dp2011-1-02

Preview:

Citation preview

  • 8/18/2019 dp2011-1-02

    1/7

    10

    DP. Jilid 11, Bil 1/2011

    Pembinaan Negara Bangsa Dan Identiti Kebangsaan Melalui Pemerkasaan

    Bahasa Dalam Sistem Persekolahan

    Yusfarina Mohd Yussof 

    Abdul Rasid Jamian 

    Pendahuluan

    Pembinaan negara bangsa telah digariskan sebagai Teras Pertama dalam Pelan Induk

    Pembangunan Pendidikan (PIPP), pelan induk komprehensif yang menjadi garis

     panduan dalam melaksanakan program pendidikan. Pembinaan negara bangsa dikenal

     pasti sebagai matlamat utama kerana penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai

     bangsa dan agama.

    Menurut Mok Soon Sang (2009), membina negara bangsa ialah usaha untuk melahirkan

    warganegara yang berciri global, patriotik melalui perancangan dan pelaksanaan aktiviti

    kokurikulum dan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Selain itu ia

     juga merujuk usaha untuk memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya serta

    yang paling utama ialah memperkasakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu melalui

    kurikulum dan mempergiatkan usaha penganjuran aktiviti berbentuk kebahasaan.

    Konsep negara bangsa ditakrifkan oleh Tun Mahathir Mohamad sebagai “..usaha

    membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang

    dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan

    kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan serta membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa

    taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut”(PIPP,

    2006-2010)

    Konsep Negara Bangsa 

    Konsep negara bangsa yang ingin dizahirkan ialah Malaysia sebagai sebuah negara

    yang berdaulat dan rakyatnya mempunyai satu identititi atau pengenalan yang sama,

    mempunyai pegangan sosiobudaya yang sama dan hidup aman serta bersatu padu. Konsep

    ini tidak membataskan ras, suku kaum, agama ataupun kepercayaan. Garis panduan yangdimuatkan dalam PIPP (2006-2010), menjelaskan bahawa usaha membentuk negara

     bangsa ini didasari beberapa faktor pemangkin iaitu:

    a) Lingua Franca yang merujuk satu bahasa yang dikongsi bersama oleh semua rakyat

    dalam perhubungan rasmi dan tidak rasmi. Dalam konteks ini bahasa Melayu dipilih

    sebagai lingua franca kerana faktor sejarah. Menurut A. Aziz Deraman (2009), dari

    segi sejarah, perkembangan dan kewibawaan bahasa Melayu terlalu layak dan terbukti

    untuk menjadi wahana perpaduan dan bahasa penyatuan bangsa. Peranannya tidak terhad

    menjadi bahasa perhubungan utama masyarakat malah merangkap alat perpaduan, selain

    mendukung peranan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

     b) Integrasi yang ditakrifkan sebagai proses untuk mewujudkan satu identiti kebangsaan

    Pendidikan Bahasa & Kesusasteraan

  • 8/18/2019 dp2011-1-02

    2/7

    11

    DP. Jilid 11, Bil 1/2011

    antara kumpulan masyarakat dari segi sosial, wilayah, ekonomi, kebudayaan, pendidikan

    dan politik.

    c) Kewarganegaraan, iaitu semangat bersatu padu dan rasa kesepunyaan yang dikongsi

    dari segi budaya, pendidikan, bahasa, ekonomi dan politik yang dapat menyatupadukanrakyat. Ia memberikan identiti kepada rakyat dalam sesebuah negara.

    d) Patriotisme iaitu perasaan cinta yang mendalam kepada tanah air, terhasil daripada

    kesedaran tentang kewarganegaraan dan perasaan taat setia yang tinggi. Rakyat yang

    mempunyai patriotisme yang tinggi sanggup berkorban nyawa untuk tanah air. Bangsa

    yang mempunyai patriotisme ialah bangsa yang kuat, berani, mempunyai ketahanan

    mental, emosi serta fzikal dalam menghadapi sebarang cabaran mendatang. Ciri ini

    dapat mewujudkan ketahanan nasional.

    e) Demokrasi iaitu hak yang diberikan kepada semua warganegara untuk menentukan

     pemerintah dan hak melibatkan diri dalam pemerintahan negara . Ia juga alat untuk

    memantapkan sesuatu pentadbiran. Rakyat yang mempunyai kefahaman dan penghayatan

    yang mendalam terhadap demokrasi akan dapat membentuk negara bangsa yang kuat.

