View
1.616
Download
29
Category
Preview:
Citation preview
7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
1/27
940320-14-5509
1
Tajuk : Analisis guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia dari tahun 2000 sehingga tahun
2012.
Abstrak
Kajian ini mengenai analisis guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia bagi tempoh tiga
belas tahun iaitu dari tahun 2000 sehingga 2012. Pengkaji memfokuskan jumlah guna tenaga
bagi aktiviti hartanah yang dijadikan sebagai objektif pertama. Objektif kedua pula, matlamatpengkaji adalah untuk menganalisis kadar perubahan guna tenaga bagi aktiviti hartanah di
Malaysia. Pengkaji menggunakan beberapa kaedah kajian seperti kaedah kajian melalui
pengumpulan data sekunder dan menganalisis data. Pengkaji menggunakan data sekunder bagimengetahui jumlah guna tenaga aktiviti hartanah dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Pengunaan
kaedah analisis data pula, pengkaji menggunakan kaedah ini bagi mengenalpasti peratus
perubahan guna tenaga bagi aktiviti hartanah. Peningkatan jumlah guna tenaga dari tahun ke
tahun dapat dilihat oleh pengkaji setelah melaksanakan kajian ini walaupun terdapat sedikitpenurunan pada tahun tertentu seperti tahun 2008 tetapi penurunan tersebut masih didalam
keadaan terkawal dan perubahannya tidak terlalu drastik. Perubahan peratus guna tenaga bagi
aktiviti hartanah dari tahun 2000 hingga tahun 2012 juga berada dalam keadaan konsisten
dimana nilai perubahannya tidak terlalu besar. Hal ini berlaku disebabkan oleh peningkatan nilai
dan aktiviti hartanah yang berlaku selama tempoh tiga belas tahun ini.
7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
2/27
940320-14-5509
2
Isi Kandungan
1.0Latar Belakang Kajian 1
2.0Penyataan Masalah 2
3.0Objektif Kajian 3
4.0Kaedah Kajian
4.1Data Sekunder 4
4.2Kaedah Analisis Data 5
5.0Hasil Dapatan dan Perbincangan
5.1 Objektif 1 6-13
5.2Objektif 2 14-216.0Cadangan Kajian 22
7.0Penutup 23
8.0Rujukan 24
7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
3/27
940320-14-5509
3
1.0 Latar belakang kajian
Ekonomi di Malaysia terbahagi kepada beberapa sektor, iaitu sektor primer, sekunder,
dan tertier merupakan sektor-sektor yang ada di Malaysia. Sektor tertier atau dikenali sebagai
sektor ketiga melibatkan aktiviti yang memberi sokongan kepada sektor utama dan sektor
kedua. Guna tenaga bagi aktiviti hartanah berlaku peningkatan dari 55 900 orang pada tahun
2010 kepada 58600 orang pada tahun 2012. Pengkaji ingin mengkaji guna tenaga bagi
aktiviti hartanah di Malaysia dari tahun 2000 sehingga 2012
Aktiviti hartanah di Malaysia melibatkan penjualan dan pembelian tanah persendirian,
tanah komersial, dan bangunan-bangunan komersial atau persendirian. Kegiatan hartanah di
Malaysia telah berlaku sejak zaman kesultanan Melayu lagi, kegiatan ini melibatkan sultan
sebagai pemegang kuasa mutlak terhadap tanah-tanah di Tanah Melayu dan diuruskan oleh
pembesar-pembesar dalam pengutipan cukai. Sistem percukaian masih lagi digunakan
sehingga sekarang dan dikenakan kepada pemegang-pemegang aset hartanah di Malaysia.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat mentafsirkan hartanah sebagai harta
tanah. Perkara ini melihatkan bahawa tanah dianggap sebagai harta ataupun aset bagi
pemiliknya. Pemilikan hartanah pada masa kini adalah terhad dan menyebabkan nilai tanah
di Malaysia meningkat dari tahun ke tahun seiring dengan perkembangan ekonomi di
Malaysia.
