View
13
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
33
MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 33-49, MAY 2018 eISSN 0127-6271
MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)
www.mirjo.maltesas.my
Konsep Pengiklanan Kreatif Menerusi Videografi Islamik
Terhadap Kempen Kesihatan Mental (Creative Advertising Concepts with Islamic Videography on The Mental Health Campaign)
Mohammad Hamirul Haslan1, b), Tengku Fauzan Tengku Anuar1, c) and Nur
Nazihah Rahim1, a)
1Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan, Universiti Malaysia Kelantan.
a)Corresponding author: nziehaa@yahoo.com
b) mohdhamirul1993@gmail.com c)tengkufauzan@umk.edu.my
Abstrak. Kesihatan mental merupakan pecahan daripada gaya hidup sihat dalam kehidupan seorang manusia. Kepentingan
menjaga kesihatan bukan sahaja tertumpu kepada soal fizikal, rohani dan sosial semata-mata tetapi penjagaan kesihatan
mental juga perlu amat dititikberatkan. Masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berumur 16
tahun dan ke atas adalah 29.2% (anggaran 4.2 juta) yang menunjukkan bahawa 1 daripada 3 masyarakat Malaysia
mengalami isu yang berkaitan dengan masalah mental. Pengkaji melihat pendekatan Islam untuk menyampaikan mesej
berkaitan dengan masalah ini amat jarang diguna pakai sebagai pengiklanan kreatif menerusi medium videografi Islamik.
Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan mental melalui
pendekatan videografi Islamik melalui teori psikoterapi Islam serta mengenal pasti tahap keberkesanan atau impak
penggunaannya dalam menangani masalah ini. Untuk mencapai objektif kajian ini, analisis telah dilakukan ke atas 30 orang
responden yang terdiri daripada masyarakat yang beragama Islam di sekitar jajahan Bachok. Responden cenderung memilih
pengiklanan dengan menggunakan medium Bahasa Melayu serta mengandungi satu tema disamping penggunaan audio
visual serta penggunaan ilustrasi yang disertakan dalam penyampaian mesej videografi tersebut. Kesimpulannya,
pendekatan pengiklanan kreatif menerusi videografi Islamik merupakan salah satu medium yang boleh diketengahkan
kepada masyarakat umum untuk menimbulkan kesedaran terhadap pentingnya kesihatan mental.
Kata kunci— Pengiklanan Kreatif; Videografi Islamik; Kempen Kesihatan Mental
Abstract. Mental health is a fragment of a healthy lifestyle in human life. The importance of maintaining health is not only
focused on physical, spiritual and social matters but mental health care should also be emphasized. Mental health problems
among Malaysians aged 16 and above are 29.2% (approximately 4.2 million) which means that 1 out of 3 Malaysian
citizens is experiencing mental-related issues. Researchers see that Islamic approaches in delivering messages related to
this problem are rarely used as creative advertising through the Islamic videography medium. Hence, the purpose of this
study is to foster awareness on the importance of maintaining mental health through the Islamic videography approach
through Islamic psychotherapy theory and identifying the degree of effectiveness or impact of its use in addressing this
problem. To achieve the objectives of this study, a survey was conducted on 30 respondents which comprise of Muslim
communities around Bachok. Based on the results, respondents tend to choose advertising using the medium of Malay
language and contains a theme in addition with the use of audio visuals and the use of illustrations that are included in the
presentation of the videography message. In conclusion, creative advertising approach through Islamic videography is a
medium that can be presented to the public to raise awareness on the importance of mental health.
Keywords—Creative Advertising; Islamic Videography; Mental Health Campaigns
34
MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 33-49, MAY 2018 eISSN 0127-6271
MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)
www.mirjo.maltesas.my
PENDAHULUAN
Gangguan mental merupakan penyakit global yang melanda kepada seluruh penduduk dunia. Secara purata,
masalah gangguan mental dialami oleh seramai 450 juta individu seluruh dunia dan berdasarkan Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO) menganggar 1 dalam 4 individu mempunyai masalah gangguan mental dalam satu masa [1].
Statistik ini menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental merupakan penyakit yang serius dialami oleh seluruh
negara. Bagi negara Malaysia, kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dalam kenyataan akhbar pada tahun 2016 menyatakan bahawa, “Masalah kesihatan mental dalam kalangan
masyarakat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas adalah 29.2% (anggaran 4.2 juta). Ini bermaksud 1 dalamdaripada
3 masyarakat Malaysia mengalami isu yang berkait dengan masalah mental. Kajian ini turut menunjukkan bahawa
prevalen masalah kesihatan mental juga adalah paling tinggi dalam kalangan mereka yang berumur 16-19 tahun dan
di kalangan golongan yang berpendapatan rendah.”
Jika diperhalusi terdapat perbezaan ketara antara kesihatan mental dan penyakit mental. Menurut Firdaus Abdul
Ghani [2], seorang individu yang normal tidak akan mempunyai kesihatan yang baik setiap masa tetapi masih mampu
untuk menjalankan aktiviti seharian seperti biasa. Tetapi berlainan dengan individu yang mempunyai penyakit mental,
iaitu fungsi seharian mereka akan terjejas. Kenyataan ini disokong oleh Siti Rohani Idris [3] bahawa gangguan
kesihatan mental bukan penyakit mental tetapi jika tidak dirawat boleh menyebabkan kecelaruan mental. Dalam
artikelnya juga beliau menulis definisi sebenar kesihatan mental bahawa ia bukan semata-mata sakit mental iaitu
kurang waras tetapi membabitkan gangguan contohnya tekanan seperti tidak boleh tidur, gangguan selera makan,
gagal memberi tumpuan dan seumpamanya. Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental
ditakrifkan sebagai keadaan kesejahteraan seseorang individu menyedari potensi diri mereka sendiri, dapat
menghadapi tekanan normal kehidupan, boleh bekerja secara produktif dan mampu memberi sumbangan kepada
masyarakat [4].
PERNYATAAN MASALAH
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak khususnya pihak KKM bagi mengurangkan masalah ini.
Namun, usaha ini masih belum mencukupi untuk diatasi sepenuhnya. KKM telah melaksanakan pelbagai strategi
pencegahan termasuklah salah satunya promosi kesihatan mental untuk memperkasakan maklumat tentang bahaya
masalah kesihatan mental ini. Menteri Kesihatan Malaysia telah menyeru agar pihak media dapat berperanan dalam
menyampaikan maklumat tentang kepentingan menjaga kesihatan mental kepada masyarakat. Justeru, setiap daripada
kita berperanan dan bertanggungjawab dalam meningkatkan kesedaran akan masalah kesihatan ini. Pelbagai usaha
boleh dilakukan samada di peringkat individu mahupun berkumpulan dalam mempromosikan kepentingan kesihatan
mental. Namun begitu, kajian menunjukkan bahawa kurangnya kempen yang menggunakan pengiklanan secara kreatif
dan menarik serta mesej yang disampaikan menggunakan pendekatan Islamik.