    Dalam memastikan kejayaan membina sesebuah negara bangsa, faktor-faktor pemangkin

    di atas, perlu disemai dan ditanamkan dalam diri setiap individu sejak kecil lagi. Ibarat

     peribahasa ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Nilai-nilai kewarganegaraan,

    nilai-nilai murni dan keagamaan yang diterapkan dari peringkat persekolahan dapat

    menyumbang kepada pembentukan generasi warganegara yang patuh dan mempunyai

     patriotisme yang tinggi.

    Melalui pendidikan juga, norma dan budaya masyarakat akan diterapkan secara tidak

    langsung. Institusi pendidikan mempunyai peranan penting dalam perkembangan

    seseorang individu terutamanya dalam konteks negara berbilang kaum seperti Malaysia.

    Cabaran yang perlu diatasi oleh institusi pendidikan ialah untuk menyatukan kesemua

    kaum sehingga dapat membentuk satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia

    yang dimaksudkan perlulah mempunyai identiti yang sama, mengamalkan nilai-nilai

     baik, budaya yang sepunya dan hidup secara aman dan harmonis. Bangsa Malaysia yang

    ingin dizahirkan itu mestilah juga mempunyai keyakinan dan jati diri kebangsaan yang

    tinggi , serta berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral.

    Jati diri dapat ditakrifkan sebagai latar belakang, perasaan, rasa, kemahuan dan

     pandangan seseorang individu. Ia menunjukkan asal kita dan melibatkan kaitan antara

    diri kita melalui interaksi kita dengan orang lain. Jati diri mendukung konsep milik

    terhadap budaya masing-masing etnik yang dibentuk berdasarkan norma budaya etnik

    tersebut (Che Ibrahim Saleh dan Arbak Othman, 2010). Dalam konteks pembinaan negara

     bangsa, jati diri yang ingin dibentuk ialah jati diri kebangsaan sebagai hasil cantuman

     jati diri pelbagai kaum dan etnik. Pembentukan jati diri dalam kalangan murid sekolah

    cuba dicapai melalui kurikulum, program kokurikulum, aktiviti sukan dan RIMUP yang

    dapat menyatukan semua murid. Jati diri kebangsaan yang cuba diwujudkan dalam

    kalangan murid pelbagai kaum itu dijangka dapat melahirkan generasi hadapan yang

    akan berkembang menjadi sebuah negara bangsa yang kuat.

    Pendidikan Bahasa & Kesusasteraan

  • 8/18/2019 dp2011-1-02

    3/7

    12

    DP. Jilid 11, Bil 1/2011

    Dalam merealisasikan hasrat pembentukan negara bangsa, institusi pendidikan hari ini

    turut berdepan dengan cabaran dunia pendidikan yang semakin gawat sebagai akibat

    globalisasi dunia. Globalisasi dunia yang dicirikan oleh pengaliran maklumat, modal,

    nilai, budaya dan kepercayaan tanpa sempadan, menuntut negara berbilang kaum seperti

    Malaysia mewujudkan sebuah negara bangsa. Ciri globalisasi itu sendiri memberikan pendedahan dan akses yang mudah kepada pelbagai perkara. Justeru, fokus diberi terhadap

     penghasilan individu murid yang mempunyai identiti kebangsaan dan berpegang kuat

    kepada nilai-nilai dan tradisi nasional.

    Institusi pendidikan seharusnya dapat melahirkan warganegara yang mampu berdepan

    dengan cabaran globalisasi. Warganegara yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah

    warganegara yang menyerap segala ciri global tetapi masih berpegang pada ciri-ciri lokal

    iaitu warganegara glokal. Warganegara glokal ditakrifkan sebagai: 

    “Seorang yang bertunjangkan nasional tetapi mempunyai

    minda bertaraf antarabangsa. Diri berpijak di desa dan

    kota, tetapi akal harus mampu menerjah ke seluruh dunia.

    Warga glokal berpegang utuh pada budaya Malaysia dan

    ajaran agama yang suci. (Dato’ Seri Mohd. Najib Tun

     Abdul Razak, Perhimpunan Agung UMNO, 2005 dalam

     Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010).

    Generasi murid yang ingin dizahirkan oleh sistem pendidikan ini ialah generasi yang

    mempunyai kesedaran yang tinggi tentang asal usul diri dan sentiasa bertindak secara

    lokal untuk kepentingan negara dengan menjadikan nilai dan budaya Malaysia sebagai

     pegangan utama.

