09 LatihanProstar2004 BM

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    1/248

    MANUAL LATIHAN

    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    2/248

    MANUAL LATIHAN

    PROSTAR 

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    3/248

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

    Manual Latihan PROSTAR.

    ISBN 983-9417-48-7

    1. AIDS (Diseases)-Prevention-Handbooks, manuals, etc.

    2. HIV infections-Handbooks, manuals, etc. I. Malaysia.

    Kementerian Kesihatan. Cawangan AIDS/STD.

    Cawangan AIDS/STD

    Jabatan Kesihatan Awam

    Kementerian Kesihatan Malaysia

    Tingkat 1, Blok A, Jalan Cenderasari

    50490 Kuala Lumpur

    Tel: 03-26946601

    Faks: 03-26946482

    http://www.prostar.com.my

    Dicetak oleh:

    AG Grafik Sdn Bhd

    No. 24, Jalan Mawar

    Taman P. Ramlee

    Setapak, 53000 Kuala Lumpur

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    4/248

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

    Saya mengambil kesempatan ini menghulurkan ucapan penghargaan

    dan terima kasih kepada kumpulan penyunting Manual Latihan

    PROSTAR. Setelah tujuh tahun Latihan PROSTAR dilaksanakan di

    seluruh negara, lebih 50,000 orang remaja telah dapat dilatih. Namun,

    seiring dengan perkembangan program PROSTAR, keperluan latihan

    turut sama mengalami perubahan. Dua manual baru iaitu Manual

    Latihan Fasilitator PROSTAR dan Manual Latihan Remaja Harapan

    PROSTAR telah dibentuk pada tahun ini. Ini merupakan tambahan

    kepada dua manual latihan sedia ada iaitu Manual Latihan Remaja

    PROSTAR dan Manual Latihan PROSTAR Sekolah menjadikan jumlah

    keseluruhan manual untuk program latihan PROSTAR kepada empat

    jenis.

    Manual latihan PROSTAR ini merupakan kompilasi daripada ke empat-

    empat manual latihan PROSTAR ke dalam satu buku. Saya berharap

    manual ini akan dijadikan panduan kepada fasilitator PROSTAR dalam

    melaksanakan tanggungjawab mereka. Di samping itu, manual ini

    juga diharap dapat memudahkan anggota Kementerian Kesihatan

    Malaysia dan lain-lain anggota yang terlibat dengan program PROSTAR

    terutamanya pegawai-pegawai penyelaras serta fasilitator membuat

    rujukan dan mengetahui perkembangan skop aktiviti PROSTAR yang

    juga meliputi rangkaian pusat jagaan dan perkhidmatan serta aktiviti

    outreach kepada remaja khususnya yang berisiko.

    Alhamdullilah, pada tahun 2003, Manual Latihan ini dapat dibukukan

    dan sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima

    kasih. Semoga dengan usaha yang dilaksanakan, remaja Malaysia

    terbimbing dan AIDS terbendung.

    Sekian Wassalam.

    Tan Sri Datu Dr. Hj. Mohamad Taha bin Arif 

    Ketua Pengarah Kesihatan

    Kementerian Kesihatan Malaysia.

    SEKALUNG BUDI

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    5/248

    Manual ini adalah hasil gabungan daripada keempat-empat

    Manual Latihan PROSTAR iaitu:

    1) Manual Latihan Fasilitator PROSTAR

    2) Manual Latihan Remaja PROSTAR

    3) Manual Latihan Remaja Harapan PROSTAR

    4) Manual Latihan PROSTAR Sekolah

    SENARAI PENYUMBANG:

    Dr. Abdul Rasid KasriPn. Suraiya Syed MohamedDr. Anita SuleimanDr. Mahanim Md Yusof Dr. Hayati AbdullahDr. Sha’ari bin NgadimanEn. Mohd. Nasir AbdullahEn. Mohd Yusof PandakEn. Zuber Md Saad

    En. Ahmad Jamaluddin bin MohamedPn. Arizah Zainuddin

    PENYUNTING:

    Dr. Abdul Rasid bin Kasri

    Pn. Suraiya bt. Syed Mohamed

    MAKSUD SINGKATAN PERKATAAN

    PROSTAR - Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja

    KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia

    AIDS - Acquired Immuno Deficiency Syndrome

    HIV - Human Immuno Deficiency Syndrome

    PRS - Pembimbing Rakan Sebaya

    AIDSED - Laporan Pencapaian Aktiviti Pencegahan & Pengawalan HIV/AIDS

    PROSTARNET - Sistem Maklumat PROSTAR berkomputer

    PKP - Pusat Khidmat PROSTAR

    Edisi Pertama 2003Pengguna manual ini bebas membuat salinan

    penerbitan dengan memaklumkan kepada sumber.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    6/248

       M   A   N   U   A

       L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    MANUAL LATIHAN

    FASILITATOR  PROSTAR 

       M   A   N   U   A

       L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    7/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    BAB 1 LATAR BELAKANG PROSTAR 

    1.1 Pengenalan

    1.2 Penubuhan

    1.3 Konsep

    1.4 Objektif  

    1.5 Formula

    1.6 Kumpulan Sasar

    1.7 Strategi

    1.8 Pengurusan

    1.9 Perancangan Masa Depan

    1.10 Penutup

    BAB 2 LATIHAN FASILITATOR PROSTAR 

    2.1 Objektif Latihan

    2.2 Pemilihan Calon Fasilitator

    2.3 Kriteria Pengiktirafan Fasilitator

    2.4 Ciri-ciri Fasilitator2.5 Jadual Latihan Fasilitator

    BAB 3 PANDUAN KEPADA FASILITATOR 

    3.1 Pengenalan

    3.2 Penggunaan Manual

    3.3 Pemilihan Peserta

    3.4 Nisbah Fasilitator:Peserta

    3.5 Objektif Latihan

    3.6 Jadual Latihan

    3.7 Pendekatan Latihan

    3.8 Pengendalian Latihan

    3.9 Kaedah Pengajaran

    3.10 Pengendalian Peserta

    3.11 Penglibatan Peserta

    3.12 Tingkahlaku Peserta dan Cara Atasi

    3.13 Menangani Soalan Rumit

    3.14 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

    KANDUNGAN MANUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR 

    1

    1

    2

    2

    2

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    7

    7

    77

    9

    9

    9

    10

    10

    10

    10

    10

    10

    10

    11

    11

    11

    12

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    8/248

       M   A   N   U   A

       L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    1

    LATAR BELAKANG PROSTAR 

    1.1 Pengenalan

    AIDS merupakan satu penyakit berbahaya yang melanda umat manusia. Ketiadaan

    vaksin dan ubat untuk menghapuskan penyakit ini menyukarkan lagi usaha mengawal

    wabak AIDS di negara ini. Kes pertama HIV dilaporkan di negara ini pada tahun 1986.

    Sejak itu, jumlah kes HIV yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia

    (KKM) bertambah setiap tahun. Sehingga Disember 2002 sebanyak 51,256 kes HIV

    dilaporkan di Malaysia1.

    Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 40% daripada mereka

    yang dijangkiti HIV terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun.

    Jangkitan HIV yang dilaporkan berkait rapat dengan tingkahlaku dan cara hidup

    individu. Dua cara jangkitan utama yang dikenalpasti adalah melalui hubungan seksdan perkongsian jarum suntikan dadah.

    Masalah gejala sosial akibat keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang boleh

    menjurus kepada perebakan HIV semakin ketara dan membimbangkan. Kajian

    tingkahlaku lepak di kalangan remaja yang dijalankan pada tahun 1994, mendapati

    18% daripada 6,110 responden remaja mempunyai pengalaman melakukan seks bebas

    dan 14% menyalahgunakan dadah2.

    Kajian Remaja dan AIDS yang dijalankan pada tahun 1996 ke atas 4,347 orang remaja

    awam yang berumur 13-25 tahun pula mendapati 6% pernah melakukan seks bebas

    dan 5% pernah terlibat dengan penagihan dadah3

    .

    Perkembangan negatif di atas, sekiranya tidak dibendung dengan segera akan menjadi

    lebih buruk dan seterusnya akan memburukkan lagi masalah AIDS. Oleh itu, langkah-

    langkah pencegahan yang khusus untuk golongan remaja perlu dijalankan.

    1.2 Penubuhan

    PROSTAR adalah singkatan kepada “Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja”. Program

    ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan

    remaja. Ide penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan

    KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelancaran program ini

    telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November

    1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan penerbitan dan penggunaan

    manual latihan PROSTAR pada tahun yang sama.

    1 Laporan Tahunan Cawangan AIDS/STD,Kementerian Kesihatan Malaysia,2002

    2 Kajian Tingkahkahlaku Lepak, 19943 Kajian Remaja dan AIDS, 1996

    BAB 1

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    9/248

    2

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    1.3 Konsep

    PROSTAR berkonsepkan “Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja”. Program ini

    menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing

    Rakan Sebaya (PRS) ke arah hidup sihat tanpa AIDS. Sebagai PRS mereka dilatih

    untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada

    remaja yang lain.

    1.4 Objektif  

    1.4.1 Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan

    HIV, cara pencegahan dan pengawalannya.

    1.4.2 Menyemai sikap positif di kalangan remaja agar prihatin akan masalah HIV

    yang dikaitkan dengan gejala sosial yang melanda remaja masa ini.

    1.4.3 Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat, serta menghindari

    tingkahlaku berisiko tinggi kepada jangkitan HIV.

    1.4.4 Membentuk segolongan PRS bagi mempengaruhi remaja ke arah cara hidup

    sihat dan menggerakkan remaja agar turut serta dalam usaha menentang

    ancaman AIDS.

    1.4.5 Melahirkan segolongan PRS yang berperanan sebagai sukarelawan khidmat

    sosial dalam memberi khidmat sokongan kepada remaja.

    1.5 Formula

    Formula PROSTAR terdiri daripada simbol-simbol berikut:-:

    + tambah maklumat

    ÷  bahagi tanggungjawab

    x gandakan usaha

    - tolak risiko

    = hidup sihat tanpa AIDS

    1.6 Kumpulan Sasar

    Secara umumnya, program ini ditujukan kepada remaja berumur 13 hingga 25 tahun

    yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, pelajar institusi pengajian tinggi,

    remaja lepasan sekolah dan remaja harapan (berisiko).

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    10/248

       M   A   N   U   A

       L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    3

    1.7 Strategi

    Bagi mencapai objektif program, strategi berikut digunakan;

    1.7.1 Pengukuhan Jaringan Kerjasama Pelbagai Agensi

    Melibatkan secara aktif dan berterusan pelbagai agensi kerajaan dan bukan

    kerajaan termasuk badan korporat, badan profesional dan lain-lain dalam

    merancang, melaksana dan menilai program PROSTAR secara perkongsian

    pintar. Jaringan kerjasama meliputi bantuan teknikal, tenaga manusia,

    perkhidmatan dan kewangan.

