View
4
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TAJUK : “STRATEGI PEMBANGUNAN UMMAH”
30 OKTOBER 2015M / 17 MUHARRAM 1437H
____________________________________________________________
(Surah Ali Imran :110)
شأ
ن ل
هد أ
ــ ل هللا وح
ال ل ه ودهه
رليك
ش
ول
ش
، وأ نا
دا عب هد أ ودهمحما
هم وورسو ل
هما صلل وسل
ا . ال ص
هل وأ ل ى آ
د وعل ا محما
ن دل ى سيل
عل هل ومن ےحابل
ح إل عهم بل بلى يو ت
ل ل ين.سان مل ادل
2
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
ا بع ماأ هل اتل
ق
قوا هللا حقا ت تا باد هللا، ال يا عل
ےد، ف نا
موت
ت
نتم ، ول
وأ
ال ل
س مون. م لل
SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T,
Khatib memperingatkan diri ini dan sidang jemaah yang dimuliakan
sekalian, marilah kita bersama-sama bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan
sebenar-benar taqwa, dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
menjauhi segala tegahan-Nya. Bermula di dalam rumah Allah s.w.t yang
penuh barakah ini, marilah bersama kita berpegang kepada agama Allah
s.w.t yakni dengan menjaga hubungan kita sebagai hamba-Nya dan juga
hubungan sesama insan, agar penyatuan ummah dapat direalisasikan.
Nikmat Islam yang dikecapi dan hamparan luas keamanan yang kita
nikmati selama ini, seharusnya kita syukuri dengan meningkatkan amal
ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta
lagi Maha Berkuasa serta menjalin eratkan hubungan kita sesama
manusia. Semoga, hidup kita sentiasa dicucuri rahmat serta kebahagiaan
di dunia dan di akhirat.
Firman Allah s.w.t di dalam surah Ali ‘Imran petikan ayat 103:
Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada agama Allah,
dan janganlah berpecah belah”.
3
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk
“STRATEGI PEMBANGUNAN UMMAH”.
SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 143:
Maksudnya: “Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin
kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad)
satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang
memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang
salah), dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang
menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya qiblat kamu ialah
4
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan qiblat yang engkau mengadapnya
dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi
melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar
mengikut rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling
tadah (berbalik kepada kekufurannya). Dan sesungguhnya (soal peralihan
arah qiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-
orang yang telah diberikan Allah pertunjuk hidayah. Dan Allah tidak akan
menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah
belas kasihan dan rahmat-Nya kepada orang-orang (yang beriman).”
Allah s.w.t menegaskan bahawa umat cemerlang adalah umat
pertengahan, iaitu umat yang adil, tidak berat sebelah dan mengimbangi
kehidupan di dunia dan di akhirat. Sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w,
telah memperlihatkan Baginda s.a.w memimpin masyarakat Madinah ke
arah kecemerlangan. Antara ciri-ciri umat yang cemerlang adalah:
1. Melakukan amar makruf.
2. Mencegah kemungkaran.
3. Ikhlas dalam setiap perlakuan dan perjuangan yang berteraskan
keimanan kepada Allah s.w.t.
Islam menggesa umatnya agar menyeimbangkan tuntutan antara
kehidupan di dunia dan di akhirat. Kehidupan di dunia ini perlu dijalani
dengan tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah. Peluang dan ruang
yang ada perlu digunakan sebaik-baiknya dengan niat yang baik dan
dalam batasan syarak yang dibenarkan. Melalui pendekatan inilah umat
5
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Islam mampu menyelesaikan segala permasalahan ummah, memberi
fokus kepada mempertingkatkan kualiti hidup ummah melalui
pembangunan insan, pembangunan ilmu pengetahuan, perpaduan,
kestabilan ekonomi dan keamanan serta keselamatan.
SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T,
Peristiwa hijrah telah memberi kesan kepada kecemerlangan ummah pada
masa ini. Catatan sejarah perjuangan Baginda s.w.t terbukti atas
perpaduan yang dibina tatkala Baginda mula berhijrah ke Madinah pada
tahun 622 Masihi. Seterusnya proses meninggikan syiar Islam di negara
ini bermula sejak zaman kemerdekaan.