    Konsep negara bangsa yang bakal dibentuk menyaksikan rakyat yang berbilang kaum dan

    agama berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai dan semangat yang menjadi ciri

    dan hasrat pada negara bangsa tersebut. Dalam menjamin pembentukan negara bangsa

    yang ideal, nilai-nilai integrasi dan perpaduan haruslah disemai dari peringkat sekolah

    lagi. Hasrat membina negara bangsa ini dapat direalisasikan salah satunya melalui bahasa

    kebangsaan yang menjadi bahasa pengantar, bahasa ilmu, alat perhubungan utama

    sekaligus alat perpaduan. Bagi mencapai hasrat ini, peranan yang lebih dominan perlu

    diberikan kepada bahasa Melayu. Sehubungan itu juga, usaha pemerkasaan bahasa Melayu

    iaitu usaha mengangkat dan mengetengahkan peranan bahasa Melayu perlu dilaksanakandengan lebih giat.

    Hashim Musa (2009), menegaskan fungsi bahasa tidak terhad setakat menjadi alat

     perhubungan semata-mata malah peranan bahasa amat besar dan dapat membentuk jati

    diri, semangat kekitaan (espirit de corps), perpaduan dan menjadi asas pembentukan

    tamadun. Bahasa juga melambangkan maruah masyarakat penuturnya. Masyarakat

    yang dianggap maju dari segi peradaban, iaitu mempunyai sistem politik, pemerintahan,

    ekonomi, pentadbiran, perundangan, pertahanan, pendidikan, ilmu, sains dan teknologi

    dan komunikasi yang canggih kebiasaannya mempunyai bahasa dan persuratan yang

    tinggi dan canggih. Jelas, bahasa dapat menjadi teras pada perkembangan dan kemajuan

    yang telah dicapai, di samping menjadi asas pada perpaduan dan proses pembinaan negara

    Pendidikan Bahasa & Kesusasteraan

  • 8/18/2019 dp2011-1-02

    4/7

    13

    DP. Jilid 11, Bil 1/2011

     bangsa dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.

    Memperkasakan bahasa Melayu bermaksud menjadikan bahasa itu hebat dan dominan.

    Pemerkasaan sesuatu bahasa itu juga bermaksud memberikan peranan kepada bahasa

     berkenaan (bahasa Melayu), untuk digunakan dalam semua bidang dan semua peringkat,daripada yang paling rendah ke peringkat yang paling tinggi, daripada komunikasi

    sosial kepada komunikasi formal dalam bidang-bidang seperti pentadbiran, perniagaan,

    undang-undang dan bidang-bidang profesional yang lain. Bahasa juga digunakan dalam

     perbahasan intelektual. Bahasa yang diperkasakan ialah bahasa yang akan digunakan

    secara kreatif, dapat menggambarkan pelbagai jenis emosi, cita rasa, keinginan, cita-cita,

    sifat dan perilaku manusia dengan sedalam-dalam dan sehalus-halusnya seperti yang

    digambarkan dalam karya kesusasteraan peringkat tinggi.

    Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam konteks perbincangan ini merujuk usaha penggunaan

     bahasa Melayu sepenuhnya dalam sistem persekolahan sama ada sebagai bahasa

     pengantar, bahasa ilmu, bahasa perhubungan dan perpaduan dalam usaha mencapai

    matlamat pembinaan negara bangsa dan pembentukan identiti kebangsaan. Usaha

    menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa yang dapat memupuk

    integrasi nasional, bukanlah sesuatu yang baharu, malah ia juga telah bermula sejak

    negara mula merdeka lagi. Usaha ini juga selaras dengan pengisytiharan Bahasa Melayu

    sebagai bahasa rasmi negara yang telah dimaktubkan dalam Fasal 152 (1) Perlembagaan

    Persekutuan Malaysia .

    Awang Sariyan (2009) menerangkan konsep bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan

    Persekutuan dengan jelas merujuk bahasa perpaduan iaitu bahasa yang menjadi asas jati

    diri, asas kenegaraan dan kebangsaan bagi rakyat pelbagai keturunan dan berbilang kaum.Seluruh rakyat wajib menghormati bahasa kebangsaan , meletakkannya pada tempat yang

    hak bukan sekadar lambang tetapi sebagai sesuatu yang perlu diutamakan.

