian ini menggunakan konsep rekabentuk untuk semua atau Design for All

    primes concept, di mana perisian pendidikan dibangunkan menggunakan prinsip-prinsip

    metodologi yang mengaplikasikan pertuturan kiu sebagai medium komunikasi alternatif

    dikalangan oku masalah pendengaran dan masyarakat umum.

    2. Komuniti Pekak

    Pekak atau masalah pendengaran adalah disebabkan oleh kerosakan di bahagian telinga yang

    menghalang pendengaran. Oyer et al. (1994) mendefinasikan darjah atau tahap kehilangan

    pendengaran bergantung kepada tahap kerosakan:

    PROFOUND (91 dBHL ke atas) Kehilangan pendengaran secara menyeluruh.Tak dapat dibantu dengan alat bantu dengar.

    SEVERE (80 90 dBHL). Kehilangan pendengaran yang bermakna alat bantudengar adalah satu kemestian.

    MODERATE (4579 dBHL) Bermasalah untuk mendengar bunyi yang kuat. MILD (3044 dBHL) Bermasalah untuk mendengar pertuturan biasa. SLIGHT (1529 dBHL) Kesukaran mendengar bunyi bisikan dan perbualan di

    khalayak ramai.

    Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, terdapat lebih 30,000orang pekak berdaftar berbanding 24 juta populasi penduduk di Malaysia. Masalah utama

    oku pekak (masalah pendengaran) adalah berkomunikasi dengan orang sekeliling. BahasaIsyarat Malaysia (BIM) atau Malaysian Sign Language adalah bahasa yang meluas digunakan

    dikalangan orang pekak juga sebagai medium untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling.Komuniti pekak sangat bergantung kepada jurubahasa isyarat untuk berkomunikasi dan

    mendapatkan maklumat (Siew et al. 2007).

    Namun begitu, tidak semua orang pekak (terutama kanak-kanak) tahu menggunakan bahasa

    isyarat. Ini kerana tidak ada satu versi standard untuk bahasa isyarat dan pergerakan yang

    rumit mungkin amat sukar untuk menggambarkan sesuatu bahasa yang saintifik atau tinggi(Burgstahler, 2008). Kemampuan mereka menguasai bahasa isyarat dan sejauh mana bahasa

    isyarat membantu mereka menjalani kehidupan seperti manusia normal masih menjadi

    persoalan. Ini kerana mereka sering menghadapi masalah ketika berurusan di kaunter-

    kaunter jabatan kerajaan atau bank, mendapatkan rawatan di hospital, memberi keterangan di

    balai polis dan sebagainya kerana tidak ramai petugas dan orang awam yang boleh berbahasa

    isyarat.

    Pertuturan Kiu adalah medium alternatif untuk berkomunikasi dengan orang pekak. Hanyasekelompok kecil komuniti pekak di Malaysia yang menggunakan pertuturan kiu sebagai

    medium komunikasi. Pertuturan Kiu diperkenalkan oleh Dr R. Orin Cornett pada tahun 1967

    daripada Kolej Gallaudet, Washington. Ia adalah komunikasi mode visual yangmenggunakan bentuk tangan dan posisi tertentu serta pergerakan bibir di mana setiap suku

  • 8/3/2019 152 Integration 2010 Proceedings

    3/9

    Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 154

    kata yang dituturkan itu boleh dicam dengan jelas melalui penglihatan dan pendengaran

    (National Cued Speech Association, 2006). Sehingga Oktober 1993, Pertuturan Kiu telah

    diadaptasi kepada 56 bahasa dan dialek utama di dunia. Pertuturan Kiu telah disesuaikan

    untuk digunakan dengan Bahasa Melayu dan digunakan di dalam projek rintis HI CHILD

    (Hearing Impaired Childrens Home-based Initiative for Language Development) pada 1988.

