View
215
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Kewangan
Sosial Islam •ISLAMIC SOCIAL FINANCE•
PROSIDING PERSIDANGAN EKONOMI DAN
KEWANGAN ISLAM MALAYSIA KE-3 2016
PROCEEDINGS OF THE 3RD CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016
Disunting oleh:
Sharifah Shazwani Syed Mohamed
Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
Amiratul Nadiah Hasan
Suhaili Alma’amun
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI • 2016
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
ii
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM
(CMIEF) 2016
Cetakan Pertama, 2016
Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun,
sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis
daripada Penerbit terlebih dahulu.
Diterbitkan dan dicetak oleh
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
http://www.ekonis-ukm.my/
Tarikh dan Tempat Persidangan:
24 Ogos 2016 / 21 Zulkaedah 1437
International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia,
Jalan Elmu Off Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur
Anjuran Bersama:
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),
Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Islam Hadhari UKM,
International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia,
Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF), KUIS,
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),
Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi Islam, UKM
ISBN 978-983-3198-94-8
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
iii
ISI KANDUNGAN
Isi Kandungan iii
Kata Pengantar vi
WAQF & CROWDFUNDING
Aplikasi Konsep Istibdal ke Arah Penjanaan Dana Wakaf Oleh Perbadanan
Wakaf Selangor
Oleh Afiffudin Mohammed Noor & Che Zuina Ismail
1
Peranan Waqaf Dalam Meningkatkan Pendapatan Nelayan Tradisional di
Kuala Langat
Oleh Aidil Afandi Mohamad Alias, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Mohd
Adib Ismail
8
Potensi Waqf Dalam Pengurusan Bekalan Sumber Air Terawat di
Kalangan Negara Islam Terpilih
Oleh Mohammad Nasrul Hakim Roslan & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
18
Wakaf Penerbangan Sebagai Bentuk Baru “Perniagaan Sosial Islam”:
Kajian di Air Riths Airline.
Oleh Mohd Salleh Abd Kadir & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
31
Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan: Kajian
Terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Oleh Nur Fahana Zahari, Nur Adila Ayub & Hairunnizam Wahid
43
Isu-isu dan Penglibatan Organisasi Bukan Kerajaan di Dalam
Crowdfunding
Oleh Anisa Syazwani Aris
53
Equity Crowdfunding Patuh-Syariah di Malaysia
Oleh Hud Sabri, Shahida Shahimi & Suhaili Alma’amun 62
Dana Untuk Pendidikan di Universiti Melalui Crowdfunding: Satu Kajian
Awal
Oleh Nur Saadah Rozali, Suhaili Alma’amun & Shifa’ Mohd Nor
78
Potensi Sukuk dalam Membangunkan Tanah Wakaf di Malaysia:
Satu Tinjauan
Oleh: Latifah Nuroniah Selamat & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
89
Proposal Penubuhan Platform Crowdfunding Berasaskan Wakaf Dari Segi
Perundangan Malaysia
Oleh Nur Sakinah Nabilah Nor Saeran, Suhaili Alma’amun & Asma Hakimah
Ab. Halim
104
The Role of Muslim Millionaires in Enhancing Waqf-Based Crowdfunding: A
Proposed Framework
Oleh Wan Shamilah Wan Mohammed, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai,
Mohd Fairuz Md Salleh
129
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
iv
TAKAFUL
Review On Trust in Takaful Agent-Client Relationship
Oleh Aimi Fadzirul Kamarubahrin & Syadiyah Abdul Shukor 236
Melindungi Golongan Berpendapatan Rendah Melalui Takaful Mikro:
Prospek & Cabaran
Oleh Mardziah Idris & Hendon Redzuan 245
Penganggaran Tahap Kesolvenan Pengendali Takaful Dengan Skor-Z
Altman
Oleh Noor Huzaidah Husin, Rubayah Yakob & Hairunnizam Wahid 264
Kajian Empirikal Terhadap Penentu Kepada Polisi Luput Pelan Takaful
Keluarga
Oleh Norasykeen binti Mohd Baharom & Rubayah Yakob 280
Penerimaan Penjawat Awam Terhadap Skim Perlindungan Takaful
Keluarga di Putrajaya Oleh Ratna Edayu Bt Jumiran & Hendon Redzuan
291
ZAKAT & PERCUKAIAN
Analisis Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan
Zakat: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor
Oleh Ahmad Fathi Aminuddin, HairunnizamWahid & Mohd Ali Mohd Nor 142
Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat
Oleh Mohd Yusof Bin Ismail Hairunnizam Wahid Zulkefly Abdul Karim 158
Localization Model for Education Zakat Distribution Among University
Students: A Theoretical Proposal to Islamic Religious Councils in Malaysia
(IRC) With Cooperation of Selangor Zakat Board (LZS)
Oleh Noor Afiqah Che Soh, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor
167
Lokalisasi Agihan Zakat Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian
Atas Status Anak Negeri
Oleh Nurul Aqilah Jalaludin, Noor Afiqah Che Soh & Hairunnizam Wahid 181
Lokalisasi dan Sosialisasi Antara Amil Dan Asnaf:
Kajian di Malaysia
Oleh Ramizah Begam Abd Aziz, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor 191
Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat:
Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Oleh Samsiah Jumati, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor 200
Analisis Perubahan Pola Agihan Zakat: Kajian Kes Negeri Kelantan
Oleh Wan Nurhanini Wan Hassim & Hairunnizam Wahid 213
Layanan Cukai Terhadap Amalan Kewangan Sosial Islam di Malaysia
Oleh Nur Liyana Omar, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Suhaili Alma’mun 226
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
v
KONTRAK DAN PEMBIAYAAN ISLAM
Potensi Pembiayaan Kewangan Islam Dalam Peningkatan Produktiviti
Perladangan Kelapa Sawit di Kalangan Pekebun Kecil Oleh Muhammad Zaid Fahmi Bin Mahadzir
313
Kontrak Al-Murabahah Purchase Order (MPO): Implementasi Dalam
Produk Pembiayaan Kenderaan Daripada Sudut Memenuhi Keperluan
Pengguna
Oleh Nazhatul Shima Abdul Rahman & Hairunnizam Wahid
322
Pengurusan Dana Masjid Di Malaysia: Satu Kajian Mengenai Penggunaan
Akaun Amanah
Oleh Norakma Sabran, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad 334
Pemahaman Penjawat Awam Terhadap Produk Pembiayaan Perumahan
Secara Islam Oleh Kerajaan
Oleh Norzulaily Binti Ahmad Kamal, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai &
Ruzian Markom
343
Maqasid Al-Shariah in Ar-Rahnu
Oleh Nur Rasyidah Kamaruzaman & Salina Haji Kassim 357
LAIN-LAIN ISU BERKAITAN EKONOMI ISLAM
Impak Kepercayaan Dan Kesetiaan Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH)
Terhadap Risiko Kecairan
Oleh Nurul Ain Mohd Pauzi, Aisyah Abdul Rahman & Shifa Mohd Nor 367
Tingkah Laku Perancangan Persaraan dan Isu Caruman KWSP Pekerja
Sektor Swasta di Melaka
Oleh Nurul Fariha Jamaludin, Suhaili Alma’amun & Hairunnizam Wahid 381
Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilihan Produk Halal Farmaseutikal
Oleh Rabiatul Aiisyah Muhammad, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid 394
Perkembangan Industri Makanan Halal Jepun di Malaysia
Oleh Sharifah Shazwani Syed Mohamed, Mohd Ali Mohd Noor &
Muhammad Hakimi Mohd Shafiai 405
Pasar Islam: Sebuah Model Masyarakat Ekonomi Madani Kajian Menerusi
Al-Quran, Hadis Dan Pasar Pada Masa Khulafaurrasyidin
Suwandi, Muhammadi Hakimi Mohd Shafiai & Wan Nasyrudin Wan Abdullah 414
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
vi
KATA PENGANTAR
Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Malaysia (CMIEF) 2016 ini bertemakan
KEWANGAN ISLAM SOSIAL. Penganjuran persidangan ini merupakan kesinambungan daripada
persidangan CMIEF 2015 di mana penganjurnya adalah Pusat Penyelidikan Ekonomi dan
Kewangan Islam (EKONIS) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Institut Islam Hadhari, UKM.