OBJEKTIF KAJIAN
Bagi merealisasikan hasrat KKM ini, antara usaha yang dapat dilakukan adalah kempen menerusi videografi
Islamik. Pendekatan kreatif ini dilihat mampu menarik minat masyarakat untuk memahami penjagaan kesihatan
mental melalui pendekatan Islam. Islam telah menggariskan tentang keperluan penjagaan kesihatan mental yang
banyak telah dirakam dalam Al-Quran dan Hadis. Pendekatan digital Islamik yang mengandungi tentang teori
psikoterapi Islam perlu ditekankan dalam videografi ini supaya ia mampu menjadi salah satu medium alternatif
dakwah kreatif dalam menyampaikan informasi kepada masyarakat terutamanya kepada mereka yang menghadapi
masalah kesihatan mental.
35
MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 33-49, MAY 2018 eISSN 0127-6271
MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)
www.mirjo.maltesas.my
SOROTAN KAJIAN
Kesihatan mental merupakan aspek yang sangat penting dalam fasa kehidupan manusia seperti mana pentingnya
dari segi aspek kesihatan fizikal [5]. Di sinilah perlunya keseimbangan antara penjagaan mental dan fizikal.
Selain daripada kesihatan fizikal yang perlu dijaga dan diambil berat, kesihatan mental merupakan perkara yang
perlu ditekankan tentang kepentingannya dalam masyarakat khususnya di Malaysia. Hal ini kerana, beberapa kes
jenayah yang berlaku pada masa kini jelas menunjukkan bahawa tahap kesihatan mental rakyat Malaysia kini berada
pada tahap yang agak membimbangkan. Pengaruh ekonomi iaitu status negara membangun dan urbanisasi menjadikan
kehidupan masyarakat lebih kompleks dan mengakibatkan wujudnya masalah-masalah yang berkaitan dengan sosial,
budaya dan perubahan ekonomi yang mendorong kepada mewujudkan gaya hidup tidak sihat dan tekanan yang boleh
mengakibatkan masalah kesihatan mental [5]. Kesihatan mental amat berkait rapat dengan kehidupan seharian kerana
kesihatan mental yang baik adalah mereka yang mampu menangani sebarang cabaran dalam kehidupan. Menurut [6],
selain pengaruh ekonomi, kesihatan mental boleh dikaitkan dengan peningkatan kes jenayah, gejala sosial,
penyalahgunaan dadah, sumbang mahram, rogol dan sebagainya.
Kenyataan daripada akhbar Utusan Online mengenai masalah kesihatan mental di Kelantan menunjukkan
peningkatan sebanyak 12 peratus pada tahun 1996 dan meningkat 39.9 peratus pada tahun 2015. Statistik
menunjukkan bahawa hampir 40 peratus iaitu kira-kira 300,000 rakyat di negeri ini menghidapi masalah kesihatan
mental. Kebanyakan masalah kesihatan mental ini dihidapi oleh golongan remaja berumur 16 hingga 24 tahun
manakala golongan wanita adalah lebih tinggi menghidapi masalah ini berbanding lelaki [7]. Ini kerana, wanita
mempunyai konflik dengan bebanan kerja yang terpaksa dipikul samada di rumah mahupun di tempat kerja yang
akhirnya menimbulkan tekanan emosi. Kenyataan ini disokong oleh [8] bahawa golongan wanita lebih cenderung
mengalami gangguan mental kerana mereka mudah berhadapan dengan masalah kemurungan seperti tekanan di
tempat kerja, bebanan kewangan serta masalah kekeluargaan iaitu isu perkahwinan sehingga mendorong mereka
membunuh diri.
Banyak faktor yang memburukkan isu mengenai masalah kesihatan mental, sedangkan masalah ini boleh diubati
dan dapat disembuhkan seperti sedia kala. Antaranya, kebanyakan daripada kita mempunyai tanggapan negatif
terhadap penyakit berkaitan mental meskipun mereka hanya menghidap gangguan kesihatan mental [3]. Selain itu, ia
diburukkan lagi dengan stigma masyarakat terhadap penyakit mental yang menjadi penghalang untuk individu tersebut
mendapatkan bantuan [1]. Antara stigma masyarakat terhadap pesakit mental adalah mereka mempunyai
ketidakstabilan emosi serta merupakan individu yang berbahaya untuk didekati. Tambahan lagi, menurut [5], kurang
pengetahuan mengenai masalah kesihatan mental juga merupakan kepincangan yang menyumbang kepada
peningkatan kepada masalah ini.
Secara fitrahnya, agama mampu menjadi penyelesaian kepada segala masalah yang dihadapi. Islam memberi
penyelesaian bukan sahaja panduan tentang agama tetapi psikoterapi untuk keselamatan [9]. Menurut Norhafizah
Musa dan Che Zarrina Sa’ari (2017), krisis kejiwaan dan ketandusan spiritual yang melanda manusia pada zaman
sekarang mampu diatasi jika manusia kembali kepada fitrah yakni agama dengan mengamalkan ajaran-ajaran Islam.
Pendekatan empat unsur rohani iaitu al-ruh (roh), al-nafs (nafsu), al-qalb (hati) dan al-aql (akal) sesuai diaplikasikan
kepada individu yang mengalami gangguan kesihatan mental dan mampu mencorak kehidupan manusia [10].
Teori psikoterapi Islam amat sesuai dilakukan kepada mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental dan
gangguan jiwa. Teori ini bersumberkan daripada teori kaunseling Al-Ghazali (Imam Al-Ghazali) yang menghuraikan
tentang sifat-sifat manusia dan melihat kaunseling daripada perspektif Islam. Teori kaunseling ini dilihat mempunyai
persamaan dengan teori-teori Barat tetapi ianya tidak bertitik tolak daripada akidah tauhid [11]. Berdasarkan huraian
daripada Norhafizah Musa dan Che Zarrina Sa’ari (2017), konsep teori psikoterapi Islam menggunakan kaedah terapi
penyedaran diri berlandaskan ajaran Islam yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan fatwa ulama’. Roslee Ahmad, et
al. [10] menyokong kenyataan tersebut kerana Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan rujukan berautoriti dalam
kaunseling berpendekatan Islam kerana ia mampu membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia dalam
mengharungi persoalan dan permasalahan hidup. Beliau menambah lagi bahawa kesihatan mental rakyat Malaysia
dapat dicapai melalui pendekatan kaunseling berdasarkan penerapan nilai-nilai Islam. Jadual 1 di bawah
menghuraikan tentang panduan Islam terhadap masalah kesihatan mental menerusi nas-nas Al-Quran.
36
MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 33-49, MAY 2018 eISSN 0127-6271
MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)
www.mirjo.maltesas.my
JADUAL 1. Panduan Islam terhadap Kesihatan Mental [9].