    Literasi adalah keupayaan individu untuk membaca dan menulis tetapi bagi oku pekak, ia juga bermaksud keupayaan untuk bercakap atau bertutur. Bagi manusia normal, bahasa

    percakapan dan penulisan sangat mudah dipelajari kerana ia diajar di sekolah dan masyarakatsekeliling (Salawaati, 2009). Malangnya kanak-kanak pekak tidak mempunyai capaian

    (inaccessibility) kepada bahasa pertuturan (bahasa lisan) dan kurang atau tiada pendedahankepada bahasa isyarat (Goldin-Meadow & Mayberry, 2001). Justeru itu, kanak-kanak pekak

    biasanya menghadapi perkembangan bahasa yang lambat berbanding akan-rakan merekayang boleh mendengar (Mayer, 2007). Bagi OKU pekak, mereka perlu diajar cara bertutur

    yang betul bagi membolehkan komunikasi dengan keluarga dan masyarakat.

    Pertuturan Kiu Bahasa Melayu (PKBM) adalah satu kaedah bagi kanak-kanak pekak

    memahami bahasa lisan (pertuturan/penulisan) yang berbeza daripada bahasa isyarat (gerak

    isyarat) di rumah dengan cara yang mudah dan semulajadi. Kaedah ini membolehkan bahasa

    pertuturan dibaca secara bibir dan isyarat tangan tanpa sebarang kesamaran. Lapan bentuk

    tangan mewakili konsonan manakala terdapat tiga posisi (leher, dagu dan sisi) untuk bunyi-

    bunyi vokal (Tan, 1999). Rajah 1 menunjukkan PKBM.

    Rajah 1 : Pertuturan Kiu Bahasa Melayu

    Pusat Pertuturan Kiu diletakkan di bawah Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia (PKPM),sebuah badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab untuk memperbaiki kualiti kehidupan

    masyarakat pekak di Malaysia. Di sini, kanak-kanak peringkat tadika dilatih mengeluarkan

    suara dan mengkiu. Pelajar yang menggunakan kaedah ini mampu bertutur, membaca,

    menulis juga mengira setanding kanak-kanak seusia mereka yang normal (Tan, 1999).

  • 8/3/2019 152 Integration 2010 Proceedings

    4/9

    Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 155

    Terdapat banyak kajian yang menunjukkan keberkesanan dan kejayaan pertuturan kiu di

    dalam pelbagai bidang. (Cued Speech Association UK, 2009 ; National Cued Speech

    Association, 2006). Hasil kajian menunjukkan mengiu dengan kanak-kanak secara tepat

    (betul) dan konsisten boleh membantu pembangunan bahasa, komunikasi dan literasi

    (Franklin, 2006).

    3. Perisian Pendidikan

    Perisian pendidikan, e-learning, teknologi pendidikan berasaskan komputer ataupembelajaran berbantukan komputer (PBK) adalah teknologi yang mampu meningkatkan

    peluang pendidikan kepada ramai pelajar. Menurut Lynch et al. (2000), pembelajaranberbantukan komputer ialah komputer digunakan untuk mengajar atau mengasah sesuatu

    kemahiran di mana ia membawa banyak manfaat kepada pelajar antaranya:

    mempercepatkan proses pembelajaran, dapat meningkatkan daya ingatan, berinteraksi dengan komputer secara aktif, fleksibiliti dalam pembelajaran; pelajar yang menentukan cara menggunakan

    bahan PBK,

    pembelajaran kendiri.Kajian lain pula mendapati penggunaan teknologi multimedia dapat meningkatkan motivasi

    pelajar, meningkatkan self-esteem dan meningkatkan pencapaian pelajar (Xiaoming Li &

    Atkins 2004). Ramai penyelidik telah mengkaji pelbagai ciptaan dan produk untuk

    meningkatkan literasi dikalangan palajar masalah pendengaran. Kewujudan Computer-

