View
12
Download
2
Category
Preview:
DESCRIPTION
Set of O Level Malay paper
Citation preview
O Preliminary Examinationsin preparation for the
General Certificate of Education Ordinary Level
NAMACALON
NOMBORPUSAT
L CNOMBORINDEKS
S
BAHASA MELAYUKertas 2
1132/02
MALAYPAPER 2
Additional Material : 1 jam 30 min
Writing Paper
ARAHAN UNTUK CALON
Baca dengan teliti arahan – arahan yang diberi bagi tiap-tiap bahagian dan jawab soalan-soalan seperti yang diarahkan.
Sebelum kamu mula menjawab, tulis nama dan kelas kamu dengan betul dan terang pada bahagian atas tiap-tiap kertas jawapan.Tulis jawapan kamu di kertas jawapan yang disediakan dan tulis nombor soalan yang kamu jawab.
Kamu tidak dibenarkan menggunakan kamus untuk kertas ini.Kamu tidak dibenarkan menggunakan pelekat, klip kertas atau ‘correction fluid’.Kamu tidak dibenarkan membawa keluar Kertas Soalan dan Kertas Jawapan.
Markah penuh untuk kertas ini adalah 60.
For Examiner’s Use
60
2
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.
© MERCU Learning Point Pte Ltd 2013.
BAHAGIAN A
Soalan A1 (10 markah)
Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat lima patah perkataan yang telah digarisi. Bubuh imbuhan yang paling sesuai pada setiap perkataan. Tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.
Hari ini , ramai kanak-kanak yang mengalami tekanan emosi. Hal ini terbukti dengan
bertambahnya kes-kes yang (1) kendali oleh Klinik Sakit Jiwa. Akhir-akhir ini, kes-kes itu
telah bertambah dengan banyaknya. Kanak-kanak terdedah kepada tekanan emosi akibat
masyarakat yang hidup berlumba-lumba dan terlalu mementingkan kecemerlangan.
Keluarga hari ini pula (2) hadap dengan tekanan sosial yang membimbangkan. Ini termasuk
(3) ubah dalam corak keluarga berangkai kepada unit keluarga yang lebih kecil dan orang-
orang tua yang (4) sisih daripada sesebuah keluarga. Keadaan ini diburukan lagi dengan
konflik yang dihadapi oleh ibu-ibu yang bekerja. Ibu-ibu menghadapi dilema sama ada mahu
memberi (5) utama kepada kerjaya atau keluarga.
(lihat halaman sebelah)
3
Soalan A2 (10 markah)
Arahan: Pilih peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan di bawah ini bagi melengkapkan jalan cerita petikan karangan. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.
(A) tumbuk rusuk
(B) takut titik lalu tumpah
(C) bagai kaduk naik junjung
(D) dalam menyelam cetek bertimba
(E) umpama air digenggam tiada tiris
(F) baik membawa resmi ayam betina
(G) seperti seludang menolak mayang
(H) di padang orang berlari, di padang sendiri berjingkit
(I) bagai kerakap atas batu, hidup enggan mati tidak mahu
(J) kail sebentuk umpan seekor, sehari putus sehari hanyut
Sebagai usahawan yang terkenal, Salleh amat disegani oleh pekerja-
pekerjanya. Walaupun sudah mencapai tahap yang cemerlang dia tetap merendah diri
dalam tutur kata bak kata pepatah __(6)__. Sikapnya itu tidak seperti usahawan-usahawan
yang lain iaitu __(7)__, mudah menyombongkan diri apabila mengecap kejayaan. Ada di
antara mereka yang mempunyai sifat __(8)__. Memberi rasuah untuk mendapat nama
merepukan perkara yang keji. Kejayaan yang diraih oleh Salleh tidaklah mudah. Banyak
cabaran yang harus ditempuh. Dia selalu merancang apa yang dia inginkan kerana pada
pendapatnya, melakukan sesuatu dengan tidak cukup persediaan akan merugikan bak kata
pepatah __(9)__. Tidak ada gunanya memulakan perniagaan dengan modal alang
kepalang. Selain daripada itu, dia selalu tidak lupa untuk menyumbang kepada badan-badan
kebajikan. Sifanya yang mulia itu tidak dimiliki oleh sesetengah usahawan, yang bakhil dan
tidak sedikit pun terbuka tangan untuk menolong orang yang lebih sengsara, __(10)__
supaya masa hadapan kita lebih terjamin.