Panduan Ayat Al-Quran
Agama Islam memberikan tugas dan tujuan bagi kehidupan manusia di dunia dan di akhirat
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya: Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa menyucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah, 2:30)
Ajaran Islam memberikan bantuan kejiwaan kepada manusia dalam menghadapi ujian dan mengatasi kesusahan hidup melalui sabar dan solat
Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai orang yang sabar.
(Al-Baqarah, 2:153)
Ajaran Islam membantu orang dalam membina peribadinya iaitu melalui penghayatan nilai-nilai ketakwaan dan teladan daripada Nabi Muhammad SAW.
Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.
(Al-Ahzab, 33:21)
Agama Islam memberi petunjuk kepada akal agar benar dalam berfikir melalui bimbingan wahyu (Al-Quran)
Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk.
(Al-Qasas, 28:56)
Ajaran Islam merupakan ubat (syifa’) bagi jiwa yang menyembuhkan segala penyakit hati yang terdapat dalam diri manusia.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu, dan penawar bagi penyakit yang ada di dalam dadamu, dan petunjuk, serta rahmat bagi orang yang beriman.
(Yunus, 10:5)
Ajaran Islam memberi petunjuk kepada manusia dengan membuat kebaikan kepada diri, orang lain dan alam.
Oleh itu berilah peringatan (kepada manusia dengan ajaran Al-Qur’an), kalau peringatan itu berguna.
(Al-A’laa, 87:9)
Agama Islam berperanan dalam mendorong orang lain berbuat baik dan taat serta mencegah kemungkaran.
Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat baik, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(At-Taubah, 9:71)
Agama Islam dapat memenuhi psikologi manusia. Peranan agama Islam adalah untuk membantu manusia dan mengubati jiwa dan
Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.
37
MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 33-49, MAY 2018 eISSN 0127-6271
MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)
www.mirjo.maltesas.my
Panduan Ayat Al-Quran
mencegah gangguan jiwa serta meningkatkan tahap kesihatan mental. Dengan menghayati ajaran Islam, manusia dapat memperoleh kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
(Ar-Ra’d, 13:28)
Teori psikoterapi Islam ini penting untuk memberi kefahaman dalam mendekatkan diri dengan Allah di samping
menjawab persoalan bagaimana seharusnya individu meninggalkan tadbir yang buruk tanpa mempertikaikan takdir
yang baik dari Allah [12]. Jelas disini bahawa memang tidak dapat dinafikan, agama sangat dominan dalam
penyembuhan penyakit jiwa yang dideritai manusia [9].
Justeru, media dilihat mampu menyebar luas maklumat dengan lebih efektif kerana teknologi kini mampu
memberi ruang dan peluang untuk maklumat disebarkan yang lebih mudah dan pantas. Kenyataan ini disokong oleh
[13], bahawa dunia siber kini memungkinkan maklumat diperoleh dengan lebih cepat, tepat dan lebih efektif.
Pendekatan dalam media baharu ini dilihat mampu menjadi medium alternatif dalam menyebar luas informasi Islam
dengan pendekatan dakwah kreatif. Usaha ini sedikit sebanyak mampu menjadi penawar kepada krisis kejiwaan iaitu
masalah berkaitan dengan kesihatan mental.
KAEDAH KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji melakukan kaedah kuantitatif. Dalam kaedah soal selidik seramai 30 orang responden
dipilih secara pensampelan rawak berkelompok iaitu masyarakat Islam di sekitar Bachok. Hanya 30 orang responden
telah dipilih kerana fasa tersebut adalah fasa ujian pra bagi mengetahui tentang pengetahuan mereka terhadap
kesihatan mental. Borang kaji selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu demografik, pengetahuan asas tentang
kesihatan mental dan pemilihan konsep pengiklanan kreatif terhadap kempen kesihatan mental. Skala yang telah
digunakan dalam soalan kaji selidik adalah lima skala Linkert (1 = sangat tidak setuju sehingga 5 = sangat setuju)
untuk mengetahui sejauh mana responden bersetuju dan tidak bersetuju dengan kenyataan yang telah diberikan.
Kesemua soalan soal selidik ini menggunakan medium Bahasa Melayu untuk memudahkan kefahaman responden.
RAJAH 1. Fasa proses penghasilan produk.
Merujuk Rajah 1, proses penghasilan produk terbahagi kepada beberapa fasa. Proses dimulakan dengan
pengumpulan data menerusi kajian sastera. Proses diteruskan dengan menganalisis data serta melakukan beberapa
rujukan terhadap keseluruhan data yang telah dianalisis. Rujukan juga dilakukan semaksima mungkin untuk
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kesihatan mental berdasarkan perspektif Islam dan juga maklumat
38
MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 33-49, MAY 2018 eISSN 0127-6271
MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)
www.mirjo.maltesas.my
yang berkaitan dengan pengiklanan kreatif. Pengkaji telah menggunakan artikel, keratan akhbar, buku-buku serta
laman sesawang sebagai sumber rujukan, selain meminta pandangan daripada mereka yang berpengalaman dalam
bidang agama dan bidang grafik untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan penyelidikan ini.
Seterusnya, dalam proses penetapan konsep (ujian pra) pula, pengkaji memilih konsep yang telah dipilih oleh
responden melalui borang soal selidik. Seramai 30 orang telah terlibat secara langsung dalam fasa ini sebagai
responden. Pengkaji berpendapat pilihan daripada responden merupakan pilihan yang akan memberi kesan terhadap
kempen melalui videografi Islamik ini.
Setelah data diperolehi melalui soal selidik, proses pembangunan videografi Islamik telah dijalankan. Aplikasi
produk telah dilakukan dengan menggunakan ciri-ciri yang telah dipilih oleh responden untuk kempen melalui
videografi Islamik tersebut. Seterusnya, hasil akhir telah dijalankan iaitu ujian pasca bagi menentukan sejauh manakah
tahap keberkesanan pengiklanan kreatif menerusi videografi Islamik terhadap kempen kesihatan. Fasa ujian pasca ini
telah melibatkan seramai 56 orang dalam menentukan keberkesanan videografi Islamik ini.
ANALISIS DATA
Analisis kajian, interpretasi dan perbincangan berdasarkan data dapatan kajian diperolehi daripada kaedah soal
selidik. Borang soal selidik dan diambil semula setelah diisi untuk proses analisis data. Pengkaji membahagikan
soalan kepada beberapa bahagian untuk memudahkan pengkaji menganalisis data iaitu latar belakang responden dan
keputusan kajian. Keputusan kajian pula akan dibahagikan kepada dua bahagian; pertama, pemahaman tentang
kefahaman asas kesihatan mental dan kedua, kecenderungan pemilihan konsep pengiklanan kreatif untuk kempen
kesihatan mental.
JADUAL 2. Latar belakang responden.