    Assisted Language Learning (CALL) telah menggalakkan peningkatan proses pembelajaran

    bahasa (Korat & Shamir, 2007). Selain daripada itu, penggunaan visual cues telah dibuktikanmemberi manfaat kepada pembelajaran bahasa dikalangan pelajar masalah pendengaran(Gentry et al., 2005;Fung et al., 2005). Buku bergambar dan bahan bacaan bergambar sangat

    membantu pelajar pekak pada tahap kerosakan severe hingga profound terutama ketika tahapawal perolehan bahasa (language acquisition period) (Bond et al.,1994). Kekurangan

    pendengaran telah memaksa pelajar pekak untuk memaksimakan visual cues denganmenghubungkan dan mengaitkan isyarat dan teks. Bagaimanapun, beberapa pertimbangan

    tambahan perlu diberi perhatian sewajarnya di dalam melaksanakan visual cues pembelajaran

    berbantukan komputer. Kim et al. (2008) mendapati bahawa bagi kanak-kanak pekak,

    animasi dianggap fitur yang sangat menyeronokkan di dalam pembelajaran.

    Menurut Siew et al. (2007), masih terlalu kurang bahan bantuan pengajaran dan pembelajaran

    untuk membantu komuniti pekak di Malaysia di dalam proses pembelajaran. Masih banyak

    usaha perlu dilakukan didalam menerbitkan dan membangunkan material pengajaran dan

    pembelajaran untuk komuniti pekak diperlukan untuk membantu mengurangkan jurang

    komunikasi antara mereka dan masyarakat umum. Tinjauan umum penyelidik di internet,

    temubual bersama guru-guru dan ibu bapa mengesahkan penemuan ini. Terlalu sukar

    mencari perisian kursus di dalam Bahasa Melayu untuk komuniti pekak di Malaysia.

    Terdapat penerbitan berbentuk CD-ROM namun ia adalah dalam bentuk video. Jadual 1

    menunjukkan beberapa penerbitan CD-ROM untuk pembelajaran dan pengajaran komunitipekak di Malaysia.

  • 8/3/2019 152 Integration 2010 Proceedings

    5/9

    Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 156

    Jadual 1: Penerbitan bahan untuk pembelajaran dan pengajaran komuniti pekak di Malaysia

    Tajuk Kandungan Penerbit

    Pertuturan KiuBahasa Melayu

    (VCD)

    - VCD mengandungi pengenalan pertuturankiu dan 12 bab pembelajaran pertuturankiu yang mudah

    - Menggunakan model manusia danrakaman berbentuk video

    PersatuanKebangsaan

    Pekak Malaysia& UNICEF

    CD-ROM

    Panduan

    Bahasa Isyarat

    Malaysia (CD-

    ROM panduan

    BIM, 2001)

    - Mengandungi lebih 350 perkataan- Fingerspelling dan phrases- Isyarat ditunjukkan menggunakan

    rakaman video model manusia

    - Ada latihan untuk mengukuhkanpembelajaran

    APIIT (Asia

    Pacific Institute

    of Information

    Technology)

    Malaysian

    Sign Language

    Guide (VCD

    Panduan BIM,

    2003)

    - 60 minit CD- Mengandungi 24 bab BIM- Isyarat yang mudah dipelajarai dan

    difahami

    Malaysian

    Federation of the

    Deaf

    (Persekutuan

    Orang Pekak

    Malayisa)

    Kajian ini turut diakui oleh Efthimiou & Fotena (2007) bahawa material dan peralatan untuk

    pendidikan komuniti pekak masih sangat kurang. Ini disebabkan sebahagiannya kerana salah

    tanggapan bahawa orang pekak boleh melihat, mereka juga boleh mencapai materal bertulis.

    Hakikatnya, individu yang dilahirkan pekak mendapati ia adalah sangat sukar untuk

    menghubungkaitkan antara konsep dan bentuk tulisan.