Namun pada tahun 2016, pihak EKONIS telah bekerjasama dengan Institut Islam Hadhari UKM,
International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Pusat Penyelidikan
Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF) KUIS, Institut Latihan Islam Malaysia
(ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi
Islam, UKM bagi sama-sama menjayakan penganjuran CMIEF 2016
Persidangan ini diadakan adalah lebih tertumpu bagi membincangkan hasil kajian dalam bidang
kewangan Islam sosial dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan
Islam. Disamping itu, persidangan ini juga merupakan menjadi wadah perbincangan ilimah antara
penyelidik, pensyarah, pelajar pascasiswazah dan juga pengamal industri di Malaysia. Melalui
prosiding persidangan ini, kertas kerja yang mempunyai potensi akan diterbitkan di dalam jurnal
berindeks selain dikumpulkan untuk memberi manfaat kepada semua pihak.
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
213
PROCEEDING OF THE 3rd CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
ANALISIS PERUBAHAN POLA AGIHAN ZAKAT: KAJIAN KES NEGERI
KELANTAN
_________________________________________________________________________
Wan Nurhanini Wan Hassim
Hairunnizam Wahid
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43600, UKM Bangi, Selangor
ABSTRAK
Perlaksanaan kutipan dan agihan yang cekap dan bersistematik akan dapat melahirkan sumbangan
kepada transformasi pembangunan seluruh asnaf sekaligus meningkatkan prestasi sesebuah intitusi
zakat. Kedua-dua komponen ini saling berkait rapat dan perlu ditadbir dengan cekap, bagi menyasarkan
untuk membantu ekonomi ummah secara sepenuhnya. Dengan segala kemajuan teknologi maklumat
yang kian membangun, ia digunapakai oleh institusi zakat dalam melaksanakan pentadbiran pengurusan
yang lebih kemas dan teratur sebagai usaha yang berwibawa bagi mewujudkan prestasi agihan zakat
yang sempurna. Namun begitu, hakikat sebenar yang wujud pada masa kini, masih kedengaran aduan
pihak pengurusan mahupun pembahagian agihan zakat adalah tidak menyeluruh. Perihal institusi zakat,
sering dibanjiri pertanyaan mahupun persoalan dari sesetengah masyarakat tentang penerimaan dan
pembahagian yang telus adil? Mencukupi mahupun tidak? Kajian ini memilih institusi zakat negeri
Kelantan untuk diperhalusi dengan lebih lanjut. Ini kerana kewujudan isu perbezaan jumlah pendapatan
dan pengagihan zakat yang dilihat tidak selari. Bagi menyelidiki apakah faktor yang berlaku disebalik
ketidakselarian ini adakah faktor kurangnya jumlah yang diagihkan dari pendapatan yang diterima
ataupun lebihan melebihi pendapatan yang diberikan oleh pihak institusi zakat Kelantan sehingga
mnyebabkan ketidakselarian terhasil. Oleh yang demikian, analisis mengenai prestasi tahunan dan
agihan zakat diteruskan di dalam kajian ini. Hasil kajian ini diharap mengupas sedikit sebanyak tentang
kesan dari perubahan dasar agihan yang berlaku di MAIK beserta menjawab jangkaan terhadap
peruntukan semua asnaf yang berlaku pada setiap agihan tahunan. Ini disamping meningkatkan daya
kecekapan dan penambahbaikkan institusi zakat Kelantan serta meraih keprcayaan rakyat untuk
menunaikan zakat. Kajian ini akan membentangkan analisis prestasi zakat dan agihan zakat MAIK.
Kajian ini merangkumi tiga objektif yang secara khususnya untuk membuat analisa perbandingan
prestasi tahunan untuk kutipan dan agihan zakat di Kelantan, membandingkan corak agihan zakat
kepada semua golongan asnaf mengikut golongan sasaran MAIK dan mengikut sasaran Mazhab Syafie
serta mengupas isu dan cabaran yang dihadapi oleh Pusat Zakat Kelantan dalam memastikan
kesinambungan dalam urusan pelaksanaan zakat di Malaysia sekaligus diharap mengangkat martabat
struktur institusi MAIK dan juga institusi zakat yang lain di seluruh Malaysia.
Kata kunci: Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Keutamaan Asnaf Mazhab Syafie; Corak Agihan
Zakat Tahunan
PENGENALAN
Dalam usaha mengoptimumkan potensi kutipan zakat, maklumat dan usaha pelbagai pihak institusi
mahupun rakyat adalah diperlukan. Teori atau konsep pengenalan zakat seperti yang diketahui
umum, zakat adalah satu kewajipan dan merupakan salah satu daripada rukun Islam dan berkait
secara langsung dengan sistem ekonomi. Kewajipan menunaikannya adalah satu keperluan dalam
menyempurnakan tanggungjawab seorang individu Muslim. Sebelum bergerak kearah matlamat
kajian ini dikenalkan dahulu teori perihal zakat. Secara teorinya, zakat dibayar oleh golongan kaya
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
214
yang melengkapi syarat untuk menunaikan zakat dan akan diagihkan kepada golongan miskin yang
memerlukan. Proses pengagihan zakat diharapkan mencapai tahap optimum kepada asnaf zakat. Ini
bagi membantu golongan yang sangat memerlukan bantuan disamping menunaikan kewajipan
tanggungjawab terhadap perintah agama dalam menjaga kemaslahantan rakyat dalam kehidupan
bermasyarakat. Dari sudut syarak zakat juga diertikan sebagai suatu kadar harta tertentu yang
diwajibkan oleh Allah kepada pemiliknya untuk dikeluarkan kepada golongan yang berhak
berdasarkan kaedah dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Beralih daripada teori asas zakat kepada institusi zakat yang mana peranannya adalah
meluas namun di dalam kajian ini diperkecilkan untuk mendalami skop kepada dalam aspek
menguruskan, mentadbir dan perihal penjanaan lubang pendapatan zakat yang merangkumi
pengutipan dan pelbagai aktiviti-aktiviti yang mampu mencambahkan perolehan pendapatan serta
pengagihan zakat. Tidak boleh dinafikan zakat merupakan antara sumber terbesar yang diperolehi
oleh majlis agama negeri dan juga merupakan salah satu sumbangan yang besar terhadap
pembangunan masyarakat terutamanya terhadap golongan yang memerlukan seperti golongan 8
asnaf yang mana sememangnya perlu diberi keutamaan dan memerlukan perhatian. Ia sedikit
berbeza dari bantuan agensi-agensi kerajaan mahupun perbadanan persendirian yang mana ia
mempunyai tanggungjawab dan keistimewaan tersendiri iaitu tanggungjawab sosial dan tidak
memerlukan apa-apa imbalan balik daripada pihak yang menerima agihan. Ini kerana seruan
terhadap zakat merupakan suatu mekanisme pengagihan harta dan keseimbangan sosial yang
disyariatkan oleh Allah s.w.t. yang di dasari oleh falsafah dan maqasid yang telah ditetapkan.