7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
4/27
7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
5/27
940320-14-5509
5
3.0 Objektif kajian
Dalam sebuah penyelidikan, objektif kajian adalah elemen terpenting sebagai panduan kepada
tujuan yang khusus dalam proses penyelidikan. Objektif kajian adalah seperti yang berikut:
i. Mengenalpasti jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia dari tahun 2000sehingga 2012.
ii. Mengenalpasti perubahan kadar guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia daritahun 2000 sehingga 2012.
7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
6/27
940320-14-5509
6
4.0 Kaedah kajian
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa instrumen
4.1 Data sekunder
Pengkaji telah merujuk beberapa laman sesawang bagi membantu mendapatkan maklumat
berkaitan mengenai kajian mengenai guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia dari tahun
2000 sehingga 2012. Laman sesawang yang diakses untuk memperoleh maklumat termasuklah
Yahoo, Google, Wikipedi, Jabatan Perangkaan Malaysia dan lain-lain maklumat yang berkaitan.
Segala maklumat yang diperoleh oleh pengkaji dilaman-laman sesawang akan dicetak dan
dikumpul bagi tujuan kajian data-data guna tenaga. Pengkaji juga telah merujuk buku ilmiah bagi
mendapatkan maklumat mengenai aktiviti hartanah di Malaysia dan guna tenaga bagi aktiviti ini.
Buku Ekonomi Malaysia terbitan Longman merupakan salah satu buku yang digunakan oleh
pengkaji untuk mendapatkan info tambahan. Maklumat yang telah dikumpulkan akan
diselaraskan dengan data daripada sumber internet.
7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
7/27
940320-14-5509
7
4.2 Kaedah analisis data
Pengkaji telah meringkaskan dan menghuraikan data mengenai kadar guna tenaga bagi aktiviti
hartanah di Malaysia dari tahun 2000 sehingga 2012 dengan menggunakan jadual dan graf
dengan dimensi jumlah guna tenaga dan kadar peratus guna tenaga dalam aktiviti hartanah pada
tahun 2000 hingga tahun 2012 di Malaysia. Kadar perubahan guna tenaga boleh didapati melalui
guna tenaga tahun semasa tolak dengan guna tenaga tahun sebelum bahagi dengan guna tenaga
tahun sebelum dan darab dengan seratus.
Rumus analisis peratus perubahan tenaga
[
100].
Selepas pengiraan menggunakan rumus ini, pengkaji mengalihkan maklumat yang diperoleh ini
kepada bentuk graf bar untuk menunjukkan jumlah guna tenaga dan graf garis untuk
menunjukkan kadar perubahan peratusan guna tenaga. Dengan ini, pengkaji telah menggunakan
Microsoft Word untuk membuat jadual guna tenaga dan membuat graf bar dan graf garis untuk
menunjukkan jumlah guna tenaga dan perubahan peratusan guna tenaga dalam aktiviti hartanah
dalam tempoh 13 tahun iaitu dari tahun 2000 sehingga 2012.
7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
8/27
940320-14-5509
8
5.0 Hasil dapatan dan perbincangan
Objektif kajian 1 : Mengkaji jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia dari tahun
2000 sehingga tahun 2012
Jadual 1 : Jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia dalam tempoh empat tahun iaitu
dari tahun dari tahun 2000 hingga tahun 2003
Sumber : (www.statistic.gov.com)
Rajah 1 : Jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia dalam tempoh empat tahun daritahun 2000 hingga tahun 2003
474.3
348.6
397.1 404.2
0
100
200
300
400
500
2000 2001 2002 2003
GunaTenaga
('000orang)
Tahun
Malaysia : Jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah
dari tahun 2000 sehingga 2003
Tahun Jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia
(000 orang)
2000 474.3
2001 348.6
2002 397.1
2003 404.2
http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
9/27
940320-14-5509
9
( Sumber:www.statistc.gov.com)
Berdasarkan jadual 1 dan rajah 1, jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia
dalam tempoh empat tahun mengalami pola perubahan tidak konsisten. Jumlah guna tenaga pada
tahun 2000 adalah sebanyak 474.3 ribu orang. Pada tahun 2001, berlaku penurunan dimana
jumlah guna tenaga pada ketika itu sebanyak 348.6 ribu orang. Walaubagaimanapun pada tahun
2002 jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah meningkat kepada 397.1 ribu orang. Pada tahun
2003, berlaku peningkatan jumlah guna tenaga kepada 404.2 ribu orang.