Latar Belakang Responden (n=30) Kekerapan Peratusan (%)
Umur 44 tahun dan ke atas - -
35 ke 44 tahun 5 17.0
25 ke 34 tahun 7 23.0
18 ke 24 tahun 18 60.0
Jantina Lelaki 17 57.0
Perempuan 13 43.0
Status
Perkahwinan
Bujang 22 73.0
Berkahwin 8 27.0
Bercerai - -
Taraf
Pendidikan
STPM 4 13.0
Diploma 3 10.0
Ijazah 16 54.0
Sarjana 2 7.0
PhD 1 3.0
Lain-lain 4 13.0
Pekerjaan Agensi Kerajaan 2 7.0
Pereka Grafik 1 3.0
Pensyarah 3 10.0
Pengusaha 5 17.0
Kerja sendiri 5 17.0
Lain-lain (Pelajar) 14 46.0
Borang soal selidik telah diedar sebanyak 30 set dan telah dikembalikan juga dengan jumlah yang sama.
Berdasarkan Jadual 2, pengkaji telah membahagikan 4 kumpulan mengikut peringkat umur iaitu 18 hingga 24 tahun,
25 hingga 34 tahun, 35 hingga 44 tahun dan terakhir sekali 44 tahun ke atas. Hasil kutipan data tersebut sebanyak 18
39
MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 33-49, MAY 2018 eISSN 0127-6271
MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)
www.mirjo.maltesas.my
orang (60%) responden yang berumur 18 hingga 24 tahun. Seramai 7 orang (23%) pula berumur 25 hingga 34 tahun.
Seterusnya, 5 orang (17%) berumur 35 hingga 44 tahun. Akhir sekali, tidak ada seorang pun responden yang berumur
44 tahun ke atas.
Hasil daripada borang soal selidik tersebut seramai 22 orang atau 73% berstatus bujang. Manakala, responden
berstatus sudah berkahwin seramai 8 orang iaitu sebanyak 27%. Jumlah responden yang bercerai ialah sifar (0%).
Berdasarkan Jadual 2 di atas, majoriti taraf pendidikan responden ialah golongan yang mempunyai Ijazah Sarjana
Muda iaitu peratusannya sebanyak 54% atau 16 orang responden. Manakala taraf pendidikan STPM dan lain-lain pula
masing-masing mempunyai peratusan yang sama iaitu sebanyak 13% atau 4 orang responden. Peratusan Diploma pula
sebanyak 10% atau 3 orang responden. Seterusnya, peringkat Sarjana pula peratusannya sebanyak 7% atau 2 orang
responden. Selebihnya iaitu 1 orang responden atau 3% ialah taraf pendidikan peringkat PhD.
Hasil data menunjukkan majoriti pekerjaan responden yang diambil oleh pengkaji ialah kategori lain-lain iaitu
golongan pelajar sebanyak 46% atau 14 orang responden. Dua jenis pekerjaan, pengusaha dan bekerja sendiri
mempunyai jumlah peratusan responden yang sama iaitu sebanyak 17% atau 5 orang responden. Seterusnya,
responden yang bekerja sebagai pensyarah hanya 3 orang (10%) sahaja. Selebihnya, 2 orang (7%) ialah responden
yang bekerja dalam agensi kerajaan dan 3% atau 1 orang lagi ialah pereka grafik.
JADUAL 3. Pemahaman Tentang Kefahaman Asas Kesihatan Mental.
Faktor Kekerapan (n=30) Peratusan (%)
B1
Sangat tidak Bersetuju - -
Tidak Setuju - -
Neutral 14 47
Bersetuju 11 37
Sangat Bersetuju 5 16
B2
Sangat tidak Bersetuju - -
Tidak Setuju 1 3
Neutral 6 20
Bersetuju 18 60
Sangat Bersetuju 5 17
B3
Sangat tidak Bersetuju - -
Tidak Setuju 1 3
Neutral 1 3
Bersetuju 20 67
Sangat Bersetuju 8 27
B4
Sangat tidak Bersetuju - -
Tidak Setuju 1 3
Neutral 16 54
Bersetuju 8 27
Sangat Bersetuju 5 16
B5
Sangat tidak Bersetuju - -
Tidak Setuju - -
Neutral 4 13
Bersetuju 20 67
Sangat Bersetuju 6 20
B6
Sangat tidak Bersetuju - -
Tidak Setuju 1 3
Neutral 4 13
Bersetuju 17 57
Sangat Bersetuju 8 27
40
MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 33-49, MAY 2018 eISSN 0127-6271
MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)
www.mirjo.maltesas.my
Faktor Kekerapan (n=30) Peratusan (%)
B7
Sangat tidak Bersetuju - -
Tidak Setuju 1 3
Neutral 5 17
Bersetuju 10 33
Sangat Bersetuju 14 47
B8
Sangat tidak Bersetuju 1 3
Tidak Setuju 2 7
Neutral 16 54
Bersetuju 7 23
Sangat Bersetuju 4 13
B9
Sangat tidak Bersetuju - -
Tidak Setuju 4 13
Neutral 2 6
Bersetuju 19 64
Sangat Bersetuju 5 17
B10
Sangat tidak Bersetuju - -
Tidak Setuju 1 3
Neutral 7 24
Bersetuju 13 43
Sangat Bersetuju 9 30
B11
Sangat tidak Bersetuju - -
Tidak Setuju - -
Neutral 6 20
Bersetuju 11 36
Sangat Bersetuju 13 44
Berdasarkan Jadual 3, Faktor B1 menunjukkan tahap kefahaman responden tentang definisi kesihatan mental. Hasil
kajian tersebut sebanyak 47% iaitu 14 orang responden memilih jawapan yang neutral. Ini kemungkinan dalam
kalangan mereka masih kurang jelas tentang definisi kesihatan mental ini. Manakala, seramai 11 orang atau 37% pula
bersetuju dan 5 orang atau 16% sangat bersetuju dengan pernyataan di atas iaitu mereka faham dan jelas dengan
makna/definisi kesihatan mental. Jawapan sangat tidak bersetuju dan tidak setuju tidak langsung menyumbang kepada
peratusan (0%).
Faktor B2 pula menunjukan seramai 18 orang responden (60%) bersetuju dan 5 orang responden (17%) sangat
bersetuju bahawa mereka mengetahui pentingnya kesihatan mental dalam kehidupan seharian. Manakala, responden
yang memilih jawapan neutral ialah sebanyak 6 orang (20%) dan 1 orang responden (3%) sahaja tidak mengetahui
akan kepentingan kesihatan mental. Jawapan sangat tidak bersetuju peratusannya sifar (0%) kerana tidak ada seorang
yang memilih jawapan ini.