Di negara ini, perihal tentang urusan agihan zakat adalah tertakluk di bawah perundangan
kerajaan negeri yang mana dibahagikan tanggungjawab pengurusannya untuk ditadbir dibawah
kekuasaan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Pihak ini yang diamanahkan dan dijadikan tempat
rujukan oleh rakyat dalam pengurusan dan sistem berkenaan zakat mengikut negeri penempatan
semasa masing-masing. Apabila memperkatakan tentang zakat di seluruh dunia bagi Negara Islam
mahupun Negara yang mengamalkan sistem Islam, pasti akan diikuti dengan wujudnya pelbagai
pendapat dan pandangan berkaitan pembahagian zakat kepada golongan asnaf ataupun golongan
yang memerlukan dan Malaysia merupakan salah satu negara yang mengamalkan mazhab Imam
Syafie. Maka untuk lebih lanjut, kajian ini akan mengecilkan skop kepada sistem yang dijalankan
di Malaysia. Menurut pandangan mazhab Imam Syafie, apabila urusan mengagihkan wang zakat
itu adalah oleh imam (pemerintah/MAIN), maka agihan hendaklah diberikan kepada kelapan-lapan
golongan asnaf. Bahagian pertama diambil oleh amil sebagai imbuhan mereka setelah bersusah
payah mengutip wang zakat dan selebihnya diagihkan kepada golongan lain di atas dasar
persamaan hak antara mereka. Tetapi sekiranya agihan dilaksanakan oleh pembayar zakat itu
sendiri, maka gugurlah hak amil tersebut dan agihan hanya perlu dilakukan kepada tujuh golongan
sahaja (Mohamad Uda 2005).
KAJIAN LEPAS
Merujuk keadaan semasa, dapat dilihat perkembangan institusi zakat di Malaysia adalah
memberangsangkan di setiap negeri terutamanya dalam aspek kutipan zakat. Jumlah perolehan
kutipan zakat di Malaysia dikatakan telah meningkat dengan mendadak. Itu sepatutnya memberi
makna dan petunjuk bahawa ia merupakan sesuatu perubahan fasa yang positif dan baik. Jumlah
aliran pendapatan dari kutipan zakat di setiap negeri kebanyakan semakin meningkat dari tahun ke
setahun. Ini disokong oleh kajian lepas, menurut hasil kajian yang dijalankan oleh Hairunnizam
et.al (2009) menyatakan jumlah kutipan zakat keseluruhan tahun 2006 telah meningkat sebanyak
17 peratus kepada RM670.6 juta berbanding RM 573 juta pada tahun sebelumnya (Laporan Zakat
2006 hlm 72). Peningkatan pendapatan zakat seharusnya menjana kepada transformasi perubahan
kearah ekonomi yang stabil dengan pembahagian zakat yang bertambah meluas dalam membantu
rakyat sekaligus mengangkat prestasi sesebuah institusi zakat yang aktif dan cemerlang.
Keberkesanan kutipan zakat dan pengagihan zakat adalah berkait rapat dengan pengurusan
oleh sesebuah institusi zakat. Ia mencerminkan sejauh mana kejayaan dan keberkesanan sesebuah
institusi zakat itu sendiri. Namun begitu aspek pengagihan zakat merupakan satu aspek yang sangat
penting kerana ia menunjukkan bagaimana dana zakat dapat memberi impak kepada masyarakat
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
215
dan negara dalam aspek pembasmian kemiskinan dan pembangunan ekonomi (Mannan; 2003,
Wess; 2002 dan Hassan & Khan 2007). Implikasinya pengurusan dana zakat yang cekap adalah
dituntut agar pelaksanaannya dapat mencapai objektif yang ditentukan.
Namun disini, masih terdapat juga kewujudan perbahasan antara beberapa pihak mahupun
percakapan didalam segelintir masyrakat yang mempersoalkan dan juga aduan tentang kecekapan
institusi dalam pengagihan zakat. Di Malaysia, Kelantan merupakan salah satu negeri yang sering
diperkatakan oleh orang ramai mempunyai kependudukan kemiskinan yang tinggi terutama bagi
penduduk yang menetap di bahagian pendalaman. Oleh yang demikian, kajian ini memberi
perhatian untuk menghasilkan kajian dan menganalisis data terhadap negeri Kelantan. Ini kerana
perihal pengagihan dan prestasi zakat mempunyai perkaitan dengan tahap kemiskinan di negeri ini.
Faktor-faktor penentu peruntukan agihan zakat di Malaysia menjelaskan tentang asas-asas
yang digunakan di dalam membuat keputusan peruntukan agihan zakat. Menurut kajian-kajian
terdahulu ada yang berpendapat majoriti rakyat tidak yakin dengan sistem pengurusan zakat di
Malaysia. Ini disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhi salah satunya adalah kerana
peruntukan yang berbeza dan ketidakseragaman agihan zakat di setiap negeri. Tidak kurang juga
wujudnya ketidakseraganman sistem pengurusan setiap negeri yang mana ada negeri telah
dikorporatkan dan ada negeri masih belum dikorporatkan. Oleh yang demikian kajian ini diharap
memaparkan pencerahan tentang pemahaman dan penjelasan kepada masyarakat setempat
khususnya bagi umat Islam tentang peruntukan agihan zakat yang berlaku. Kajian ini memilih
untuk menjalankan kajian ke atas negeri Kelantan. Hasil kajian ini juga dijangka dapat
meningkatkan keyakinan mereka para pembayar zakat untuk terus membayar zakat kepada institusi
formal dan seterusnya berupaya melonjakkan hasil kutipan zakat. Dalam urusan bahagian
pembahagian zakat, terdapat banyak faktor yang diambil kira dan tidak kurang juga faktor-faktor
lain yang mempengaruhi diantaranya faktor tersebut merangkumi asnaf-asnaf zakat yang layak dan
prinsip keadilan agihan. Tiga prinsip utama agihan dibicarakan iaitu agihan yang berlandaskan
prinsip sama rata, sumbangan dan keperluan. Melihat kepada beberapa kajian lepas prinsip pertama
menekankan soal sama banyak tanpa melihat faktor lain, agihan diberikan sama rata kepada setiap
asnaf. Yang kedua prinsip sumbangan iaitu semakin banyak jumlah sumbangan atau bayaran zakat
yang diterima oleh orang ramai, semakin tinggi dan banyak agihan diberikan kepada asnaf asnaf.
Dan prinsip yang ketiga berkenaan keperluan iaitu golongan atau asnaf yang kurang bernasib baik
dan paling memerlukan akan diberikan agihan yang paling tinggi. Faktor faktor lain penentu agihan
zakat yang menyokong adalah kadar kemiskinan dan pengangguran. Kesimpulan yang dapat dibuat
daripada faktor-faktor berikut memperlihat hasil dimana semakin tinggi kadar kemiskinan dan
pengangguran semakin tinggi agihan zakat di setiap negeri cuba diagihkan.
Di dalam kajian ini, perihal kecekapan pengurusan sistem kewangan MAIK dan prestasi
kutipan dan agihan zakat serta hubungan pola antara kedua-duanya turut dikaji secara lebih lanjut
bagi mendapatkan pemahaman yang lebih jelas mendalam. Kajian berpendapat aspek kecekapan
dalam kutipan dan agihan zakat memainkan peranan yang penting untuk institusi zakat itu sendiri
membangun malah menarik keyakinan masyarakat dalam melaksanakan pembayaran zakat Islam
disamping membantu rakyat yang memerlukan. Dikukuhkan lagi melalui Mannan, (2003) yang
mana menyatakan dana zakat mampu memberi impak dalam pembasmian kemiskinan masyarakat
dan pembangunan ekonomi negara sekiranya aspek pengagihan zakat dititikberatkan. Walaupun
membasmi kemiskinan bukanlah tanggujawab sepenuhnya pihak zakat, namun dengan wujudnya
sistem pembahagian zakat yang telus cekap diharap mampu mengurangkan jurang kemiskinan
sedikit demi sedikit sehingga mampu membasmi kemiskinan suatu masa nanti serta bagi membantu
golongan yang memerlukan demi menjaga kemakmuran sesebuah Negara. Rakyat di Negara ini
turut memberi peranan dan impak terhadap pengagihan zakat dengan menunaikan tanggujawab
membayar zakat bagi golongan yang dikira berkemampuan dari segi agama. Tanpa keyakinan
rakyat, ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pendapatan sesebuah institusi zakat sekaligus
memberi tempias kepada dana pengagihan zakat serta golongan yang tidak berkemampuan.