4
Soalan A3 (10 markah)
Arahan: Pilih sepatah perkataan yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan bagi mengisi tempat kosong dalam teks yang berikut. Kemudian, tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.
kebanyakan hal masalah
membawa kerana menjejas
tabiat tetapi
Masyarakat Melayu digesa mengamalkan gaya hidup sihat supaya mereka
dapat menikmati pertumbuhan ekonomi dan kemajuan Singapura dalam jangka masa
panjang. Gaya hidup sihat adalah penting (11) _____ masyarakat Melayu mencatatkan kada
tertinggi bagi (12) _____ penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis. Kadar
kolestrol tinggi, kegemukan dan (13) _____ merokok juga antara yang tertinggi di kalangan
masyarakat Singapura. Membuat gesaan tersebut semasa menyertai Perbahasan di
Parlimen, Profesor Madya Lateef ( GRC Marine Parade) berkata sekiranya (14) _____
kesihatan itu tidak dicegah atau ditangani awal , ia boleh (15) _____ kepada pelbagai
komplikasi sosial dalam jangka masa panjang, sekaligus menghambat mereka daripada
menikmati kemajuan yang dicatatkan negara.
5
(lihat halaman sebelah)
BAHAGIAN B ( 10 MARKAH )
ARAHAN: Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.
PETIKAN 1
SARAPAN PENTING UNTUK PELAJAR
Raih markah yang lebih cemerlang dalam peperiksaanSarapan dapat meningkatkan keupayaan mental. Para pelajar yang tidak menikmati
sarapan selalunya sukar untuk menumpukan perhatian semasa di dalam kelas, lebih tidak bermaya dan tidak bertenaga untuk menjalankan tugas pada waktu pagi.
Ramai guru berpendapat bahawa para pelajar yang datang ke sekolah dengan perut kosong mengalami kesukaran menelaah pelajaran berbanding dengan mereka yang bersarapan. Dari segi kecerdasan pula, para pelajar yang bersarapan juga lebih cergas dan mempunyai lebih banyak tenaga semasa aktiviti lasak ataupun sukan di sekolah.
Dalam satu kajian pula, pelajar yang bersarapan meraih markah yang lebih cemerlang dalam bidang kreatif dan matematik.
Secara keseluruhan, seorang pelajar yang mengambil sarapan lebih tajam dari segi pemikiran mereka, lebih mudah menumpukan perhatian dan mempunyai prestasi akademik yang lebih baik.
Pentingnya sarapan untuk para pelajar
Tidak bersarapan bukan cara yang terbaik untuk mengurangkan berat badanAda golongan belia yang enggan bersarapan dengan harapan dapat mengurangkan berat badan. Sebenarnya, ini merupakan satu tanggapan yang salah. Mereka yang selalu tidak bersarapan akan makan berlebihan pada sebelah petang kerana sangat lapar. Ini juga menyebabkan mereka untuk makan makanan yang tidak berkhasiat. Lantaran itu, mereka mudah mengalami masalah berat badan.
Sarapan memang penting tetapi apa yang dimakan perlu dititikberatkan
Para pelajar digalakkan untuk memilih makanan yang tinggi serat dan protein serta rendah gula. Ini dapat merangsang tahap kecerdasan dan keupayaan pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menajamkan lagi daya ingatan mereka. Memakan makanan yang berkhasiat dan seimbang mengurangkan kemungkinan mereka jatuh sakit.
6
(Dipetik dan diubahsuai daripada Berita Harian, 25 Februari 2013)
ARAHAN: Berdasarkan petikan di halaman 5, jawab soalan-soalan di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.