    Di dalam kajian ini kami mencadangkan rekabentuk perisian pendidikan menggunakan

    teknologi animasi untuk membolehkan persembahan komprehensif (menyeluruh) pertuturan

    kiu untuk menyokong antaramuka yang mempunyai kemudahcapaian kepada oku pekak /masalah pendengaran. Kemudahcapaian atau accessibility oku pekak kepada perisianpendidikan nampak mudah dan tidak menimbulkan masalah kerana mereka berupaya

    menggunakan tetikus, papan kekunci dan membaca kecuali tidak boleh membaca. Hakikat

    sebenarnya, kanak-kanak yang dilahirkan sebagai oku pekak sangat sukar untuk mendapat

    maklumat kerana mereka tidak tahu membaca dan tidak boleh mendengar untuk mempelajari

    kehidupan daripada sekeliling. Kajian dan pembangunan perisian pendidikan MudahKiu ini

    menggabungkan kaedah komunikasi menggunakan pertuturan kiu, mengaplikasikan prinsip

    kemudahcapaian (accessibility) dan teknologi multimedia.

  • 8/3/2019 152 Integration 2010 Proceedings

    6/9

    Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 157

    4. Cadangan untuk Rekabentuk Kemudahcapaian Perisian Pendidikan

    Secara umumnya kemudahcapaian melibatkan komponen teknikal dan antaramuka. Menurut

    Shawn (2007) pada asasnya kemudahcapaian bermaksud orang kurang upaya (oku) boleh

    menggunakan produk tersebut. Secara lebih spesifik, kemudahcapaian menjadikanantaramuka pengguna boleh dilihat (perceivable), boleh diguna (operable) dan difahami oleh

    pengguna dari pelbagai lapisan keupayaan. Kemudahcapaian juga akan menjadikan sesuatuproduk lebih berguna kepada pengguna di dalam pelbagai lapisan situasi keadaan

    (circumtances), persekitaran dan condition. Kemudahcapaian akan menjadikan sesuatuproduk lebih berguna kepada manusia di dalam pelbagai keadaan termasuk orang awam

    (bukan OKU).

    Menurut Burghstahler (2008), memasukkan ciri-ciri kemudahcapaian (accessibility features)ketika satu-satu produk multimedia dibangunkan adalah lebih mudah berbanding

    memberikan kemudahan itu semasa OKU meggunakan media tersebut dikemudian hari. Membangunkan ciri-ciri kemudahcapaian untuk semua produk berarahan (instructional

    product) adalah berkait rapat dengan prinsip-prinsip rekabentuk sejagat (universal design).

    Rekabentuk sejagat (ud) boleh didefinisikan sebagai rekabentuk produk dan persekitarannya

    boleh digunakan oleh semua orang (semua lapisan masyarakat) tanpa perlu pengubahsuaian

    atau rekabentuk spesifik. (Center for Universal Design, 2002).

    Untuk meningkatkan kemudahcapaian perisian pendidikan kepada pengguna yang

    menghadapi masalah pendengaran, pembangun boleh (NCAM 2006) :

    1. menyediakan semua maklumat audio dalam bentuk visual.2. menyediakan sari kata (captions) di dalam semua persembahan multimedia.3. memastikan semua visual cues disedari pengguna walaupun pengguna tidak melihat terus

    pada skrin. Maklumat penting mesti mampu menarik perhatian pengguna.

    Pembangunan yang berjaya perlu mengambilkira banyak perkara termasuk pakar, pengguna,

    pedagogi, kandungan dan rekabentuk. Wald (1998) telah memberi garis panduan isu-isu

    rekabentuk yang perlu diambilkira digunakan di dalam merekabentuk perisian pendidikanuntuk oku iaitu isu HCI, kawalan dan navigasi, rekabentuk skrin, elemen multimedia dan

    rekabentuk dokumen HTML.

    Dengan mengambilkira isu-isu rekabentuk tersebut dan faktor-faktor HCI kami integrasikanke dalam pembangunan perisian pendidikan yang dibangunkan dan membentuk model

    Pembangunan perisian pendidikan untuk oku pekak seperti di dalam rajah 2. Modelpembangunan perisian ini dibina berasaskan model ID ADDIE dan prinsip-prinsip

    rekabentuk sejagat (Universal Design). Model ini turut mengambilkira proses kejuruteraan

    perisian umum serta aspek yang berkaitan dengan pendidikan seperti persekitaran pengajaran

    dan pembelajaran, kurikulum, kaedah membaca, pendekatan errorless, model Scaffolding,

    teori pembelajaran dan matlamat pembelajaran.