Justeru, penerimaan masyarakat terhadap kecekapan dan keadilan dalam pengurusan dana
zakat oleh institusi zakat adalah sangat kritikal untuk dibincangkan. Kajian-kajian baru sangatlah
diperlukan bagi pemahaman lebih mendalam dan membangkitkan penyelesaian yang lebih baik. Ini
kerana keadaan ini boleh mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap nama baik dan prestasi
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
216
kutipan dan agihan zakat secara jangka panjang serta membaiki permasalahan dalam menjaga dan
meraih kepercayaan pembayar zakat. Ditambah lagi dengan hasil kajian dari Md Hairi, Kamil &
Ram (2012) yang mengupas tentang isu yang menjdi punca permasalahan keyakinan masyarakat
Islam yang rendah terhadap institusi zakat dan tadbir urus zakat yang tidak telus didakwa menjadi
punca kepada permasalahan tersebut. Ini disokong oleh kajian Ahmad Hidayat & Saidatul (2014)
bahawa wujud rungutan terhadap institusi zakat dalam pelaksanaan kutipan dan agihan zakat yang
mengakibatkan keyakinan masyarakat kepada MAIN terjejas seterusnya menyebabkan kejatuhan
keyakinan terhadap institusi zakat sekaligus enggan membayar zakat. Kajian ini diteruskan bagi
menilai sejauh mana sistem dan prestasi MAIK dalam pengurusan zakat Kelantan.
METODOLOGI KAJIAN
Keseluruhan dalam bahagian merangka metodologi kajian ini, aspek-aspek yang dibincangkan dan
digunakan meliputi kerangka teori penyelidikan, analisis data aliran zakat Kelantan dan cara
pengurusan zakat. Seterusnya membincangkan tentang tatacara-tatacara penganalisisan data dan
pengumpulan data. Turut juga dibincangkan sedikit sebanyak perihal berkaitan kajian penyelidikan
yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji terdahulu yang mana berkaitan tentang pengurusan dan
pola pengagihan dana zakat dari pelbagai negeri dengan pelbagai tahun untuk dijadikan sebagai
rujukan oleh pengkaji untuk mengkaji serta analisis kewujudan perubahan corak pembahagian
zakat beserta pola keutamaan 8 asnaf terutama bagi kajian negeri Kelantan bertepatan dengat tajuk
dan skop kajian ini.
Kajian ini mengenai pengukuran prestasi kecekapan agihan kewangan dan bukan
kewangan melibatkan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Negeri ini dipilih di atas beberapa
faktor diantaranya adalah kerana wujudnya perbezaan antara struktur pengurusan aktiviti zakat
yang dijalankan dan bagi menjawab beberapa konsep serta beberapa persoalan seterusnya
menjelaskan objektif serta hipotesis kajian ini.
Kajian ini telah dijalankan menggunakan data sekunder iaitu data-data yang digunakan
diambil daripada laporan tahunan MAIK dan laporan anggaran tahunan institusi zakat Kelantan
bagi mendapatkan data berkaitan zakat daripada tahun 1994 hingga 2013. Kerangka kajian ini
dibahagikan mengikut prestasi agihan institusi zakat yang mana terdiri daripada dua bentuk iaitu
kewangan dan juga bukan kewangan. Prestasi agihan kewangan dikenali sebagai skor kecekapan
lebihan zakat (SKORLZ). Manakala prestasi agihan bukan kewangan pula dikira menggunakan
skor kecekapan keutamaan asnaf (SKORKA).
Bersumberkan rujukan pihak pengkaji terdahulu yang memulakan dan melakukan kajian
terhadap negeri lain di Malaysia, pengiraan skor kecekapan lebihan zakat (SKORLZ) dibentuk
berdasarkan peratusan jumlah lebihan wang zakat tidak diagihkan berbanding jumlah kutipan
(Hairunnizam et al. 2009b). Skor ini melihat berapa banyak peratusan lebihan wang zakat tidak
diagihkan pada setiap hujung tahun. Berikut merupakan formula bagi mengira SKORLZ yang akan
digunakan bagi menguji data kajian ini.
SKORLZ = Jumlah lebihan (Jumlah Kutipan – Jumlah Agihan)
–––––––––––––––––––––––––––– (1)
Jumlah Kutipan
Dimulai dengan skor kecekapan lebihan zakat dibentuk dalam lingkungan nilai antara 0
hingga 1. Nilai 0 adalah nilai terbaik dan paling cekap. Semakin rendah skor kecekapan lebihan
zakat berbanding jumlah kutipan semakin cekap agihan zakat. Terdapat juga institusi zakat yang
membuat agihan melebihi kutipan yang diperolehi dalam tahun semasa. Ini mungkin disebabkan
oleh lebihan agihan tahun sebelumnya yang diagihkan pada tahun semasa. Dalam situasi ini, nilai
lebihan akan menjadi negatif dan tetap menunjukkan ketidakcekapan dalam urusan agihan zakat.
Ini kerana amaun zakat tidak diagihkan tahun sebelumnya telah dibawa ke tahun semasa untuk
diagihkan. Agihan yang cekap sepatutnya dilakukan pada tahun semasa kutipan wang zakat
diperolehi. Selain itu, faktor lain seperti tajaan atau juga perniagaan yang dibina oleh pihak institusi
bagi menambahkan pendapatan zakat supaya menambahkan lagi dana untuk diagihkan kepada para
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
217
asnaf dan bermotivasikan untuk mencapai misi membantu rakyat sekaligus membasmi kemiskinan
secara berterusan. Bagi faktor ini ia dikira sebagai effektif.
Jumlah perbezaan skor bagi 8 kategori asnaf
(skor agihan sebenar – skor agihan institusi)
SKORKA = –––––––––––––––––––––––––––– (2)
26 (jumlah perbezaan skor maksimum)
Jadual 1: Pengiraan Perbezaan Skor Maksimum untuk Skor Kecekapan
Keutamaan Asnaf
Skor Agihan
Sebenar
Skor Agihan Institusi
Terendah
Perbezaan Skor
Maksimun
1 6 5
2 6 4
3 6 3
4 5 1
5 4 1
6 3 3
6 2 4
6 1 5
Jumlah
26 Sumber: Eza Ellany et al. (2014)
Untuk pengiraan kedua iaitu skor kecekapan keutamaan asnaf (SKORKA) dibentuk
berdasarkan kepentingan golongan asnaf yang wajib didahulukan mengikut turutan seperti
dinyatakan dalam al-Qur’an dan as-sunnah, berlandaskan mazhab Imam Syafie. Seperti yang
diketahui, terdapat empat golongan terlebih dahulu perlu diberikan keutamaan dalam menerima
wang zakat menurut pandangan Imam Syafie iaitu al-fuqara’ (orang fakir), al-masakin (orang yang
miskin), al-gharimin (orang yang memiliki hutang) dan ibn sabil (musafirdi perjalanan) (Mohamad
Uda 2005). Amil akan mengambil tempat ketiga selepas asnaf fakir dan miskin berdasarkan hujah
sekurang-kurangnya agihan patut dilaksanakan kepada tiga golongan asnaf sekiranya agihan
dilakukan oleh imam atau pemerintah. Oleh yang demikian, berdasarkan keutamaan ini, institusi
zakat perlu menjalankan tanggungjawab memastikan kelima-lima asnaf tersebut mendapat
bahagian zakat sepatutnya sebelum agihan dilaksanakan kepada tiga lagi golongan asnaf yang
dinyatakan di dalam al-Qur’an. Kajian ini dilakukan bagi memperluaskan lagi skop jenis kajian ini
yang mana masih lagi berkurangan dan perlu diperluaskan lagi bagi rujukan yang akan datang.