16 Pekerja yang menjadi idaman syarikat untuk diambil bekerja ialah seseorang yang
__________.
A tahu kemampuan diri sendiri B selesa untuk berkomunikasi melalui telefonC mempunyai keputusan akademik yang hebatD ada pengalaman bekerja serta memiliki akhlak yang baik
17 Frasa ‘lompat kerja’ dalam petikan karangan ini bermaksud __________.
A mencari peluang pekerjaan di banyak tempatB bekerja di syarikat yang menitikberatkan tenaga fizikalC bertugas di sesuatu tempat itu dalam jangka watu yang singkatD Menggunakan potensi secara maksimum dalam sesuatu tugas yang diberi
18 Antara perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya seseorang ingin mencari pekerjaan
ialah __________.
A dapat bercakap dengan keyakinan yang tinggiB mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan kerjayaC menerima bulat-bulat apa sahaja jumlah gaji yang diberi oleh syarikatD mengetahui sejarah syarikat secara terperinci kerana akan ditanya
mengenainya semasa ditemuduga
7
(lihat halaman sebelah)
Petikan 2
8
Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 7, jawab soalan-soalan di bawah ini
9
dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.
19 Sabah merupakan negeri yang indah mempesona bagi mereka yang menggemari pengembaraan dan aktiviti lasak. Hal ini dapat dibuktikan melalui __________.
(A)(B)(C)(D)
peluang untuk menaiki Kereta Api Borneo Utara pemandangan yang indah dan nostalgik yang dapat dinikmatiaktiviti mengembara merentas landskap di Lembangan Maliautempat menarik seperti Perlindungan Hidupan Liar Kinabatangan
20 Pelancong yang mahu mengalami sendiri cara hidup masyarakat Sabah __________.
(A)(B)(C)(D)
berpeluang merasai hidangan suku kaum Kadazan boleh menginap di Perkampungan Budaya Mari-Maridapat melalui adat resam dan amalan tradisi merekaakan dijamu dengan pinasakan, mi tuaran dan ambuyat
(lihat halaman sebelah)
10
BAHAGIAN C (30 markah)
Arahan: Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti. Titisan air mata mengalir lalu meleleh di lurah pipiku.Ring! Ring!Ring! Fikiranku diganggu oleh
bunyi telefon yang berdering. Aku boleh dengar tapak kaki ibuku berjalan ke arah telefon.Aku
pejamkan mataku apabila ibu mengetuk pintu kamarku beberapa minit kemudian. Aku
mengesat air mataku dan berjalan ke pintu lalu menumbuknya.
Ibuku senyum lalu berkata , “ Dr Lee yang menelefon ibu. Dia mengingatkan ibu bahawa ibu
harus pergi ke hospital hari ini.”
Aku hanya mampu mengangguk sahaja. Dua puluh minit berlalu dan aku memandu ke
Hospital Tan Tong Seng.Walaupun kami sedang menuju ke hospital,wajah ibuku tidak
berubah.Senyumannya tetap berseri. Aku mengeluh panjang.
“Mengapa Lydia?” tanya ibu.
“ Lydia risaulah, ibu. Lydia tengok ibu...ibu macam tidak menghiraukan keadaan ibu sendiri,”
jawabku.
“Eh,mestilah ibu kisah. Kalau tidak,tak akan mahu pergi ke hospital pun,”sungut ibu.
“Yalah,tapi ibu nampak gembira selalu. Ibu tak risau ke?” soalku.
“Lydia, jalan hidup kita ditentukan oleh Tuhan. Kita tidak boleh soal tentang ini semua. Kita
hanya mampu berdoa dan reda dengan segala cabaran yang Tuhan berikan kepada kita.
Ingat, Tuhan tidak akan membebankan kita dengan masalah yang kita tidak mampu
tanggung,” kata ibu.