http://www.statistc.gov.com/http://www.statistc.gov.com/http://www.statistc.gov.com/http://www.statistc.gov.com/7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
10/27
940320-14-5509
10
Jadual 2 : Jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia dalam tempoh tiga tahun dari
tahun 2004 hingga tahun 2006
(Sumber :www.statistic.gov.com)
Rajah 2 : Jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia dalam tempoh tiga tahun dari
tahun 2004 hingga tahun 2006
(Sumber :www.statistic.gov.com)
458.5 459
508
430
440
450
460
470
480
490
500
510
520
2004 2005 2006
GunaTen
aga
'000orang
Tahun
Malaysia : Jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah dari
tahun 2004 hingga tahun 2006
Tahun Jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia
(000 orang)
2004 458.5
2005 459.0
2006 508.0
http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
11/27
940320-14-5509
11
Berdasarkan jadual 2 dan rajah 2, jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia
dari tahun 2004 sehingga tahun 2006 telah berlaku peningkatan. Pada tahun 2004, jumlah guna
tenaga aktiviti hartanah adalah 458.5 ribu orang. Pada tahun 2005, berlaku sedikit pertambahan
guna tenaga bagi aktiviti hartanah dimana jumlahnya meningkat kepada 459 ribu orang. Pada
tahun 2006, peningkatan telah berlaku dalam jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah di
Malaysia iaitu sebanyak 508 ribu orang. Pengenalan dasar urbanisasi dalam Rancangan Malaysia
ke lapan telah mempergiatkan pembangunan bandar-bandar. Hal ini dapat dikaitkan dengan
peningkatan guna tenaga bagi sektor hartanah kerana kemajuan infrastruktur yang dilakukan oleh
kerajaan telah menggalakkan firma-firma turut serta dalam pembangunan hartanah seperti
bangunan-bangunan komersial dan persendirian. Seterusnya meningkatkan permintaan buruh
oleh kerajaan dan firma untuk memenuhi kerja-kerja yang berkaitan dengan hartanah.
7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
12/27
940320-14-5509
12
Jadual 3 : Jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia dalam tempoh tiga tahun dari
tahun 2007 hingga tahun 2009
(Sumber :www.statistic.gov.com)
Rajah 3 : Jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia dalam tempoh tiga tahun dari
tahun 2007 hingga tahun 2009
(Sumber :www.statistic.gov.com)
558.1553.2
601.9
520
530
540
550
560
570
580
590
600
610
2007 2008 2009
Gunatena
ga
'000oran
g
Tahun
Malaysia : Jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah dari
tahun 2007 sehingga tahun 2009
Tahun Jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia
(000 orang)
2007 558.1
2008 553.2
2009 601.9
http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
13/27
940320-14-5509
13
Berdasarkan jadual 3 dan rajah 3 jumlah guna tenaga bagi sektor hartanah di Malaysia
dalam tempoh tiga tahun dari tahun 2007 sehingga 2009 mengalami pola perubahan yang tidak
konsisten. Pada tahun 2007 jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah adalah sebanyak 558.1 ribu
orang. Walaubagaimanapun jumlah tersebut menurun pada tahun berikutnya kepada 553.2 ribu
orang pada tahun 2008. Berlaku peningkatan jumlah tenaga bagi aktiviti hartanah pada tahun
2009 iaitu sebanyak 601.9 ribu orang. Penurunan yang berlaku pada tahun 2008 disebabkan oleh
pengurangan perbelanjaan pembangunan pembangunan kerajaan persekutuan dalam sektor
perkhidmatan sosial dibawah perbelanjaan perumahan dari 4.8% pada tahun 2007 kepada 4.4%
pada tahun 2008 telah memperlahankan sedikit aktiviti hartanah di Malaysia dan memberi kesan
kepada jumlah guna tenaga yang diperuntukkan.
7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
14/27
940320-14-5509
14
Jadual 4 : Jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah dalam tempoh tiga tahun dari tahun 2010
sehingga tahun 2012.