  • 8/3/2019 152 Integration 2010 Proceedings

    7/9

    Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 158

    Rajah 2 : Model pembangunan

    Aspek kemudahcapaian perlu melalui proses ujian kepenggunaan bagi memastikan ia benar-

    benar memenuhi keperluan pengguna. Pendekatan pemerhatian, participatory design dantemubual metakognitif dilakukan terhadap pelajar yang dikaji dan tujuh pelajar yang lain.

    Bilangan sampel kajian adalah menurut saranan Johnson & Schleyer (2003) dan Nelsen

    (2005). Ujian kepenggunaan yang dijalankan bagi mendapatkan maklumat daripada sasaran

    oku pekak berhubung dengan antaramuka, kaedah pembelajaran dan isi kandungan modul

    yang diterapkan dalam perisian mudah kiu (perisian pertuturan kiu Bahasa Melayu) yang

    dibangunkan.

    5. Kesimpulan dan Kajian Lanjutan

    Setiap hari, semakin banyak material pendidikan disampaikan di dalam bentuk elektronik.

    Bagaimanapun, kebanyakannya direkabentuk untuk pengguna normal. Jika sesuatu bahan

    pendidikan direkabentuk dengan mengambilkira isu-isu kemudahcapaian sejak dari awal

    pembangunan, ia akan mengurangkan kos, menambah bilangan pengguna yang lebih luas,

    selain mematuhi piawaian tertentu yang telah ditetapkan. Di dalam kajian ini, kami

    menekankan kajian di dalam rekabentuk Perisian Pendidikan untuk Pertuturan Kiu Bahasa

    Melayu bagi oku pekak. Pembangunan ini hanyalah prototaip untuk mengkaji keperluanperisian pendidikan kepada oku pekak untuk subjek Bahasa Melayu. Ia boleh diluaskan

    kepada pelbagai subjek lain seperti Bahasa Inggeris, Iqra, Sains atau Matematik dan subjek-subjek kemahiran hidup (vokasional). Selain itu ia juga boleh diluaskan lagi bukan sahaja

    untuk OKU pekak namun juga oku yang lain seperti buta, pekak dan buta, dan lain-lain.Masih banyak perisian kursus yang perlu dibangunkan untuk kegunaan dan kemudahcapaian

    oku. Langkah ini akan dapat menjadikan mereka golongan yang berilmu, lebih berdikari danmendapat peluang sama rata seperti ahli masyarakat lain seterusnya merapatkan jurang

    anatara masyarakat normal dan oku.

    Rujukan

    Bond,G.L.,Wasson,B.B.,Tinker,M.A.,Wasson ,J.B (1994). Reading Difficulties:TheirDiagnosis and Correction. Needham Heights,MA: Allyn and Bacon

  • 8/3/2019 152 Integration 2010 Proceedings

    8/9

    Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 159

    Burgstahler S.,Tracy Jirikowic, Beth Kolko, Matt Eliot (2004). Software accessibility,

    usability testing and individuals with disabilities. ITD Journal. Retrieved March 30, 2009

    from http://people.rit.edu/easi/itd/itdv10n2/burghsta.htm

    Burgstahler,S. 2008. Designing software that accessible to individual with disabilities .Retrieved March 24, 2009 from http://www.washington.edu/doit/Brochures/Technology/design_software.html

    Center for Universal Design North Carolina State University. (2002). What is universal

    design? Retrieved March 18, 2009 from http://www.design.ncsu.edu/cud/univ_design/ud.htm

    Cued Speech Association UK. (2009). Cued Speech Research. http://www.cuedspeech.co.uk

    DO-IT : Disabilities, Opportunities, Internetworking and Technology (2004). DO-IT

    Snapshots 2001. Seattle: University of Washington. Retrieved March 30, 2009 from

    http://www.washington/edu/doit/Snapshots

    Efthimiou, E., S-E. Fotinea (2007). An Environment for Deaf Accessibility in Education