Dimana skop ini merupakan kajian terhadap bahagian yang mana membentuk skor kecekapan
mengikut keadilan kepada asnaf berpandukan pandangan mazhab Imam Syafie. Skor kecekapan
keutamaan asnaf ini dibentuk dengan menjumlahkan perbezaan skor antara skor agihan sebenar
mazhab Imam Syafie dengan skor agihan institusi zakat bagi lapan kategori asnaf dan dibahagikan
dengan perbezaan skor maksimum yang boleh diperolehi bagi kelapan-lapan kategori asnaf. Jumlah
perbezaan skor maksimum dalam kes ini adalah 26. (Rujuk Jadual 1)
Jadual 2: Skor Agihan Sebenar Mazhab Imam Syafie
Bil Kategori Asnaf
Skor Agihan
Sebenar
1 al-Fuqara’ (orang fakir)
1
2 al-Masakin (orang miskin)
2
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
218
3 Amil
3
4 al-Gharimin (orang yang memiliki hutang) 4
5 Ibn sabil (musafir di perjalanan)
5
6 Muallaf
6
7 al-Riqab (hamba)
6
8 Fi-sabilillah (orang yang berjuang di jalan Allah) 6 Sumber: Eza Ellany et al. (2014)
Bagi melihat prestasi agihan zakat dengan lebih terperinci, analisis terhadap corak agihan
zakat kepada setiap kategori asnaf dilakukan dan data dianalisis menggunakan regresi mudah kuasa
dua terkecil mengikut kategori asnaf bagi melihat corak agihan zakat dan sebarang perubahan yang
berlaku diantara sebelum dan selepas perubahan dasar pengagihan zakat mengikut mazhab shafie.
Analisis data dilakukan bagi tempoh 14 tahun. Data yang diperolehi bermula dari tahun 1994
sehingga tahun 2013. Data-data kemudiannya dipersembahkan ke dalam bentuk jadual bagi
menunjuk nilai sekaligus membaca corak dan mengenalpasti pola perubahan agihan zakat yang
berlaku. Model yang digunakan bagi tujuan analisis data adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Model 1.
Jadual 3: Contoh Pengiraan Jumlah Perbezaan Skor bagi 8 Kategori Asnaf
Sebelum Dibahagikan dengan Jumlah Perbezaan Skor Maksimum
Bil Kategori Asnaf
Skor
Agihan
Skor Agihan
Institusi
Perbezaan
Skor
Sebenar (contoh)
1 Fakir 1 4 3
2 Miskin 2 2 0
3 Amil 3 3 0
4 al-Gharimin 4 6 2
5 Ibn Sabil 5 6 1
6 Muallaf 6 5 1
7 al-Riqab 6 6 0
8 Fi-sabilillah 6 1 5
Jumlah
12
Y = a + bt [1]
Berdasarkan Model 1, Y adalah peratus agihan zakat mengikut asnaf yang terdiri daripada fakir
miskin, amil, mualaf, al-riqab & al-gharimin, fi-sabilillah dan ibn sabil, manakala t adalah nilai
masa bagi corak.
HASIL KAJIAN
Bahagian pertama merupakan perolehan dari hasil penilaian terhadap prestasi agihan zakat yang
mana prestasi agihan zakat diukur berdasarkan skor kecekapan lebihan zakat (prestasi agihan
kewangan) dan skor kecekapan keutamaan asnaf (prestasi agihan bukan kewangan). Dalam jadual
4 ada menunjukkan hasil analisis data bagi menguji prestasi agihan zakat yang mana merupakan
hasil kajian ini. Ini bagi menjawab objektif pertama kajian iaitu menilai prestasi agihan institusi
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
219
zakat berdasarkan pengukuran prestasi agihan berbentuk kewangan dan bukan kewangan.
Berdasarkan Jadual 4 dihelaian akhir, prestasi agihan bagi Maik dikumpulkan ke dalam satu jadual
bagi melihat dan menilai dengan lebih mudah dan jelas. Data skor kecekapan yang ada kemudian
dimasukkan ke dalam Jadual 4 mengikut susunan. Seperti yang tertera dalam jadual, data bermula
dari tahun 1994 hingga ke tahun 2013.
Bagi penerangan hasil analisis data, disini diterangkan sedikit pemahaman dari kajian lepas
bagi memahami hasil analisis data kajian ini. Menurut kajian Andrés-Alonso, Martín Cruz dan
RomeroMerino (2006) kecekapan agihan berlaku apabila hampir kesemua derma yang diterima,
dibelanjakan sepenuhnya untuk projek-projek kebajikan yang dirangka. Di tambah lagi berdasarkan
kajian dari Hairunnizam et al. (2009b), pula menyatakan agihan zakat yang optimum kepada 100
peratus (lebihan bernilai 0.00) adalah agihan yang terbaik (Hairunnizam et al. 2009b). Walaupun
begitu, Hairunnizam et al. (2009b) beranggapan lebihan agihan di bawah lingkungan 0.228 sudah
dianggap berprestasi baik. Bgi menyokong pernyataan itu lgi, menurut kajian lepas dari kajian Eza
Ellany et. al. (2014) berpendapat disebabkan tiada sebarang penanda aras untuk melihat kecekapan
agihan dari sudut lebihan zakat, kajian ini telah menjadikan nilai lebihan zakat di bawah nilai 0.228
adalah sebagai skor terbaik. Sekiranya terdapat skor kecekapan agihan zakat yang bernilai negatif
maka nilai tersebut digantikan dengan nilai 0 kerana tiada lebihan zakat semasa yang tidak
diagihkan.
Daripada hasil analisis terperinci melibatkan prestasi agihan zakat, Jadual 4 menunjukkan
peratusan agihan dana zakat bagi setiap kategori asnaf sepanjang tempoh bermula tahun 1994
hingga tahun 2013. Berdasarkan Jadual 5, dapat dilihat pelbagai variasi nilai sepanjang tahun 1994
hingga 2013 yang mana ada menunjukkan nilai melebihi nilai 0.228 dan terdapat juga nilai yang
kurang dari 0.228. Pada tahun1994 hingga 1999 menunjukkan skor kecekapan lebihan zakat di
dalam lingkungan yang boleh dikatakan baik dan cekap. Manakala pada tahun 2000 hingga 2002
dan 2004 hingga 2008 menunjukkan nilai adalah melebihi 0.228. Ini merupakan tahun yang
berlakunya ketidakcekapan dalam pengagihan zakat. Namun begitu, pada tahun selepas 2008
perubahan corak agihan dilihat sangat baik dan memberansangkan. Dan akhirnya pada tahun 2013
menunjukkan tahun yang paling cekap dan effektif apabila nilainya menjadi 0. Dapatan analisis
menunjukkan berlakunya penambahbaikkan pada akhir-akhir ini walaupun pada awalnya berlaku
pola corak yang tidak stabil dan tidak menentu antara kenaikan dan penurunan nilai skor
kecekapan. Secara umumnya dapat dilihat dan dibuktikan bahawa institusi MAIK sedang berusaha
dengan gigih dan bertindak aktif menjadi semakin cekap dalam melakukan pengurusan pengagihan
wang zakat.
Seterusnya hasil analisis bagi menilai skor kecekapan keutamaan asnaf. Kajian ini
menggunakan nilai skor di bawah 0.46 sebagai skor kecekapan keutamaan asnaf terbaik. Merujuk
pada Jadual 4 dibawah, hasil menunjukkan skor kecekapan keutamaan asnaf adalah terbaik iaitu
berada di bawah nilai 0.46 atau setara sepanjang 10 tahun. Pada permulaannya iaitu 6 tahun
terawal, nilai menunjukkan skor kecekapan keutamaan asnaf berada pada nilai 0.46. Kemudian
menurun pada nilai 0.38 yang mana membuktikan berlakunya semakin cekap pelaksanaan agihan
mengikut keutamaan asnaf. Diikuti pada tahun seterusnya iaitu pada tahun 2006 nilai yang semakin
turun menjadi 0.31 hingga ke akhirnya dan mencecah tahap paling rendah iaitu pada tahun 2010
dengan nilai 0.23. Pada tahun 2006 merupakan tahun berlakunya perubahan fasa dimana pihak
MAIK melakukan perubahan dasar terhadap pelaksanaan agihan yang mana kategori agihan fakir
miskin diberi keutamaan terdahulu dan diikuti agihan fisabilillah berada di tahap kedua. Yang
mana pada asalnya iaitu sebelum tahun 2006, MAIK meletakkan peruntukkan agihan fisabilillah
sebgai keutamaan pertama. Dapatan analisis jelas menunjukkan wang zakat telah diagihkan hampir
mengikuti kepentingan kategori asnaf mazhab Imam Syafie tahun demi tahun.