(Sumber :www.statistic.gov.com)
Rajah 4 : Jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah dalam tempoh tiga tahun dari tahun 2010
sehingga tahun 2012.
( Sumber :www.statistic.gov.com)
55.9 58.2
69
0
10
20
30
40
50
60
70
80
2010 2011 2012
GunaTenag
a
'000orang
Tahun
Malaysia : Jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah dari
tahun 2009 sehingga tahun 2012
Tahun Jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia
(000 orang)
2010 55.9
2011 58.2
2012 69.0
http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
15/27
940320-14-5509
15
Berdasarkan jadual 4 dan rajah 4, jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia
dalam tempoh tiga tahun dari tahun 2010 sehingga tahun 2012 mengalami peningkatan yang
konsisten dari tahun ke tahun. Pada tahun 2010 jum;ah guna tenaga bagi aktiviti hartanah adalah
sebanyak 55.9 ribu orang. Pada tahun 2011 berlaku peningkatan jumlah guna tenaga kepada 58.2
ribu orang. Peningkatan jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah berterusan pada tahun 2012
iaitu sebanyak 69 ribu orang. Peningkatan berterusan pada tahun 2011 hingga ke tahun
berikutnya mungkin disebabkan oleh kerajaan yang memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku
didalam bajet 2011 yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki rumah
pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan dan mendapat pembiayaan 100%
daripada bank-bank yang terpilih melalui syarat-syarat tertentu. Selain itu pengenalan projek
rumah 1Malaysia (PR1MA) pada tahun 2012 yang membantu isi rumah yang mempunyai
pendapatan sederhana untuk memiliki rumah. Pengenalan skim rumah pertamaku dan PR1MA
telah meningkatkan permintaan isi rumah terhadap hartanah dan kesannya agensi-agensi
hartanah, bank-bank dan syarikat hartanah memerlukan guna tenaga yang lebih bagi memenuhi
kerja-kerja yang berkaitan dengan hartanah.
7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
16/27
940320-14-5509
16
Objektif kajian 2 : Menganalisis kadar perubahan guna tenaga aktiviti hartanah di Malaysia pada
tahun 2000 sehingga tahun 2012.
Jadual 5 : Kadar perubahan guna tenaga buruh bagi aktiviti hartanah di Malaysia dalam tempoh
empat tahun iaitu dari tahun 2000 hingga tahun 2003
Tahun Kadar perubahan guna tenaga bagi aktiviti hartanah
( % )
2000 9.59
2001 7.05
2002 8.03
2003 8.17
( Sumber :www.statistic.gov.com)
Rajah 5 : Kadar perubahan guna tenaga buruh bagi aktiviti hartanah di Malaysia dalam tempoh
empat tahun iaitu dari tahun 2000 hingga tahun 2003.
( Sumber :www.statistic.gov.com)
9.59
7.05
8.03 8.17
0
2
4
6
8
10
12
2000 2001 2002 2003
Gunatenaga
(%)
Tahun
Malaysia : kadar perubahan guna tenaga bagi aktiviti
hartanah dari tahun 2000 hingga tahun 2003
http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
17/27
940320-14-5509
17
Berdasarkan jadual 5 dan rajah 5, berlaku perubahan didalam kadar guna tenaga bagi
aktiviti hartanah dalam tempoh empat tahun iaitu dari tahun 2000 sehingga tahun 2003. Pada
tahun 2000, guna tenaga sebanyak 9.59%. Walaubagaimanapun pada tahun 2001 berlaku
penurunan kepada 7.05%. Pada tahun 2002 peningkatan sebanyak 0.98% iaitu meningkat kepada
8.03%. Peningkatan berlaku lagi pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 2003 sebanyak 8.17%.
7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
18/27
940320-14-5509
18
Jadual 6 : Kadar perubahan guna tenaga bagi sektor hartanah dalam tempoh tiga tahun iaitu dari
tahun 2004 hingga tahun 2006.
Tahun Kadar perubahan guna tenaga bagi aktiviti hartanah
( % )
2004 9.27
2005 9.28
2006 10.27
( Sumber :www.statistic.gov.com)
Rajah 6 : Kadar perubahan guna tenaga bagi sektor hartanah dalam tempoh tiga tahun iaitu dari
tahun 2004 hingga tahun 2006.