    1.7.2 Pendekatan Komunikasi Secara Intensif 

    Menggunakan kaedah komunikasi interpersonal dan kaedah-kaedah lain

    termasuk media massa yang bersesuaian secara meluas di setiap peringkat.

    1.7.3 Promosi

    Menggunakan pelbagai jenis media seperti media cetak, media elektronik,

    media luar (out door media) dan teknologi maklumat dalam menyebarkan

    maklumat bagi mempromosi PROSTAR.

    1.7.4 Latihan PROSTAR 

    Melalui latihan PROSTAR, remaja menjalani latihan secara intensif 

    menggunakan manual latihan khas mengikut kumpulan sasar. Sebanyak 4

    manual latihan telah dihasilkan iaitu

    Manual Latihan Fasilitator PROSTAR

    Manual Latihan Remaja PROSTAR

    Manual Latihan PROSTAR Sekolah

    Manual Latihan Remaja Harapan PROSTAR

    Latihan PROSTAR dijalankan mengikut kumpulan sasar iaitu Latihan

    Fasilitator PROSTAR untuk fasilitator, Latihan Remaja PROSTAR untuk remaja

    umum, Latihan PROSTAR Sekolah untuk pelajar sekolah dan Latihan Remaja

    Harapan PROSTAR untuk remaja berisiko. Kesemua latihan dilaksanakan di

    peringkat negeri bagi tujuan penyeragaman serta diawasi oleh Pegawai AIDS

    Negeri dan Pegawai Pendidikan Kesihatan Negeri.

    1.7.5 Kelab PROSTAR 

    Untuk menggerakkan aktiviti PROSTAR, selain daripada Kementerian

    Kesihatan Malaysia, Kelab PROSTAR juga memainkan peranan di dalam

    program ini. Kelab ini telah ditubuh dan didaftarkan di bawah Pendaftar

    Pertubuhan pada 30 Jun 1997.

    a) Rangkaian Kelab PROSTAR 

    Kelab PROSTAR merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yangmempunyai rangkaian seluruh Malaysia di peringkat negeri, daerah

    dan sekolah.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    11/248

    4

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    b) Pengurusan kelab

    Pengurusan kelab dikendalikan oleh ahli jawatankuasa yang dipilih

    menerusi mesyuarat agung. Kelab bertanggungjawab menguruskan

    daftar keahlian, merancang dan melaksana aktiviti yang dirancang.

    c) Rumah Kelab

    Merupakan suatu premis yang diwujudkan sebagai tempat pertemuan

    ahli-ahli kelab PROSTAR untuk merancang dan berbincang serta

    menggerakkan aktiviti pendidikan PROSTAR. Pengurusan rumah Kelab

    adalah menjadi tanggungjawab ahli jawatankuasa kelab.

    1.8 Pengurusan

    1.8.1 Penyelaras PROSTAR 

    Pegawai Pendidikan Kesihatan di peringkat KKM merupakan penyelaras

    PROSTAR peringkat kementerian, Pegawai Pendidikan Kesihatan Negeri/

    AIDS atau Pegawai Kesihatan AIDS sebagai penyelaras PROSTAR di peringkat

    negeri dan Pegawai Pendidikan Kesihatan Daerah atau pegawai lain yang

    diarahkan oleh Pegawai Kesihatan Daerah merupakan penyelaras PROSTAR

    di peringkat daerah.

    1.8.2 Fungsi Penyelaras

    Penyelaras PROSTAR Kementerian bertanggungjawab kepada polisi danpengurusan yang meliputi pemantauan dan memberi maklum balas serta

    membuat penilaian  serta bertindak sebagai penasihat di peringkat

    kementerian.

    Penyelaras PROSTAR Negeri bertanggungjawab menyelaras dan

    menggerakkan aktiviti menganjur latihan, memantau, memberi

    maklumbalas, membuat penilaian serta bertindak sebagai penasihat di

    peringkat negeri.

    Penyelaras PROSTAR Daerah bertanggungjawab sebagai penyelaras, pegawai

    pengantara, mendaftar kelab serta keahlian, memantau aktiviti di daerah,

    memberi maklumbalas dan membuat penilaian serta bertindak sebagai

    penasihat di peringkat daerah.

     1.8.3 Pemantauan

    Pemantauan dilaksanakan bagi menilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan

    secara berterusan melalui reten/format AIDSED yang perlu dihantar kepada

    penyelaras menurut jangka masa yang telah ditetapkan iaitu setiap tiga

    bulan.

    Sistem Maklumat PROSTAR berkomputer (PROSTARNet) perlu dikemaskini

    oleh penyelaras bagi setiap negeri/daerah untuk tujuan pemantauan setiapminggu.

    Penilaian impak ke atas tingkah laku dibuat melalui kajian setiap lima tahun.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    12/248

       M   A   N   U   A

       L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    5

     1.9 Perancangan Masa Depan

    Beberapa kaedah dilaksana untuk mempastikan program ini dapat diteruskan dan

    mencapai objektif yang telah ditetapkan. Di antaranya adalah;

    1.9.1 Memperkukuhkan Aktiviti PROSTAR 

    a) Latihan PROSTAR 

    Latihan PROSTAR yang lebih berkualiti dengan menggunakan manual

    yang telah dikaji semula, pemilihan peserta yang berkaliber dan

    latihan hanya dijalankan oleh fasilitator PROSTAR.

    b) Pusat Khidmat PROSTAR (PKP)

    Memperluaskan aktiviti PROSTAR dengan melaksanakan aktiviti

    temuseru (outreach) mendekati remaja yang bermasalah untuk tampilke PKP. Menyediakan perkhidmatan berbentuk pendidikan AIDS,

    khidmat nasihat, dan bertindak sebagai kumpulan sokongan kepada

    remaja di pusat tersebut.

    1.9.2 Memperkasa Kelab PROSTAR 

    Kelab harus mampu berdikari tanpa perlu bergantung kepada KKM dari segi

    sumber tenaga, kewangan dan sebagainya. Ini boleh dicapai dengan

    mempelbagaikan sumber termasuk menjalinkan perkongsian pintar dengan

    pelbagai agensi.

    1.9.3 Sistem Maklumat PROSTAR berkomputer

    a) PROSTARNet (www.prostar.com.my/prostarnet)

    Mengemaskini maklumat mengenai profil kelab, daftar keahlian dan

    aktiviti PROSTAR secara berkomputer. Ini dapat mengesan dan

    memantau status terkini mengenai keahlian PROSTAR serta aktiviti

    yang dijalankan.

    b) PROSTAR homepage (www. prostar.com.my)

    Mengemaskini maklumat di laman web PROSTAR dan menyediakan

    ruangan “chatting” melalui internet.

    1.9.4 Kajian keberkesanan (impak) program PROSTAR 

    Kajian keberkesanaan perlaksanaan program PROSTAR telah dijalankan pada

    tahun 2000/01 oleh kumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia

    (UKM). Hasil kajian menunjukkan PROSTAR telah berjaya meningkatkan

    pengetahuan remaja tentang HIV/AIDS namun terdapat beberapa kelemahan

    yang perlu diperbaiki4.

    4  Penilaian Intervensi Sosial PROSTAR Terhadap Kesedaran AIDS Di Kalangan Remaja, KKM, 2001

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    13/248

    6

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    1.10 Penutup

    Program ini menggerakkan remaja kepada amalan cara hidup sihat yang berteraskan

    nilai-nilai murni. Organisasi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk persatuan dan

    pertubuhan beruniform turut melaksana atau menyisipkan aktiviti PROSTAR di dalam

    aktiviti semasa masing-masing.

    Kementerian Kesihatan berkeyakinan penuh program ini dapat dijalankan dengan

    jaya serta mencapai objektif dan menjadi model yang boleh dicontohi. Program ini

    dapat menggerakkan satu perubahan tingkahlaku yang positif di kalangan remaja

    dan melahirkan generasi yang berakhlak mulia, prihatin akan akibat gejala sosial

    yang melanda remaja serta ancaman AIDS. Di samping itu menyumbang ke arah

    merealisasikan cabaran wawasan 2020 mengwujudkan suatu masyarakat yang

    sepenuhnya bermoral dan beretika di mana rakyatnya berpegang teguh kepada agama

    dan nilai spiritual juga satu masyarakat penyayang berpusat kepada sistem keluarga

    yang kuat dan kukuh.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    14/248

       M   A   N   U   A

       L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    7

    LATIHAN FASILITATOR PROSTAR 

    2.1 Objektif latihan

    Latihan Fasilitator PROSTAR bertujuan memberi kemahiran dan pengetahuan yang

    diperlukan bagi membolehkan fasilitator menjalankan latihan PROSTAR ke atas remaja

    awam, remaja berisiko, pelajar sekolah dan lain-lain mengenai HIV/AIDS.

    2.2 Pemilihan Calon Fasilitator

    Calon fasilitator hendaklah berumur 18 tahun ke atas dan telah menyertai latihan

    PRS PROSTAR dan berpengalaman mengendalikan latihan PRS PROSTAR. Berdaftar

    sebagai ahli kelab PROSTAR dan aktif dalam mana-mana persatuan. Mempunyai minat

    yang mendalam terhadap program PROSTAR dan kerja-kerja sukarela.

    2.3 Kriteria Pengiktirafan Fasilitator

    Calon fasilitator yang telah berjaya menjalani Latihan Fasilitator PROSTAR dan diiktiraf 

    oleh Jawatankuasa Pemilihan (Penyelaras Peringkat Negeri) akan dianugerahkan Sijil

    Fasilitator PROSTAR. Fasilitator digalakkan untuk mengikuti latihan tambahan seperti

    Pengurusan Organisasi, Kepimpinan, Motivasi yang dianjurkan oleh KKM atau agensi

    lain.

    2.4 Ciri-ciri Fasilitator

    Sepanjang latihan, fasilitator perlu berdisiplin seperti tidak merokok semasa latihan,

    berhemah tinggi, berpakaian kemas dan bersopan. Fasilitator sentiasa peka kepada

    perkembangan semasa yang berkaitan dengan latihan. Kemahiran seperti

    mengendalikan senamrobik, sukaneka, tazkirah dan bermain alat musik boleh

    membantu fasilitator mengendalikan latihan.