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
220
Jadual 5: Hasil Analisis Pola Perubahan Agihan Zakat
Nota: * signifikan pada aras keertian 1%
Pembolehubah bersandar: % agihan zakat mengikut kategori asnaf
Pembolehubah tidak bersandar: t = masa
Pembacaan nilai yang perlu dilihat dalam hasil kajian ini ialah melihat kepada nilai
(p<0.001). Pekali beta digunakan untuk menentukan pembolehubah bebas yang mempunyai
pengaruh yang paling besar ke atas pembolehubah bersandar (Hair Jr et al.2015). Jadual di atas
menunjukkan hasil regresi terhadap dua pembolehubah yang berlainan. Ini adalah bagi melihat
perbezaan yang berlaku di dalam dua tempoh yang berbeza.
Jadual 5 menunjukkan hasil regresi yang telah dijalankan terhadap MAIK. Berdasarkan
Jadual 5, hasil regresi pada nilai t : 1994 = 0 dan pada nilai t : 2006 = 0 adalah seperti berikut. Bagi
pembolehubah bersandar fakir & miskin, hasil regresi yang diperoleh seperti yang tertera didalam
jadual diatas menunjukkan bahawa dengan peningkatan 1 unit dalam tahun, maka peratus agihan
zakat untuk asnaf fakir miskin akan meningkat sebanyak 2.45 peratus. Corak agihan dana zakat
bagi asnaf fakir miskin didapati meningkat dan signifikan pada aras keertian 1 peratus. Ini
menunjukkan terdpat hubungan positif antara peratus agihan dan tahun yang mana setiap kali
peningkatan pada tahun maka ianya akan mempengaruhi peratusan agihan dana zakat kepada
golongan asnaf ini. Diikuti dengan amil yang menunjukkan dengan peningkatan 1unit dalam tahun,
maka peratus agihan zakat untuk asnaf amil akan meningkat sebanyak 0.31. Corak agihan dana
zakat bagi asnaf amil didapati turut meningkat dan signifikan pada aras keertian 1 peratus.
Manakala hasil regresi bagi asnaf muallaf didapati menunjukkan dengan peningkatan 1 unit dalam
tahun, maka peratus agihan zakat untuk asnaf muallaf akan menurun sebanyak 0.214 peratus.
Corak agihan dana zakat bagi asnaf muallaf didapati menurun dan signifikan pada aras keertian 1
peratus. Diikuti dengan asnaf riqab & gharimin menunjukkan dengan peningkatan 1 unit dalam
tahun, maka peratus agihan zakat untuk asnaf riqab & gharimin akan menurun sebanyak 0.056
peratus. Corak agihan dana zakat bagi asnaf riqab & gharimin didapati menurun dan signifikan
pada aras keertian 1 peratus. Bagi asnaf fisabilillah didapati menunjukkan dengan peningkatan 1
unit dalam tahun, maka peratus agihan zakat untuk asnaf fisabilillah akan menurun sebanyak 2.439
peratus. Corak agihan dana zakat bagi asnaf fisabilillah didapati menurun dan signifikan pada aras
keertian 1 peratus. Dan asnaf yang terakhir iaitu asnaf ibn sabil, menunjukkan dengan peningkatan
1 unit dalam tahun, maka peratus agihan zakat untuk asnaf ibn sabil akan menurun sebanyak 0.051
peratus. Corak agihan dana zakat bagi ibn sabil didapati menurun dan signifikan pada aras keertian
1 peratus.
Pembolehubah
Bersandar
Pembolehubah
Bebas
t: 1994 = 0
t: 2006 = 0
Nilai
Konstant
Nilai
Koefisien
Ralat
Piawai
Nilai
Konstant
Nilai
Koefisien
Ralat
Piawai
Fakir & Miskin 24.412 2.45 0.177 53.813 2.45 0.177
Amil
9.247 0.31 0.091 12.97 0.31 0.091
Muallaf
4.896 -0.214 0.028 2.334 -0.214 0.028
Riqab & Gharimin 0.799 -0.056 0.023 0.129 -0.056 0.023
Fisabilillah 59.878 -2.439 0.174 30.605 -2.439 0.174
Ibnu Sabil 0.767 -0.051 0.016 0.15 -0.051 0.016
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
221
Merujuk pada jadual diatas, secara keseluruhan hasil regrasi menunjukkan pada nilai
koefisien dan nilai ralat piawai, tiada perbezaan antara kedua-dua tempoh yang berbeza bahkan
mempunyai nilai yang sama. Apa yang berbeza dan berubah adalah pada nilai constant. Secara
keseluruhan bagi skop signifikan pada aras keertian 1%, pada tahun t:1994=0 menunjukkan hasil
regresi adalah signifikan. Ini dapat dilihat pada lampiran dihujung kajian ini. Manakala pada nilai
t:2006=0, pembolehubah riqab & gharimin dan Ibnu sabil memiliki nilai sebanyak 0.391 dan 0.142
yang mana nilai ini melebihi pada aras keertian 1% (p=0.01) sekaligus diklasifikasikan sebagai
tidak signifikan. Bagi hasil kajian yang selebihnya, nilai yang diperolehi keseluruhannya
menunjukkan signifikan pada aras keertian 1%.
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR
Menurut penelitian hasil pembacaan daripada kajian-kajian lepas ada diperkatakan wujudnya empat
aspek utama yang mempengaruhi sumbangan langsung terhadap pembayaran zakat iaitu kualiti
perkhidmatan dari sesebuah institusi zakat, aktiviti dakwah yang memberi kesedaran dan
kefahaman tentang zakat, keberkesanan agihan zakat dan urus tadbir zakat yang baik. Faktor-faktor
ini sewajarnya dititikberatkan bagi menjana prestasi institusi zakat yang cemerlang disamping
meraih kepercayaan rakyat dalam melakukan pembayaran zakat serta menyakinkan mana-mana
badan korporat untuk memberi derma bantuan zakat. Terdapat juga pandangan dari kajian lepas
oleh Adibah & Joni (2014) yang turut merujuk kajian sebagaimana yang dibuat Mohd Ali Mohd
Nor et al yang menggunakan asas pandangan Islam di mana beliau menggunakan pandangan tokoh
dari Yusuf al-Qaradawi yang mengatakan bahawa faktor pendidikan dan keimanan juga memberi
pengaruhterhadap tindakan ekonomi seseorang.
Berbalik kepada kajian yang dilaksanakan ini dapat dirumuskan secara keseluruhanya
penilaian terhadap pencapaian institusi zakat Kelantan ini telah menunjukkan prestasi agihan
kewangan dan bukan kewangan yang bergerak semakin laju dan baik seiring dengan peredaran
masa. Dari segi hasilnya, walaupun terdapat juga sedikit kegoyahan apabila nilai skor yang
diperolehi tidak konsisten pada tempoh tertentu dan tidak mencapai hasil yang sempurna pada
pertengahannya, namun dihujungnya hasil menunjukkan prestasi bertambah semakin bercambah
dan berkualiti. Menurut Hairunnizam et al. (2009b), yang mana jumlah lebihan agihan zakat di
bawah nilai 0.228 peratus bagi skor kecekapan lebihan zakat adalah dianggap berprestasi baik
walaupun belum mencapai tahap agihan yang optimum kepada 100%. Oleh yang demikian, MAIK
boleh dikategorikan sebagai pengagihan zakat yang sedang meningkat naik dengan pencapaian
yang agak mendadak dari segi kecekapan dan tiada yang sempurna secara keseluruhan 100 peratus
setakat ini, cuma yang wujud adalah dimana hasilnya sedang giat menghampiri kesempurnaan.