( Sumber :www.statistic.gov.com)
9.27 9.28
10.27
8.6
8.8
9
9.2
9.4
9.6
9.8
10
10.2
10.4
2004 2005 2006
GunaTena
ga
(%)
Tahun
Malaysia : Kadar perubahan guna tenaga bagi sektor
hartanah dari tahun 2004 hingga tahun 2006
http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
19/27
940320-14-5509
19
Jadual 6 dan rajah 6 menunjukkan kadar perubahan guna tenaga bagi aktiviti hartanah di
Malaysia dalam tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2004 hingga tahun 2006. Pada tahun 2004,
kadar guna tenaga sebanyak 9.27%. dan kadar peratus ini meningkat pada tahun seterusnya iaitu
pada tahun 2005 meningkat sebanyak 0.01% iaitu 9.28%. Tahun 2006 menunjukkan peningkatan
kadar guna tenaga sebanyak 0.99% iaitu 10.27%.
7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
20/27
940320-14-5509
20
Jadual 7 : Kadar perubahan guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia dalam tempoh 3 tahun
iaitu dari tahun 2007 hingga tahun 2009.
Tahun Kadar perubahan guna tenaga bagi aktiviti hartanah
( % )
2007 11.28
2008 11.18
2009 12.17
( Sumber :www.statistic.gov.com)
Rajah 7 : Kadar perubahan guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia dalam tempoh 3 tahun
iaitu dari tahun 2007 hingga tahun 2009.
( Sumber :www.statistic.gov.com)
11.2811.18
12.17
10.6
10.8
11
11.2
11.4
11.6
11.8
12
12.2
12.4
2007 2008 2009
Gunatenaga
(%)
Tahun
Malaysia : Kadar perubahan guna tenaga bagi aktiviti
hartanah dari tahun 2007 hingga 2009
http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
21/27
940320-14-5509
21
Jadual 7 dan rajah 7 menunjukkan kadar guna tenaga aktiviti hartanah dalam tempoh tiga
tahun iaitu dari tahun 2007 hingga 2009. Tahun 2007 menunjukkan kadar guna tenaga sebanyak
11.28%. Walaubagaimanapun berlaku sedikit penurunan pada tahun berikutnya sebanyak 0.10%
iaitu kepada 11.18% pada tahun 2008. Berlaku pemulihan semula apabila kadar guna tenaga
melonjak sebanyak 0.99% iaitu kepada 12.17% pada tahun 2009.
7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
22/27
940320-14-5509
22
Jadual 8 : Kadar perubahan guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia bagi tempoh tiga
tahun iaitu dari tahun 2010 hingga tahun 2012
Tahun Kadar perubahan guna tenaga bagi aktiviti hartanah
( % )
2010 1.13
2011 1.18
2012 1.40
( Sumber :www.statistic.gov.com)
Rajah 8 : Kadar perubahan guna tenaga bagi aktiviti hartanah di Malaysia bagi tempoh tiga tahun
iaitu dari tahun 2010 hingga tahun 2012
( Sumber :www.statistic.gov.com)
1.13 1.18
1.4
0
0.2
0.4
0.6
0.8
1
1.2
1.4
1.6
2010 2011 2012
Gunatenaga
(%)
Tahun
Malaysia : Kadar perubahan guna tenaga bagi aktiviti
hartanah dari tahun 2010 hingga tahun 2012
http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/http://www.statistic.gov.com/7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
23/27
940320-14-5509
23
Berdasarkan jadual 8 dan rajah 8, menunjukkan perubahan guna tenaga bagi aktiviti
hartanah di Malaysia dalam tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2010 sehingga tahun 2012. Pada
tahun 2010 kadar guna tenaga adalah sebanyak 1.18%. Kadar guna tenaga ini meningkat
sebanyak 0.05% pada tahun berikutnya iaitu sebanyak 1.18 pada tahun 2011. Akhir sekali, pada
tahun 2012 peningkatan berlaku lagi iaitu meningkat sebanyak 0.22% iaitu kadar guna tenaga
pada ketika itu sebanyak 1.40%.