    Content. ILSP - Institute for Language and Speech Processing . Retrieved April 2, 2009from http://www.ilsp.gr/docs/amea/ICTA07.pdf

    Franklin H. (2006). Cued Speech and literacy. History, Research and background

    Information. National Cued Speech Association. http://www.cuedspeech.org

    Fung P.C, Bonnie Chow W.Y,McBride-Chang C.(2005). Impact of Dialogic Reading

    Program on Deaf and Hardof Hearing Kindergarten and Early Primary School-Aged

    Students in Hong Kong. Journal of Deaf Studies and Deaf Education; 1 0(1).

    Gentry M.M, Chinn K. M.,Moulton R.D. (2005) Effectiveness of Multimedia Reading Materials When Used with Children Who Are Deaf. American Annals of the Deaf, Vol.

    149(5). ERIC Database.

    Goldin-Meadow & Mayberry (2001) How Do Profoundly Deaf Children Learn to Read?

    Learning Disabilities Research & Practice,16(4) 222-229.

    Hasselbring, T. S., & Glaser, C. H. (2000). Use of computer technology to help students withspecial needs. Future of Children, 10(2), 102-22.

    Johnson, L.A. & Schleyer, T.K.L.(2003). Developing high-quality educational software.

    Journal of Dental Education 11(67) : 1209-1220

    Kim, D., & Gilman, D. A. (2008). Effects of Text, Audio, and Graphic Aids in Multimedia.Instruction for Vocabulary Learning.Educational Technology & Society, 11 (3), 114-126.

    Klironomos, I., Antona, M., Basdekis, I., Stephanidis, C. 2005. EDeAN secretariat for 2005

    Whita Paper : Promoting Design For All and e-Accessibility in europe Universal Access in

    the Information Society. Interntional Journal vol. 5(1)(June 2006).

    http://www.washington.edu/doit/Brochures/Technology/%20design_software.htmlhttp://www.washington.edu/doit/Brochures/Technology/%20design_software.htmlhttp://www.cuedspeech.co.uk/http://www.cuedspeech.co.uk/http://www.cuedspeech.co.uk/http://www.washington.edu/doit/Brochures/Technology/%20design_software.htmlhttp://www.washington.edu/doit/Brochures/Technology/%20design_software.html
  • 8/3/2019 152 Integration 2010 Proceedings

    9/9

    Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 160

    Korat,O. & Shamir A.,(2006) Electronic books versus adult readers: effects on childrensemergent literacy as a function of social class. Journal of Computer Assisted Learning , 23,

    248259.

    Leanne R. K. & Gerald Tindal. (2007). Embedded Technology : Current and Future

    Practices for Increasing Accessibility for All Students. Journal of special educationtechnology : 2007 ;22,4 ; ProQuest Education Journals

    Lynch, L., Fawcett, A. J. & Nicholson, R. I.( 2000). Computer-Assisted reading intervention

    in a secondary school: An Evaluation Study. British Journal of Educational Technology.

    31(4): 333-348

    Mayer, C. (2007) What Really Matters in the Early Literacy Development of Deaf

    Children.Journal of Deaf Studies and Deaf Education.; 12:411-431.

    National Center for Accessible Media (NCAM). 2006. Accessible Digital Media: Design

    Guidelines for Electronic Publications, Multimedia and the Web. Retrieved October 24, 2009fromhttp://ncam.wgbh.org/publications/adm/disabilities.html

    National Cued Speech Association. (2006). Research Findings Regarding Cued Speech.http://www.cuedspeech.org.

    Nielsen, J. (1996). Usability testingmetrics. IEEE software. Vol 13(6), pg12-13.

    Oyer, H. J., Hall, B. J. & Haas, W. H. 1994. Speech Language and Hearing Disorders :A

    Guide for The Teacher. Boston : Allyn and Bacon.

    Salawati Haris. (2009).Dilema 30,000 warga pekak. Milenia Muslim September:38-41.

    Shawn Lawton Henry. (2007). Just Ask : Integrating Accessibility throughout Design.