    2.5 Jadual Latihan Fasilitator

    Setiap Hari

    MASA AKTIVITI MASA AKTIVITI

    0600-0700 Solat Subuh &Tazkirah 1630-1700 Minum Petang & Solat Asar

    0700-0800 Sarapan Pagi 1730-1900 Sukaneka/Rekreasi

    1030-1045 Minum Pagi 1900 -2000 Solat Maghrib & Makan Malam

    1245-1400 Makan Tengahari 2000-2030 Solat Ishak

    & Solat Zohor

    BAB 2

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    15/248

    8

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    HARI PERTAMA MASA AKTIVITI

    Pagi Perjalanan

    2.00 – 3.00 ptg Pendaftaran

    3.00 – 5.00 ptg Taklimat & Suai kenal

    8.30 - 10.30 mlm Taklimat PROSTAR

    HARI KEDUA 8.00 - 10.30 pg Latihan & Panduan Fasilitator

    10.45 - 11.45 pg Fikir-Fikir (HIV/AIDS)

    11.45 – 12.45 tgh Senario (Tingkahlaku Berisko)

    2.00 - 3.30 ptg Menghadapi Tekanan Rakan Sebaya

    3.30 – 4.30 ptg Menerokai Nilai

    8.30 – 9.30 mlm Perbincangan Kumpulan

    9.30 – 10.30 mlm Komunikasi (Simulasi)

    HARI KETIGA 8.00 - 9.30 pg Mari Merancang

    9.30 – 10.30 pg Perubahan Persepsi

    10.45 - 11.45 pg Aku & Dia (Perhubungan)

    11.45 –12.45 tgh Cermin Diri

    2.00 - 3.30 ptg Ceramah Dadah & Rokok

    3.30 – 4.30 ptg Ceramah Motivasi

    8.30 – 10.30 mlm Luahan Hati & Penyampaian Sijil

    HARI KEEMPAT Pagi Bertolak balik

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    16/248

       M   A   N   U   A

       L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    9

    PANDUAN KEPADA FASILITATOR 

    3.1 Pengenalan

    Melalui latihan PRS PROSTAR, remaja dilatih dengan kemahiran khusus bagi

    membolehkan mereka menjana aktiviti serta mempengaruhi remaja lain agar

    memahami dan prihatin tetang isu serta permasalahan AIDS.

    Dengan usaha yang dijanakan oleh remaja sendiri, akan lahirlah remaja Malaysia

    bermaklumat, berketerampilan dan tahan menghadapi tekanan persekitaran serta

    prihatin dan bertanggungjawab dalam menangani masalah sosial yang melanda remaja

    serta berusaha menanam sikap positif di kalangan remaja supaya menghindari

    tingkahlaku berisiko bagi mengwujudkan remaja yang mengamalkan gaya hidup sihat

    tanpa AIDS.

    3.2 Penggunaan Manual

    Terdapat tiga manual latihan PRS PROSTAR disediakan mengikut kumpulan sasar:

    3.1.1 Manual Latihan Remaja PROSTAR

    3.1.2 Manual Latihan Remaja Harapan PROSTAR

    3.1.3 Manual Latihan PROSTAR Sekolah

    Fasilitator perlu merujuk kepada manual yang dibekalkan mengikut kumpulan sasar.

    Fasilitator juga perlu memahami keseluruhan kandungan manual, terutama sesi yang

    akan mereka kendalikan. Mereka perlu menambah dengan menggunakan pengetahuandan pengalaman sediada dan pembacaan tambahan untuk setiap sesi yang bakal

    dikendalikan.

    Watak dan sebutan nama yang terdapat dalam manual ini boleh diubahsuai mengikut

    kesesuaian aktiviti, masa dan tempat. Di sesetengah negeri, daerah atau tempat

    audien latihan ini memerlukan informasi dan penekanan tambahan. Sebagai contoh,

    sekiranya masalah perkongsian jarum suntikan dadah merupakan masalah besar, maka

    fakta-fakta perlulah diubahsuai mengikut masalah ini.

    3.3 Pemilihan Peserta

    Peserta merupakan bakal Pembimbing Rakan Sebaya yang akan menjana aktiviti atau

    projek bagi menggerakkan dan mempengaruhi remaja lain agar turut serta dalam

    usaha menentang ancaman AIDS. Bagi mempastikan kualiti Pembimbing Rakan Sebaya

    yang dihasilkan serta penjanaan aktiviti PROSTAR yang berkualiti dan berterusan,

    disenaraikan beberapa panduan dan kriteria yang boleh membantu di dalam pemilihan

    calon Pembimbing Rakan Sebaya PROSTAR.

    • aktif di dalam kegiatan persatuan

    • mempunyai ciri kepimpinan

    • mempunyai minat yang tinggi di dalam kerja sukarela

    • berumur di antara 13-25 tahun

    BAB 3

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    17/248

    10

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    3.4 Nisbah Fasilitator: Peserta

    Seorang fasilitator mengendalikan 10 orang peserta tidak termasuk seorang ketua

    fasilitator, pembantunya dan penceramah jemputan. Peserta hendaklah tidak melebihi

    30 orang setiap latihan.

    3.5 Objektif Latihan

    Untuk membentuk sekumpulan remaja yang mahir dalam merancang, melaksana serta

    menilai aktiviti PROSTAR yang sesuai untuk rakan sebaya di mana mereka akan dapat;

    a) Meningkatkan pengetahuan mengenai HIV/AIDS serta kaitannya dengan remaja

    b) Meningkatkan kemahiran komunikasi

    c) Merancang pelan tindakan untuk aktiviti PROSTAR

    d) Membentuk tingkahlaku yang positif bagi mengelakkan risiko jangkitan HIV

    3.6 Jadual Latihan

    Latihan dijalankan selama 4 hari secara sepenuh masa. Cara ini akan memberi peluang

    kepada peserta dan fasilitator melibatkan diri sepenuh masa serta memberi tumpuan

    kepada latihan tersebut. Cara ini juga membolehkan aktiviti pembelajaran tambahan

    dilaksanakan pada waktu subuh dan malam untuk memberi peluang yang lebih bagi

    peserta berinteraksi.

    3.7 Pendekatan Latihan

    Latihan ini menggunakan pendekatan pembelajaran yang ceria sesuai dengan citarasa

    remaja. Fasilitator harus membina persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

    3.8 Pengendalian Latihan

    Semasa mengendalikan latihan, fasilitator perlu memperkenalkan diri dan tajuk sesi.

    Seterusnya menerangkan objektif pembelajaran dan membincangkan isi kandungan

    topik. Perlu pendekatan yang khusus dan tidak terlalu umum serta tidak mengulangi

    apa yang telah diperkatakan di permulaan program latihan atau apa yang akan

    dibincangkan oleh fasilitator yang lain. Gunakan contoh daripada pengalaman ataupun

    daripada maklumat yang dikongsi bersama oleh peserta. Fasilitator perlu menerangkan

    istilah yang tidak difahami oleh peserta. Bagi mendapatkan penglibatan yang bermakna

    tanya soalan secara individu ataupun berkumpulan. Buka sesi soal jawab yang berkaitan

    dengan topik dan akhiri dengan sesi imbasan (summary).

    3.9 Kaedah Pengajaran

    Beberapa kaedah pengajaran yang boleh digunakan semasa latihan termasuklah

    ceramah, perbincangan, sumbang saran, kerja kumpulan, simulasi, main peranan,

    kajian kes dan rekreasi. Fasilitator PROSTAR digalakkan menggunakan pelbagai kaedah

    pembelajaran secara interaktif.

    3.10 Pengendalian Peserta

    Fasilitator perlu mewujudkan suasana yang selesa dan informal agar peserta lebihmudah mesra. Latihan dimulakan dengan sesi pengenalan iaitu sesi taklimat dan suai

    kenal. Sesi ini sangat penting untuk;

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    18/248

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    19/248

    12

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    menjawab sesetengah soalan yang diajukan oleh peserta atau fasilitator boleh berterus

    terang dengan menyatakan yang ia tidak selesa untuk membincangkan hal-hal

    peribadinya, atau boleh mengatakan yang ia tidak mahu mempengaruhi peserta

    dengan pilihannya dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kadangkala pendedahan

    hal peribadi pada masa yang sesuai boleh mendatangkan kebaikan.

    Peserta menanyakan permasalahan perubatan yang rumit dan tidak dapat dijawab

    oleh fasilitator. Biasanya ia menunjukkan minat peserta yang tinggi. Fasilitator perlulah

    berterus terang dan jangan memberi jawapan yang salah hanya untuk melindungi

    kelemahan sendiri. Catatkan soalan, dapatkan jawapan sebenar di lain masa dan

    beritahu kepada peserta.

    3.14 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

    Apa Dia Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

    LDK lazimnya dianggap oleh umum sebagai satu masa di mana proses ‘mendera’ atau

    ‘torture’ akan berlaku dan dilakukan fasilitator kepada peserta. Sebenarnya LDK

    mempunyai matlamat dan falsafahnya yang tersendiri yang merangkumi berbagai

    aspek yang baik dan konstruktif terhadap sifat-sifat kemanusiaan seperti:

    • yakin akan diri sendiri

    • berani

    • sedar diri

    • insaf  

    • simpati

    • jujur• rasional

    • mengawal perasaan

    • perasaan rendah diri dan meninggi diri

    Menimbulkan keadaan dan suasana di mana para peserta dapat mengukur diri sendiri

    secara lebih mendalam akan kelemahan, kekuatan dan keistimewaan yang ada pada

    dirinya.

    Proses LDK adalah seperti membawa seseorang manusia dari berbagai latarbelakang,

    pengalaman, kemampuan berfikir, perasaan dan pengajaran ke dalam makmal untuk

    diproses.‘Fasilitator’ merupakan atau berperanan sebagai mangkin, ‘catalyst’ atau

    penggerak. Beliau juga merupakan ‘Pendengar Yang Setia’.

    Undang-Undang LDK 

    • LDK mesti berjalan secara Marathon (terus menerus). Para peserta mesti

    mengikuti tiap-tiap SLOT yang dijalankan.

    • Semua peserta dan fasilitator (pemudahcara) mesti bersikap ‘jujur dan ikhlas’

    sepanjang LDK berjalan.

    • Peserta tidak boleh dipaksa memberi pendapat atau komen. Peranan pesertahendaklah berfungsi secara sukarela.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    20/248

       M   A   N   U   A

       L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    13

    • Semua maklumat dan aktiviti di dalam satu-satu kumpulan adalah ‘Rahsia’

    kepada kumpulan lain atau umum.

    • Fasilitator tidak boleh meninggalkan kumpulannya semasa aktiviti sedang

    berjalan.

    • Peserta mesti berminat dalam memainkan dan menghidupkan peranannya.

    Peranan Fasilitator LDK 

    • Fasilitator hendaklah sihat tubuh badan.

    • Fasilitator merupakan orang yang dipercayai oleh kumpulannya. Ia mungkin

    berfungsi sebagai Emak, Ayah, Abang, Kakak atau Guru yang Penyayang.

    • Fasilitator adalah ‘Penggerak’ kepada kumpulannya dan BUKAN ketua kepada

    kumpulannya.

    • Fasilitator mesti pandai menyesuaikan diri dengan kumpulannya.