7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
24/27
940320-14-5509
24
6.0 Cadangan kajian
Melalui kajian yang dilakukan, pengkaji dapat merumuskan beberapa cadangan kajian
yang boleh diberi kepada pihak-pihak yang berkaitan. Pengkaji mencadangkan agar tempoh
untuk menyempurnakan kajian ini dilanjutkan tempohnya dimana pada asalnya tempoh kajian ini
memperuntukkan selama dua bulan. Tempoh dua bulan ini terlalu singkat bagi calon untuk
menyiapkannya kerana calon perlu membahagi masa yang terhad untuk belajar bagi menghadapi
peperiksaan penggal 3 disamping membuat kajian yang ditugaskan ini. Pengkaji berharap kajian
ini dilanjutkan tempoh kepada enam bulan supaya kajian yang dilakukan lebih bermaklumat dan
lebih tepat.
Selain itu pengkaji juga berharap agar laman sesawang khusus mengenai laporan
kewangan, guna tenaga dan keadaan ekonomi diwujudkan supaya dapat memudahkan pengkaji-
pengkaji yang akan datang untuk memperoleh maklumat mengenai kajian dengan lebih tepat dan
padat supaya kajian yang dihasilkan lebih berkualiti dan dapat dijadikan contoh oleh pelajar-
pelajar pengajian tinggi yang lain.
Bagi pihak yang berkaitan, pengkaji memberi cadangan supaya memperkecilkan skop
kajian supaya mudah bagi pelajar untuk menganalisis dan mengkaji tajuk yang ingin dikaji.
Contohnya, kajian yang dilakukan memperuntukkan calon untuk melakukan kajian bagi 13 tahun
keadaan ekonomi Malaysia. Memendekkan tempoh tersebut mungkin boleh dilakukan oleh pihak
berkaitan.
Selain daripada perubahan guna tenaga bagi aktiviti hartanah yang dikaji oleh pengkaji,
pengkaji juga mencadangkan agar pengkaji lanjutan untuk mengkaji faktor perubahan nilai
hartanah yang berlaku di Malaysia supaya peningkatan dan penurunan hartanah dari tahun ke
tahun dapat diteliti dan diketahui puncanya dengan lebih tepat. Perkara ini bukan sahaja dapat
dijadikan rujukan oleh pelajar-pelajar, malahan orang ramai juga dapat melihat dengan lebih
jelas faktor perubahan nilai hartanah di Malaysia.
7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
25/27
940320-14-5509
25
7.0 Penutup
Hasil kajian mengenai analisis guna tenaga bagi aktiviti hartanah dalam tempoh tiga belas
tahun iaitu dari tahun 2000 hingga 2012 ini menunjukkan jumlah guna tenaga yang diperoleh
oleh pengkaji dan peratus perubahan yang telah dibuat. Perubahan jumlah guna tenaga dari tahun
ketahun menunjukkan perubahan yang konsisten walaupun terdapat sedikit penurunan jumlah
guna tenaga pada tahun tertentu. Hasil analisis perubahan jumlah guna tenaga oleh pengkaji juga
mendapati peratus perubahan yang tidak terlalu besar dan tidak terlampau drastik. Hal ini
disebabkan oleh peningkatan nilai hartanah yang berlaku di Malaysia menjadikan akiviti
hartanah bergiat aktif dan perubahan nilai hartanah yang stabil. Walaupun berlaku perubahan
penurunan yang besar bagi peratus jumlah guna tenaga antara tahun 2009 dan 2010 iaitu dari
12.7% kepada 1.13%, peratusan ini bukan disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa tetapi
perubahan ini disebabkan oleh pengiraan jumlah guna tenaga oleh Jabatan Perangkaan Negara
yang mencampurkan aktiviti hartanah dengan aktiviti penyewaan dan perniagaan pada tahun
sebelum 2009. Pada tahun yang berikutnya iaitu tahun 2010, Jabatan Perangkaan Negara telah
mengasingkan pengiraan guna tenaga bagi aktiviti hartanah, penyewaan dan perniagaan kepada
aktivti hartanah sahaja supaya memudahkan untuk mengira dan mengenalpasti jumlah guna
tenaga. Hasil dapatan mendapati peningkatan jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah ini
disebabkan oleh kerajaan sendiri. Buktinya kerajaan telah memperkenalkan dasar-dasar yang
telah mempergiatkan aktivti hartanah di Malaysia. Contohnya, dasar urbanisasi, pengenalan
Skim Rumah Pertamaku dan Projek Perumahan 1 Malaysia (PR1MA). Akhir sekali pengkaji
juga dapat merumuskan bahawa peningkatan jumlah guna tenaga bagi aktiviti hartanah di
Malaysia disebabkan oleh beberapa faktor utama seperti galakan kerajaan yang telah
mempergiatkan aktiviti hartanah, kemajuan infrastruktur yang menyebabkan pembangunan
berkembang dengan pesat yang memberi kesan kepada hartanah di negara ini, dan keadaan
ekonomi negara Malaysia sendiri.