Islam telah menjadi tunjang kepada falsafah dan wawasan negara. Islam
adalah agama sempurna yang menggariskan beberapa asas dalam
menjaga perpaduan dan persefahaman, amalan kesederhanaan dalam
pelbagai aspek kehidupan, kefahaman keagamaan sehinggalah hubungan
individu dengan masyarakat sekelilingnya yang berbeza agama, adat dan
budaya.
Dalam meraikan kepelbagaian ini, prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam tidak
pernah dipinggirkan, sebaliknya Islam tetap dijunjung dan dimartabatkan
keunggulannya di mata dunia. Rasulullah s.a.w tidak pernah menunjukkan
sikap yang melampau dalam setiap aspek sama ada dakwah,
pemerintahan negara, kehakiman, hubungan diplomatik mahupun amalan
adat resam dan kebudayaan.
6
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Islam sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah
Rasulullah s.a.w, menjadi panduan yang jelas. Justeru, sebagai umat yang
bermaruah, Islam tidak akan membiarkan ummah menyimpang daripada
hala tuju, dipandang remeh dan diperkotak-katikkan kerana tidak
berkemampuan menyelesaikan permasalahan ummah.
SIDANG JUM‘AT YANG BERBAHAGIA,
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 107:
Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai
Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam.”
Kehebatan Rasulullah s.a.w dalam mencipta kegemilangan ummah telah
terbukti. Marilah kita mencontohi perjuangan Baginda s.a.w dalam
menyelesaikan permasalahan ummah. Antara perjuangan Baginda yang
perlu diberi tumpuan adalah melalui:
1. Keimanan dan ketaqwaan.
Iman dan taqwa adalah teras utama umat Islam. Ia membawa kejayaan
dan kecemerlangan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat sebagaimana
firman Allah s.w.t dalam surah al-A’raf ayat 96:
7
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
….
Yang bermaksud : “Dan (Tuhan berfirman lagi): Kalau sekiranya
penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan
membukakan kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah
berkatnya, daripada langit dan bumi...”
Keimanan dan ketaqwaan menjamin kerukunan hidup meskipun bersama
dengan mereka yang tidak mengamalkan ajaran Islam. Dengan
berpegang kepada keimanan dan ketaqwaan, Rasulullah s.a.w
membuktikan bahawa Piagam Madinah yang didasari dengan keimanan
dan ketaqwaan kepada Allah tidak menjejaskan hak dan kedudukan
penduduk Madinah yang berlainan bangsa, agama dan budaya ketika itu.
2. Memelihara persaudaraan dan perpaduan.
Islam adalah agama persaudaraan dan mengutamakan konsep
berjema‘ah.
Hadis Nabi s.a.w:
ال ىل صلى هللا عليه وسلم ق بل
س عنل انانى :عن أ م حتا
حدك
ن أ مل
ل يؤ
با لل يحل هل نفسل ل ب يهل ما يحل .خل
8
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Maksudnya: Daripada Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Tidak
sempurna iman seseorang daripada kamu, sehinggalah dia mengasihi
saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
(Hadis Bukhari Dan Muslim).
Antara perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w apabila
berhijrah ke Madinah ialah membina masjid sebagai pusat aktiviti umat
Islam dan mempersaudarakan dua golongan, iaitu Muhajirin dan Ansar.
Strategi menyatupadukan penduduk Islam Madinah adalah cara terbaik
menghindari sikap perkauman melalui semangat kabilah dan kesukuan
dalam kalangan mereka.
Perbezaan pendapat tidak menjadi kelemahan kepada umat Islam.
Bersikap terbuka dalam setiap perkara, jalinan erat persaudaran Islam dan
persaudaraan kemanusiaan mampu membendung sikap pentingkan diri
sendiri. Ummah akan hancur andainya persaudaraan dan perpaduan lebur.
Bertepatan dengan pepatah Melayu yang mengungkapkan, “Bersatu teguh,
bercerai roboh”.
SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T,
Strategi pembangunan ummah seterusnya ialah:
3. Menguasai bidang keilmuan.
Termaktub dalam al-Quran, Allah s.w.t mengangkat darjat dan kedudukan
orang-orang yang berilmu.
9
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Allah berfirman melalui ayat 11 surah al-Mujadalah:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada
kamu memberi lapang daripada tempat duduk kamu (untuk orang lain),
maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan (serba
serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah,
supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman antara kamu;
dan (Allah meninggikan) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama
(dalam kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah amat
Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.”
Ummah yang cemerlang adalah ummah yang mempunyai ilmu
pengetahuan, berketrampilan, berkemahiran tinggi dan menguasai bidang
sains dan teknologi yang inovatif dan kreatif. Dalam mendalami ilmu
pengetahuan, masyarakat Islam perlu bersikap terbuka dan positif. Ilmu
pengetahuan adalah anugerah Ilahi yang dikurniakan kepada sesiapa yang
rajin berusaha mencari dan mendalaminya.
10
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
4. Memperkukuhkan sistem ekonomi.
Sistem muamalat Islam dapat mengukuhkan ekonomi ummah. Fokus
utama adalah dengan membasmi kemiskinan tegar dan meningkatkan taraf
sosio ekonomi umat Islam. Projek-projek yang dilaksanakan seperti
transaksi perbankan Islam yang bebas daripada riba dan gharar
(penipuan), memartabatkan institusi baitul mal, pengurusan zakat,
pengurusan wakaf dan sebagainya akan memberi kesan positif dalam
pembangunan ummah.
5. Melaksanakan keadilan.
Adil dan tidak melakukan kezaliman adalah keindahan Islam. Allah s.w.t
menitikberatkan soal keadilan dan mengharamkan hamba-Nya melakukan
kezaliman. Perkataan ‘adil’ itu sendiri telah disebut dalam al-Quran
sebanyak lebih 20 kali, yang mana ia melambangkan satu perintah yang
sangat diberi tumpuan oleh Allah s.w.t dan perlu diberi perhatian oleh umat
Islam. Antaranya dalam surah al-Ma’idah ayat 8:
11
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu semua
sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah,
lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu
terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap
adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat Mengetahui dengan mendalam akan apa yang
kamu lakukan.”
Sebagai anggota masyarakat, setiap orang bertanggungjawab memastikan
orang lain turut menikmati keselesaan hidup. Rasulullah s.a.w
mengibaratkan hubungan antara sesama muslim itu seperti satu bangunan
yang saling menyokong antara satu sama lain.
SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T,
Mengakhiri khutbah, mimbar sekali lagi menyeru agar kita bersatu hati dan
bersama dalam memastikan hala tuju pembangunan ummah ke arah
kecemerlangan. Kehebatan Islam bermula dari zaman Rasulullah. Namun
sebagai umat Islam adalah tanggungjawab kita memastikan ikatan
persaudaraan Islam terus kukuh dan Islam tetap hebat di serata pelusuk
dunia.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Qasas ayat 77:
12
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Maksudnya: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah
dikurniakan oleh Allah kepada kamu akan pahala dan kebahagiaan hari
akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagiaanmu (keperluan dan
bekalanmu) daripada dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba
Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu (dengan pemberian
nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan
kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-
orang yang berbuat kerosakan.”
م ك
في ا بارك هللا لي ول
ل ر
ق
م ءان ال
اك عني وإي
ف
بما فيه من عظيم، ون
ال ك
ك وال يا
م ر ال
ي ومنك
كل من ب
ق
ميع حكيم، وت ه هو الس
ه إن
وت
تل
و ال
ول ق
ق
عليم، أ س
ا وأ
لي ه
غ
ت
م فر هللا ال
ك
ئر عظيم لي ول
، ولسا
ال س
وال
لمين س
، وال لما
ؤ
وال
منين
ؤ اس
، ف ا
من
غ
يات
و فروه ف
ف
ز
ال س
غ
ت
ا الت
جاة
.فرين ويا ن
ئبين
Recommended