    • Fasilitator harus dapat membuat ‘Tanggapan Awal terhadap ahli kumpulannya

    - tanggapan ini diperlukan kelak di dalam proses LDK seterusnya.

    • Sepanjang tempoh kursus/LDK fasilitator harus mempamerkan sifat-sifat yang

    baik sesama Fasilitator dan juga peserta.

    • Fasilitator harus berusaha agar matlamat LDK tercapai mengikut kumpulan

    peserta samada - kumpulan pelajar, belia, guru, ahli politik, pegawai kerajaan,

    pemimpin masyarakat dan lain-lain.

    • Fasilitator harus mengikis perasaan syak wasangka terhadap mana-mana

    peserta.

    • Fasilitator mesti pandai dan tahu memerhati dan menganalisa terus menerus

    dalam aspek perkembangan perwatakan peserta.

    • Bagi peserta yang tidak tahan dikritik - kalau dikritik akan menjadi lemah dan

    tidak bersemangat - dianya harus di bina keyakinan secara tidak langsung

    (pemulihan).

    • Fasilitator perlu wujudkan suasana yang baik dan ‘hidup’ kerana ini akan

    menjayakan LDK.

    • Tahu menggunakan budibicara di mana dan bila perlu.

    Menyediakan Peserta Kumpulan

    • Kumpulan yang sesuai adalah antara 8-12 orang. Sepuluh orang adalah paling

    baik.

    • Kumpulan terdiri dari lelaki atau perempuan atau campuran.

    • Ahli kumpulan mempunyai latarbelakang yang lebih kurang sama agar timbulpertandingan.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    21/248

    14

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    • Biar ahli kumpulan datang dari kawasan yang berlainan agar tmbul perasaan

    ingin tahu.

    • Tempat untuk LDK biarlah bersih, selesa, terang dan jauh dari gangguan.

    Etika Fasilitator LDK 

    • Keyakinan diri - Yakin diri yang kita lebih tahu bidang ini daripada ahli-ahli

    dalam kumpulan.

    • Menerima idea orang lain - Ini akan menambah pengetahuan dan boleh diguna

    dalam LDK seterusnya.

    • Hapuskan tanggapan ‘hak’ mendera atau menyeksa peserta.

    • Pendekatan ( approach) harus flexible - Pandai berperanan seperti memujuk,

    merendah diri, serius dan ‘menyerang’ pada ketika yang sesuai.

    • Hindar pertalian emosi dengan peserta sepanjang LDK. Elakkan ‘berhubungan’

    dengan peserta.

    • Jangan putus asa.

    • Ceritakan kepada isteri segala perlakuan kita sebagai fasilitator LDK sebagai

    langkah memelihara kerukunan rumahtangga.

    Perancangan Permainan Dalam LDK 

    1. Tujuan : Pastikan dulu apakah tujuan permainan hendak yang nakdimainkan

    2. Langkah-langkah : Pastikan langkah-langkah permainan itu betul dan

    tersusun.

    3. Perbincangan : Berb incang dan minta pendapat/komen dari ahl i

    kumpulan.

    4. Falsafah : Sampaikan falsafah-falsafah yang terkandung dalam

    permainan itu. Kalau sesuai dengan keadaan.

    5. Peralatan : Pastikan peralatan-peralatan cukup dan lengkap.

    6. Masa : Tentukan masa yang sesuai untuk memberhentikan sesuatu

    permainan atau perbincangan. Yang idealnya berhenti di

    tahap ‘climax’.

    Dasar Latihan Dalam Kumpulan

    1. Tujuan

    1.1. Untuk mewujudkan perpaduan

    1.2. Untuk membina individu-individu yang lebih dapat menyesuaikan diridengan masyarakat sebenarnya.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    22/248

       M   A   N   U   A

       L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    15

    1.3. Untuk membina sifat-sifat individu yang lebih tinggi moralnya.

    1.4. Untuk membina individu yang ada keyakinan kepada diri sendiri.

    1.5 Untuk menggalakkan sikap tegur menegur untuk melahirkan satu

    masyarakat yang benar-benar saling memahami di antara satu sama lain.

    2. Latihan ini adalah berbentuk latihan dalam perkara-perkara berikut:-

    2.1. Hubungan manusia.

    2.2. Dinamika perkumpulan

    2.3. Perhubungan Organisasi

    2.4. Beberapa proses lisan dan bukan lisan dalam pelajaran eksperimental.

    3. Latihan ini cuba

    3.1. Melebihkan kesedaran dan fahaman individu mengenai faktor-faktor

    manusia dan sosial.

    3.2. Melebihkan keyakinan dan kesanggupan individu untuk berhubung.

    3.3. Melebihkan keupayaan menyelesaikan masalah secara ramai.

    3.4. Melebihkan keupayaan meyelesaikan konflik dan seterusnya

    menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku.

    3.5 Melebihkan tingkat kepercayaan dan kesanggupan menghadapi kenyataan

    dalam masyarakat.

    4. Latihan ini bertujuan untuk melebihkan tingkat kesedaran dan untuk

    melahirkan bakat manusia.

    Fungsi Fasilitator (Pemudahcara)

    STIMULUS PERASAAN

    PEMBAWAAN

    SIFAT YANG BERMAKNA

    FUNGSI EKSEKUTIF

    • Cabaran

    • Penerima

    • Timbal Balik

    • Penjaga Pintu

    • Pertentangan

    • Persefahaman

    • Penterjemah• Mendapat Mutu

    • Melepaskan Emosi

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    23/248

    16

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    • Memahami

    • Memberi Penerangan

    • Memberi Arahan

    • Mempercepatkan Interaksi

    • Membantu

    • Menghalang

    • Memandu Arah

    Fungsi Satu-satu Kumpulan

    1.1. Membolehkan satu-satu kumpulan bergerak lancar.

    1.2. Menjalankan perbincangan secara lancar.

    1.3. Bekerja untuk mencapai matlamat.

    1.4. Mententeramkan keadaan

    1.5. Menguruskan sesi.

    Melalui:

    2.1. Motivasi.

    2.2. Srtuktur.

    2.3. Memberi tindakbalas.

    2.4. Menggalakkan penyertaan.

    2.5. Melancarkan komunikasi

    Sebab:

    3.1. Ada perbezaan antara individu.

    3.2. Perbezaan persepsi.

    3.3. Penerimaan baik pendapat orang lain berbeza.

    Guna:

    4.1. Menolong kumpulan atau individu mendapatkan hasilnya.

    4.2. Mendapatkan persetujuan kepada semua keputusan yang diterima.

    4.3. Membina ‘synergy’.

    Apakah yang Dimaksudkan Dengan Fasilitator Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

    1. Definasi Fasilitator.

    Secara amnya Fasilitator adalah seorang yang menjalankan kerja-kerja seliaan bagi

    mencapai objektif sesuatu projek yang telah dirancang dan ditetapkan.

    2. Definasi Fasilitator LDK.

    Pemudahcara atau penggerakcara.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    24/248

       M   A   N   U   A

       L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    17

    2.1 Tugas-tugas Fasilitator

    Penyelaras - Menyelaraskan semua aktiviti-aktiviti peserta dalam

    kumpulan.

    Pelaksana - Melaksana dan menjalankan semua tugas-tugas

    berhubung dengan semua aktiviti-aktiviti dalam

    kumpulan.

    Pengawas - Mengawas semua peserta-peserta supaya aktif dan tidak

    menyeleweng di dalam kumpulan.

    Pembimbing - Membimbing semua peserta ke arah kejayaan/ matlamat

    LDK.

    Provokasi - Memprovok atau meransangkan peserta bagi mendedahkan

    sesuatu yang patut didedahkan atau untuk mendapatkankebenaran.

    Pengurus - Menguruskan kumpulan supaya ia selaras dengan

    kehendak-kehendak LDK.

    Penilai - Menilai tentang keadaan dan sifat yang ada pada tiap-

    tiap peserta.

    Penyampai maklumat- Menyampaikan segala maklumat yang dikeluarkan oleh

    peserta-peserta atau kumpulan.

    Orang Perantaraan - Fasilitator merupakan orang Perantaraan antara

    Penganjur LDK dengan peserta atau kumpulan.

    Ciri-ciri Fasilitator Yang Baik

    1. Bertimbang rasa - Iklas dan jujur.

    2. Berkebolehan serta cekap mengendalikan sesuatu.

    3. Memiliki adap sopan yang baik serta bertanggungjawab.

    4. Bersifat sabar, bertoleransi dan tidak emosional.

    5. Mengamalkan sikap kepimpinan melalui teladan serta bersih, cekap dan amanah.

    6. Berminat dan bersungguhan serta sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

    7. Mempunyai pengetahuan agama yang sesuai.

    8. Menerima dan melayan semua peserta tanpa pilih kasih.

    9. Dapat bertutur dengan fasih dan terang serta mudah difahami.

    10. Mempunyai pengetahuan serta pengalaman yang luas.

    11. Boleh berkomunikasi dengan semua peringkat peserta.

    12. Mempunyai daya kreatif dan inovatif.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    25/248

    18

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       F   A   S   I   L   I   T   A   T   O   R

       P   R   O   S   T   A   R

    13. Seorang yang boleh menjadi penggerak utama dan lebih praktikal dari teori.

    14. Sentiasa berfikiran terbuka, sanggup menerima pendapat serta teguran membina dari

    orang lain.

    15. Mempunyai pandangan yang luas dan boleh dipercayai.

    16. Tidak bermasalah dan boleh menyelesaikan masalah.

    17. Boleh memimpin dan dipimpin, boleh memberi nasihat dan boleh diberi nasihat serta

    boleh membimbing dan diberi bimbingan.

    18. Mempunyai keadaan fizikal, mental serta kesihatan yang baik.

    19. Seorang bersemangat Patriotik dan Nasionalisme.

    20. Bersimpati dan tidak ego.

    21. Bersedia, Berkhidmat dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

    Kepimpinan Fasilitator

    1. Mempunyai sifat kepimpinan.

    2. Bersih adil dan liberal.

    3. Dapat memahami falsafah LDK.

    4. Pandai memainkan peranan dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan semua

    bidang.

    5. Dapat mengawal sesuatu dengan baik dan selalu peka dengan persekitaran.

    6. Dapat menilai kebolehan dan kemahiran peserta.

    7. Sanggup mengubahsuai mengikut keadaan semasa.

    8. Mempunyai kesedaran tentang:

    a) Diri Sendiri

    b) Agama

    c) Bangsa

    d) Negara

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    26/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    19

    RINGKASAN MANUAL LATIHAN

    Latihan Remaja PROSTAR ini dibahagikan kepada lima modul latihan. Modul-modul latihan

    yang terdapat dalam panduan ini saling berkait antara satu sama lain. lanya dipilih dan

    diolah sebegitu rupa dengan mengambil kira keperluan memberi pemahaman yang

    komprehensif dan tepat tentang HIV/AIDS serta isu-isu yang berkaitan di dalam kontek

    sosio-budaya tempatan. Oleh itu adalah perlu keseluruhan modul latihan (1-5) dilaksanakan.