    Dalam sejarah pendidikan pula, Akta Pelajaran 1961 yang dirangka berasaskan Penyata

    Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 sejak dulu telah menekankan penggunaan

     bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Penyata Razak yang digubal pada

    tahun 1956 mempunyai objektif membentuk perpaduan melalui satu sistem pelajaran

    dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, disusuli dengan

    akta-akta pendidikan lain yang kesemuanya menekankan penggunaan bahasa Melayu

    sebagai bahasa pengantar dan bahasa yang dapat memupuk perpaduan. Bahasa Melayuturut dijadikan mata pelajaran yang wajib dipelajari. Akta Pendidikan 1996 seterusnya

    menegaskan kepentingan bahasa kebangsaan dengan memperuntukkan penggunaannya

    sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem persekolahan ( Mok Soon Sang, 2009 )

    Peranan dan wibawa bahasa Melayu telah mula menonjol sejak negara mula merdeka

    tetapi usaha pemerkasaan bahasa kebangsaan kini lebih kepada usaha memperkukuh

     peranan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan dan perpaduan, sebagai bahasa rasmi dan

     persuratan tinggi dan seterusnya sebagai bahasa yang mampu mengungkap pelbagai bidang

    ilmu. Usaha ini penting agar bahasa Melayu mampu mendukung dan menjalankan fungsi

    yang seharusnya ada pada sesuatu bahasa iaitu fungsi penyatuan, fungsi pengasingan dan

    fungsi prestij (yang dapat menimbulkan kebanggaan kepada masyarakat penuturnya).

    Pendidikan Bahasa & Kesusasteraan

  • 8/18/2019 dp2011-1-02

    5/7

    14

    DP. Jilid 11, Bil 1/2011

    Usaha ke arah pemerkasaan bahasa Melayu ini disokong oleh institusi yang membantu

    memperkembangkan bahasa kebangsaan iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ).

    Perkara ini disebut dalam Seksyen 5, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Disemak

    1978), [Akta 213] . Ia turut diperluas melalui Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan

    dan Perluasan) 1995, [Akta A 930]( PIPP, 2006-2010 ). Tugas DBP secara khususialah membina dan memperkaya bahasa kebangsaan, memperkembangkan bakat

    sastera dalam masyarakat, mencetak dan menerbitkan bahan bacaan dalam bahasa

    kebangsaan, seterusnya menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. DBP

    telah melaksanakan pelbagai langkah untuk mensasarkan matlamat yang ditetapkan.

    Matlamat utamanya ialah mengembalikan maruah dan wibawa bahasa Melayu selaras

    dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi seperti yang termaktub

    dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (

    Masihtah Taharin, 2006 ).

    Aktiviti yang dilaksanakan oleh DBP ini melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

    Aktiviti yang melibatkan murid-murid sekolah memerlukan DBP bekerjasama dengan

    Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) agar sebarang usaha yang dirangka selaras

    dengan usaha yang telah digubal pihak kementerian. Sehubungan itu, sebuah jawatankuasa

    iaitu Jawatankuasa Memperkasakan Bahasa Melayu turut dibentuk. Tugas jawatankuasa

    ini antara lainnya, mencari kaedah, pendekatan, mekanisme penyelarasan dan program

    terbaik dalam usaha memperkasakan bahasa. Contoh kerjasama KPM dengan DBP ialah

    Seminar Memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran yang bertujuan mengenal pasti

    cara menangani isu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mencari kaedah yang

    dapat menarik perhatian pelajar. Selain DBP, KPM turut bergabung dengan Kementerian

    Kebudayaan , Kesenian dan Warisan ( KEKKWA ) dalam usahanya memartabatkan bahasa

    Melayu. Contoh usahasama DBP,KPM dan KEKKWA ialah perayaan Bulan Bahasa danSastera Kebangsaan (Hashnan Abdullah, 2006).

      Selain penganjuran aktiviti kebahasaan , KPM turut membuat semakan

    semula kurikulum bahasa Melayu sejak tahun 2003 dan kurikulum semakan ini telah

    memasukkan elemen-elemen baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

    rendah dan sekolah menengah. Kurikulum baru ini mensasarkan murid dapat menguasai

    kemahiran asas mendengar dan bertutur, membaca serta menulis dalam bahasa Melayu

    yang baik. Pada peringkat sekolah menengah pula, murid akan dilatih berbahasa dengan

     baik melalui bidang interpersonal, maklumat dan estetika. Nilai-nilai murni, patriotik dan

    kewarganegaraan turut dimasukkan ke dalam sukatan. Proses pengajaran dan pembelajaranlebih menekankan aktiviti perbincangan, pembacaan dan aktiviti memperkembangkan