Faktor B3 menunjukkan keputusan responden berkenaan dengan pernyataan di atas. Oleh itu, sebanyak 20 orang
responden (67%) bersetuju dan 8 orang responden (27%) sangat bersetuju dengan pernyataan di atas iaitu mereka
sangat menitikberatkan kesihatan dari segi mental. Jumlah peratusan bagi jawapan neutral dan tidak setuju berkongsi
peratusan yang sama iaitu sebanyak 3% iaitu 1 orang responden sahaja yang menjawab kedua-dua jawapan ini. Tidak
ada seorang responden yang menjawab sangat tidak bersetuju dengan pernyataan di atas. Ini bermakna majoriti
responden sangat menitikberatkan kesihatan dari segi mental.
Faktor B4 menunjukkan jumlah responden berkenaan dengan pengetahuan mereka tentang faktor-faktor yang
menjejaskan kesihatan mental. Hasil analisis data mendapati majoriti menjawab neutral iaitu sebanyak 54% atau 16
orang responden berkenaan dengan pernyataan di atas dan 1 orang responden atau 3% menjawab tidak setuju. Ini
membuktikan bahawa kemungkinan mereka kurang jelas atau maklumat berkenaan pernyataan di atas tidak banyak
dilihat atau didengari oleh mereka. Manakala seramai 8 orang responden atau 27% bersetuju dan 16% atau 5 orang
41
MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 33-49, MAY 2018 eISSN 0127-6271
MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)
www.mirjo.maltesas.my
responden sangat bersetuju dengan pernyataan di atas iaitu mereka mengetahui faktor-faktor yang menjejaskan
kesihatan mental.
Berdasarkan Faktor B5, majoriti menjawab setuju berkenaan dengan kesihatan mental merupakan salah satu
elemen dalam gaya hidup sihat iaitu peratusannya sebanyak 67% atau 20 orang responden. Manakala, jawapan sangat
bersetuju sebanyak 20% atau 6 orang responden. Seterusnya, peratusan untuk jawapan neutral pula sebanyak 13%
atau 4 orang responden. Peratusan untuk sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju berjumlah sifar (0%) kerana tidak
ada seorang responden memilih jawapan ini.
Merujuk Faktor B6, sebanyak 17 orang responden atau 57% bersetuju dan 8 orang responden atau 27% sangat
bersetuju dengan pernyataan di atas iaitu kesihatan mental berkait rapat dengan emosi dan psikologi manusia. Selain
itu, seramai 4 orang responden atau 13% memilih jawapan neutral. Manakala, tidak bersetuju hanya 1 orang responden
atau 3% sahaja. Tidak ada responden yang memilih jawapan sangat tidak bersetuju hal ini kerana majoriti responden
telah bersetuju dengan pernyataan di atas.
Berdasarkan Faktor B7, majoriti menjawab sangat bersetuju berkenaan dengan kos sara hidup pada masa kini
menyebabkan masalah kesihatan mental meningkat iaitu peratusannya sebanyak 47% atau 14 orang responden.
Manakala, jawapan setuju sebanyak 33% atau 10 orang responden. Seterusnya, peratusan untuk jawapan neutral pula
sebanyak 17% atau 5 orang responden. Peratusan untuk tidak bersetuju pula sebanyak 3% atau 1 orang responden.
Jawapan sangat tidak bersetuju tidak ada peratusan yang disumbangkan.
Berikut adalah Faktor B8, yang menunjukkan keputusan responden berkenaan tentang mereka sering melihat dan
mendengar kempen yang berkaitan kesihatan mental berbanding dengan kesihatan fizikal. Oleh itu, majoriti menjawab
neutral iaitu sebanyak 16 orang responden atau 54%. Manakala bersetuju dan sangat bersetuju masing-masing
mempunyai peratusan yang berlainan iaitu sebanyak 23% atau 7 orang responden dan 13% atau 4 orang responden.
Seterusnya, responden yang tidak bersetuju seramai 2 orang atau 7% dan sangat tidak bersetuju pula 1 orang responden
sahaja atau 3%.
Seterusnya, Faktor B9 menunjukkan jumlah responden berkenaan dengan pernyataan tentang masyarakat masih
lagi tidak ambil peduli berkenaan dengan kesihatan mental berbanding dengan kesihatan fizikal. Hasil data mendapati
majoriti menjawab setuju iaitu sebanyak 64% atau 19 orang responden berkenaan dengan pernyataan di atas dan 5
orang responden atau 17% menjawab sangat bersetuju. Manakala seramai 2 orang responden atau 6% menjawab
neutral. Seterusnya peratusan untuk tidak bersetuju pula sebanyak 13% atau 4 orang responden. Jawapan sangat tidak
bersetuju tidak menyumbang peratusan kerana responden tidak memilih jawapan ini.
Berdasarkan Faktor B10, majoriti menjawab bersetuju berkenaan dengan mesej-mesej yang berkaitan mental yang
telah dilaksanakan masih lagi tidak mampu memberi kesedaran pada masyarakat iaitu peratusannya sebanyak 43%
atau 13 orang responden. Manakala, jawapan sangat bersetuju sebanyak 30% atau 9 orang responden. Seterusnya,
peratusan untuk jawapan neutral pula sebanyak 24% atau 7 orang responden. Peratusan untuk tidak bersetuju pula
sebanyak 3% atau 1 orang responden. Jawapan sangat tidak bersetuju tidak ada peratusan yang disumbangkan.
Berdasarkan Faktor B11, majoriti menjawab sangat bersetuju berkenaan dengan masalah kesihatan mental dapat
diselesaikan sekiranya masalah ini menggunakan pendekatan Islamik atau penyampaian mesej-mesej Islam iaitu
peratusannya sebanyak 44% atau 13 orang responden. Manakala, bersetuju sebanyak 36% atau 11 orang responden.
Seterusnya, peratusan untuk jawapan neutral pula sebanyak 20% atau 6 orang responden. Peratusan untuk sangat tidak
bersetuju dan tidak bersetuju berjumlah sifar (0%) kerana tidak ada seorang responden memilih jawapan ini.
Manakala Jadual 4 pula menerangkan kecenderungan pemilihan konsep pengiklanan kreatif untuk kempen
kesihatan mental. Faktor C1 menunjukkan majoriti responden bersetuju penggunaan Bahasa Melayu berbanding
Bahasa Inggeris dalam kempen kesihatan mental lebih berkesan dan mudah difahami iaitu peratusannya sebanyak
44% atau 13 orang responden. 40% atau 12 orang responden sangat bersetuju dengan pernyataan di atas. Manakala, 4
orang responden atau 13% memilih jawapan yang neutral. Seterusnya, sebanyak 3% atau 1 orang responden tidak
bersetuju dan peratusan untuk jawapan sangat tidak bersetuju ialah 0% bermakna tidak ada seorang responden memilih
jawapan ini.