    1.1 Modul Latihan I : Remaja Tanpa AIDS

    Melalui modul ini peserta akan didedahkan kepada situasi semasa HIV dan AIDS di

    seluruh dunia dan juga situasi semasa di Malaysia. Mereka juga akan diberi

    kefahaman tentang virus HIV (penyebab penyakit AIDS), jangkitan HIV dan AIDS,

    bagaimana mekanisma badan melawan penyakit, dan bagaimana virus HIV membiak

    dan seterusnya melumpuhkan daya tahan tubuh melawan penyakit.

    Peserta juga diberi kefahaman tentang perkembangan penyakit daripada mula

    dijangkiti sehingga peringkat AIDS dan seterusnya meninggal dunia. Begitu juga

    dengan ujian HIV serta makna daripada keputusan negatif atau positif, cara manusia

    boleh atau tidak boleh dijangkiti HIV serta bagaimana jangkitan boleh dicegah.

    1.2 Modul Latihan 2 : Kehidupan Bermaruah dan Sihat

    Modul ini dipecahkan kepada empat bahagian iaitu pendidikan kekeluargaan,

    penilaian tingkahlaku berisiko, mengambil risiko dan membuat pilihan, menghadapi

    tekanan rakan sebaya.

    1.2.1 Pendidikan Kekeluargaan

    Peserta diajar berkaitan aspek perkembangan lelaki dan wanita.

    Penekanan diberikan kepada aspek perubahan anatomi dan fisiologi

    remaja apabila mencapai baligh. Ini bertujuan untuk meningkatkan

    kefahaman mengenai seks dan seksualiti juga supaya mereka memahami

    proses pembiakan dari perspektif anatomi. Penekanan juga diberikan

    kepada kaitan antara seksualiti dan konsep perkahwinan. Dihuraikan

    juga perkara yang berkaitan dengan agen penyebab dan penyebaran

    penyakit kelamin (STD).

    1.2.2 Penilaian Tingkahlaku Berisiko

    Melalui modul ini peserta diajar bagi mengenalpasti tahap risiko dijangkiti

    HIV bagi tingkahlaku tertentu. Ini penting kerana remaja akan sentiasa

    terdedah kepada tingkahlaku tertentu yang mungkin mendedahkan

    mereka atau rakan sebaya mereka kepada jangkitan HIV.

    1.2.3 Mengambil Risiko dan Membuat Pilihan

    Di dalam kehidupan harian setiap orang perlu mengambil risiko dan

    bukanlah mudah membuat pilihan. Dalam hal jangkitan HIV, ada beberapa

    tingkahlaku berisiko tinggi yang mesti dijauhi dan remaja perlu berhati-

    hati menghadapi tekanan-tekanan yang boleh menjerumuskan mereka

    kepada risiko tersebut. Melalui modul ini peserta akan memahami

    kesukaran proses membuat keputusan dan dapat membezakan di antara

    risiko yang munasabah dan tidak munasabah.

    BAB 1

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    27/248

    20

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    1.2.4. Menghadapi Tekanan Rakan Sebaya

    Aspek penting dalam mengukuhkan penghayatan cara hidup sihat

    bergantung rapat dengan kebolehan menghadapi tekanan rakan sebaya

    ke arah melakukan perbuatan mendedahkan diri kepada risiko dijangkiti

    HIV. Ini termasuklah menjauhi dari minum arak, penyalahgunaan dadah,melanggani pelacur dan lain-lain bentuk aktiviti berisiko. Sememangnya

    amat sukar menolak tekanan rakan sebaya walaupun mereka tahu ajakan

    mereka itu adalah merosakkan diri sendiri. Modul ini mendedahkan

    peserta kepada strategi menolak tekanan tertentu.

    1.3 Modul Latihan 3: Isu-Isu Berkaitan HIV/AIDS

    Oleh kerana kemunculan penyakit ini sering dikaitkan dengan tingkahlaku yang

    tidak sesuai dengan sosiobudaya masyarakat maka seringkali ia menimbulkan

    konflik di antara pesakit, serta komuniti. Kebanyakan masalah dan konflik itu

    adalah di sebabkan silap faham akan isu sebenar permasalahan AIDS ini. Oleh ituperlulah remaja diberi sepenuh kefahaman akan isu sosial yang sering dikaitkan

    dengan pesakit HIV/AIDS dan masyarakat. Modul ini dipecahkan kepada bahagian-

    bahagian tertentu seperti berikut;

    1.3.1 Menerokai Nilai dan Sikap Remaja

    Melalui modul ini peserta akan didedahkan kepada isu-isu yang dikaitkan

    dengan wabak dan jangkitan HIV. Kefahaman, nilai dan sikap peserta

    akan diterokai dan salah faham akan diperjelaskan. Ini adalah penting

    memandangkan peserta mempunyai peranan penting dalam memberi

    maklumat tentang penyakit AIDS dan mengurangkan salah tanggapan di

    kalangan masyarakat terhadap pembawa HIV/pesakit AIDS.

    1.3.2 Kesan HIV/AIDS

    AIDS sering dikaitkan dengan aktiviti yang tidak dapat diterima oleh

    kebanyakkan masyarakat. Sehingga ini ubat yang boleh menyembuhkan

    penyakit ini masih belum ditemui. Oleh itu AIDS telah memberi kesan

    yang sangat besar kepada pesakit, keluarga dan orang yang di sekitarnya,

    masyarakat dan negara. Melalui modul ini peserta dapat menyelami

    pengalaman sebagai pembawa HIV dan reaksi keluarga, rakan serta

    masyarakat sekeliling dan menyedari akan kesan atau impak HIV/AIDS.

    1.3.3 Masalah Jangkitan HIV dan Remaja

    Topik ini membincangkan masalah HIV/AIDS di kalangan remaja secara

    khusus. Pendedahan mengenai permasalahan AIDS di Malaysia dan di

    dunia merupakan satu kaedah untuk menyedarkan golongan remaja dan

    membuktikan betapa seriusnya ancaman AIDS dewasa ini.

    Seterusnya remaja didedahkan dengan perlakuan-perlakuan remaja yang

    boleh digolongkan sebagai perlakuan berisiko tinggi. Remaja juga diajak

    untuk membincangkan faktor-faktor yang mendorong remaja terjerumus

    kepada melakukan tingkahlaku berisiko serta peranan yang boleh merekalakukan untuk menangani masalah tersebut.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    28/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    21

    1.4 Modul Latihan 4: Komunikasi

    Kemahiran berkomunikasi adalah penting dan perlu ditekankan kerana PRS PROSTAR

    adalah agen menyebarkan maklumat kepada rakan-rakan lain. Tanpa kemahiran

    berkomunikasi yang baik proses penyebaran maklumat tidak akan berkesan. Modulini dibahagikan kepada tiga babagian menurut topik utama berikut;

    1.4.1 Asas Penting dalam Komunikasi

    PRS PROSTAR akan didedahkan kepada beberapa komponen asas

    komunikasi. Komunikasi berfungsi untuk memberi, menerima dan

    bertukar-tukar maklumat. Melalui komunikasi rakan sebaya dapat

    menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh mempengaruhi cara pemikiran

    serta kepercayaan tentang AIDS di samping menyuarakan perasaan

    pendapat, pandangan dan tanggapan terhadapnya. Melalui modul ini

    peserta akan diberi kefahaman tentang tujuan berkomunikasi dalam

    pendidikan rakan sebaya serta aspek-aspek penting dalam komunikasi.

    1.4.2 Mengenalpasti dan Mengatasi Halangan Komunikasi

    Halangan luar (external) dan halangan dalaman menjadi masalah utama

    untuk mencapai komunikasi berkesan. la boleh berlaku di semua

    peringkat dalam proses komunikasi. Kepekaan mengenalpasti halangan

    dan keupayaan mengurangkannya membolehkan komunikasi berlangsung

    dengan jaya dan berkesan. Melalui modul ini, peserta didedahkan kepada

    halangan-halangan semasa berkomunikasi dan cara-cara mengatasinya.

    1.4.3 Kaedah Penyampaian Maklumat

    PRS PROSTAR didedahkan dengan kaedah-kaedah komunikasi yang sesuai

    supaya proses pengajaran tidak membosankan. Penekanan diberikan

    kepada kaedah komunikasi interpersonal seperti pembujukan. Mereka

    juga didedahkan dengan kaedah-kaedah komunikasi kumpulan seperti

    ‘Small group discussion’, perbincangan sindikit, sumbang saran, debat,

    kuiz, panel, dan pengucapan awam.

    1.5 Modul Latihan 5 : Perancangan

    Dalam modul 5, lebih menekankan kepada melatih para remaja di dalam

    merancang, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan AIDS.

    Bab ini juga memberi penekanan tentang perkara-perkara asas dalam perancangan

    seperti maksud perancangan, faedah perancangan serta elemen-elemen penting

    dalam perancangan.

    Seterusnya modul ini menghuraikan cara-cara menyediakan pelan program atau

    pelan pelaksanaan untuk sesuatu program/aktiviti yang dirancang serta

    menjelaskan kaedah-kaedah untuk menilai sesuatu program/aktiviti berkenaan.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    29/248

    22

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    MODUL 1: REMAJA TANPA AIDS

    2.1 Pengenalan

    AIDS merupakan satu penyakit yang amat berbahaya pernah melanda umat manusia

    sejagat. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk mencegah dan menghapuskan penyakit

    AIDS menyukarkan lagi usaha untuk mengawal wabak AIDS. Tambahan pula

    jangkitan HIV berkait rapat dengan tingkahlaku dan cara hidup individu yang amat

    sensitif dan peribadi.

    AIDS telah menyebabkan tiga bentuk wabak besar melanda dunia iaitu wabak

    jangkitan HIV, wabak AIDS dan yang lebih besar lagi wabak reaksi sosial, budaya,

    ekonomi, dan politik ke atas kedua-dua wabak di atas. Wabak pertama (jangkitan

    HIV) bermula pada tahun 1970an dan masih berlangsung sehingga sekarang. Wabak

    kedua iaitu wabak penyakit AIDS yang mula dikenalpasti di Amerika Syarikat pada

    tahun 1981. Adalah dianggarkan untuk setiap kes AIDS, 25-100 orang telah dijangkitiHIV. Wabak ketiga baru bermula iaitu reaksi besar-besaran seluruh dunia terhadap

    jangkitan HIV serta penyakit AIDS. la memberi kesan besar ke atas diri sendiri,

    keluarga serta masyarakat. Orang yang telah dijangkiti HIV sering disisihkan oleh

    keluarga dan masyarakat. Adalah diharapkan, dengan pendedahan remaja kita

    kepada fakta sebenar HIV dan AIDS, kita dapat mengimbangi kesan wabak di atas.