Untuk hasil analisis yang kedua iaitu ujian analisis terhadap skor kecekapan lebihan zakat,
ia adalah merupakan model pengukuran kecekapan agihan yang baru diuji, maka tiada
perbandingan dengan kajian lepas boleh dibuat. Namun begitu, para pengkaji sedang sedaya upaya
membina cara bagi membolehkan untuk mengukur ujian ini. Dan hasilnya berbalik pada motif yang
sama dimana keinginan mencapai misi memperhebatkan lagi sistem pengurusan agihan zakat bagi
melindungi manusia sejagat disamping mematuhi syariat yang ditetapkan. Maik pada akhirnya
menjalankan agihan mengikut keutamaan asnaf berdasarkan mazhab Syafie secara keseluruhan
dimana peruntukan disalurkan ke tempat yang sebetulnya. Setiap data yang diperolehi dari MAIK
menunjukkan jumlah kutipan dan agihan zakat di negeri Kelantan mengalami peningkatan pada
setiap tahun dan berlaku sedikit kenaikan dan penurunan agihan kepada asnaf-asnaf tertentu. Pihak
MAIK dilihat berusaha keras bagi menghasilkan pencapaian yang memberangsangkan. Ini dapat
dilihat dalam tempoh yang singkat, mereka berhasil mengubah dan menjayakan penghasilan
pendapatan zakat yang bercambah dengan sangat memberangsangkan dan turut mewujudkan serta
menambah aktiviti-aktiviti bagi menjana pendapatan zakat MAIK sekaligus meningkatkan jumlah
pengagihan diikuti penghasilan prestasi yang baik. Di dalam kajian ini, dengan pengubahan sedikit
sebanyak dari pihak MAIK seperti pengubahan dalam dasar sistem pengurusan terutamanya dalam
aspek pembahagian zakat mengikut turutan oleh Mazhab Shafie seterusnya membawa kearah
kebaikan dan dengan sedaya upaya untuk adil terhadap semua pihak semampu yang boleh. Seperti
institusi -institusi zakat yang lain, MAIK turut telah berjaya meningkatkan prestasi agihan bukan
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
222
kewangan ini sekaligus seiring dengan institusi zakat lain dalam melaksanakan agihan yang adil
mengikut keutamaan asnaf mazhab Imam Syafie, walaupun pada awalnya wujud sedikit hasil yang
selari dengan sekadar melepasi syarat. Punca kepada terjadinya ketidakseragaman ini adalah kerana
sistem yang dijalankan dalam melakukan pengagihan tidak megikut keutamaan kategori
berdasarkan mazhab Syafie di awal waktu yang mana mungkin disebabkan oleh beberapa faktor
yang lebih penting dan menjurus kepada menjaga kemaslahatan lain seperti wujudnya jumlah
golongan fisabilillah yang lebih ramai dan sangat memerlukan berbanding bilangan jumlah fakir &
miskin pada waktu itu. Ia berbalik juga kepada faktor keadaan semasa masyarakat sekeliling pada
waktu tertentu.
Untuk keseluruhan bagi pendapatan MAIK, dari tahun ke tahun menunjukkan hasil yang
positif dan juga agresif meningkat. Aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak MAIK seperti
yang dilaporkan di dalam laporan tahunan MAIK juga menunjukkan keberkesanan usaha institusi
dan pelbagai usaha pihak MAIK telah dilakukan dan berterusan sedang giat dijalankan bagi
menjana pendapatan zakat yang agresif. Sekaligus membantu meningkatkan pengagihan dana-dana
zakat terhadap individu mahupun masyarakat yang memerlukan terutamanya golongan asnaf
disamping membantu membasmi pengurangan rakyat miskin serta menaiktarafkan golongan yang
daif dan memerlukan. Di tambah lagi, di dalam negeri ini, Sultan Kelantan turut membantu dengan
menyediakan peruntukan dana dari yayasan Sultan Kelantan sendiri kepada perbabadanan zakat ini.
Di dalam mencapai kesempurnaan, terdapat juga waktu dimana corak pendapatan tidak
selari dengan jumlah agihan, dan menghasilkan lebihan. Dari sudut ekonomi, waktu tertentu
sebegitu tetap dikira sebagai tidak cekap. Ini kerana melihat pada kekangan yang berlaku, mungkin
ini terjadi kerana kesukaran pihak MAIK untuk mendapatkan asnaf yang layak menerima zakat
seperti al-Riqab (hamba) ataupun Ibn sabil dan menjadi punca kepada lebihan zakat MAIK.
Tambahan lagi apabila wujud sekumpulan kecil golongan asnaf dimana bertempat di bahagian
pelusuk pendalaman yang tidak dapat dikesan oleh pihak MAIK dan mereka juga tiada
menonjolkan diri dek kerana tidak terdedah serta kurangnya pengetahuan penyediaan dari institusi
ini.
Prestasi sesebuah institusi zakat khususnya dalam kajian ini banyak memberi perhatian
terhadap MAIK yang mana merupakan tunjang yang harus diperkukuhkan saban tahun dalam
memastikan perjalanan organisasi tersebut terus berjalan lancar bagi mencapai kejayaan dalam
menjaga kemaslahatan masyarakat dan agama serta menyumbang kepada ekonomi Negara selari
dengan tuntutan syariat. Penghasilan prestasi pendapatan zakat yang baik dan effektif akan
memberi kesan yang positif terhadap nama baik institusi zakat, prestasi agihan zakat kepada asnaf
serta pembangunan golongan asnaf itu sendiri. Sekaligus meraih kejayaan pihak institusi itu sendiri
dengan mencapai misi objektif dan matlamat pihak zakat setiap tahun.
Sesebuah institusi zakat itu sendiri berperanan besar dalam menolong membasmi
kemiskinan dan menjaga kebajikan serta kemaslahatan asnaf serta segelintir golongan yang
memerlukan di kalangan rakyat walupun MAIK bukanlah satu-satunya perbadanan yang
bertanggungjawab untuk membasmi kemiskinan. Namun disini pihak institusi hendaklah
memainkan peranan dimana sebagai pihak yang bertangungjawab memegang amanah terhadap
kebajikan rakyat haruslah berfungsi secara konsisten lebih effektif dalam menjana pendapatan
zakat. Pihak zakat boleh menambahkan lagi plan yang sedia ada ditambah dengan melakukan
pelaburan-pelaburan patuh syariah sebagai usaha menambahkan dana zakat dalam usaha mencari
pendapatan lebih. Cadangan lain yang dilontarkan oleh pelbagai pihak mungkin boleh ditapis dan
diberi perhatian.
Selain dari itu, dari pihak golongan yang tidak berkemampuan, selalunya tidak semua yang
mempunyai pengetahuan yang luas perihal permohonan zakat secara mendalam sehinggakan wujud
beberapa kerat golongan asnaf yang tercicir. Kebanyakan suara dan pertanyaan dilontarkan di
dalam pihak masyarakat dimana golongan yang tidak mampu ini ditambah lagi bernasib malang
dek ilmu yang tiada atau kurang beserta ketidakmampuan terutama mereka dibahagian pendalaman
tentang cara untuk memohon dan memastikan permohonan diterima serta berjalan lancar hingga
sampai ke tangan yang selayaknya. Oleh itu, pihak zakat mungkin boleh memulakan pergiatkan
cara alternatif baru untuk turun padang dalam pencarian golongan yang selayaknya yang tercicir
ini. Manakala masyarakat sebagai ummah yang prihatin, hendaklah menunaikan zakat dan peka
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
223
terhadap golongan sekeliling yang tercicir ini serta memberi kerjasama bantuan dalam melaporkan
kepada pihak zakat tentang mereka. Pelaksanaan sistem pengurusan zakat yang giat effektif
berterusan adalah disarankan kerana potensi kutipan zakat masih luas dan perlu digarap lagi.