42
MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 33-49, MAY 2018 eISSN 0127-6271
MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)
www.mirjo.maltesas.my
Berdasarkan Faktor C2, majoriti menjawab setuju berkenaan dengan penggunaan satu tema akan memberi impak
yang lebih berkesan dalam sesuatu kempen iaitu peratusannya sebanyak 53% atau 16 orang responden. Manakala,
sangat bersetuju sebanyak 30% atau 9 orang responden. Seterusnya, peratusan untuk jawapan neutral pula sebanyak
17% atau 5 orang responden. Peratusan untuk sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju berjumlah sifar (0%) kerana
tidak ada seorang responden memilih jawapan ini.
Faktor C3 berikut menunjukkan majoriti responden menjawab setuju berkenaan dengan penggunaan
ilustrasi/gambar/simbol/ikon akan membantu lagi dalam menyampaikan mesej kempen kesihatan mental lebih
berkesan iaitu peratusannya sebanyak 54% atau 16 orang responden. Manakala, sangat bersetuju sebanyak 43% atau
13 orang responden. Seterusnya, peratusan untuk jawapan neutral pula sebanyak 3% atau 1 orang responden. Peratusan
untuk sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju berjumlah sifar (0%) kerana tidak ada seorang responden memilih
jawapan ini.
JADUAL 4. Kecendurungan Pemilihan Konsep Pengiklanan Kreatif untuk Kempen Kesihatan Mental.
Faktor Kekerapan (n=30) Peratusan (%)
C1
Sangat tidak Bersetuju - -
Tidak Setuju 1 3
Neutral 4 13
Bersetuju 13 44
Sangat Bersetuju 12 40
C2
Sangat tidak Bersetuju - -
Tidak Setuju - -
Neutral 5 17
Bersetuju 16 35
Sangat Bersetuju 9 30
C3
Sangat tidak Bersetuju - -
Tidak Setuju - -
Neutral 1 3
Bersetuju 16 54
Sangat Bersetuju 13 43
C4
Sangat tidak Bersetuju - -
Tidak Setuju 3 10
Neutral - -
Bersetuju 8 27
Sangat Bersetuju 19 63
C5
Warna Panas 3 10
Warna Sejuk 11 37
Warna Kontra 10 33
Semua Sekali 6 20
C6
Serif 3 10
Sans-Serif 5 16
Script 7 24
Ornamental - -
Semua Sekali 15 50
Berdasarkan Faktor C4 di atas menunjukkan, majoriti responden menjawab sangat bersetuju berkenaan dengan
iklan yang mempunyai audio dan visual akan lebih efektif dalam menyampaikan mesej iaitu peratusannya sebanyak
63% atau 19 orang responden. Manakala, responden yang setuju sebanyak 27% atau 8 orang responden. Seterusnya,
peratusan untuk responden yang tidak bersetuju pula sebanyak 10% atau 3 orang responden. Peratusan untuk sangat
tidak bersetuju dan neutral berjumlah sifar (0%) kerana tidak ada seorang responden memilih jawapan ini.
43
MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 33-49, MAY 2018 eISSN 0127-6271
MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)
www.mirjo.maltesas.my
Faktor C5 menunjukkan soalan yang berkaitan dengan pemilihan warna yang menarik bagi responden. Hasil data
menunjukkan majoriti responden memilih warna yang menarik ialah warna sejuk iaitu peratusannya sebanyak 37%
atau 11 orang responden. Manakala warna kontra sebanyak 33% atau 10 orang responden. Seterusnya, peratusan
responden memilih semua sekali pula sebanyak 20% atau 6 orang responden dan selebihnya sebanyak 10% atau 3
orang responden memilih warna panas.
Berikut adalah Faktor C6 yang menunjukkan bilangan responden memilih jawapan berkaitan jenis tipografi (font)
yang menarik dan digemari oleh responden tersebut. Hasil data menunjukkan majoriti responden memilih jawapan
kesemua jenis tipografi iaitu Ornamental, Script, San-Serif dan Serif iaitu seramai 15 orang responden atau 50%.
Manakala, tipografi Script peratusannya sebanyak 24% atau 7 orang responden. Seterusnya, 5 orang responden atau
16% memilih tipografi jenis San-Serif. Jenis tipografi Serif pula bilangan respondennya seramai 3 orang atau 10%.
Tidak ada seorang responden memilih jenis tipografi Ornamental.
KEPUTUSAN
Berdasarkan Jadual 4 Kecenderungan Pemilihan Konsep Pengiklanan Kreatif, penggunaan bahasa Melayu adalah
yang tertinggi dipilih oleh responden. Ini kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang mudah difahami
oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. Seterusnya, majoriti responden bersetuju berkenaan dengan penggunaan
satu tema akan memberi impak yang lebih berkesan dalam sesuatu kempen. Tema akan menjadikan sesuatu kempen
itu jelas untuk memberi kefahaman kepada audiens. Responden bersetuju dengan penggunaan ilustrasi/gambar/
simbol/ ikon dalam menyampaikan mesej kempen kerana penyampaian secara kreatif lebih menarik minat lebih ramai
audiens untuk memahami inti patinya. Majoriti responden amat bersetuju dengan penggunaan audio dan visual dalam
menyampaikan mesej. Ini kerana sebahagian daripada elemen multimedia ini amat menarik dan mampu memberi
kefahaman dengan jelas. Bagi jenis pengiklanan kreatif, videografi adalah paling tinggi telah dipilih oleh responden.
RAJAH 2. Proses Lakaran Idea Watak Ilustrasi
Berdasarkan keputusan ini, satu pembangunan prototaip telah dibina. Menurut [14], prototaip yang bersifat high-
fidelity lebih rational dan memberi ekspresi yang baik kepada audiens. Sebelum membangunkan prototaip, proses
lakaran dan papan cerita (storyboard) perlu dihasilkan terlebih dahulu. Menurut [15], tujuan papan cerita (story
44
MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 33-49, MAY 2018 eISSN 0127-6271
MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)
www.mirjo.maltesas.my
board) adalah untuk adalah sebagai mock-up (model pengolokkan/rekaan yang dibuat sebelum model atau prototaip)
dalam permainan yang dicadangkan di dalam kertas. Proses lakaran perlu dibuat untuk dijadikan papan cerita bagi
kempen ini. Konsep videografi yang dibawa dalam kajian ini ialah videografi yang menggunakan konsep penceritaan
bergambar (picture story telling) untuk menyampaikan mesej-mesej Islam berkaitan dengan kempen kesihatan. Oleh
itu, pengkaji telah membuat beberapa lakaran watak ilustrasi mengikut jalan penceritaan yang telah ditetapkan (rujuk
Rajah 2). Papan cerita (story board) perlu terlebih dahulu dibuat secara lakaran kasar sebelum diaplikasikan secara
digital untuk membangunkan prototaip (Rajah 3).
RAJAH 3. Proses Lakaran Papan Cerita.