    2.2 Objektif Pembelajaran

    Di akhir sessi peserta dapat memahami ciri-ciri penting mengenai HIV dan AIDS

    termasuklah;

    a) Menerangkan apa itu virus HIV, jangkitan HIV/AIDS dan situasi semasa wabak

    HIV/AIDS.

    b) Menerangkan sistem daya tahan tubuh badan manusia melawan penyakit

    (system imun) dan bagaimana HIV membiak di dalam tubuh manusia.

    c) Menerangkan dan membincangkan setiap peringkat jangkitan HIV.

    d) Menyatakan bagaimana mendapatkan ujian HIV serta tafsiran hasil ujian

    HIV (positif dan negatif).

    e) Menerangkan bagaimana manusia boleh dan tidak boleh dijangkiti virus

    HIV.

    f) Menerangkan bagaimana jangkitan HIV dapat dicegah.

    2.3 Topik Utama

    2.3.1 Pendahuluan Kepada HIV/AIDS

    a) Takrif AIDS.

    b) Apa itu jangkitan HIV.

    c) Sejarah HIV/AIDS.

    BAB 2

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    30/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    23

    2.3.2 Senario Wabak HIV/AIDS

    a) Global.

    b) Regional (WPRO).

    c) Malaysia.

    2.3.3 Jangkitan HIV

    a) Bagaimana HIV boleh berjangkit dan tidak boleh berjangkit.

    b) Bagaimana HIV memusnahkan sistem daya tahan tubuh melawan

    penyakit.

    c) Spektrum jangkitan HIV.

    - Window period.

    - Jangkitan HIV primer.

    - Jangkitan HIV asymptomatik (tempoh pengeraman)

    - Penyakit AIDS.

    2.3.4 Pengurusan Jangkitan HIV

    a) Ujian HIV.

    b) Kaunseling.

    c) Rawatan jangkitan HIV.

    2.3.5 Kaitan penyakit kelamin (STD) dengan jangkitan HIV

    2.3.6 Pencegahan jangkitan HIV

    2.4 Metod

    Ceramah, menonton video dan perbincangan kumpulan.

    2.5 Proses

    a) Sesi dimulai dengan memperkenalkan diri masing-masing.

    Tunjukkan video ‘ Layar lara’

    b) Menerangkan skop ceramah.

    i. Apa itu HIV, jangkitan HIV dan AIDS.

    ii. Situasi semasa HIV/AIDS seluruh dunia, Pasifik Barat dan Malaysia.

    iii. Bagaimana tubuh badan manusia melawan penyakit.

    iv. Bagaimana HIV membiak di dalam tubuh manusia.

    v. Peringkat-peringkat jangkitan HIV.

    vi. Ujian HIV serta makna daripada keputusan positif dan negatif.

    vii. Bagaimana manusia boleh dan tidak boleh dijangkiti virus HIV.

    viii. Bagaimana jangkitan HIV dapat dicegah.

    c) Pendahuluan kepada HIV/AIDS.

    Jemput beberapa peserta untuk menerangkan apa yang mereka faham

    tentang penyakit AIDS serta perbezaan di antara AIDS, HIV (iaitu virus)

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    31/248

    24

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    dan jangkitan HIV. Tanyakan juga kepada beberapa peserta lain sejarah

    HIV/AIDS seperti bilakah AIDS mula dikenalpasti, di mana dan golongan

    manakah yang mula-mula terlibat. Bilakah virus HIV mula dikenalpasti

    dan oleh siapa.

    Jelaskan dan bincangkan dengan lebih lanjut Virus HIV dan takrif AIDSslaid.

    d) Senario wabak HIV/AIDS.

    Jelaskan kepada peserta wabak HIV/AIDS telah menular ke semua

    golongan dan keseluruhan dunia walaupun jangkitan HIV bermula di

    kalangan “gay” di U.S. di awal tahun 1980an. Kawasan yang paling teruk

    adalah Sub Sahara Afrika diikuti oleh Asia Selatan (India) dan Asia Tenggara

    (jiran kita Thailand).

    Jelaskan cara pengumpulan data(saringan secara aktif), kadar peningkatan

    kes mengikut tahun (HIV berbanding AIDS), jangkitan HIV banyak berlaku

    pada golongan lelaki, melayu, remaja dan tingkahlaku (kaitkan juga

    dengan cara data dikumpul). Jelaskan peningkatan tren kadar jangkitan

    HIV di kalangan penagih dadah secara suntikan dan hubungan seksual.

    Jelaskan kaitan antara paras tingkahlaku berisiko tinggi di kalangan remaja

    dan risiko dijangkiti HIV.

    e) Jangkitan HIV.

    Jelaskan kepada pelatih bahawa badan kita dilengkapi dengan dua sistem

    daya tahan tubuh melawan penyakit (tidak spesifik dan spesifik). Contoh

    daya tahan tubuh tidak spesifik seperti “species resistant” (HIV hanya

    hidup dalam tubuh manusia tidak nyamok), halangan mekanikal (kulit,

    lapisan mucus), enzim (jus perut, air mata) interferon (sejenis kimia

    yang dapat melawan virus), radangan dan phagositosis (sel darah putih).

    Jelaskan daya tahan tubuh spesifik melawan penyakit (Sistem daya tahan

    tubuh spesifik). Limfosit dihasilkan di dalam sumsum tulang dan

    dibebaskan ke dalam darah. Sebahagian (70-80%) menjadi T-limfosit dan

    selebihnya B-limfosit. T-limfosit menyerang antigen (kuman) secara

    langsung. Ia juga membebaskan “limfokin” yang berfungsi menarik fagosit,

    merangsang produksi antibodi dan interferon. B-limfosit menghasilkan

    antibodi yang memusnahkan antigen (kuman) secara khusus atau spesifik.

    Seterusnya jelaskan proses HIV membiak dengan bantuan Iutsinar .

    Bincangkan spektrum jangkitan HIV. Jelaskan peringkat-peringkat berikut;

    “Window period” - peringkat di mana walaupun virus HIV terdapat di

    dalam darah “pesakit” tetapi tahap antibodi terhadap HIV tidak

    mencukupi untuk dikesan melalui ujian pengesanan antibodi terhadap

    HIV. Tubuh mengambil masa antara 6 minggu hingga 3 bulan untukmengeluarkan sejumlah antibodi yang mampu dikesan oleh ujian tertentu.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    32/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    25

    “Asymptomatic HIV” - peringkat di mana ujian HIV telah dapat mengesan

    kehadiran antibodi terhadap kuman HIV tetapi “pesakit” nampak sihat

    tanpa tanda-tanda tertentu. 50% daripada mereka mengambil masa

    selama sepuluh tahun untuk menunjukkan tanda-tanda AIDS, tetapi

    jangkamasa ini mungkin lebih pendek jika tahap kesihatan dan pemakanan

    pesakit rendah.

    “AIDS” - peringkat di mana tahap daya tahan diri melawan penyakit telah

    lumpuh dan pesakit menunjukkan tanda-tanda tertentu. Kira-kira 50%

    pesakit AIDS akan mati dalam masa kurang 2 tahun.

    Di dalam semua peringkat di atas, “pesakit” adalah berbahaya kerana

    boleh menjangkitkan HIV kepada orang lain.

    f) Berhent i ceramah d i per ingkat ini dan jalankan akt iv it i

    ‘simulasi’proses jangkitan serta-fungsi sistem pertahanan

    badan.(Lampiran ML 1.1)

    Tayangkan semula video ‘Layar lara’

    g) Pengurusan jangkitan HIV

    Jelaskan kepada pelatih dengan bantuan lutsinar prosidur untuk ujian

    antibodi HIV dan terangkan juga akan perbezaan antara ujian saringan

    dan ujian pengesahan serta maksud HIV positif dan negatif. Jelaskan

    juga di mana perkhidmatan ujian darah untuk HIV boleh didapati.

    Jelaskan kepada pelatih dengan bantuan lutsinar kenapa, apa dan bila

    kaunseling dalam HIV/AIDS perlu kepada orang yang bimbang dijangkiti

    (worried well), berisiko tinggi, terutama yang tidak mahu menjalani ujian

    HIV, mereka yang telah dijangkiti dan pesakit AIDS, mereka yang merawat

    pesakit HIV/AIDS, mangsa rogol, penderaan seks dan remaja yang terlibat

    dengan seks bebas atau perkongsian dadah secara suntikan.

    Jelaskan dengan bantuan lutsinar bahawa pada masa ini belum ada ubat

    yang boleh menyembohkan atau vaksin yang boleh mencegah jangkitan

    virus HIV. Oleh itu rawatan adalah terhad kepada merawat komplikasidaripada jangkitan HIV iaitu jangkitan oportunis dan penyakit barah.

    h) Kaitan penyakit kelamin (STD) dengan jangkitan HIV (Lampiran ML

    1.2)

    Jelaskan akan kaitan di antara STD dengan jangkitan HIV.

    i) Pencegahan jangkitan HIV

    Bincangkan bagaimana manusia boleh dan tidak boleh dijangkiti virus

    HIV dan bincangkan juga cara-cara jangkitan HIV dapat dicegah.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    33/248

    26

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    2.6 Setting

    Bilik darjah/dewan.

    2.7 Bahan

    Komputer dan LCD / lutsinar, slaid, ohp, slaid projektor, video dan papan

    tulis.

    2.8 Jangkamasa

    4 jam.

    2.9 Penilaian

    Pelatih dapat menerangkan;

    • Situasi semasa HIV/AIDS berpandukan kepada lutsinar serta

    menyatakan makna daripada perkataan HIV, jangkitan HIV dan AIDS.

    • Sistem daya tahan tubuh badan manusia melawan penyakit dan

    bagaimana HIV membiak di dalam tubuh manusia berpandukan

    kepada komputer dan LCD / lutsinar.

    • Peringkat-peringkat jangkitan HIV berpandukan kepada komputer

    dan LCD/lutsinar serta bagaimana mendapatkan ujian HIV.

    • Bagaimana HIV boleh menjangkiti dan cara-cara mencegah jangkitan

    HIV.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    34/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    27

    Lampiran ML 1.1

    PENGLIPUR LARA (Jangkitan HIV)

    Metod

    Bercerita

    Bahan

    Kad Bergambar

    Proses

    1. Setiap kumpulan diberi 1 set kad yang telah disediakan (7 keping).

    2. Setiap kad mempunyai gambar atau simbol yang mengandungi makna tersendiri.

    3. Ahli-ahli kumpulan dikehendaki berbincang dan berinteraksi dalam menterjemahkan

    apakah makna simbol bagi setiap kad.

    4. Ahli kumpulan bebas menggunakan mana-mana kad sebagai permulaan untuk

    memulakan atau memberikan persembahan.