KESIMPULAN
Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa pihak pengurusan zakat MAIK bertambah komited
dalam penghasilan penjanaan pendapatan zakat mahupun dalam pengagihan. Ini dapat dilihat sejak
akhir-akhir ini sejajar dengan peningkatan pendapatan setiap tahun dan bercambahnya pelbagai
aktiviti dan program bagi mensasarkan kejayaan matlamat MAIK dalam menjaga keseimbangan
dan kesejahteraan rakyat. Ditambah dengan bantuan dan komitmen yang diberi oleh Sultan
Kelantan sendiri yang bertindak sebagai ketua tertinggi institusi MAIK dalam melaksanakan
alternatif tambahan dalam penyediaan dana bagi menjayakan sistem pentadbiran MAIK. Pihak
MAIK turut melaksanakan perubahan dasar pengagihan zakat berpandukan mazhab Shafie
sepenuhnya. Ini semua sekaligus menjawab kepada objektif kajian ini.
RUJUKAN
Andres-Alonso, de. P, Martin Cruz, N. & Romero-Merino, M.E. 2006. The governance of Non-
profit organizations: Empirical evidence from nongovernmental development organizations
in Spain. Nonprofit and Voluntary Sector Quarterly 35(4): 588-604.
Ahmad Hidayat Buang dan Saidatul Badrul Mohd Said, 2014. Pentadbiran Zakat dan Kesedaran
Masyarakat Islam Membayar Zakat di Daerah Kota Belud Sabah. Sains Humanika. 2:1
(2014) 125-134
Adibah Abdul Wahab dan Joni Tamkin Borhan, 2014. Faktor Penentu Pembayaran Zakat oleh
Entiti Perniagaan di Malaysia: Satu Tinjauan Teori. Jurnal Syariah, Jil. 22, Bil. 3 (2014)
267-294
Eza Ellany, Mohd Rizal & Mohamat Sabri. 2014. Prestasi kecekapan agihan kewangan dan bukan
kewangan dalam kalangan institusi zakat di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 48(2): 51-
60.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. 2009. Pengagihan zakat oleh institusi
zakat kepada lapan asnaf: Kajian di Malaysia. Dlm. Seminar Kebangsaan Ekonomi Islam
2008/09. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hair Jr, William C. Black Barry J. Babin & Rolph E. Anderson. (2015). Multivariate Data Analysis
(7th Edition)
Hassan M.K & Khan J.M. (2007). Zakat, External Debt and Poverty Reduction Strategy in
Bangladesh. Journal of Economic Cooperation. 28 (4) 1-38.
Mannan M.A. (2003). Public Sector Management of Zakat dalam: Hannan S.A (eds.). Zakat and
Poverty Alleviation. Dhaka: Islamic Economics Research Bureau.
Md Hairi Md Hussain. (2009). Keberkesanan Sistem Agihan Zakat: Suatu pandangan Awal.
Laporan Kajian, UUM.
Md Hairi, Kamil & Ram. (2012). Ketelusan di Dalam Tadbir Urus Zakat. Seminar Isu-Isu
Kontemporari Zakat Di Malaysia.
Mohamad Uda, K. 2005. Zakat: Teori, Kutipan dan Agihan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Wess. H. (2002). Reorganizing Social Welfare among Muslims: Islamic Voluntarism and Other
Forms of Communal Support in Northern Ghana. Journal of Religion in Africa. 32(1)
Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Retrieved from
http://www.e-maik.my/v2/index.php/perkhidmatan/baitulmal-dan-wakaf/pungutan-
zakat.html
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
224
Jadual 4: Kutipan dan Agihan Zakat mengikut asnaf oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) 1994-2013
Tahun
Kutipan
(RM Juta)
Agihan
(RM Juta)
Lebihan
(RM Juta)
Fakir &
Miskin
(RM Juta)
Amil
(RM Juta)
Muallaf
(RM Juta)
Riqab &
Gharimin
(RM Juta)
Ibn Sabil
(RM Juta)
Fi
Sabilillah
(RM Juta)
SKORLZ SKORKA
1994 7.55 6.51 1.04 1.46 0.74 0.45 0.20 0.10 3.56 0.14 0.46
1995 7.65 8.71 1.06 2.67 0.77 0.47 0.02 0.03 4.76 0.14 0.46
1996 8.80 8.63 0.17 2.76 0.86 0.34 0.02 0.03 4.62 0.02 0.46
1997 9.60 9.57 0.02 3.39 0.97 0.32 0.03 0.03 4.84 0.002 0.46
1998 10.60 10.75 0.15 3.81 1.24 0.32 0.03 0.15 5.20 0.01 0.46
1999 12.56 11.41 1.14 3.83 1.43 0.42 0.03 0.15 5.56 0.09 0.46
2000 15.65 9.44 6.21 2.90 1.06 0.30 0.02 0.01 5.15 0.40 0.38
2001 16.59 10.55 6.04 3.97 1.43 0.29 0.01 0.01 4.84 0.36 0.38
2002 16.88 12.41 4.46 4.89 1.32 0.39 0.02 0.00 5.79 0.26 0.38
2003 18.49 15.31 3.18 6.69 1.33 0.47 0.02 0.00 6.79 0.17 0.38
2004 22.38 17.07 5.31 8.52 1.32 0.37 0.02 0.01 6.84 0.24 0.38
2005 29.37 21.32 8.05 11.78 2.49 0.53 0.02 0.01 6.49 0.27 0.38
2006 35.53 22.22 13.32 12.44 2.99 0.72 0.02 0.01 6.04 0.37 0.31
2007 40.62 24.35 16.27 14.34 3.56 0.52 0.01 0.00 5.92 0.40 0.31
2008 58.17 30.81 27.36 20.54 2.70 0.79 0.01 0.00 6.77 0.47 0.31
2009 66.52 58.83 7.69 36.28 9.27 0.88 0.02 0.02 12.37 0.12 0.31
2010 70.37 64.81 5.57 43.75 10.46 0.90 0.01 0.00 9.68 0.08 0.23
2011 94.08 80.05 14.04 54.99 10.93 0.94 0.01 0.03 13.15 0.15 0.31
2012 113.16 100.85 12.31 67.66 14.36 1.32 0.02 0.01 17.47 0.11 0.31
2013 134.15 134.42 -0.27 82.49 25.90 1.28 0.04 0.00 24.71 0.00 0.31
Purata 39.43 32.90 6.66 19.46 4.76 0.60 0.01 0.03 8.03 0.19 0.37
Jumlah A B C D E F G H J K L
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
225
Jadual 6: Peratus Agihan Mengikut Asnaf
Tahun
Peratus Agihan
Mengikut Asnaf
Masa
Fakir &
Miskin Amil Muallaf
Riqab &
Gharimin Ibn Sabil
Fi
Sabilillah t: 1994 = 0 t: 2006 = 0
1994 22.43 11.37 6.91 3.07 1.54 54.69 0 -12
1995 30.65 8.84 5.40 0.23 0.34 54.65 1 -11
1996 31.98 9.97 3.94 0.23 0.35 53.53 2 -10
1997 35.42 10.14 3.34 0.31 0.31 50.57 3 -9
1998 35.44 11.53 2.98 0.28 1.40 48.37 4 -8
1999 33.57 12.53 3.68 0.26 1.31 48.73 5 -7
2000 30.72 11.23 3.18 0.21 0.11 54.56 6 -6
2001 37.63 13.55 2.75 0.09 0.09 45.88 7 -5
2002 39.40 10.64 3.14 0.16 0.00 46.66 8 -4
2003 43.70 8.69 3.07 0.13 0.00 44.35 9 -3
2004 49.91 7.73 2.17 0.12 0.06 40.07 10 -2
2005 55.25 11.68 2.49 0.09 0.05 30.44 11 -1
2006 55.99 13.46 3.24 0.09 0.05 27.18 12 0
2007 58.89 14.62 2.14 0.04 0.00 24.31 13 1
2008 66.67 8.76 2.56 0.03 0.00 21.97 14 2
2009 61.67 15.76 1.50 0.03 0.03 21.03 15 3
2010 67.51 16.14 1.39 0.02 0.00 14.94 16 4
2011 68.69 13.65 1.17 0.01 0.04 16.43 17 5
2012 67.09 14.24 1.31 0.02 0.01 17.32 18 6
2013 61.37 19.27 0.95 0.03 0.00 18.38 19 7
Purata 47.6991 12.1896 2.86512 0.2736752 0.2842109 36.70289
Recommended