Seterusnya lakaran watak ilustrasi telah dilakarkan seperti dalam Rajah 4 yang menunjukkan ia dilakarkan
menggunakan perisian digital untuk menjelaskan lagi watak untuk babak yang telah disusun mengikut papan cerita.
RAJAH 4. Lakaran watak ilustrasi menggunakan aplikasi digital.
Selepas proses melakar watak-watak ilustrasi dalam bentuk digital, seterusnya pengkaji akan memindahkan atau
mengaplikasikan watak tersebut di dalam perisian Adobe After Effect untuk digabungkan atau disusun mengikut jalan
penceritaan yang telah diolah dalam bentuk videografi (rujuk Rajah 5). Penambahan suara latar (voice over) dan muzik
untuk latar belakang juga di letakkan sekali dalam proses suntingan video ini.
45
MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 33-49, MAY 2018 eISSN 0127-6271
MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)
www.mirjo.maltesas.my
RAJAH 5. Proses memindahkan watak ilustrasi dalam Perisian Adobe After Effect.
Manakala Rajah 6 pula menunjukkan pembangunan prototaip yang telah dibangunkan berdasarkan jawapan
responden. Dalam prototaip ini, warna sejuk adalah yang tertinggi dipilih oleh responden. Hal ini kerana warna sejuk
mampu memberi ketenangan kepada audiens untuk menonton. Meskipun begitu, pengkaji juga telah menggunakan
sedikit warna panas untuk diaplikasikan ke atas watak ilustrasi untuk mewujudkan kontra di antara watak ilustrasi dan
latar belakangnya. Seterusnya jenis tipografi yang tertinggi dipilih oleh responden adalah kesemua jenis tipografi. Hal
ini akan memberi variasi kepada pembangunan prototaip videografi dengan menitikberatkan kesesuaian penggunaan
tipografi dalam setiap babak.
46
MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 33-49, MAY 2018 eISSN 0127-6271
MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)
www.mirjo.maltesas.my
RAJAH 6. Pembangunan prototaip videografik kempen kesihatan mental.
PENILAIAN PRODUK AKHIR
Jadual 5, adalah penilaian produk akhir iaitu ujian pasca. Penilaian ini telah diuji dengan menggunakan soal selidik
secara dalam talian. Seramai 56 orang responden yang memberikan maklum balas. Faktor PA1 menunjukkan
keputusan sejauh manakah tahap keberkesanan pengiklanan kreatif menerusi videografi Islamik terhadap kempen
kesihatan mental. Data menunjukkan majoriti memilih Sangat Bersetuju iaitu seramai 33 orang atau peratusannya
33%, manakala 37% atau 21 orang responden memilih Bersetuju. Selebihnya Neutral dan Tidak Setuju masing-masing
mempunyai peratusan yang sama iaitu 1.8% iaitu 1 orang responden. Tidak ada seorang responden pun memilih tahap
sangat kurang baik dalam penilaian ini. Secara kesimpulannya, produk akhir pengkaji ini boleh dikatakan berjaya
dalam memberi keberkesanan atau impak yang berkesan dalam kempen kesihatan mental ini.
JADUAL 5. Penilaian Produk Akhir.
Faktor Kekerapan
(n=56)
Peratusan
(%)
PA1
Sangat tidak Bersetuju - -
Tidak Setuju 1 1.8
Neutral 1 1.8
Bersetuju 21 37
47
MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 33-49, MAY 2018 eISSN 0127-6271
MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)
www.mirjo.maltesas.my
Faktor Kekerapan
(n=56)
Peratusan
(%)
Sangat Bersetuju 33 59
PA2
Sangat tidak Bersetuju - -
Tidak Setuju 1 2
Neutral 4 7
Bersetuju 25 45
Sangat Bersetuju 25 45
Jadual 5 di atas juga menunjukkan tahap keberkesanan pendekatan Islamik dalam produk akhir pengkaji terhadap
kempen kesihatan mental (faktor PA2). Oleh itu, data menunjukkan sebanyak 45% atau 25 orang responden memilih
Sangat Bersetuju dan Bersetuju berkenaan dengan tahap keberkesanan pendekatan Islamik dalam kempen ini masing-
masing mempunyai peratusan dan bilangan responden yang sama. Manakala 7% iaitu seramai 4 orang responden telah
memilih tahap yang sederhana. 2% atau 1 orang responden pula telah memilih tahap yang kurang baik. Tidak ada
seorang responden atau 0% memilih jawapan tahap yang sangat kurang baik dalam menilai produk akhir pengkaji ini.
Secara kesimpulannya, melalui penilaian di atas pendekatan Islamik adalah merupakan wadah yang terbaik atau
langkah yang boleh diketengahkan dalam menangani masalah atau isu yang berkaitan dalam kempen kesihatan mental
ini.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Kesihatan mental amat berkait rapat dalam kehidupan seseorang manusia. Mereka perlu menjaga kesihatan mental
seperti mereka menjaga nyawa mereka sendiri. Salah satu komponen dalam Maqasid Shari’ah adalah memelihara
nyawa. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 195:
“…dan janganlah kamu sengaja mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri dan berbuat
baiklah. Sesungguhnya, Allah menyukai orang yang beramal soleh. (Al-Baqarah, 2:195)”
Ayat di atas menerangkan bahawa manusia tidak boleh melakukan perkara yang membinasakan kehidupan mereka
sebaliknya melakukan kebaikan serta amal soleh sebagai simbol ketaatan kepada Tuhan. Tambahan itu, kesihatan
mental perlu dipelihara supaya akal manusia dapat dipandu oleh hati manusia menuju ke arah kebaikan. Seperti yang
dinyatakan berdasarkan hadis di bawah:
“Dari Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa
kalian dan harta kalian akan tetapi Dia melihat kepada hati-hati kalian dan perbuatan-perbuatan kalian.” (Hadis
Riwayat Muslim)”
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa hati yang sejahtera yang dipandu oleh agama mampu memberi sinar dalam
kehidupan manusia. Namun, sekiranya akal yang tidak dipandu dengan wahyu telah berjaya mengawal hati manusia,
maka mereka akan mudah menuju dirinya ke lembah kebinasaan.
Masalah kesihatan mental merupakan masalah yang serius jika tidak dibendung daripada awal. Di sini perlunya
pengetahuan tentang bahaya mengenai masalah ini. Kenyataan ini disokong oleh Intan Nurhaila Meor Safari, et al. [5]
bahawa pengetahuan tentang kesihatan mental dalam masyarakat tidak sehebat pengetahuan terhadap penyakit lain
seperti kanser, jantung dan kencing manis. Justeru, kempen mengenai masalah kesihatan ini perlu diperkaya dengan
menggunakan saluran media baharu untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat. Pengiklanan
kreatif terhadap kempen kesihatan mental menerusi videografi Islamik dilihat mampu menarik minat masyarakat
untuk mengetahui bahaya tentang masalah ini dan cara untuk mengatasinya melalui pendekatan agama. Ini kerana,
setiap masalah perlulah kembali kepada agama yakni kembali kepada Yang Maha Esa. Islam telah memberi garis
panduan dalam melayari kehidupan yang penuh ujian dan cabaran seperti yang telah termaktub dalam kitab suci Al-
Quran.