    5. Di akhir perbincangan setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan hasil

    perbincangan mereka kepada kumpulan ramai.

    6. Fasilitator akan merumuskan makna yang tersirat pada setiap kad dan fungsinya

    pada tubuh badan manusia.

    Jangkamasa

    1 jam

    Penilaian

    Pada akhir sesiapa peserta akan dapat mengetahui dan memberi penjelasan tentang apakahfungsi antibodi atau lain-lain sel yang terdapat dalam tubuh badan sebelum dan selepas

    diserang Virus HIV.

    Keterangan

    1. Boleh dimulakan dengan mana-mana kad.

    2. Dalam keadaan biasa (sihat) tubuh kita mempunyai suatu kilang yang menghasilkan

    antibodi dan lain-lain sel sebagai satu sistem pertahanan dalam tubuh bagi menahan

    serangan antigen (virus).

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    35/248

    28

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    3. Jika antigen menyerang, kilang antibodi akan mengerahkan lebih ramai atau

    menghasilkan lebih ramai askar (antibodi dan lain-lain sel) bagi menahan serangan

    antigen.

    4. Maka satu mekanisme digunakan (kunci) bagi menahan serangan antigen dan ini

    berlansung secara rutin.

    5. Tetapi bila LANUN (virus HIV) datang, kilang antibodi telah menggunakan cara yang

    sama dalam menahan serangan LANUN dengan menggunakan mekanisme yang sama.

    6. Tetapi segala usaha gagal.

    7. Teruskan dengan ceramah selanjutnya.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    36/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    29

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    37/248

    30

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    38/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    31

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    39/248

    32

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    40/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    33

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    41/248

    34

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    42/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    35

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    43/248

    36

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    Lampiran ML 1.2PENYAKIT KELAMIN (STD)

    Apa itu penyakit STD?

    Penyakit STD adalah penyakit yang ditularkan melalui membran mukus dan cecair kelamin

    lelaki dan wanita, tekak dan dubur. Kebanyakan penyakit STD mudah dirawat. Sekiranya

    penyakit ini dikesan dari awal dan dirawat dengan awal, ia tidak akan menyebabkan masalah

    yang serius. Sekiranya tidak, infeksi akan merebak dan komplikasi seperti kemandulan

    boleh terjadi. Penyakit ini mudah dijangkiti, oleh itu pengetahuan mengenai penyakit,

    tanda-tanda penyakit dan cara mendapat rawatan adalah penting.

    Bagaimanakah boleh saya mengetahui jika saya sedang menghidapipenyakit STD?

    Penyakit STD lazimnya tidak banyak tanda-tanda. Anda mungkin menghidapi penyakit

    tersebut tanpa menyedarinya. Oleh itu anda mungkin menjangkiti orang lain tanpa disedari.Berikut adalah ringkasan beberapa penyakit STD yang sering ditemui dan cara merawatnya.

    1. Gonorea

    Tanda akan muncul 3-5 hari selepas jangkitan terjadi. Bagi lelaki, discaj yang

    berwarna hijau kuning akan terjadi dan kesakitan akan dirasai sewaktu kencing.

    Discaj juga akan ditemui pada wanita. Adakalanya kedua lelaki dan wanita tidak

    menunjukkan sebarang tanda-tanda.

    Rawatan: Antibiotik. Kedua-dua pasangan perlu mengambil rawatan dan

    hubungan seks mesti dihentikan sehingga rawatan telah tamat.

    Risiko: Sekiranya jangkitan tidak dikesan dan tidak dirawat, jangkitan akan

    merebak dan menyebabkan kemandulan pada lelaki dan

    wanita.Terdapat beberapa jenis gonorea yang resistan kepada

    antibiotik, oleh itu adalah penting untuk seseorang itu dirawat oleh

    pengamal perubatan yang sah dengan rawatan yang sesuai.

    2. Chlamydia

    Disebabkan oleh bakteria dan lazimnya tiada tanda. lnfeksi mungkin tidak disedarisehingga ianya mula menyebabkan masalah. Tanda seperti discaj dan kepedihan

    sewaktu kencing mungkin terjadi. Penyakit ini boleh terjadi bersama penyakit

    gonorea.

    Rawatan: Antibiotik. Adalah penting agar kedua pasangan mengambil rawatan

    dan menghentikan hubungan seks sehingga rawatan telah sempuma.

    Risiko: Sekiranya penyakit tidak dirawat, infeksi akan merebak dan

    menyebabkan radang dan rahim dan kemandulan boleh terjadi.

    Infeksi ini kerap berlaku.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    44/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    37

    3. Sifllis

    Tanda pertama infeksi ini adalah luka kecil (ulser) yang tidak menyebabkan

    kesakitan pada tempat yang dijangkiti (chancre). Biasanya ini terdapat pada

    kelamin atau mulut. Ini akan dapat dilihat selepas 9 hingga 90 hari selepas jangkitanterjadi. Ini akan hilang selepas beberapa hari dan mungkin tidak dikesan. Infeksi

    akan terpendam dalam badan untuk jangkamasa tertentu sehingga ruam merah

    terjadi pada seluruh badan. Ini juga mungkin tidak dapat dikesan/disedari.

    Rawatan: Antibiotik. Kedua-dua pasangan mesti dirawat dan hubungan seks

    mesti dihentikan sehingga rawatan telah sempuma. Sekiranya ulser

    itu tidak dikesan, ujian darah perlu dilakukan untuk mengesan

    penyakit ini.

    Risiko: Sekiranya siflis dibiarkan ia akan menyebabkan masalah pada masa

    depan. Antara komplikasi yang kerap ditemui adalah penyakit jantung

    terutamanya pada peringkat akhir. Dementia juga berlaku akibatinfeksi pada otak. Wanita boleh menjangkiti anak dalam kandungan

    dan menyebabkan kecacatan. Rawatan boleh dimulakan pada bila-

    bila masa dan kejayaan lebih terjamin dan lebih cepat sekiranya

    rawatan dapat dimulakan lebih awal.

    4. Chancroid

    Infeksi ini menyebabkan luka-luka kecil yang menyebabkan kesakitan di luka

    tersebut dan di kawasan sekeliling kelamin. Luka ini akan membesar dan tidak

    akan sembuh dengan sendirinya.

    Rawatan: Antibiotik. Kedua-dua pasangan perlu dirawat dan mesti menghentikan

    semua hubungan seks sehingga rawatan telah sempuma.

    5. Herpes

    Disebabkan oleh virus Herpes yang menyerang hujung-hujung saraf. Tanda awal

    selepas jangkitan lazimnya disertai dengan kesakitan. Lecuran (blister) kecil akan

    terjadi pada kawasan yang dijangkiti - mulut dan kelamin - lebih kurang 2 - 20

    hari selepas jangkitan terjadi. Ini mungkin disertai dengan demam tinggi, kesakitanam pada badan dan bengkak kelenjar limfa. Lecuran ini akan pecah selepas 2- 4

    hari dan akan sembuh dengan sendirinya. Serangan berikutnya akan terjadi 3 - 4

    kali setahun dan intensiti serangan ini akan berkurangan apabila jangkitan menjadi

    lama (kronik).

    Rawatan: Antiviral. Kedua-dua pasangan perlu dirawat dan hubungan seks

    dihentikan sehingga rawatan telah sempuma.

    Risiko: Wanita yang hamil boleh menjangkiti anak dalam kandungan. Infeksi

    ini boleh menjangkiti otak dan menyebabkan kecacatan pada bayi.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    45/248

    38

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    6. Trichomoniasis

    Wanita kerap mengadu bahawa terdapat discaj yang busuk, gatal dan rasa sengal

    pada kelamin. Lelaki pula tiada tanda langsung. Tanda akan terjadi 2 - 3 hari

    selepas jangkitan terjadi.

    Rawatan: Kedua-dua pasangan perlu dirawat. Hubungan seks mesti dihentikan

    sehingga rawatan telah sempurna.

    7. Candidiasis

    Infeksi ini terjadi pada faraj dan disebabkan oleh fungus. la menyebabkan discaj

    putih dan rasa gatal di faraj. Penyakit ini tidak semestinya terjadi akibat hubungan

    seks kerana ia boleh terjadi dengan sendirinya.

    Rawatan: Ubat antifungus yang dimasukkan ke dalam faraj.

    8. Condyloma

    Sejenis virus yang menyebabkan “warts” yang akan dapat dilihat pada

    alat kelamin atau di sekeliling alat kelamin. “ Wart ” ini adalah ketulan

    yang berwarna seakan kulit dan ini menyulitkan deteksi terutama

    dirongga kelahiran pada wanita. Tanda ini kerap dapat dilihat 3 - 9

    bulan selepas jangkitan terjadi. Masa inkubasi yang panjang

    menyukarkan penetapan asal usul infeksi ini dan ini juga

    menyenangkan tularan terjadi.

    Rawatan: la boleh dirawat dengan sejenis larutan yang dikenali sebagai “podo-

    phyllin”. Wart akan disapu dengan ubat ini dan dibiarkan selama 4

    jam. Selepas 4 jam, ubat ini boleh menyebabkan iritasi (gatal-gatal).

    Hubungan seks tidak boleh dilakukan sehingga semua wart telah

    dimusnahkan. Kedua-dua pasangan perlu diperiksa.

    Risiko: Wanita yang telah dijangkiti oleh virus “Condyloma” perlu menjalani

    pemeriksaan pangkal rahim secara berkala. Ini adalah kerana virus

    boleh menyebabkan barah pangkal rahim. Jangkitan oleh virus ini

    amat kerap terjadi.

    Rawatan yang sempurna bagi penyakit-penyakit ini amat penting kerana sekiranya

    tidak, ia akan menjadi kronik dan menyebabkan komplikasi yang serius. Untuk

    rawatan yang sempuma, ia mesti didapati dari pengamal perubatan yang sah.

    Rawatan sendiri dan rawatan oleh pengamal perubatan yang tidak sah tidak

    mencukupi dan boleh membahayakan diri.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    46/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    39

    MODUL 2: KEHIDUPAN BERMARUAH DAN SIHAT

    3.1 Pengenalan

    Jangkitan HIV berkait rapat dengan keruntuhan akhlak dan moral iaitu tingkahlakuserta cara hidup yang melibatkan penyalahgunaan dadah melalui suntikan dan

    hubungan seks. Gejala sosial dan keruntuhan moral di kalangan remaja amat

    membimbangkan. Kajian tingkahlaku lepak pada tahun 1994 mendapati 18% daripada

    6,110 responden remaja telah mempunyai pengalaman melakukan seks bebas (75.1%

    berusia antara 16-21 tahun). Satu lagi kajian ke atas 1,900 pelajar sekolah menengah

    di Kuala Lumpur (berumur 16 dan 18 tahun) mendapati 2.1% telah terlibat dengan

    penyalahgunaan dadah dan 4.6% telah berpengalaman melakukan hubungan seks.