7/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
26/27
940320-14-5509
26
8.0 Rujukan
1. Bill Rohaizan. Pasaran Hartanah Tempatan Mengapa hartanah semakin meningkat.https://www.facebook.com/notes/bill-rohaizan-perunding-hartanah/artikel-1-pasaran-
hartanah-tempatan-mengapa-hartanah-semakin-meningkat/186977458089859( 25 Ogos
2013, 12 p.m)
2. Chang, Lai Mooi. Teks Pra-U Ekonomi Malaysia. Kuala Lumpur: Pearson Malaysia,2013.
3. Hassan Mohd Noor (2013, Julai 25) Nilai hartanah dijangka meningkat 12%. Utusan.4. Jabatan Perangkaan Malaysia (November 2005). Buku Tahunan Perangkaan Malaysia
2005
5. Jabatan Perangkaan Malaysia Putrajaya ( Jun 2008). Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh2007
6. Jabatan Perangkaan Malaysia. Statistik Guna Tenaga Tahun 2000 Hingga 2013.http://www.statistics.gov.my/portal/download_Economics/files/DATA_SERIES/2011/pd
f/20Guna_Tenaga.pdf. ( 23 Ogos 2013, 8 p.m)
7. Laporan Ekonomi 2007/2008. Kewangan Sektor Awam. 2008.8. LHDN. Cukai Keuntungan Hartanah.
http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=5&posi=2&unit=1&sequ=1( 25
Ogos 2013, 11 p.m)
9. Mustafa, Norzamzila. Tenaga Buruh Pembinaan di Malaysia. Tesis Sarjana Ekonomi,Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 2008
10.Rizaudin Sahlan. Penggunaan sumber tenaga, guna tenaga dan pertumbuhan ekonomi diMalaysia: sebab-penyebab.Jurnal Ekonomi Malaysia, no.39 (2005): 25-52.
https://www.facebook.com/notes/bill-rohaizan-perunding-hartanah/artikel-1-pasaran-hartanah-tempatan-mengapa-hartanah-semakin-meningkat/186977458089859https://www.facebook.com/notes/bill-rohaizan-perunding-hartanah/artikel-1-pasaran-hartanah-tempatan-mengapa-hartanah-semakin-meningkat/186977458089859https://www.facebook.com/notes/bill-rohaizan-perunding-hartanah/artikel-1-pasaran-hartanah-tempatan-mengapa-hartanah-semakin-meningkat/186977458089859http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=5&posi=2&unit=1&sequ=1http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=5&posi=2&unit=1&sequ=1http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=5&posi=2&unit=1&sequ=1https://www.facebook.com/notes/bill-rohaizan-perunding-hartanah/artikel-1-pasaran-hartanah-tempatan-mengapa-hartanah-semakin-meningkat/186977458089859https://www.facebook.com/notes/bill-rohaizan-perunding-hartanah/artikel-1-pasaran-hartanah-tempatan-mengapa-hartanah-semakin-meningkat/1869774580898597/29/2019 Ekonomi STPM (PBS)
27/27
940320-14-5509
9.0 Lampiran
Gambar 1 : Hartanah perumahan di Malaysia
Gambar 2 : Pembinaan perumahan
Gambar 3: Kegiatan pembangunan hartanah di Kuala Lumpur.
Recommended