    Retrieved June 25, 2009 from www.uiAccess.com/accessucd/

    Siew Hock Ow, Salimah Mokhtar & Roziati Zainuddin & Tolman, (2007). A Review on the

    Teaching and Learning Resources for the Deaf Community in Malaysia. Chiang Mai

    University Journal. Vol 1(1). (p 165-176)

    Success stories (2002). San Rafael, CA: The Alliance for Technology Access. Retrieved

    December 2, 2009, from www.ataccess.org/resources/fpic/successes.html

    Tan Chin Guan. (1997). Speaking with deaf children. Kuala Lumpur. National Society for the

    Deaf, Malaysia. Malaysian Council for Child Welfare. Library Association of Malaysia.

    Wald M. (1998). Designing Accessible Courseware. Retrieved July 4, 2009 from

    htt://soton.ac.uk/~shec/sheccoursewaredesign.htm

    Xiaoming Li & Atkins, M.S.( 2004). Early Childhood computer experience & Cognitive and

    Motor development. PEDIATRICS. 113 (6):1715-1722

    http://c/User/AppData/Local/Temp/Accessible%20Digital%20Media:%20Design%20Guidelines%20for%20Electronic%20Publications,%20Multimedia%20and%20the%20Web.%20Retrieved%20October%2024,%202009%20fromhttp://c/User/AppData/Local/Temp/Accessible%20Digital%20Media:%20Design%20Guidelines%20for%20Electronic%20Publications,%20Multimedia%20and%20the%20Web.%20Retrieved%20October%2024,%202009%20fromhttp://c/User/AppData/Local/Temp/Accessible%20Digital%20Media:%20Design%20Guidelines%20for%20Electronic%20Publications,%20Multimedia%20and%20the%20Web.%20Retrieved%20October%2024,%202009%20fromhttp://c/User/AppData/Local/Temp/Accessible%20Digital%20Media:%20Design%20Guidelines%20for%20Electronic%20Publications,%20Multimedia%20and%20the%20Web.%20Retrieved%20October%2024,%202009%20fromhttp://c/User/AppData/Local/Temp/Accessible%20Digital%20Media:%20Design%20Guidelines%20for%20Electronic%20Publications,%20Multimedia%20and%20the%20Web.%20Retrieved%20October%2024,%202009%20fromhttp://c/User/AppData/Local/Temp/Accessible%20Digital%20Media:%20Design%20Guidelines%20for%20Electronic%20Publications,%20Multimedia%20and%20the%20Web.%20Retrieved%20October%2024,%202009%20fromhttp://c/User/AppData/Local/Temp/Accessible%20Digital%20Media:%20Design%20Guidelines%20for%20Electronic%20Publications,%20Multimedia%20and%20the%20Web.%20Retrieved%20October%2024,%202009%20fromhttp://www.uiaccess.com/accessucd/http://www.ataccess.org/resources/fpic/successes.htmlhttp://www.ataccess.org/resources/fpic/successes.htmlhttp://www.uiaccess.com/accessucd/http://c/User/AppData/Local/Temp/Accessible%20Digital%20Media:%20Design%20Guidelines%20for%20Electronic%20Publications,%20Multimedia%20and%20the%20Web.%20Retrieved%20October%2024,%202009%20fromhttp://c/User/AppData/Local/Temp/Accessible%20Digital%20Media:%20Design%20Guidelines%20for%20Electronic%20Publications,%20Multimedia%20and%20the%20Web.%20Retrieved%20October%2024,%202009%20fromhttp://c/User/AppData/Local/Temp/Accessible%20Digital%20Media:%20Design%20Guidelines%20for%20Electronic%20Publications,%20Multimedia%20and%20the%20Web.%20Retrieved%20October%2024,%202009%20fromhttp://c/User/AppData/Local/Temp/Accessible%20Digital%20Media:%20Design%20Guidelines%20for%20Electronic%20Publications,%20Multimedia%20and%20the%20Web.%20Retrieved%20October%2024,%202009%20from