    Kajian Remaja dan AIDS pada tahun 1996 yang lalu keatas 4,347 remaja berusia 13-

    25 tahun mendapati 5% telah mencuba dadah, 6% telah terlibat dengan seks bebas.

    Persekitaran yang dialami oleh remaja masa ini juga amat berbeza dengan apayang telah dialami oleh remaja generasi dahulu. Oleh kerana perkembangan

    sosioekonomi yang amat pesat, remaja pada masa ini lebih terdedah kepada

    persekitaran yang sangat mencabar. Mereka lebih mudah terdedah kepada unsur

    negatif seperti bahan lucah dan filem-filem yang memaparkan budaya seks kasual.

    Pengawasan masyarakat juga amat longgar terutama di bandar. Semangat kejiranan

    serta budaya bantu membantu, serta tegur menegur juga sudah semakin luntur.

    Oleh itu remaja perlu dirangsang kepada perubahan tingkahlaku positif ke arah

    kehidupan bermaruah dan sihat.

    3.2 Objektif Pembelajaran

    Di akhir sessi peserta dapat;

    1. Menerangkan proses perkembangan kesihatan remaja dari sudut reproduksi

    dan anatomi.

    2. Menjelaskan hubungan seks dalam perkahwinan

    3.3 Topik Utama

    i. Pendidikan Kekeluargaan

    ii. Penilaian tingkahlaku berisiko

    iii. Mengambil risiko dan membuat pilihan

    iv. Menghadapi tekanan rakan sebaya

    3.4 Pendidikan Kekeluargaan

    Metod

    Ceramah, perbincangan dan soal-jawab.

    BAB 3

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    47/248

    40

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    Proses

    1. Bahagikan peserta kepada kumpulan kecil (5 orang atau kurang). Jika perlu asingkan

    peserta lelaki dan perempuan.

    2 Tanya kepada kumpulan untuk menyenaraikan perubahan-perubahan emosi yang

    berlaku semasa baligh. Simpulkan dengan menekankan yang proses membesar adalah

    satu proses yang semulajadi dan pengalaman berbeza akan dialami oleh lain orang.

    Kesihatan yang baik, bersih, berfikiran positif, perhubungan sosial yang baik dalam

    keluarga, rakan sebaya dan diterima oleh masyarakat akan memastikan hidup yang

    bahagia. Terangkan kepada peserta bahawa mereka tidak patut merasa malu semasa

    membincangkan isu ini kerana ia adalah fitrah manusia dan wajib mengetahuinya

    (akan fungsinya).

    3 Kemudian beritahu kumpulan yang mereka akan bermain satu permainan di mana

    setiap kumpulan akan diberi satu format soalan. Peserta yang mempunyai format

    (Lampiran A) akan membacakan kenyataan yang tertulis pada kertas tersebut kuat-

    kuat. Ahli kumpulan akan berbincang sebentar untuk memutuskan sama ada kenyataan

    tersebut benar atau salah dan hebahkan keputusan kepada umum.

    4. Fasilitator akan menanyakan kepada kumpulan yang lain pendapat mereka. Beri

    beberapa minit untuk perbincangan. Fasilitator akan mengulas jawapan dengan

    berpandukan kepada kad jawapan yang disediakan. Kaitkan mana yang berkenaan

    dengan jangkitan HIV/AIDS.

    Setting

    Bilik darjah/dewan atau luar (outdoor).

    Bahan

    Carta selak / Lampiran ML 2.1 dan ML 2.2

    Jangkamasa

    1 jam 30 minit.

    Penilaian

    Peserta mengambil bahagian dengan aktif di dalam perbincangan dan menerangkan

    proses kesihatan remaja dari sudut reproduksi dan anatomi serta menjelaskan silap

    faham berkaitan dengan seks dalam perkahwinan.

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    48/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    41

    CHANGES IN BODY PROPORTION FROM EARLY 

    PRENATAL PERIOD TO ADULTHOOD

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    49/248

    42

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    HEIGHT AT DIFFERENT AGES FOR 

    THE AVERAGE BOY AND GIRL

    GAIN IN HEIGHT PER YEAR 

    FOR AVERAGE BOY AND GIRL

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    50/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    43

    TIMING OF PHYSICAL CHANGES AT

    PUBERTY IN BOYS AND GIRLS

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    51/248

    44

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    PROCESSES AT PUBERTY IN MALES

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    52/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    45

    SEQUENCE OF MAJOR CHANGES

     AT PUBERTY IN BOYS

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    53/248

    46

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    PUBERTAL STAGES FOR PENILE GROWTH

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    54/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    47

    PUBERTAL STAGES FOR PUBIC HAIR GROWTH IN MALES

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    55/248

    48

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    PROCESSES AT PUBERTY IN FEMALES

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    56/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    49

    SEQUENCE OF MAJOR CHANGES

     AT PUBERTY IN GIRLS

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    57/248

    50

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    PUBERTAL STAGES

    FOR BREAST GROWTH

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    58/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    51

    PUBERTAL STAGES FOR 

    PUBLIC HAIR GROWTH IN FEMALES

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    59/248

    52

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

     AGE OF MENARCHE

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    60/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    53

    Lampiran ML 2.1

    Setelah seorang wanita mengalami

    haid, dia boleh mengandung

    Sebelum datang haid wanita boleh

    mengandung.

    Tidak melakukan hubungan kelamin

    adalah satu-satunya cara yang 100%

    berkesan untuk mengelakkan

    mengandung.

    Wanita dan lelaki boleh mendapat

    jangkitan penyakit STD tanpa apa- apa

    tanda dan gejala.

    Wanita tidak akan mengandung

    sekiranya mereka mengadakan

    hubungan seks sekali sahaja.

    Wanita boleh mengandung jika

    mereka mengadakan hubungan seks

    pada masa haid.

    Sekali dijangkini gonorea dan telah

    berkali-kali sembuh, kita tidak boleh

    dijangkiti lagi (imun).

    Wanita boleh mengandung walaupun

    tiada ejekulasi di dalam faraj.

    STD boleh sembuh dengan menjalin

    hubungan dengan dara (virgin).

    Kenyataan (peserta) Jawapan Keterangan (fasilitator)

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    61/248

    54

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    Setelah seorang wanita mengalami

    haid, dia boleh mengandung

    Sebelum datang haid wanita boleh

    mengandung.

    Tidak melakukan hubungan kelaminadalah satu-satunya cara yang 100%

    berkesan untuk mengelakkan

    mengandung.

    Wanita dan lelaki boleh mendapat

    jangkitan penyakit STD tanpa apa- apa

    tanda dan gejala.

    Wanita tidak akan mengandung

    sekiranya mereka mengadakan

    hubungan seks sekali sahaja.

    Wanita boleh mengandung jika

    mereka mengadakan hubungan seks

    pada masa haid.

    Sekali dijangkini gonorea dan telah

    berkali-kali sembuh, kita tidak bolehdijangkiti lagi (imun).

    Wanita boleh mengandung walaupun

    tiada ejekulasi di dalam faraj.

    STD boleh sembuh dengan menjalin

    hubungan dengan dara (virgin).

    Benar

    Benar

    Benar

    Benar

    Salah

    Benar

    Salah

    Benar

    Salah

    Organ reproduksi telah berfungsi

    dan boleh mengandung. Walau

    bagaimanapun, organ dan badan

    (secara fizikal dan mental)

    mungkin belum bersedia.

    Kerana ovari melepaskan telur

    sebelum haid.

    Satu cara yang pasti bagimengelakkan mengandung adalah

    dengan tidak mengadakan

    hubungan kelamin. Begitu juga

    dengan HIV/AIDS dan STD.

    Kebanyakan jangkitan gonorea

    tidak menunjukkan sebarang

    tanda di kalangan wanita dan

    sering tidak dikesan pada lelaki.

    Penting mendapat pemeriksaan

    doktor jika berasa mungkindijangkiti.

    Boleh mengandung dengan hanya

    sekali hubungan seks termasuk

    yang pertama.

    Memang berkemungkinan ia boleh

    mengandung pada bila-bila masa.

    Seseorang boleh mendapat

    gonorea setiap kali ia menjalinhubungan seks dengan pasangan

    yang telah dijangkiti gonorea.

    Mungkin cairan “pre-seminal”

    mengandungi sperm.

    STD boleh sembuh dengan

    ubatan. Seks hanya menular

    jangkitan.

    Kenyataan (peserta) Jawapan Keterangan (fasilitator)

    Lampiran ML 2.2

    Jawapan / Keterangan Fasilitator

  • 8/16/2019 09 LatihanProstar2004 BM

    62/248

       M   A   N   U   A   L   L   A   T   I   H   A   N

       R   E   M   A   J   A   P   R   O   S   T   A   R

    55

    3.5 Penilaian Tingkahlaku Berisiko

    Objektif pembelajaran

    Di akhir sessi peserta dapat;

    Mengenal tahap risiko dijangkiti HIV bagi tingkahlaku tertentu.

    Metod

    Permainan menentukan tahap risiko dan perbincangan sindikit.

    3.5.1 Permainan Menentukan Tahap Risiko

    Proses

    1. Minta peserta berbaris dalam satu bulatan. Letakkan 4 kotak yang

    bertanda “Risiko Tinggi”, atau “Risiko Rendah”, atau “Tiada Risiko”

    atau “Tidak Tahu” di tengah bulatan.

    2. Agihkan kad kenyataan (Lampiran ML 2.3) kepada peserta dan minta

    membaca kenyataan yang tertulis dengan kuat dan membuat

    keputusan. Masukkan kad ke dalam kotak (di tengah bulatan) mengikut

    keputusan yang dibuat.

    3. Sebaik sahaja setiap.peserta memasukkan kad ke dalam kotak, minta

    mereka menerangkan sebab mereka membuat keputusan begitu.Tanyakan kepada kumpulan samada mereka bersetuju dengan

    keputusan tersebut.

    3.5.2 Perbincangan Sindikit

    Proses

    1. Bahagikan kumpulan kepada kumpulan kecil 4-5 orang dan agihkan

    salinan kenyataan “Siapakah Yang Paling Tinggi Risiko Dijangkiti HIV”

    (Lampiran ML 2.4) kepada setiap peserta.

    2. Beri masa 5 minit untuk peserta membaca dan rninta setiap peserta

    menyusun keempat nama yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut

    mengikut tahap risiko dari rendah kepada yang paling tinggi tanpa

    berbincang.

    3. Setelah selesai, bincangkan dalam kumpulan kecil dan dapatkan

    susunan yang dipersetujui oleh kumpulan serta kriteria di mana mereka

    membuat susunan sedemikian. Beri 30 minit untuk mereka berbincang.

    4. Kumpulkan semula semua kumpulan dan minta setiap kumpulan kecil