View
106
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
TYI
Citation preview
Muat turun dari Blog Cikgu Azlan
1
ANALISIS TITIK PULANG MODAL KAEDAH MARGIN CARUMAN DAN GRAF Percubaan SPM 2014 Pahang
5. Warisan Dagang bercadang mengeluarkan Sambal Pahang dan ingin memasarkan keluaran
tersebut di sekitar Bandar Kuantan, Pahang.
Maklumat berikut menunjukkan anggaran jumlah kos dan jumlah hasil Warisan Dagang untuk
menghasilkan 500 paket Sambal Pahang.
RM Jumlah kos 3 000 Sewa kilang 800 Peralatan 200 Jumlah jualan 6 000
Kos tetap diandaikan malar. Anda dikehendaki: (a) menghitung
(i) Kos berubah seunit
(ii) Harga jualan seunit
(iii) Titik Pulang Modal (dalam unit)
(iv) Jumlah unit pengeluaran yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan keuntungan
RM3 000
(v) Titik Pulang Modal yang baru jika kos tetap meningkat kepada RM2 600
(b) Berdasarkan jawapan di 5(a), (i) hingga (iv), lakarkan Graf Titik Pulang Modal menggunakan
skala:
Paksi X - 1 cm = 50 unit
Paksi Y - 1 cm = RM200
Berdasarkan graf anda dikehendaki menunjukkan:
(i) Garisan kos tetap
(ii) Garisan jumlah kos
(iii) Garisan jumlah hasil
(iv) Titik pulang modal dalam unit dan RM
Muat turun dari Blog Cikgu Azlan
2
Fahami maklumat yang diberikan di dalam soalan.
5. Warisan Dagang bercadang mengeluarkan Sambal Pahang dan ingin memasarkan keluaran
tersebut di sekitar Bandar Kuantan, Pahang.
Maklumat berikut menunjukkan anggaran jumlah kos dan jumlah hasil Warisan Dagang untuk
menghasilkan 500 paket Sambal Pahang.
RM Jumlah kos 3 000 Sewa kilang 800 Peralatan 200 Jumlah jualan 6 000
Kos tetap diandaikan malar.
Rumus-rumus asas penting
Rumus Kos Rumus Hasil 1. Jumlah Kos = Kos Berubah + Kos Tetap 1. Jumlah Jualan = Harga seunit x unit 2. Jumlah Kos berubah = Kos berubah seunit x unit 3. Kos berubah seunit = Jumlah kos berubah Unit pengeluaran
2. Harga jualan seunit = Jumlah jualan Unit jualan
4. *Kos berubah seunit, m = y2 y1 x2 x1
3. *Harga jualan seunit, m = y2 y1 x2 x1
Nota: Unit pengeluaran dan unit jualan adalah sama untuk soalan titik pulang modal.
Rumus Titik Pulang Modal
1. Margin caruman seunit = Harga jualan seunit Kos berubah seunit 2. Titik pulang modal (unit) = Kos Tetap . Margin caruman seunit
3. Unit pengeluaran (untung sasaran) = Kos tetap + Untung Sasaran Margin caruman seunit
4. Mengira untung / rugi* pada tahap jualan tertentu,
i. Untung / rugi = (Unit jualan - unit TPM) x margin caruman seunit
ii. Untung / rugi = (Unit jualan x margin caruman seunit) Kos Tetap
*jawapan positif adalah untung, jawapan negatif adalah rugi
Ini ialah unit
pengeluaran / unit
jualan untuk
soalan.
Jumlah kos bermaksud Kos Tetap + Kos
Berubah untuk keseluruhan unit
pengeluaran, dalam soalan ini untuk
500 paket.
Sewa kilang dan peralatan ialah Kos
Tetap
Jumlah jualan bermaksud hasil jualan
untuk keseluruhan unit jualan iaitu
500 paket. Jadi pelajar boleh mengira
harga jualan seunit menggunakan
maklumat ini.
Muat turun dari Blog Cikgu Azlan
3
JAWAPAN:
a) i) Kos berubah seunit
Langkah pertama ialah mengira jumlah kos berubah, rumusnya iaitu:
Jumlah Kos = Kos Berubah + Kos Tetap
RM3000 = KB + RM1000
KB = RM3000 RM1000
KB = RM2000
Langkah kedua ialah mengira kos berubah seunit, rumusnya iaitu:
Kos berubah seunit = Jumlah kos berubah Unit pengeluaran
= RM2000 / 500
= RM4
ATAU Untuk pelajar yang lebih mahir, boleh terus menggunakan rumus berikut: Kos berubah seunit = Jumlah Kos Kos tetap Unit pengeluaran
= (RM3000 RM1000) / 500
= RM4
a) ii) Harga jualan seunit
Harga jualan seunit dikira menggunakan rumus berikut:
Harga jualan seunit = Jumlah jualan Unit jualan
= RM6000 / 500
= RM12
a) iii) Titik pulang modal (dalam unit)
Rumusnya ialah:
Titik pulang modal (unit) = Kos Tetap . Margin caruman seunit
= RM1000 . RM12 RM4 = RM1000 . RM8 = 125 paket
KT = RM800 + RM200
Margin caruman seunit
= harga seunit kos berubah seunit
= RM12 RM4
= RM8
Muat turun dari Blog Cikgu Azlan
4
a) iv) Jumlah unit pengeluaran yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan keuntungan RM3 000
Rumus yang perlu pelajar gunakan ialah:
Unit pengeluaran (untung sasaran) = Kos tetap + Untung Sasaran Margin caruman seunit
= RM1000 + RM3000 RM8 = 500 paket
a) v) Titik Pulang Modal yang baru jika kos tetap meningkat kepada RM2 600
Titik pulang modal (unit) = Kos Tetap . Margin caruman seunit
= RM2600 . RM8
= 325 paket
Analisis Titik Pulang Modal kedah graf.