48
MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 33-49, MAY 2018 eISSN 0127-6271
MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)
www.mirjo.maltesas.my
“Sungguh, kamu akan diuji pada hartamu dan diri kamu. Dan sesungguhnya kamu akan mendengar dari orang
yang telah diberikan Kitab dahulu daripadamu dan orang musyrik yang banyak menyakitkan hati. Dan jika kamu
bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki di
ambil berat. (Ali-‘Imran,3:186)”
Islam amat menitikberatkan penjagaan semua aspek kehidupan. Suhaimi [16] menjelaskan bahawa, Islam
mempunyai aturan dan syari’at dalam melindungi agama, jiwa, keturunan, akal, jasmani dan harta benda. Sekiranya
masyarakat menjadikan Islam sebagai suatu cara hidup, kehidupan mereka lebih terarah dan tenang.
Masyarakat perlu membantu pesakit yang mempunyai masalah dengan kesihatan mental. Hal ini disokong oleh
Intan Nurhaila Meor Safari, et al. [5] bahawa masyarakat seharusnya tidak memberi stigma negatif kepada pesakit
mental sebaliknya memberi penerapan melalui pemahaman dan pendidikan kepada masyarakat. Sekiranya masyarakat
umum bekerjasama membantu dengan mengembalikan semangat kepada pesakit mental, nescaya jumlah pesakit
mental dapat dikurangkan.
Dalam usaha memajukan budaya umat Islam, langkah pertama dan utama yang perlu digerakkan adalah dengan
menghidupkan agama dalam hidup masyarakat. Ini kerana, agama mampu memandu masyarakat dalam menyelusuri
kehidupan yang penuh dengan cabaran. Sekiranya aspek ini diabaikan, ini boleh mengakibatkan tekanan hidup dan
menyumbang kepada masalah kesihatan mental. Sebagai seorang Muslim, apabila berhadapan dengan sesuatu masalah
serta tekanan hidup, mereka dituntut untuk mendekatkan diri dengan Pencipta. Antara surah yang boleh diamalkan
adalah Surah Al-Insyirah. Kesan yang akan mereka perolehi adalah tekanan serta beban hidup yang dirasakan selama
ini akan Allah hapuskan perlahan-lahan.
Pengkaji melihat, kempen kesihatan yang menekankan mesej-mesej Islam atau menggunakan pendekatan Islamik
menerusi videografi merupakan wadah yang terbaik dalam menangani isu dan masalah mental yang berlaku dalam
kalangan masyarakat kini. Usaha ini juga adalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa penjagaan kesihatan dari
segi mental juga perkara yang perlu diambil berat selain daripada masalah kesihatan fizikal.
Pendekatan Islamik dalam kempen kesihatan mental haruslah diketengahkan kepada masyarakat umum kerana
manusia perlu berbalik kepada fitrah asal kejadiannya. Sekiranya manusia berhadapan dengan pelbagai masalah, Islam
adalah penyelesaiannya kerana ia merupakan agama rahmatan lil ‘alamin (rahmat sekalian alam) yang membawa
rahmat kepada semua makhluk.
RUJUKAN
[1] Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia, "Masalah Kesihatan Mental di Malaysia," ed, 2016.
[2] Firdaus Abdul Ghani. Memahami Masalah Kesihatan Mental, 30 June, 2013. Available:
http://www.myhealth.gov.my/memahami-masalah-kesihatan-mental/
[3] Siti Rohani Idris, "Rawatan awal cegah gangguan kesihatan mental," in Berita Harian, ed, 2016.
[4] World Health Organization. Mental health: a state of well-being. 2 July, 2014. Available:
http://www.who.int/features/factfiles/mental_health/en/
[5] Intan Nurhaila Meor Safari, Norlija Kassim, Nur Falihin Iskandar, Mohamad Haazik Mohamed, and Mohd Yusof
Abdullah, "Tahap Pengetahuan Mengenai Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) : Kajian Kes di UKM, Bangi," Jurnal Personalia Pelajar, 2011, vol. 14, pp. 37-44.
[6] Shamzaeffa Samsudin and K. T. C. Hong, "Hubungan Antara Tahap Kesihatan Mental dan Prestasi Pelajar
Sarjana Muda: Satu Kajian di Universiti Utara Malaysia," Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, vol. 14, 2016, pp. 11-
16.
[7] Rosmizan Resdi, "40 peratus rakyat Kelantan hadapi masalah mental," in Utusan Online, ed, 2016.
[8] Siti Zarinah Sahib, "Derita dalam senyap," in MyMetro, ed, 2018.
[9] Badaruddin, "Psikoterapi Islam dan Kesehatan Mental," Tasamuh, vol. 4, 2012, pp. 97-106.
49
MIRJO VOL. 3, ISSUE. 2, PP 33-49, MAY 2018 eISSN 0127-6271
MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO)
www.mirjo.maltesas.my
[10] Roslee Ahmad, Mohamed Sharif Mustaffa, and Jamaludin Ramli, "Kesihatan Mental Rakyat Malaysia Masa Kini,
Suatu Pendekatam Kaunseling Berdasarkan Nilai-Nilai Islam," presented at the Persidangan Kaunseling
Universiti Malaya, 2005.
[11] Yatimah Sarmani and Mohd Tajudin Minggal, Teori Kaunseling Al-Ghazali Mengenal Ilmu, Sejarah dan
Kandungan Al-Quran: PTS, 2008.
[12] Norhafizah Musa and Che Zarrina Sa'ari, "Teori Psikoterapi Dalam Menangani Stress," presented at the
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan, 2017.
[13] Fadzli Adam, Marhana Mohamed Anuar, and Ab. Hamid Ali, "The use of blog as a medium of Islamic da'wah in
Malaysia," International Journal of Sustainable Human Development, vol. 2, 2014, pp. 79 – 80.
[14] M. Walker, L. Takayama, and J. A. Landay, "High-Fidelity or Low-Fidelity, Paper or Computer? Choosing
Attributes When Testing Web Prototypes," Proceedings of the Human Factors and Ergonomics Society 46th
Annual Meeting, 2002, pp. 661–665.
[15] E. J.Marchiori, A. d. Blanco, J. Torrente, I. Martinez-Ortiz, and B. Fernandez-Manjon, "A Visual Language for
The Creation of Narrative Educational Games," Journal of Visual Languages and Computing, vol. 22, 2011, pp.
443-452.
[16] Suhaimi, "Gangguan Jiwa Dalam Perspektif Kesihatan Mental Islam," Risalah, vol. 26, 2015, pp. 197-205.
Recommended