Aku pandang ke hadapan,memikirkan kata-kata ibu. Ibuku sakit sudah beberapa tahun
lamanya. Selama ini, ibu mengharapkan ubat dan rawatan kemoterapi sahaja untuk hidup.
Pada hari itu,selepas merawat ibu, Dr Lee menegurku. Berita yang disampaikannya seperti
sepakan yang kuat.
Dr Lee memberitahu bahawa ibuku yang hanya tinggal ada beberapa bulan sahaja untuk
teruskan kehidupan ini. Beberapa anggota tubuh ibu sudah tidak dapat berfungsi dengan
betul. Sungguh cekal hati ibu mengharungi ini semua. Tidak secekal hatiku yang sukar
menerima kenyataan.
5
10
15
20
25
11
Titik peluh membasahi dahiu. Aku tidak bersedia untuk menerima perkara sehebat ini. Doktor
menasihatiku supaya meluangkan masa bersama ibuku selama dua bulan mendatang kerana
ia mungkin bulan-bulan yang terakhir baginya. Saban hari, aku bersama ibuku ; melakukan
kegiatan yang kami tidak pernah nikmati bersama-sama sebelum ini. Ternyata keadaan ibu
telah mengeratkan lagi hubungan kami berdua.
Setiap hari, aku memanjatkan doa kepada Illahi kerana aku sangat mencintai ibu. Aku masih
memerlukannya dalam hidupku. Aku tidak sanggup berpisah dengan ibu buat masa ini. Moga
Tuhan perkenankan doaku.
Dua bulan telah berlalu. Hari tersebut tidak mungkin luput daripada ingatan. Hari itu, ibuku
dimasukkan ke hospital bagi menjalani beberapa ujian. Aku hanya mampu menunggu di luar
dengan harapan doaku dikabulkan. Dr Lee keluar dari bilik Unit Jagaan Rapi (ICU) dengan
wajah yang letih. Kata-kata yang diucapkan kepadaku cukup membuat badanku hampir rebah
ke bumi.
Sungguh luar biasa keajaiban Tuhan. Ternyata, ibuku telah menunjukkan kemajuan yang baik
dan tubuhnya mula menerima ubat yang dimakannya setiap hari secara konsisten itu. Aku
bersyukur diberi peluang mencurahkan kasih sayangku kepada ibu sekali lagi.
Aku bergegas ke dalam wad dan mendakap ibuku. Sungguh, aku tidak duga diberi
kesempatan bersama ibuku lebih lama lagi. Kini, titisan air mata mengalir dengan makna yang
berbeza
(dipetik dan diubah suai daripada cerpen Air Mata,BERITA HARIAN, 31 Mac 2012)
30
35
40
45
Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 9, jawab soalan-soalan yang diberikan. Seberapa boleh, gunakan ayat-ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.
21
22
23
24
Mengapa air mata Lydia mengalir? (3 markah)
Penyakit ibu Lydia dikatakan semakin parah. Jelaskan. (3 markah)
Tuhan mempunyai kuasa ajaib.Jelaskan kenyataan ini. (3 markah)
Menurut cerpen di atas, ada satu hari yang tidak mungkin luput dari ingatan Lydia. Apakah peri pentingnya hari tersebut? (3 markah)
12
25
26
Ibu Lydia seorang yang cekal menghadapi dugaan. Buktikan kenyataan ini dengan mengaitkan contoh-contoh yang relevan. (5 markah)
Penulis berusaha untuk tidak menyalahkan takdir yang sememangnya sedang mengujinya tetapi berasa ragu-ragu. Jelaskan pernyataan ini dengan memberikan bukti-bukti. (5 markah)
Bagi Soalan 27 hingga Soalan 30, terangkan maksud perkataan atau frasa yang diberikan berdasarkan penggunaannya dalam petikan.
27
28
29
30
mengeluh
mampu
luput
mencurahkan kasih sayangku
(baris 9)
(baris 7)
(baris 35)
(baris 42)
(2 markah)
(2 markah)
(2 markah)
(2 markah)
SELESAI
Recommended