Jika soalan meminta pelajar melukiskan graf analisis titik pulang modal dengan mengikut skala
tertentu, pelajar boleh mengaplikasikan kaedah Matematik untuk menjawab soalan ini iaitu tajuk
persamaan garis lurus. Pelajar perlu tahu bagaimana membentuk persamaan kos dan persamaan
hasil serta melakukan penggantian x untuk mencari nilai y. Pelajar sedia maklum, bentuk am
persamaan garis lurus ialah y = mx + c. Persamaan kos dan persamaan hasil dibentuk seperti berikut:
Persamaan Kos:
y = mx + c
Persamaan Hasil:
y = mx
Merujuk kembali kepada soalan serta jawapan terdahulu, maklumat yang diperlukan adalah seperti
berikut:
Kos berubah seunit = RM4, Kos tetap = RM1000 Harga jualan seunit = RM12
Oleh itu;
Persamaan Kos y = 4x + 1000 Persamaan Hasil y = 12x
Lakukan penggantian nilai x yang bersesuaian. Pelajar boleh menggunakan skala paksi-x soalan
untuk menentukan nilai unit. Untuk soalan ini, skala paksi X - 1 cm = 50 unit dan kebiasaannya
pelajar akan menandakan angka pada paksi graf pada setiap 2 cm, jadi setiap 2 cm ialah 100 unit.
y = 4x + 1000 y = 12x x 0 300 x 0 300 y 1000 2200 y 0 3600
Nilai Kos tetap baru. Margin
caruman seunit kekal sama.
Kos berubah seunit
Kos tetap Harga jualan
seunit
Paksi y = RM kos / hasil Paksi x = unit
Contoh pengiraan pada x=300
y = 4(300) + 1000
y = 2200
Contoh pengiraan pada x=300
y = 12(300)
y = 3600
Muat turun dari Blog Cikgu Azlan
5
Plotkan kedua-dua persamaan pada kertas graf. Perhatikan kesemua label yang ditunjukkan.
Tamat jawapan soalan asal.
0 100 200 300 400 500 600 700 800 unit
400
1600
1200
800
2800
2400
2000
4000
3200
3600
RM Kos / Hasil
Titik pulang modal
Kos Tetap
125 paket
RM1500
Muat turun dari Blog Cikgu Azlan
6
Soalan Tambahan: Pada graf yang telah dilukis, tentukan keuntungan atau kerugian pada unit jualan
250 paket.
Jawapan: Pada unit keluaran 250 unit,
Untung / Rugi = Hasil Kos
= RM3000 RM2000
= RM1000 (Untung)
0 100 200 300 400 500 600 700 800 unit
400
1600
1200
800
2800
2400
2000
4000
3200
3600
RM Kos / Hasil
Titik pulang modal
Kos Tetap
125 paket
RM1500
Hasil = RM3000
Kos = RM2000
250
Untuk menjawab soalan ini,
lukiskan garis menegak
pada unit jualan 250 unit
sehingga ia memintas
garisan Jumlah Kos dan
Jumlah Hasil. Pada kedua-
dua pintasan tersebut,
lukiskan garis melintang ke
paksi-y dan baca nilai Kos
dan Hasil tersebut. Perbezaan
kedua-dua angka itu ialah
untung atau rugi.
LAMPIRAN
Muat turun dari Blog Cikgu Azlan
7
Jawapan soalan yang sama mengikut kaedah Margin Caruman
- Tentukan keuntungan atau kerugian pada unit jualan 250 paket.
Rumus yang boleh digunakan ialah
Untung / rugi = (Unit jualan - unit TPM) x margin caruman seunit = (250 125) x RM8
= RM1000 (untung)*
ATAU pelajar juga boleh menggunakan rumus kedua ini;
Untung / rugi = (Unit jualan x margin caruman seunit) Kos Tetap
= (250 x RM8) RM1000
= RM1000 (untung)* * Untung kerana unit jualan melebihi unit titik pulang modal.
Recommended