    imaginasi serta kreativiti murid melalui bahasa Melayu. Elemen sastera dimasukkan

    ke dalam kurikulum bahasa Melayu supaya setiap murid menghargai dan menghayati

    keindahan bahasa melalui karya sastera. Selain itu, usaha memperkasakan bahasa Melayu

    di sekolah-sekolah turut dilihat melalui TV Pendidikan yang menyiarkan pelbagai aktiviti

     berbahasa dan aktiviti yang mencungkil bakat seni murid seperti debat, pidato, berbalas

     pantun, forum remaja, pertandingan menulis esei, cerpen, puisi atau khemah bahasa

    (Mashitah Taharin,2006).

    Usaha pemerkasaan bahasa Melayu di sekolah-sekolah, bukan sahaja melibatkan

    semakan dan perubahan kurikulum, malah ia turut melibatkan aspek pelaksanaan kurikulum

    Pendidikan Bahasa & Kesusasteraan

  • 8/18/2019 dp2011-1-02

    6/7

    15

    DP. Jilid 11, Bil 1/2011

    tersebut serta penganjuran pelbagai aktiviti berkaitan. Kurikulum bahasa Melayu digubal

    agar dapat merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan

     perpaduan rakyat , sekaligus memenuhi hasrat membina integrasi nasional, membina rasa

     bangga terhadap bahasa yang mencerminkan budaya dan pemikiran rakyat serta menjadi

     pemangkin kepada semangat nasionalisme.

    Rumusannya, agenda membina negara bangsa dan pembentukan identiti kebangsaan

    sememangnya menjadi agenda utama dalam PIPP dan bagi merealisasi matlamat

     pembinaan negara bangsa ini, usaha memperkasakan bahasa Melayu terutamanya di

    sekolah-sekolah telah dikenal pasti sebagai strategi utama. Penubuhan Jawatankuasa

    Induk Memperkasakan Bahasa Kebangsaan diharapkan dapat menjadi landasan dalam

    usaha memperkasakan bahasa kebangsaan ke dalam sistem persekolahan dan menjadikan

    usaha pemerkasaan ini lebih sistematik lagi. Namun demikian, agenda memperkasakan

     bahasa di sekolah-sekolah ini bukanlah sekadar usaha DBP dan KPM semata-mata,

    malah pelbagai lapisan masyarakat terutamanya warga sekolah haruslah komited bagi

    memastikan pemerkasaan bahasa dapat dijayakan dalam sistem persekolahan dan

    seterusnya Teras Pertama, PIPP dapat direalisasikan.

    Rujukan

    A. Aziz Deraman ( 2009 ), Bahasa Sebagai Wadah Perpaduan Bangsa, Dewan

      Bahasa, Mac 2009.

    Awang Sariyan ( 2009 ), Bahasa yang Mengikat Perpaduan, Dewan Bahasa,

      Mac, 2009.

    Che Ibrahim Salleh & Arbak Othman, Jati Diri Kebangsaan:Realiti dalam

      Masyarakat Pelbagai Budaya di Malaysia,dalam Prosiding Seminar Antarabangsa

     Psikolinguistik II, 8-9 Jun, Kota Kinabalu.

    Hashim Musa ( 2009 ), ”Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Pembinaan Sahsiah dan

    Jati Diri Negara Bangsa Malaysia” dalam Prosiding Seminar Linguistik dan

     Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-V , 17-18 November 2009.

    Hashnan Abdullah (2006, Mac 3), ”Perkasa Bahasa Melayu”, Utusan Malaysia 

    Kementerian, Pelajaran Malaysia ( 2006 ), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-

    2010.

    Mashitah Taharin ( 2006, Mac 20 ) ” Memperkasakan Bahasa Kebangsaan”,

       Berita Harian.

     

    Mashitah Taharin ( 2006, April 17 )” Peranan Sekolah Dalam Pemerkasaan

      Bahasa Kebangsaan”, Berita Harian.

    Pendidikan Bahasa & Kesusasteraan

  • 8/18/2019 dp2011-1-02

    7/7

    16

    DP. Jilid 11, Bil 1/2011

    Mok Soon Sang ( 2009 ), Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.Puchong:

      Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    Ratna Roshida Razak ( 2007, September 3 ), ”Tak Bermaruah Jika Pinggir Bahasa”,

     Berita Harian.

    Pendidikan Bahasa & Kesusasteraan

Recommended